Brush disc blade untuk potong rumput liat.
Brush disc blade untuk mata pisau baharu mesin rumput sandang. Kalau sebelum ini saya mengunakan disc trimmer yang mengunakan tali nilon atau polimer sebagai ganti kepada mata pisau.
Salah satu sebab saya tidak mengunakan blade sebab batu mudah melayang dan saya juga bimbang terkena kaki walaupun memakai safety boot. Kalau pakai disc trimmer yang mengunakan tali nilon lebih selamat tetapi kadang-kadang batu kerikil kecil boleh melayang. Kerap menukar tali nilon bergantung kepada tebal rumput.
Kenapa bertukar kepada brush disc blade?
Ada masa tali nilon tidak menyebab rumput terputus terutama yang jenis liat dan rumpun tebal. Memang tak lut dengan tali nilon ini. Kalau guna brush disc blade ia ibarat gergaji memotong apa sahaja termasuk pokok-pokok yang tumbuh liar dengan mudah sahaja.
Matanya diperbuat dari tungsten terbukti keras dan lasak untuk memotong. Buka setakat itu sahaja boleh untuk mencantas dahan-dahan pokok. Batu kerikil tidak melayang ketika mengunakan brush disc blade ini. Saya masih mengunakan disc trimmer ini untuk kerja trimmer rumput.
Video demo mengunakan brush cutter blade.
AMARAN: Semasa mengunakan mesin rumput sandang perlu pakai Personal Protection Equipment(PPE) yang bersesuaian. Safety first.
Panduan cara pasang brush disc blade.
- Buka skru ikut arah jam.
2. Tanggalkan washer diatas disc trimmer
3. Pasang brush disc blase
4. Pasang washer
5. Kunci skru mengikut lawan jam.
6. Perhatian arah mata brush disc blade berpusing mengikut arah jam.
Nak minta pandangan skit jenama apa yg bagus untuk rumput karpet?? tengah pening ni…
boleh potong rumput sendiri lepas ni
selalu tukang potong rumput tepi jalan tu pakai nilon je kan.
Mungkin ada yang diperbut daripada nilon dan polimer.
info yg menarik…
Sudah lama tidak mesin rumput.Tapi info ini sangat berguna.Terima kasih bro.
Sama-sama, harap perkongsian didalam post ini memberi manfaat.
brush disc blade memang potongannya cantik. Rumput nampak kemas berbanding guna nylon. Apa-apa pun keselamatan mesti diutamakan.
Tidak boleh kompromi dengan keselamatan ketika mengendali mesin rumput sandang ini.
tak berani guna blade… stay ngan tali lagi
Ya, tali boleh rasa selamat.
mcm mn nk cuci pinston mesin rumput?
( dh bnyak kerak carbon)
Belum ada pengalaman cuci piston Mesin Rumput. 🙂