
DIY meja Murphy Desk @ Meja Lipat Dinding
Meja Lipat Dinding menjimatkan ruang.
Bilik anak tak besar dan bila letak meja akan menjadi sempit. Pernah lihat meja Murphy Desk @ Meja Lipat Dinding ini di Ikea tetapi harga RM150.

Meja boleh lipat pada dinding

Akhirnya ambil keputusan untuk menghasilkan sendiri meja Murphy Desk @ Meja Lipat Dinding mengunakan kayu. Skru dan engsel saya beli dari MrDiy dan ECO berhampiran.
Projek DIY Murphy Desk @ Meja Lipat Dinding.
Objektif projek DIY ini untuk menghasilkan meja yang boleh dilipat pada dinding apabila tidak digunakan dan pada masa tidak makan ruang yang besar. Saiz meja ini untuk kegunaan seorang.

Saiz ukuran meja 2 kaki x 1 kaki 4 inci

Pasang engsel pada papan meja

papan meja sudah dipasang engsel

Pasang kepingan papan untuk jadi meja

Meja papan sudah siap dipasang

Kayu untuk frame kaki

Pasang frame kaki

Frame kaki yang siap dipasang

Pasang kaki frame pada papan meja



Frame kaki sudah siap dipasang pada papan meja

pasang sesiku

Sesiku siap dipasang

pasang engsel pada sesiku

pasang sesiku pada frame kaki



demo sesiku yang boleh lipat untuk simpan

Sesiku bentu segi tiga untuk menahan papan meja

pasang papan lapis untuk mengukuhkan frame kaki


demo papan meja lipat

demo papan meja lipat bertukar jadi meja

Cabaran menghasilkan projek DIY Murphy Desk @ Meja Lipat Dinding.
Antara cabaran menghasilkan projek ini adalah pemilihan kayu kerana ditempat saya agak terhad untuk memilih saiz kayu yang menepati projek ini. Pengalaman lalu saya mengunakan paku tetapi ada masalah projek ini kurang kukuh selain kayu pecah ketika ketuk paku.
Projek kali ini saya mengunakan skru tujuan untuk pemasangan kayu kukuh tetapi saya mengalami beberapa masalah diantara kayu saya gunakan adalah jenis lembut. Mungkin skru yang digunakan tidak bersesuaian apabila pemasangan skru perlu lebih untuk dapat pemasangan kayu yang teguh.
Secara keseluruhan masalah-masalah kecil ini tidak mempengaruhi penghasilan projek ini. Pembinaan projek ini mengunakan peralatan terhad tetapi berjaya. Modal sekitar RM80 dan saya berpuas hati dengan hasil Meja Lipat Dinding ini.
Bro Azrinros ni mmg rajin & kreatif la buat kerastangan, mcm2 tools ada… Kalau saya, nak pilih kayu pun payah, apa lagi bertukang.
Tools beli sikit-sikit. Sekarang lagi mudah. Boleh dapatkan dari MrDiy. Murah.
cantik dan kreatif.. yang penting Jimat.. tahniah kerana berjaya. huhu
Bukan setakat sesuai untuk dipasang pada ruang terhad tetapi Murphy desk ini sangat praktikal.
Jimat dalam RM70 jugak tu bila buat sendiri 🙂
Cemburu saya. Nampak mudah, tetapi perlukan kemahiran juga nak buat meja lipat macam tu.
Banyak belajar secara online dan kemudian praktik. Biasalah kalau ada bahagian terlebih dan terkurang. Newbie katakan. 🙂
idea menarik boleh saya cuba juga ni bro.. sesuai dengan tempat yg terhad
Terima kasih. 🙂
Kalu beli kat kedai kayu ke.. mahal tak.. boleh try buat kat umah ni..
Modal bawah RM80. Kalau beli meja lipat dinding di IKEA harganya RM150.
Terbaik bro. Boleh tambah fungsi boleh laras ketinggian tak bro? mesti lebih wow!
Terima kasih. Cadangan akan dipertimbangkan untuk next projek. 🙂
Wahh….awesome!
Menarik projek terbaru bro biomed :), berminat pulak nak buat DIY ketegori …
Penyelesaian dengan idea nak buat DIY secara spontan. Buat rujukan dan inspirasi dari internet kemudian olah projek ikut citarasa sendiri. 🙂