• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / DIY Rak tempat simpan penyangkut baju paip PVC

DIY Rak tempat simpan penyangkut baju paip PVC

30th July 2017 by akubiomed 37 Comments

rak pvc penyangkut baju

Siapa selalu mengalami situasi penyangkut baju selalu tak cukup kerana hilang dan masalah penyangkut baju selalu bersepah?

Saya dan isteri juga tidak terkecuali selalu alami situasi yang mana penyangkut bajut selalu tak cukup dan masalah penyangkut baju selalu letak merata.

Hari ini mencari idea untuk menyelesaikan masalah berkaitan penyangkut baju bak kata orang putih, “One for all”.

Pada mula cari di Lazada dan Lelong untuk rak simpanan penyakut baju. Memang ada.

Ting!

Tercetus idea nak buat rak simpan penyangkut baju dihasilkan secara DIY dengan mengunakan paip PVC.

Ciri-ciri penyimpanan sangkut baju yang dihasilkan dari paip PVC.

Penyangkut baju boleh digantung pada pemegang rak untuk memudahkan sangkut baju untuk jemur dan mengosok.

Bila penyangkut baju tidak digunakan boleh disimpan

Senarai bahan-bahan diperlukan untuk membina rak simpan penyangkut baju secara DIY.

  1. Paip PVC 15″ sepanjang 9 kaki
  2. Gam PVC
  3. Elbow joint
  4. T joint

Cara pemasangan rak PVC penyimpan penyangkut baju

Bahagian A: Pasang elbow dan T joint pada paip 5″

Bahagian B: pasang T joint pada paip 5″

Bahagian C: Pasang bahagian A dan B

Bahagian D: Pasang paip 8″ diantara bahagian C

Bahagian E: Pasang elbow pada paip 8″

Bahagian F: Pasang paip 33″ pada bahagian D

Bahagian G: Pasang bahagian E dan F merupakan proses terakhir  untuk membina rak penyimpanan penyangkut baju

Setiap bahagian yang dipasang perlu disapu dengan gam PVC.

Pastikan semasa pasangan setiap bahagian diselaras supaya seimbang dan rata.

Selamat mencuba membina rak PVC penyimpanan penyangkut baju secara DIY.

Modal keseluruhan untuk membina rak PVC ini sekitar RM20.

Senang nak pasang rak PVC penyangkut baju ini tidak terlalu teknikal dan susah.

Sila tekan butang kongsi:

  • DIY rak kasut dari paip PVC
  • Projek DIY buat Hose Reel dari paip PVC
  • DIY ampaian tuala dari paip PVC

Filed Under: diy Tagged With: rak dari paip pvc, rak menggunakan paip pvc, rak paip pvc, rak pvc penyangkut baju

Reader Interactions

Comments

  1. Boss says

    20th October 2021 at 11:24 am

    Buat sendiri lagi jimat tapi nak kena rajinlah.

    Reply
  2. Nadea Ramly says

    1st September 2017 at 11:23 pm

    Terbaik lah Tuan! Terima kasih atas perkongsian..?

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2017 at 12:06 am

      Semoga ia memberi manfaat dan masalah hanger selalu hilang dan tak cukup dapat diselesaikan.

      Reply
  3. semakini says

    23rd August 2017 at 10:40 pm

    murah dan kreatif. selesai dah 1 masalah kat rumah

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2017 at 11:03 pm

      Ya, boleh selesai masalah hanger selalu hilang kerana tersalah letak.

      Reply
  4. Nurul Azhani says

    21st August 2017 at 11:59 pm

    Yang ni lagi senang nak buat sebab dah ada ukuran semua..

    Terima kasih atas perkongsian..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2017 at 11:04 pm

      Mudah nak dihasilkan kerana ukuran telah diberikan.

      Reply
  5. Norasikin says

    17th August 2017 at 7:55 am

    Nanti saya buat yg lekat terus kat dinding. Baju pompuan ni banyak

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2017 at 11:05 pm

      Perempuan banyak baju untuk disimpan. 🙂

      Reply
  6. Naimah Wahab says

    11th August 2017 at 3:55 am

    wahhhh, terbaiklah AB. Macam tahu-tahu jer saya tengah cari cara nak buat penyangkut baju PVC ni. Tapi plan nak buat lebar lagi. Beli yang kedai, banyak yang tak boleh tampung baju dalam jumlah yang banyak. Kejap jer dah terbalik.

    Thanks share kaedah best ni…

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2017 at 3:08 pm

      Kalau nak lebar perlu penyokong tambahan dan konsep simpan hanger dikaki rak ini sudah tidak ada kerana saiz kelebaran rak ini muat untuk hanger simpan dikaki rak. Kata lain konsep dah lari.

      Reply
  7. Wan Zawawi says

    10th August 2017 at 11:42 pm

    Lepas ni boleh la saya cuba buat sendiir dengan gunakan panduan dari bro ni

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2017 at 3:09 pm

      Boleh buat satu dan masalah hanger hilang dan tak cukup boleh selesaikan.

      Reply
  8. titan says

    8th August 2017 at 8:20 pm

    ohh..

    ni yang kejap jadi viral tu kann..

    Reply
    • akubiomed says

      8th August 2017 at 11:51 pm

      Syukur alhamdulillah. Tak sangka jadi viral.

      Reply
  9. Ani Haryani says

    5th August 2017 at 3:01 pm

    Wah, jimat plus nampak kukuh!

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2017 at 3:39 pm

      Modal rendah dan selesai masalah hanger selalu hilang dan tak cukup. 🙂

      Reply
  10. lankapo says

    5th August 2017 at 2:50 am

    Paip PVC ni memang macam2 boleh buat. Rajin dengan tak je hehe

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2017 at 3:39 pm

      Ada idea kreatif dan bahan-bahan cukup semua jadi.

      Reply
  11. ikhwanfahmi says

    5th August 2017 at 2:34 am

    Dah banyak sharing di media sosial, tahniah 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2017 at 3:40 pm

      Syukur alhamdulillah. 🙂

      Reply
  12. ahmadyani says

    5th August 2017 at 2:17 am

    Memudahkan dan mudah alih. Tapi dia punya tinggi dah boleh buat penyangkut baju pula..

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2017 at 3:41 pm

      Ya, ketinggian itu tujuannya walaupun tak banyak baju boleh sangkut.

      Reply
  13. Qaseh says

    4th August 2017 at 8:29 pm

    Memang sllu hilang huh , kreatif betul .. nak suruh hencik somi buat lah

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2017 at 3:42 pm

      Ya, selepas ini tidak hilang lagi dah. Ukuran disediakan tinggal follow jer lagi.

      Reply
  14. Miera Hassan says

    4th August 2017 at 1:50 pm

    ni yang viral tu.. hehe. tahniah, memang masalah hanger ni ramai hadapi.. thanks atas perkongsian..

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2017 at 3:43 pm

      Sama-sama. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menyelesaikan masalah.

      Reply
  15. Cikros says

    3rd August 2017 at 10:35 pm

    saya simpan semua hanger dalam kotak plastik besar bertutup.. lepas sidai baju terus letak dalam tu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2017 at 11:14 pm

      Masalah hanger tak cukup satu masalah. Mahu tak mahu kena cari penyelesaian juga.

      Reply
  16. Ira says

    3rd August 2017 at 10:45 am

    Wah mudahnya kalau ada satu ni.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2017 at 11:15 pm

      Tidak susah nak bina dan barang-barang mudah diperolehi dari kedai Hardware berdekatan.

      Reply
  17. D'ulatbuku says

    2nd August 2017 at 7:22 pm

    wow hebat. idea yang menarik dan mudah untuk dicuba.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd August 2017 at 10:38 pm

      Bila bina satu untuk selesaikan masalah penyangkut baju selalu tak cukup. 🙂

      Reply
  18. JMR says

    31st July 2017 at 4:09 pm

    kreatif bro..mmg selalu ghaib pun penyangkut baju & cloth pegs..

    Reply
    • akubiomed says

      31st July 2017 at 9:40 pm

      Terima kasih. Idea spontan sebab selalu alami masalah kekurangan penyangkut baju.

      Reply
  19. gumarabicalmanna says

    31st July 2017 at 8:41 am

    Gambar dan ukuran paip yang tuan post di sini cukup penting untuk panduan pengguna yang lain yang ingin mencuba membuat rak simpan penyangkut baju secara DIY. Terima kasih atas panduan ini.

    Reply
    • akubiomed says

      31st July 2017 at 9:40 pm

      Semoga ia memberi manfaat. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in