DIY meja dari kayu pallet terbuang.
Projek hujung minggu kali ini dengan bertukang membuat meja kayu dari kayu pallet terbuang. Pada asalnya untuk dijadikan tapak subjek ‘food photography’ antara cabang fotografi kegemaran saya.
Corak vinyl yang terhad.
Pernah cuba mengunakan corak vinyl tetapi agak sukar hendak dicari. Pilihan pun tak banyak. Mungkin mudah mencari corak vinyl diluar negara berbanding di Malaysia.
Mencari alternatif murah dan percuma.
Mencari informasi di internet terjumpa beberapa ide mengunakan papan lantai vinyl. Masalahnya ia memberikan kos walhal saya mencari kos rendah dan percuma ada lebih baik. Alternatifnya adalah kayu pallet yang digunakan sebagai pelapik kargo mampu merealisasikan ide.
Pada asal ide ringkas menjadi yang lebih baik.
Tujuan saya mengunakan kayu pallet untuk dijadikan pelapik ‘food photography’. Ide asal susun beberapa keping kayu dan dipaku sahaja. Kemudian ide untuk memasang kaki untuk dijadikan meja.
Pasang kaki meja yang boleh dilipat.
Perubahan akhir meja dengan kaki yang boleh dilipat direalisasikan. Saya mahu meja dengan kaki boleh dilipat dapat disimpan di tepi kabinet. Bila-bila masa diperlukan saya boleh keluarkan dan gunakan meja ini.
Skru dan nat digunakan memasang pada kaki meja supaya boleh dilipat memudahkan untuk disimpan.
Ide simple menjadi lebih baik dengan kaki boleh dilipat. Kaki kayu ini boleh dilipat untuk disimpan.
Seronok melihat gelagat 2 beradik ini mengunakan meja kayu yang boleh dilipat. Macam Aisyah jadi guru kepada Aslah.
Sample gambar dengan mengunakan kayu pallet dan sudah tentu menjadikan ia meja kayu kegemaran saya untuk ‘food photography’.
Gambar nasi lemak sehari sebelum dipasang kaki boleh lipat
Model meja kayu pallet. Sempat menguji ketahanan kaki meja dengan berat Aisyah seberat 8kg.
Modal saya untuk membuat meja kayu boleh lipat:-
- Kayu pallet – bahan terbuang
- Paku 11/2 inci – RM3
- Upah buruh: Air Coke.
Berpuas hati dengan hasil tangan sendiri. Walaupun boleh diperhaluskan hasilnya memandangkan peralatan tukang yang terhad. Kalau ada mesin ketam kayu boleh bagi lapisan permukaan lebih licin.
kagum dgn bro..kreatif..memcm diy..rak baju..rak kasut..gmbr amik atas meja pallet lg nmpk cntk n berseni..
Ada ide dan masa insyallah menghasilkan sesuatu yang manfaat untuk kegunaan harian.
Sangat power DIY ni. Sebab puas hati buat sendiri. Macam2 idea boleh buat untuk customize
Wah..memang kreatif. jimat pun jimat kan.
Kayu Pallet terpakai boleh dimanfaatkan. 🙂
Seorang kenalan saya di Terengganu, beliau buka restoran burger bakar juga gunakan meja dari pallet macam ni .
Suka!!! mmg setuju laa bab food photography kalau ada meja ni seswai banget! 🙂
Rajin bertukang.cantik utk photoshoot
detiksihat
Idea yang menarik dan easy sangat nak praktikkan..
Dulu rajin jugak buat projek macam ini. Dapat pallet dari belanda pulak tu..memang cantik hasilnya..
Kalau pallet yang cantik memang rugi dibuang macam tu saja
Comel pulak tengok meja tue.
Tapi macam senang kena selumbar je kan.
Tapi nampak macam meja yang dijual kat ikea kan.
Hehe.
Sudah digosok permukaan papan pallet sehingga licin. Jadi masalah selumbar dan rasa miang tidak ada. 🙂
wahh bagusnya.. kreatif gak lah nak bertukang.. Yanie memang tak mahir bab bertukang ni..huhu
Ada bahan kayu pallet dan alat untuk bertukang. Semua menjadi. 🙂
cantiklah pallet tu.. selalu tgk org buat.. penah teringin nak buat. tp macam takut tak kesampaian pulak. nice work
Sudah lama berhajat nak buat selepas diperkenalkan oleh rakan. Bila ada bahan pallet kayu terus bertukang. 🙂
kalau memang kreatif macam AB ni… semua projek menjadi… tahniah
model baby dan makanan juga menyerlah 🙂
Syukur, semua ilhamNya. 🙂
terbaik
kawe minat juga bab bertukang ni
tapi setakat ni belum sempat nak gi cari kayu palet lagi
Ada bahan memang menjadi. 🙂
menarik sangat…kreatif idea…:) thumbs up…
Cilok dari internet selepas itu bertukang sendiri. 🙂
Kayu pallet ni memang sesuai buat food photog. Nanti gmbar akan lebih menyerlah.
Memang tujuan buat meja ini untuk kegunaan fotografi.
cantik dan sangat kreatif. untunglah
Cari contoh di internet. Lepas itu bertukang bina meja. 🙂
ade plan mahu buat bende berasaskan palet ni..tp guna viva susah betei mahu punggah dari aeon big ke rumah
Baru ini sudah jumpa port kayu pallet malah ditawarkan untuk ambil. 🙂
peh.
smart habis.
leh jadi tukang kayu terhebat nih.
Alat untuk bertukang tidak mengcukupi tetapi guna apa yang ada sahaja. 🙂
Ada bakat carpenter ne,cayalah
Ada barang ada alat bertukang boleh aja. 🙂
bestnya dapat buat sendiri. sgt2 kreatif
Inspirasi meja ini dari You tube dan Google. 🙂
Nice work! Thumbs up! Upah buruh – air coke..paling win 🙂
Dapat minum Coke dapat menghilang dahaga dan penat bertukang. 🙂
terbaik bro..kreatif..suka aku nengok meja tu..amik tempahan tak? jhehehe
Sumber kayu pallet menjadi masalah. Kalau tidak berani ambil tempahan bertukang. 🙂
memang puas hati bila hasil kerja tangan mendatangkan manfaat.. boleh tambah cat lagi supaya kalis air..
Assalamualaikum bro..
Idea yang bagus.Meja Lipat Kayu Pallet.
Boleh juga dibawa untuk berkhemah ditepi pantai atau air terjun.
🙂
Boleh juga dibawa tetapi meja ini untuk kegunaan dirumah sahaja.
Bagus2 berbakat…
macam2 boleh buat dengan meja tue…
Mungkin warisi ilmu pertukangan dari sebelah bapa saya. 🙂
Memang cantik perabot kayu pallet ni. Ada kenalan saya yg dah serius ambil order dgn kayu pallet ni, memang cantik. IG dia sham khaleefa.
Ada melihat IG beliau. Pandai beliau ambil peluang untuk menjadikan rekaan dari kayu pallet sebagai sumber pendapatan.