• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / public gold / Panduan menambah GAP Public Gold

Panduan menambah GAP Public Gold

26th April 2016 by akubiomed 24 Comments

Saya nak kongsi panduan membeli atau menambah GAP Public Gold mengunakan sistem online Public Gold. Saya dapati sistem online ini mudah digunakan untuk menambah GAP selain cari manual dengan menghantar email atau WhatsUp.

Bagi yang kali pertama ingin menabung emas boleh daftar akaun GAP dengan merujuk >>>Panduan Membeli emas dengan Gold Accumulation Program(GAP).

Kemudian setelah berjaya membuka akaun GAP tentulah nak tambah jumlah emas dari masa ke masa. Saya sediakan panduan menambah GAP dengan mengunakan sistem online Public Gold. Pembelian emas boleh dibuat bila-bila masa 24jam tidak kira waktu.

PERHATIAN: Harga GAP akan dikemaskan kini sekali dalam sehari selepas jam 12malam.

PANDUAN MEMBELI DAN MENAMBAH GAP PUBLIC GOLD.

#1 Layari laman rasmi Public Gold. [+]https://publicgold.com.my/

– Klik Login[1]
– Masukkan Username dan Password[2]

login website Public Gold

#2 Klik My GAP

#3 Klik Purchase

#4 Klik Add New

#5 Semak maklumat anda adalah betul.

#6 Isi butiran pembelian GAP

– Semak harga GAP di Price Per Gram.
– Masuk jumlah GAP yang ingin dibeli[1]
– Ruang Purchase Quantity akan diisi secara automatik setelah setelah jumlah Purchase Amount diisi.
– Buat pembayaran GAP disalah satu akaun dibawah;

507134104563 (Maybank) atau 3167520833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”

– Isi maklumat bukti pembayaran[2]
– Upload resit pembayaran ke dalam sistem[3]
– Klik Request untuk proses permohonan pembelian GAP.

Tunggu email dari pihak Public Gold untuk pengesahan pembelian. Kemudian boleh semak pembelian disistem Public Gold.

——————————————————————————————————–

CARA PENGELUARAN EMAS FIZIKAL DARI AKAUN GAP PUBLIC GOLD.

Semua jenis emas fizikal Bullion LBMA dan Dinar emas boleh dikeluarkan kecuali gold bar 0.5gram tidak boleh dikeluarkan dari akaun GAP. Syarat minimum 1gram baki perlu ditinggalkan didalam akaun GAP. Caj premium akan dikenakan untuk pengeluaran emas. Boleh rujuk jadual caj premium dibawah.

Jadual caj premium pengeluaran emas fizikal dari akaun emas terkumpul Gold Accumulation Program

Pengeluaran emas boleh dibuat dimana-mana 18 cawangan Public Gold diseluruh negara. Telefon dicawangan yang emas fizikal yang diambil untuk memaklumkan tarikh pengambilan. Ini supaya Public Gold cawangan berkenaan boleh uruskan pengeluaran emas tersebut.

Penang, Relau 04-644 9999 KL, Ampang 03-42579916
Penang, Lebuh Bishop 04-261 9999 Selangor, Sunway 03-56348999
Kedah, Sg. Petani 04-423 2999 Selangor, Kajang 03-87349916
Kedah, Alor Setar 04-734 4916 N.Sembilan, Seremban 06-678 2916
Perak, Ipoh 05-242 8999 Melaka, Bt. Berendam 06-317 5499
Kelantan, KB 09-746 2999 Johor Bharu, Perling 07-235 8999
Terengganu, KT 09-626 3999 Sarawak, Kuching 082-252 916
Pahang, Kuantan 09-567 8916 Sabah, Kota Kinabalu 088-447 916

Senarai cawangan Public Gold

Pada hari yang ingin diambil emas fizikal telefon dahulu untuk memastikan emas sudah ada. Semasa pengambilan emas perlu tunjukkan mykad semasa berurusan dengan Public Gold di cawangan.

Simpanan emas terkumpul Gold Accumulation Program ini mendapat Pensijilan Patuh Syariah

Harap panduan membeli untuk GAP ini mengalakkan usaha menabung emas. “Keep Gold, Never Get Old”

 

Hubungi saya untuk bantuan;

Azrin
PG00069417
Dealer Public Gold
WhatsUp 016-6475702

——————————————————————————-

Isi maklumat dibawah jika ingin tahu lebih lanjut mengenai Public Gold.

Nama Panggilan Anda
E-mail address



  • Mudahnya menabung emas dengan Gold Accumulation Program(GAP)
  • Kesan selepas menghadiri Seminar Emas Sebagai Perlindungan Kekayaan Anda
  • PG Mall Malaysia online shopping membeli belah guna emas

Filed Under: public gold Tagged With: beli emas, gap, Gold Accumulation Program, menabung emas, simpan emas

Reader Interactions

Comments

  1. Norasikin says

    28th April 2016 at 10:38 pm

    Oooooo! ni la public gold yg saya nampak kat perling mall. Sblm ni tak pernah tahu pun apakebendenye ni. Blh la singgah tanya-tanya

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2016 at 10:55 pm

      Kalau nak beli emas untuk melabur dan menyimpan jangka masa panjang bolehlah beli dengan Public Gold.

      Reply
  2. Wan Zawawi says

    28th April 2016 at 12:00 pm

    Perkongsian yang menarik ni,saya pun berhajat hendak beli emas dalam masa terdekat , jadi bolehlah saya rujuk panduan dari blog bro ni

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2016 at 10:57 pm

      Jangan bertangguh membeli emas. Diramalkan pada tahun 2020 harga emas akan mencecah RM503/gram. Maknyanya mata wang kita semakin menyusut dan kos sara hidup semakin tinggi.

      Reply
  3. semak saman says

    27th April 2016 at 10:38 pm

    tidak dinafikan, sistem public gold ni antara yang terbaik dan pantas kalau membuat sebarang urusan pembelian emas.

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2016 at 10:58 pm

      Ada akaun PG? atau pernah membeli emas dengan Public Gold?

      Reply
  4. Amran says

    27th April 2016 at 6:23 pm

    Saya pun ada beli emas melalui GAP ni, tapi kenapa setiap kali beli tak pernah dapat email pengesahan? Kena tgk sendiri kat dalam MyGAP samada dah success atau belum.

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2016 at 10:59 pm

      Setakat saya beli ada email maklumbalas memberitahu urusan pembelian telah diluluskan.

      Reply
  5. Fyna says

    27th April 2016 at 2:54 pm

    Menariknya. Informasi yang sangat bagus. Rasa macam hendak join je.

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2016 at 11:01 pm

      Jangan sekadara rasa-rasa sebab emas kalis inflasi tidak macam wang kertas. Harga emas naik tetapi berat sama disebabkan penyusutan nilai mata wang.

      Mungkin lebih minat nak beli barang kemas emas daripada jongkong emas atau dinar. Saya syorkan simpan sedikit emas jongkong atau dinar sebab SPREADnya lebih rendah dari barang kemas emas.

      Reply
  6. Raihanah Ahmad says

    27th April 2016 at 11:20 am

    baru je tadi kawan tunjuk koleksi gold bar PG. ada macam2 design, cantik2 jugak

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2016 at 11:03 pm

      0.5g dan 1g ada bermacam-maca rekaan. Tujuannya sebenarnya nak mengalakkan orang ramai membeli emas pada harga mampu. Sedikit banyak akan menanam sifat melabur dan menyimpan emas.

      Reply
  7. riangria says

    26th April 2016 at 11:45 pm

    perkongsian info yang sangat bermanfaat.. terbaik..

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2016 at 11:04 pm

      Mulalah bertindak dengan menyimpan emas serendah RM100 atau 1g dengan Gold Accumulation Program(GAP) iaitu simpanan emas fizikal terkumpul disokong 100% dengan emas fizikal.

      Reply
  8. Nurolhuda says

    26th April 2016 at 9:10 pm

    Ilmu emas sangat luas, semakin lama menyimpan semakin banyak yang ingin diketahui. Kemudahan online di atas memudahkan lagi perkongsian maklumat dengan cepat.

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2016 at 11:07 pm

      Nak beli emas tidak bijak sana dan pandai bahasa Inggeris. Makcik dan pakcik dikampung pun boleh beli emas. Kemudahan sistem online Public Gold yang dipacu oleh sistem Oracle. Memudahkan pembelian emas secara online bila-bila masa 24 jam 365 hari.

      Reply
  9. Anuar says

    26th April 2016 at 4:37 pm

    Sekarang ni memang senang nak membeli emas… Boleh beli secara online jer… 😉

    Reply
    • akubiomed says

      26th April 2016 at 5:35 pm

      Kepujiaan harus diberikan kepada pihak Public Gold kerana memudahkan urusan membeli emas.

      Reply
  10. wahida says

    26th April 2016 at 4:14 pm

    good info…nice sharing

    Reply
    • akubiomed says

      26th April 2016 at 5:36 pm

      Panduan ini sedikit sebanyak memberi panduan mereka yang mempunyai akaun PG untuk menambah emas simpanan mereka dari masa ke semasa.

      Reply
  11. Mus says

    26th April 2016 at 5:15 am

    Alhamdulillah.. Semalam dah tambah sikit koleksi GAP..

    Reply
    • akubiomed says

      26th April 2016 at 5:36 pm

      Tanniah bro Mus kerana meningkatkan simpanan emas sedia ada.

      Reply
  12. mrhanafi says

    26th April 2016 at 1:52 am

    macam best sahaja bro dan saya memang suka juga tentang emas

    Reply
    • akubiomed says

      26th April 2016 at 5:39 pm

      Sudah tentu best kerana emas yang ditawarkan oleh Public Gold adalah emas Bullion LBMA. Harga pula mengikut harga pasaran dan lebih rendah dari yang lain-lain.

      Nak jadi ahli atau dealer PG tidak perlu bayar yuran keahlian cuma beli emas sudah jadi ahli PG.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in