• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / public gold / Mudahnya menabung emas dengan Gold Accumulation Program(GAP)

Mudahnya menabung emas dengan Gold Accumulation Program(GAP)

11th April 2016 by akubiomed 29 Comments

Sangat mudah bermula menabung emas dengan Gold Accumulation Program(GAP). Saya selalu menyangka perlu berduit barulah mampu membeli emas untuk simpanan. Rupanya siapa-siapa pun boleh mula menyimpan emas dengan membuka akaun Gold Accumulation Program(GAP).

Modal serendah RM100 sudah boleh buka akaun Gold Accumulation Program.

Saya pun sudah mula menyimpan emas dengan membuka akaun Gold Accumulation Program(GAP) gara-gara mencari ebook di Klikjer.

Tujuan asal untuk mencari ebook mengenai permasaran terbeli ebook Rahsia Usahawan Emas. Rasa tidak puas membaca kerana ingin tahu lebih lanjut mengenai simpanan emas seterusnya saya berjaya membuka akaun GAP dan membeli emas.

 

Kenapa begitu mudah saya membuka akaun GAP dan mula menambung emas?

Gold Accumulation Program(GAP) adalah program akumulasi emas mudah disertai untuk mula membuat penyimpanan emas dengan modal serendah RM100 sudah boleh akaun GAP. Program ini disokong 100% emas fizikal.

Emas yang terkumpul didalam akaun GAP boleh dikeluarkan didalam bentuk jongkong emas dimana-mana cawangan Public Gold diseluruh negara. Saya tidak perlu bimbang penyimpanan emas. Tak percaya ya dan mudahkan untuk mula menyimpan emas ini?

 

Ciri-ciri & Kelebihan GAP:

Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24K).

Pembelian minimum RM100 atau di dalam gandaan RM50 atau pun 1 gram.

Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm).

Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9

Tiada yuran simpanan

Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja

Pengeluaran sekurang-kurangnya 1gm emas fizikal

Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan

Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction)

Diaudit oleh juruaudit bebas

Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

Tiada GST

Pengalaman saya membeli emas 1gm.

Saya ingin berkongsi pengalaman membuka akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) dan membeli emas. Bermula dengan mendaftar akaun PG dan dan membeli 1gm emas. Terlebih dahulu saya melihat harga terkini untuk harga emas 1gm dan bayar genap supaya ia patuh syariah. Semasa membeli 1gm tempoh hari harganya adalam RM171.

Contoh akaun Gold Accumulation Program(GAP)

Akaun GAP saya boleh diakses online dan boleh menambah emas bila-bila masa kerana ia adalah 24jam. Saya juga telah berazam menyimpan 1gm emas setiap bulan untuk perancangan simpanan jangka masa panjang salah satu pelan perancangan kewangan saya.

Kalau ada yang berminat hendak membuka akaun GAP boleh mendaftar:[+]Daftar Akaun emas Gold Accumulation Program (PG). Saya akan bantu membuat proses menambung sehingga berjaya. Insyallah.

Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai akaun GAP boleh hubungi saya.

Mohd Azrin Roselan
PG00069417
Dealer Public Gold
016-6475702 (WhatsApp).

Jika ada rakan-rakan dari Singapura atau Indonesia ini membuka akaun Gold Accumulation Program(GAP)  perlukan Introducer ketika mendaftar. Boleh isi nombor PG saya iaitu PG000695417.

Contoh gambar dibawah.

 

 

——————————————————————————-

 

Isi maklumat dibawah jika ingin tahu lebih lanjut mengenai Public Gold.

Nama Panggilan Anda
E-mail address



Sila tekan butang kongsi:

  • Panduan menambah GAP Public Gold
  • Kesan selepas menghadiri Seminar Emas Sebagai Perlindungan Kekayaan Anda
  • Jutawan Emas Leadership Training suntik semangat baru

Filed Under: public gold Tagged With: beli emas, gap, Gold Accumulation Program, menabung emas, simpan emas

Reader Interactions

Comments

  1. Norasikin says

    19th April 2016 at 3:37 pm

    Saya tertarik bila mengetahui program ni tak de yuran simpanan. Bahagian ni yg membuatkan saya tak jadi nak menyimpan emas

    Reply
  2. titan says

    18th April 2016 at 3:34 pm

    aku jenis beli dan simpan.

    tengok kotak besi tu pun sebulan sekali aje.

    hehe

    Reply
  3. Hamacaan says

    16th April 2016 at 8:44 am

    denger2 juga, katanya lebih efektif nabung pakai emas yah? bener gak sih?

    Reply
  4. berita malaysia says

    14th April 2016 at 7:21 pm

    bagus jugak program ni, yg penting beli emas dapat fizikal emas tu dan jangan hanya sekadar pada kertas sahaja.

    Reply
  5. ema says

    14th April 2016 at 4:55 pm

    terima kasih atas info pasal gold ni…mcm bersemangat nak join juga…apapun kena bincang dengan suami…oh yer, tikar mcd, ema dah terima..

    terima kasih bro biomed…tak sabar nak bercamping…hehehe

    Reply
  6. Azhan says

    13th April 2016 at 4:52 pm

    Boleh caye ke ni bro..

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2016 at 5:56 pm

      Ya boleh dipercayai. Setiap pembelian GAP disokong 100% oleh emas fizikal ketulenan Au999.9 (24K). Emas boleh dipajak dan diterima pajak gadai AhRahnu. Boleh dijual balik kepada Public Gold.

      Reply
  7. Anuar says

    13th April 2016 at 2:58 pm

    Nice info… Boleh mula melabur emas dengan modal yang rendah… 😉

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2016 at 5:37 pm

      Nak tunggu duit banyak baru nak beli emas mungkin menjadi penghalang utama untuk menabung. Dengan modal rendah boleh menabung emas sedikit-sedikit dan untuk jangka masa panjang.

      Reply
  8. Ani Haryani says

    13th April 2016 at 12:26 pm

    Macam berminat pulak, emas takkan turun nilai dia kan, labur untuk masa akan datang

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2016 at 1:47 pm

      Bagi yang menyimpan mereka membeli dengan tidak tunggu harga jatuh atau tinggi. Mereka akan membeli untuk menyimpan dan mengumpul untuk simpanan jangka masa panjang.

      Orang biasa macam kita tidak mempunyai pengetahuan atau ilmu untuk ramal harga emas jatuh dan naik. Mereka yang melabur emas mempunyai pengetahuan pergerakkan harga emas dengan mengunakan tool tertentu untuk mereka buat keputusan membeli dan menjual untuk mendapat keuntungan.

      Saranan saya simpanlah emas walaupun sedikit kalau tidak setiap bulan. Bila ada duit lebih untuk menabung emas.

      Reply
  9. zool says

    13th April 2016 at 12:09 am

    bagus juga emas ni..
    tapi jangan lupa berzakat kalau dah sampai nilainya

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2016 at 12:18 am

      Sudah menjadi perkara kewajipan wajib sebagai seorang islam mengeluarkan zakat yang merupakan rukun islam yang ke 3.

      Perkongsian mengenai zakat emas simpan(tidak dipakai).
      Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

      Reply
  10. puanbee says

    12th April 2016 at 7:05 pm

    saya suka emas , saya join powergold .. tp nampaknya gap ni pun mcm best ..

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2016 at 12:06 am

      Sudah tentu suka emas. Wanita lagilah memang suka emas. 🙂

      Menambung emas dengan GAP tidak perlu nak simpan, bimbang nak sorok emas. Harga emas GAP lebih murah dan boleh tukar kepada emas fizikal.

      Reply
  11. Raihanah Ahmad says

    12th April 2016 at 10:15 am

    saranan yang baik, jangan lama2 buat keputusan untuk menabung emas.

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2016 at 12:14 am

      Sebenarnya ada 3 sebab membeli emas iaitu pertama untuk menyimpan, kedua melabur dan ketiga menjual.

      Kalau yang jenis menyimpan akan beli emas untuk simpan
      Kalau yang jenis melabur akan melibat aktiviti membeli saham-saham syarikat perlombongan atau Gold Exchange Traded Fund
      Kalau yang jenis menjual menghasilkan keuntungan dengan menjual emas.

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        14th April 2016 at 2:15 pm

        saya terjebak untuk pertama dan ketiga. alhamdulillah banyak juga dpt

        Reply
  12. Mus says

    12th April 2016 at 12:52 am

    sy memang memilih public gold dlm pembelian emas..
    selain GAP boleh buat bayaran ansuran..

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2016 at 1:20 pm

      Memang thorbaik. Salah satu cara menabung emas.

      Reply
  13. cik tom says

    11th April 2016 at 2:45 pm

    memang bagus menabung emas ni..utk pulangan akan datang..cuma jgn semua saving labur emas..kena ada jugak aliran cair..1 lagi cam bro biomed cakap..nak beli emas kena harga genap utk setiap gram. supaya ianya patuh syariah..

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2016 at 8:19 pm

      Cik Tom tentu ada pengalaman menyimpan emas fizikal. Perancangan dihari tua penting sebab pada ketika itu tiada lagi sumber pendapatan dan emas yang disimpan boleh dicairkan.

      Reply
  14. wahida says

    11th April 2016 at 12:52 pm

    wah cuma serendah rm100 ye…mcm minat la…

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2016 at 8:20 pm

      Kalau nak bukan akaun GAP disyorkan beli emas 1gm untuk proses pembelian patuhi syariah. Bayar jumlah genap emas 1gm mengikut nilai semasa.

      Reply
  15. semak saman says

    11th April 2016 at 12:16 pm

    emas ni bagus untuk membekukan sekejap duit simpanan kita. kalau tak memang akan terguna nanti

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2016 at 8:22 pm

      Ya, simpanan jangka masa panjang dan sudah pasti harga emas akan tinggi pada masa akan datang. Boleh dicairkan disaat memerlukan wang tunai.

      Reply
  16. Sabri says

    11th April 2016 at 11:18 am

    Banyak kelebihan menyimpan hasil pendapatan kepada aset emas….

    Reply
  17. Inspirasi Huda says

    11th April 2016 at 9:46 am

    Saranan dan usaha yang baik dengan menyimpan emas setiap bulan. Orang tua dulu kala selalu simpan emas bila ada sedikit lebihan duit/harta walaupun emas kerat rotan. Kini ramai orang mampu simpan 1gram emas setiap bulan.

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2016 at 1:25 pm

      Orang tua-tua dahulu berpandangan jauh berbanding kita termasuk diri saya sendiri boros berbelanja.

      Moga-moga kita mula menabung emas walaupun sedikit. Paling tidak beli emas 1gm sebagai motivasi untuk menabung emas.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in