Tunjukkan semangat Merdeka.
Hari ini saya menghadiri event Astro Celebrates Merdeka #UrMalaysiaIsShowing #GoBeyond yang berlangsung di North Court, Level 3 MidValley Mega Mall atas jemputan Nuffnang.
Selebriti tanah air hadir kempen Astro Celebrates Merdeka.
Ramai selebriti yang hadir untuk menjayakan semangat Merdeka ini diantara yang saya kenal adalah Dato’ Haji Aznil Nawawi, Lisa Surihani dan Haniff (ERA fm).
Disamping itu saya berpeluang berjumpa beberapa blogger Hafiz Rahim, Sohoque, Fazrol, Mr Jocko, Cik Lily Putih, Yana Yassin, Pen Merah turut blogger famous kak RedMummy dan Budiey Sensasi Selebriti. Ramai blogger yang hadir melalui jemputan Nuffnang dan ChurpChurp.
Terharu dan terkejut menerima teguran dari kak Red Mummy. Sebelum ini pernah menghadiri event yang turut dihadiri oleh beliau. Kak Red Mummy bawa bersama body guard yang kacak. Sayangnya tak dapat gambar kandidnya.
Sempena sambutan Merdeka yang ke 56 pihak Astro telah melancarkan kempen #UrMalaysianIsShowing dan #GoBeyond mengenai perilaku atau perbuatan bersifat positif yang boleh disebarkan melalui media sosial.
Reka sendiri t -shirt edisi terhad.
Baju edisi terhad boleh direka sendiri dengan mengunakan bahasa pasar diantaranya #Rilek, #Syok #Bro #Kantoi yang menjadi pertuturan rakyat Malaysia seharian. Hasil jualan akan di derma ke tabung Astro Kasih.
Aktiviti cabaran untuk blogger didalam kumpulan telah diberi senarai tugasan yang perlu direkod mengunakan media sosial diantaranya Tweeter dan Instagram. Nanti entri penuh mengenai event Astro Celebrates Merdeka #UrMalaysiaIsShowing #GoBeyond.
AkuBiomed: Terima kasih Nuffnang menjemput saya ke event Astro Celebrates Merdeka #UrMalaysiaIsShowing #GoBeyond
comey gambar Lisa 🙂
wah… best la dapat snap gambar lisa… laki dia tak ada ke?hehe..
Memang hangat lah kalau majlis mcm ni..hehe
first time sye berjumpa dengan akubiomed…malu & segan utk mulakan perbualan… 🙂
Saya rasa pernah berjumpa Alyza sebelum ini cuma tak ingat event dimana. Saya cuba mulakan perbualan tetapi ia mati ditengah jalan.
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Kalau pada masa hadapan boleh sembang santai. 🙂
ohhh ye ke…maybe sebab sye malu kot..hehehe…tu senyap je…sorry2 kalo x sambung perbualan yg terhenti tu… 😀
Menarik …. yang best tang t shirt tu …. tapi aku tak ada astro kat umah … jadi? Hmm ..
T-shirt ini dinamakan Chari-Tee boleh direka dan dibeli di Fan Page Astro Go Beyond.
Saya sudah reka satu untuk tujuan amal Astro Kasih.
selamat hari merdeka…
rezeki advertorial lagi yer 😉
sy pun pernah jumpa brtentang mata dgn Pak Nil dan Haniff Era
Haniff Err FM jumpa untuk kali ke 2. Sempoi orangnya.
nak pegi tapi jauhhhh!
wah.. bestnya dah jadi orang kuat nuffnang.. 🙂
Kat KL best la banyak event..
Tak adalah bro biasa-biasa sahaja.
Sure Lisa Surihani jadi tumpuan…seronoknya dapat menghadiri event…SA x pernah dapat lagi…
rajin ya hadiri event sebegini
entah bila la aku akan dapat peluang turut serta acara macam ni
betul-betul hangat ni ade lisa sekali hahaha
Kehadiran Lisa Surihani menarik perhatian.
mmg untung la bro.. jelouse saya..
cantik gambar2 nya terutama gambar lisa…. 😀
Hajat dapat snap gambar bersama beliau tidak kesampaian.
Untuk event nie eden dapat invitation dari NN dan CHURP CHURP… tapi keje hakiki lebih diperlukan terpaksalah redha… sonok la tengok korang buat task tu… gelak je aku tengok
Fuh, lagi hebat dapat 2 jemputan sekali gus.
wow event tuh kelihatan sangat meriah…best-best…
Memang meriah.
Tedia. Bagus jugak ada event macam ni, nampak kemeriahan. Kalau kat luar, bendera dah tak banyak dah.
Salahkan diri sendiri jika semangat patriotik semakin pudar.
rajin juga ye bro pergi macam2 event,…
Jemputan yang sukar ditolak.
hebatlah sambut merdeka dengan progam Astro Celebrates Merdeka…
ink dan ungu dua kombinasi warna yang cantik
Meriah nampaknya event tersebut ye. Rajin jugak bro hadiri event.
lagi beberapa hari jer kita nak sambut kemerdekaan…
Salam semua dalam perancangan entri ini kami tunggu sahaja
terbaiklah bro! ambe tunggu entri penuh =)
meriah giler event nie…tak pernah dpat jemputan huhu…
Insyallah pada masa hadapan akan ada.
Dalam banyak-banyak gambar, Lisa juga yang cantik 🙂
Artiskan auranya lain macam.
Ramai blogger otai berhimpun.
Meriahnya… kalau lah kawe boleh join sama… best gak tu!
wah bestnya bro, bertambah glamer bro 🙂
Rezeki jemputan Nuffnang. 🙂
Rajinnya bro pergi event, untung kalau duk area lembah klang…
Ada jemputan boleh pergi.
rugi kalau di jemput kita tak hadir
Wah.. Untung la dapat join event macam ni!
Rezeki dapat jemputan dari Nuffnang.
Meriah……
Kehadiran selebriti dan blogger yang sporting memeriahkan kempen.
kan best kalau saya dok area bro, boleh join sekali, banyak aktiviti best nih
Mungkin bahang sambutan Merdeka boleh diterjemahkan dimana-mana kita berada.
Bila dapat jemputan kenalah pergi, bila tidak pergi tentulah rugi…kena serap sebanyak mungkin aura positif yang ada.
Aura positif ada dimana-mana.
go beyond..memang best event ni..penuh dengan aura positif..all out sampai habis tenaga..hahaha
Semua blogger merungut bateri Smartphones cepat habis dan line broadband perlahan.