• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Pelancaran Little Red Cube dan Karnival

Pelancaran Little Red Cube dan Karnival

7th June 2013 by akubiomed 65 Comments

Little Red Cube destinasi keluarga, bermain, makan dan membeli belah.

Pada 5hb Jun yang baru ini, saya telah dijemput bersama 6 blogger Top Malaysia  untuk menghadiri media pelancaran kompleks Little Red Cube yang dibangunkan diatas sebidang tanah seluas 4.2 ekar di Puteri Harbour, Nusajaya Johor. Kedudukannya yang hampir dengan Singapura, 10 minit dari LEGOLAND Malaysia dan Johor Premium Outlets.

little red cube

7 Blogger telah diterbangkan ke Johor oleh pihak penganjur untuk menghadiri majlis media pelancaran kompleks Little Red Cube yang terletak di Puteri Harbour. 6 Top Blogger Malaysia tersebut adalah Red Mummy, Beautiful Nara, Budiey, Ruby, Andy Howtt dan Zaid. Ia adalah acara kali ke 2 yang dianjurkan luar Lembah Kelang yang dihadiri oleh saya.

bloggerdan media bersarapan pagi di harbour cafe

PERSEMBAHAN BUNYIAN DARI BARANGAN TERBUANG OLEH KUMPULAN STOMPER.

Pelancaran telah telah disaksikan oleh pengunjung terdiri orang awam, media, bloggers dan sahabat handai komuniti Little Red Cube dimulai dengan persembahan kreatif permainan muzik oleh kumpulan Stompers menghasilkan bunyi-bunyian yang dihasilkan dari bahan buangan seperti tong sampah, tin cat, botol dan kayu.

persembahan kumpulan stompers menghasilkan irama dari barangan terpakai

Dato’ Eddy Leong, Pegawai Operasi DRH memberikan ucapan sempena pelancaran Little Red Cube

Catwalk oleh si cilik mengayakan rangkaian baju kanak-kanak dari gedung pakaian Poney.

Little Red Cube Carnival mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Sehubungan dengan pelancaran tersebut, pihak Little Red Cube telah melancarkan ‘Little Red Cube Carnival’ yang bermula 5hb hingga 23hb Jun 2013. Beberapa aktiviti permainan dan promosi yang disediakan menanti pengunjung. Pengunjung digalakan membawa anak -anak mereka memandangkan karnival berlangsung ketika masih dalam cuti sekolah yang boleh  disertai seisi keluarga. Sesuai dengan konsep Little Red Cube – destinasi keluarga, bermain, makan dan membeli belah.

Antara senarai aktiviti diLittle Red Cube Carnival.

  • Jumbo Sumo Wrestler Competition
  • Hot Wheels Car Race
  • Nerf Gun Challanges

jumbo sumo wrestler competition

nerf gun challange

Anak-anak kecil tentu suka dengan persembahan badut, stilt walker, sculpting belon, mencorak cupcakes untuk kanak-kanak dan berbagai lagi. Turut diadakan live band setiap Jumaat dan Sabtu pada waktu sebelah malamnya.

pelancaran kedai gedung pakaian kanak-kanak poney

kafe crepe signature

kapal layar mewah berlabuh di puteri harbour

red mummy dengan gaya vogue di puteri harbour
makan tengahari di olive tree kitchen & bar

Blogger dan media dibawa kedai-kedai disekitar kompleks Little Red Cube dan Taman Tema Keluarga Puteri Harbour.

blogger zaid, budiey, ruby mengilang dahaga di kedai serbaneka mynews.com

pintu masuk hello kitty town

Senarai kedai dan restoran yang sudah beroperasi dan akan bertambah dari masa ke semasa:

  • Toy’s R Us
  • Poney
  • Olive Tree Kitchen & Bar
  • Crepe Signature
  • Shihlin Taiwanese Street Snacks
  • House of Mini Cupcakes
  • Caring Pharmacy
  • myNews.com

Beberapa outlet bakal menyertai komuniti Little Red Cub

  • Starbucks
  • Sushi King
  • Brussels Cafe’
  • Chatime
  • WorldSpan Travel

Boleh layari laman rasmi untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi di The Little Red Cube @ FB The Little Red Cube.

blogger, media, DRH tim

AkuBiomed: Terima kasih kepada penganjur kerana menjemput saya ke majlis media pelancaran Little Red Cube.

  • Jom ke pelancaran Little Red Cube Puteri Harbour Johor.
  • Hotel Traders Puteri Harbour permata di Puteri Harbour
  • Glitz & Glam Bloggers Party oleh Apac Aventure

Filed Under: advertorial

Reader Interactions

Comments

  1. Akuro San says

    16th October 2013 at 9:29 pm

    wah, mcm mana boleh dapat pergi event nih? best nya…

    Reply
  2. Hafizul says

    16th June 2013 at 12:44 pm

    Alamak..kecik2 dah pandai cat walk..besar2 jadi model nih..hehe

    Reply
  3. suri says

    12th June 2013 at 11:05 am

    inilah dia bila blogger bergambar

    Reply
  4. Kujie says

    11th June 2013 at 1:41 pm

    reply email event ni tapi tak dapat pergi.. balik kampung 2 minggu
    lama dah tak pergi JB, seronok juga pi sana

    Reply
    • suri says

      12th June 2013 at 11:09 am

      lama balik kampung rasanya 2 minggukan budak2 cuti sekolah 🙂

      Reply
  5. Juan says

    9th June 2013 at 6:18 pm

    wow siap ada care crepe lagi tuh

    Reply
  6. Hairul Hissam says

    9th June 2013 at 1:57 pm

    meriah saya tengok.. nak kena pergi nanti nie…

    Reply
  7. Ismail N says

    9th June 2013 at 1:39 pm

    Wah! makin mantap lah tourism di Johor. Ini yang buat kawe rasa nak balik kampung jer ni…

    Reply
  8. Sop says

    8th June 2013 at 11:45 pm

    menari juga nih
    org johor mesti pergi 🙂

    Reply
  9. Zida says

    8th June 2013 at 3:54 pm

    Wahh banyaknya kartun comel-comel tu! Hello kitty town, Lat’s Place, Bob The Builder pun ada! hehe

    Reply
  10. hazman aka species1980 says

    8th June 2013 at 3:36 pm

    Hurmm…. tak dapat join sebab hari yang sama ngan event KRR aritu… huhuhu…. p/s : sonok kan naik flight MAS pegi JB kan….hehehehe

    Reply
  11. suri says

    8th June 2013 at 8:09 am

    sy menyukai kartun lat tu memang memori sungguh

    Reply
  12. Mohd Shubhi says

    8th June 2013 at 12:30 am

    Pehhh! banyaknya gambar!!!, puas tengok.

    Reply
    • suri says

      12th June 2013 at 11:10 am

      ini namaya cuci mata perlu bersungguh-sungguh

      Reply
  13. TehR says

    7th June 2013 at 11:38 pm

    tahniah bro
    banyak gambar yang cantik dan ceria
    memang nampak meriah

    Reply
  14. auc says

    7th June 2013 at 8:59 pm

    wah meriah dan colorfull

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:01 pm

      Saya suka sebab peluang untuk menajamkan kemahiran membidik dengan kamera DSLR.

      Reply
      • suri says

        8th June 2013 at 8:10 am

        gambar yg berlatar belakangkan pemandangan tu mmg nampk cantik

        Reply
  15. hafizrahim says

    7th June 2013 at 8:48 pm

    Serius nampak macam best..haih..jeles ni..hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:01 pm

      Rezeki datang bergolek yang sukar ditolak. 🙂

      Reply
      • suri says

        12th June 2013 at 11:11 am

        siapa pun jika di pelawa mereka akan katakan saya nak pergi jika tiada perkara yang mengganggu

        Reply
  16. PerenLee says

    7th June 2013 at 7:40 pm

    Bestnya jadi blogger top ni,banyak yg sponsor…

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:02 pm

      Saya bukan blogger top. Biasa-biasa sahaja. 🙂

      Reply
      • suri says

        8th June 2013 at 8:11 am

        bro a suka hadiri seminar dan event heee..

        Reply
  17. Nakusan Bali says

    7th June 2013 at 7:26 pm

    lucu tuh model ciliknya..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:02 pm

      Memang kehadiran model cili mencuit hati dan sorakan pengunjung.

      Reply
    • suri says

      8th June 2013 at 8:13 am

      lihat ada model cina dan melayu kalau ada model2 pelbagai kaum mesti lagi menarik..

      Reply
  18. Ummi Hanie says

    7th June 2013 at 3:59 pm

    RedMummy mmg sesuai sekali jd jemputan kerana “kemerahannya” 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:04 pm

      Memang kena dengan warna kesukaan beliau yang sudah menjadi ‘trademark’ blog beliau.

      Reply
      • suri says

        12th June 2013 at 11:12 am

        merah delima bukan merah terang namanya

        Reply
  19. JMR says

    7th June 2013 at 3:58 pm

    wah siap diterbangkan ni..best2..
    nwy, comel2 catwalk budak2 tu..heheh

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:05 pm

      Suasana menjadi meriah dengan kehadiran model cilik yang meragakan pakaian dari gedung pakaian kanak-kanak Poney.

      Reply
  20. Ummi Hanie says

    7th June 2013 at 3:57 pm

    murah rezeki Akubiomed selalu dpt jemputan ye…

    teringin nak ke Hello Kittty Town tu 😉

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:09 pm

      Hello Kitty Town memang best. Saya leka akan dengan barangan ekslusif Hello Kitty. Rumah lengkap dengan ruang tamu, dapur, bilik mandi dan bilik tidur.

      Reply
    • suri says

      12th June 2013 at 11:12 am

      untung owner dapat jemputan eh jika kita nak masuk kena bayar ker?

      Reply
  21. puanbee says

    7th June 2013 at 2:59 pm

    ada dpt jemputan ni , tk tahu owner akubiomed dpt juga ,dgn redmummy lak tuh … fuh .. tp memang tk boleh pergi jauh , comel baju2 budak tuuuu

    Reply
    • Ummi Hanie says

      7th June 2013 at 4:19 pm

      syg laa bee tak pi… tp mmg jauh pun

      Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:11 pm

      Pertama kali jumpa beliau secara ‘live’ memang merendah diri orangnya dan mesra. Tak lokek ilmu.

      Reply
      • suri says

        12th June 2013 at 11:14 am

        ab blogger macam inilah kita tidak takut nak tegur apa lagi melukuk ilmu yanga da pada beliau

        Reply
  22. hafiz says

    7th June 2013 at 12:41 pm

    bestlah nanti nak pergi jugaklah…bawak my heros..

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:12 pm

      Boleh bawa anak-anak hujung minggu ini sebab banyak aktiviti disediakan untuk ibubapa dan anak-anak boleh sertai dan menang.

      Reply
  23. wahida says

    7th June 2013 at 11:41 am

    barangan2 kat dalam tu mahal tak?

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:17 pm

      Saya rasa standard dimana-mana.

      Reply
  24. Denaihati says

    7th June 2013 at 11:32 am

    mesti best dengar persembahan music dari tong, ada kelainan.

    Reply
  25. saimi says

    7th June 2013 at 11:21 am

    Hahaha..orang jauh yang sampai dulu.kiki

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:18 pm

      Biasa memang macam tuh bro. 🙂

      Reply
  26. anif says

    7th June 2013 at 10:51 am

    Saya yang dekat ni pun belum sampai lagi.. aish!

    Reply
    • hafiz says

      7th June 2013 at 3:28 pm

      samalah kita hanif…

      Reply
  27. fyna says

    7th June 2013 at 10:08 am

    waaaaaa…. kelas gitu. meriah event tue.

    Reply
    • suri says

      12th June 2013 at 11:15 am

      jika fyna pergi mesti suka hati punya silap-silap akan ada langkah kungfu panda

      Reply
  28. sukma says

    7th June 2013 at 9:49 am

    menarikkkkknyaaaa…harga barangan kat situ ok tak?

    Reply
    • suri says

      12th June 2013 at 11:17 am

      mesti menunggu jawapan dari bro ab.

      Reply
  29. Kamal Mustafa says

    7th June 2013 at 9:44 am

    Wah seronoknya dapat join event.

    Reply
  30. Kak Long Mawar Merah says

    7th June 2013 at 7:52 am

    Nampak ‘happening’ acara di sana. Lepas ni, makin banyak tempat nak pergi di Johor.

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:21 pm

      Macam-macam ada di Johor sekarang ini. Destinasi pelancongan di Malaysia pun menarik juga secara tak langsung meransang ekonomi didalam negara.

      Reply
  31. Datin Tyka says

    7th June 2013 at 7:08 am

    macam kat USS dah

    Reply
  32. titan says

    7th June 2013 at 6:22 am

    peh..rajin gila hang pi sana-sini..

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:22 pm

      Ada jemputan dan kelapangan kita pergi. 🙂

      Reply
  33. sensasi2020 says

    7th June 2013 at 3:33 am

    Tahniah bro…ada pelaung dan terpilih ke sana utk majlis pelancaran. Banyak sekali foto2 yang diambil amat menarik….saya kennagan yang tak dpt dilupakan buat anda ya….

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:24 pm

      Sebenarnya banyak terpaksa di pilih untuk dibawa 1-2 entri akan datang.

      Reply
  34. ciklaili.com says

    7th June 2013 at 2:47 am

    Bestnya kalau dapat ke kedai Hello Kitty tu. Seperti di Korea, mereka wujudkan sebuah cafe bertemakan Hello Kitty…

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:25 pm

      Sayangnya saya tak jumpa maskot Hello Kitty. Teringin bangat bergambar bersama mereka.

      Reply
      • suri says

        12th June 2013 at 11:19 am

        bro jika dapat anak perempuan mesti beraya sakan di rumah/bilik kecilnya nanti

        Reply
  35. Azman Ishak says

    7th June 2013 at 2:37 am

    perghh hebat la abang bio sekarang ni. tahniah.. and all the best bro!

    Reply
    • akubiomed says

      7th June 2013 at 9:26 pm

      Tak adalah bro. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in