Setiap orang mempunyai impian yang ingin dicapai dalam kehidupan masing-masing. Begitu juga saya ingin merealisasikan impian saya. Jadi saya perlu mencabar diri untuk berusaha mencapai apa yang diimpikan.
Jutawan Emas Leadership Training menyuntik cabaran baru.
Pada 27hb – 29hb Mei yang lalu saya telah menghadiri latihan Jutawan Emas Leadership Training(JLT) yang dianjurkan oleh Public Gold International sebuah syarikat menjual emas dan perak terbesar di Malaysia. Latihan ini untuk ahli-ahli Public Gold yang serius ingin menjadikan emas dan perak sebagai satu perniagaan selain menyimpan logam fizikal untuk diri sendiri.
Mencari cabaran baru selepas bebas hutang.
Sebelum saya kongsi pengalaman menghadiri program JLT ini, adalah lebih baik saya kongsikan sedikit paradigma yang ingin saya lakukan didalam hidup saya. Selepas saya berjaya bebas dari hutang kecuali hutang rumah dipanggil good debt, saya tercari-cari cabaran dan komitmen yang selama ini memancu saya untuk berkerja kuat.
Apabila langsaikan hutang sudah bukan lagi menjadi sesuatu menjadi keutamaan menyebabkan saya terkapai-kapai seperti hilang arah tujuan. Saya rasa macam kosong jika sebelum ini setiap hari kepala akan ligat memikirkan bagaimana hendak melangsaikan hutang secepat mungkin.
Lebih-lebih lagi hujung bulan kepala kusut dengan duit gaji banyak dihabiskan untuk melangsaikan hutang. Saya bimbang apabila sudah bebas hutang saya akan tidur dan berasa di zon yang sangat selesa. Ia akan menyebabkan saya alpa dengan situasi ini.
Menukar wang kertas kepada emas fizikal.
Bermulalah episod saya menyimpan emas untuk melindungi kekayaan saya pada masa hadapan. Saya mula mengorak langkah berniaga emas dengan tujuan untuk mendapat keuntungan dan pada masa sama mendidik masyarakat supaya menyimpan emas. Sudah menjadi adat orang berniaga mestilah hendak untung, kita bukan menganjur perkara yang tidak elok dan produk yang dijual adalah emas fizikal.
Emas ini adalah barang berharga dan perlu disimpan baik-baik. Emas juga akan mengekalkan kekayaan kita selagi emas berada didalam tangan kita
Saya melihat menabung emas diantara instrumen terbaik untuk dilakukan supaya kita tidak menjadi miskin pada masa hadapan. Pelbagaikan portfolio menyimpan dan pelaburan tidak hanya di Unit Amanah, Insuran, Saham, ASB, Tabung Haji dan sebagainya.
Elakkan dari menyertai skim cepat lingkup yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan. Saya dapati produk emas yang ingin dijual pun ada 2 jenis sahaja iaitu emas petak dan emas bulat. Emas petak saya maksudkan adalah jongkong emas dan emas bulat adalah dinar.
Kenapa saya berkata berkenaan kerana emas dan perak adalah satu bentuk fizikal yang kekal berbanding duit kertas @ wang fiat kita guna untuk urusan beli selalu dihimpit dengan inflasi dan kuasa membeli. Duit kertas RM10 kalau diconteng tidak akan laku, kalau di koyak jadi dua bahagian tidak akan menjadi RM5.
Emas kalau diconteng dan dipatah duit tetap bernilai. Saya juga melihat nilai duit semakin tahun semakin menyusut dan kuasa membeli semakin mengecil. Kalau dibanding dengan emas nilainya sentiasa naik saban tahun.
Kalau kita beli 1gram hari ini, esok, lusa, tahun depan masih lagi kekal pada beratnya 1gram. Emas dan perak bukan barang konsumer jadi kalis luput, rosak dan sentiasa orang suka sampai bila-bila. Tanyalah siapa-siapa mengenai emas tentu mereka suka dan kata orang, siapa milik emas adalah orang kaya. Saya tidak pernah dengar orang jatuh miskin sebab simpan emas.
duit RM1000 vs 5 gram emas Public Gold
Berbalik kepada program JLT yang saya hadiri.
Ia adalah latihan untuk ahli Public Gold yang telah dinaik taraf dari ahli biasa menjadi usahawan emas. Public Gold membuka peluang selain membeli dan menyimpan, boleh berniaga emas. Antara kelebihan menjadi usahawan emas Public Gold tidak perlu modal besar untuk sewa kedai, mencari pekerja dan sebagainya.
Nak jadi usahawan emas Public Gold mudah sahaja dengan membeli sejumlah emas nilai tertentu samada emas fizikal atau atau emas GAP, sudah memadai menjadi usahawan emas Public Gold. Bahagian yang paling best kita dapat milik emas yang dibeli.
Nak jadi usahawan emas dengan beli emas itu sahaja
Century Pines Resort di Cameron Highlands menjadi tempat kami berkampung selama 3 hari. Saya bersama 7 rakan niaga emas lain yang pelbagai latar belakang telah berada didalam satu kumpulan yang dinamakan Seville sebuah daerah di negara Sepanyol. Nama Seville diambil sempena Sales Incentives Program(SIP) ke Sepanyol pada tahun hadapan. Saya telah menjadi Maharaja dan rakan-rakan didalam kumpulan ada yang menjadi Puteri Mahkota, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan dan Rakyat. Secara tidak langsung saya menjadi ketua kumpulan.
Berikut adalah antara aktiviti selama 3 hari.
Team building. Bekerjasama untuk memikir solusi diluar kotak, fokus dan bersatu hati. Walaupun ia adalah satu permainan tetapi tetap mencabar. Kami perlu bekerjasama untuk mencari penyelesaian setiap tugasan yang diberikan dengan masa yang terhad dan efektif. Pada masa kami juga ditekan dengan perubahan permainan yang sengaja diubah untuk melihat keupayaan kami menadaptasi situasi yang tidak di sangka-sangkakan.
Sebelum sesi latihan bermula kami semua akan bersenam dahulu. Memang seronok ambil bahagian kerana bermacam-macam gaya senaman. Sebagai contoh senaman gaya bawa motor oleh bro Fendy.
Group Presentation. Kami telah diberi case study dan secara berkumpulan kami perlu mencari penyelesaian. Perlu buat pembentangan didepan rakan-rakan dan berkongsi ide solusi dari kumpulan.
Encik Mohd Zulkifli antara mentor emas Public Gold yang berjaya. Tulisan blog beliau MohdZulkifli.com banyak memberi inspirasi untuk selesaikan hutang dan pengetahuan luas tentang emas. Buku Zero hutang adalah ditulis oleh beliau melalui pengalaman bagaimana menyelasaikan hutang pada usia muda, Beliau sendiri bebas hutang pada usia 25 tahun dan dimana kedudukan kewangan anda pada usia tersebut?
Mama Azizah satu-satunya mentor emas Public Gold wanita yang mendapat status Jade. Beliau merupakan official speaker wanita di Public Gold. Orang yang sangat sempoi dan mempunyai kemahiran offline marketing.
Encik Syukur dikenali Mahaguru Emas merupakan penulis blog JutawanEmas.com. Beliau juga penulis buku Menyingkap Pelaburan Emas bagi saya buku ini amat terperinci untuk mereka mengenal emas dan perbandingan antara syarikat yang menawarkan emas.
Perkongsian dan tips dari mentor-mentor emas yang berjaya dengan formula PG1 system telah terbukti berjaya melahirkan usahawan emas yang berjaya. Kalau sebelum ini ada menghadiri kelas untuk peniaga emas ada dikongsikan PG1 system. Semasa menghadiri JLT pemahaman lebih jelas kerana ia disampaikan oleh mentor-mentor emas yang berpengalaman dan berjaya.
Tricia dari Public Gold mempunyai pengalaman luas didalam bidang pemasaran kerana beliau merupakan bekas ejen hartanah di Australia. Beliau berkongsi teknik close sale yang sebelum ini tidak pernah saya didedahkan.
Dato’ Wira Louis Ng menyampai visi dan misi Public Gold kepada perserta JLT
Dato’ Wira Louis Ng merupakan founder Public Gold. Selama 3 hari beliau berada dengan kami dan sama-sama mengikuti latihan JLT. Seorang yang merendah diri, berkarisma dan berpandangan jauh dan mudah mesra. Selalunya dimana-mana program orang VIP hanya ada pada hari perasmian dan penutupan majlis tetapi beliau sentiasa berasa dengan kami sepanjang program latihan.
Ada sahaja peluang dimanfaatkan untuk berbincang bagaimana hendak berkongsi kebaikkan menukarkan wang kertas @ wang fiat kepada emas fizikal untuk tujuan menabung dan menyimpan jangka masa panjang. Seronok apabila berada dikelompok orang-orang yang mempunyai fikiran dan impian yang sama. Lebih mesra dan fokus
Penyampaian anugerah Jade Master Dealer Public Gold kepada mama Azizah
Penyampaian anugerah Sapphire Master Dealer Public Gold kepada Mahaguru .
Sapphire Master Dealer Mahaguru Syukor dan Jade Master Dealer mama Azizah
Bergambar beramai-ramai bersama Mahaguru Syukor, Mama Azizah dan Dato’ Wira Lois
Dapat berita terhangat dan terkini semasa menghadiri program JLT.
Pada bulan Julai nanti akan ada pelancaran PG Mall oleh Public Gold yang merupakan gedung online yang pertama seumpamanya didunia mengunakan Gold Cash untuk urusan jual beli. PG Mall merupakan platform untuk peniaga menembusi bukan setakat pesaran tempatan tetapi juga ke pasaran antarabangsa.
Berita baik bagi peniaga yang ingin berniaga di PG Mall, anda boleh daftar secara PERCUMA untuk 300 yang terawal. Cepat dapatkan borang pendaftaran dibawah;
Borang boleh download PERCUMA disini.[+]http://tinyurl.com/daftarpgmall
Lawat laman rasmi PG Mall disini.[+]pgmall.my
Didalam suratkhabar Nanyang Siang Pau ini secara ringkas berkongsi kenaikkan harga dan permintaan logam. Logam perak juga tidak terkecuali naik harga kerana mendapat permintaan dan kekurangan perak dipasaran. Pelabur-pelabur di Amerika sudah hilang kepercayaan terhadap mata wang kertas Dollar dan mula menukarkanya kepada Perak. Mereka memilih untuk menyimpan perak di Singapura bukannya menyimpan wang kertas di Swiss bank.
Baca berita penuh disini.[+]http://bit.ly/nanyangsiangpau29may16
Bergambar bersama kumpulan Seville. Rakan-rakan yang sempoi dan best(dari kiri Azrul, Aisyah, Pn. Siti Norehan, Dr. Izwan, Haizami, Pn. Asmah, Azrin dan Bro Rashid)
Penyampaian sijil tamat latihan JLT
Bergambar kumpulan Seville yang menerima sijil latihan JLT
Bergambar beramai-ramai bersama rakan-rakan usahawan emas yang berjaya menghadiri latihan JLT
Bergambar dengan Dato’ Wira Lois.
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga kerja Public Gold yang bertungkus lumus menjayakan program JLT ini.
Kredit gambar: Public Gold International.
Seronok pulak tengok aktiviti-aktiviti yang dijalankan ni! Semoga sukses tuan
Semoga sukses dgn apa yg diceburi
Memang bagus skrg simpan emas utk
Masa depan. Saya pun simpan sikit2
Saya simpan emas salah tujuan nak beku wang KERTAS supaya tidak kerugiaan susut nilai kepada nilai gram. Tak boleh tahan setiap kali membeli perlu guna banyak helai wang KERTAS setiap kali membeli.
Wow.. semkain hebaq abam akubiomed.
Semoga sukses ya
Saya mencari cabaran baru selepas bebas dari bebanan hutang. Kalau tidak nanti lena dibuai mimpi sebab tidak ada lagi sesuatu yang drive sahaja untuk berusaha.
Memang tepatlah menyimpan emas sebab sebelum ini saya sudah merancang perbelanjaan semasa pesaraan. Saya pun ada dana kecemasan 6 bulan, pencen anuiti, pelaburan unit amanah melalui KWSP, potongan gaji Skim Persaraan Swasta(PRS). Semuanya mengunakan sumber duit gaji pendapatan bulanan. Tak apalah ikat perut sikit untuk keselesaan dikemudian hari.
saya pun memang minat dengan emas…tapi beli sikit2 je…tak mampu jadi dealer
Simpan untuk diri sendiri pun sudah cukup bagus daripada tidak simpan apa-apa.
Saya jadi dealer kerana ingin mendapat keuntungan dengan jual beli emas selain simpan emas untuk diri sendiri. Yang best jadi dealer Public Gold masih dapat komisen walaupun beli dan jual untuk diri sendiri.
terbaik bro.. untung mendapat pendedahan yang lebih banyak dalam pelaburan emas..
Ilmu emas ini adalah satu-satunya tidak diajar dimana-mana institusi pendidikan samada di sekolah, kolej dan universiti. Apabila disuruh beli emas untuk meyimpan atau pelaburan orang tidak faham sebab mereka selalu kaitkan emas ini adalah barang perhiasan. Baik simpan duit KERTAS banyak-banyak berbanding emas.
Apabila tukar duit KERTAS kepada emas akan mengelak terkesan duit yang susut nilai dan inflasi. Awal-awal lagi kita sudah tukar kepada bentuk fizikal gram. Simpanlah emas 10 tahun sekali pun tidak akan susut beratnya.
Hehe..terbaiklah bro..semoga maju dan sukses sampai bila-bila… seronok kan berdamping dengan mereka yang telah berjaya.. aura kejayaan itu rasa meresap ke jiwa kita.., haha
Selepas bebas hutang, saya merasakan perlu untuk saya mencari cabaran baru sebab tidak mahu lena dan selesa dengan apa yang ada. Pelaburan Investment Precious Metal(IPM) adalah pilihan terbaik melabur didalam emas fizikal dengan platform Public Gold dan pada masa sama membuat keuntungan dengan menjual beli emas.
emas saya beli simpan dan pakai je. investment secara tak langsung la kan. ada yg saya buat modal bisnes.
Itu pun sudah kira bagus. Kalau nak spread@susut nilai rendah simpan emas jongkong atau dinar emas, Nanti bila dijual atau dipajak tidaklah susut banyak sangat. Kalau susut diantara 8%-5% bergantung kepada berat. Lagi berat lagi rendah susut nilai.
Barang kemas susut nilai tinggi boleh menjangkau 25%-40%. Kalau nak simpan emas barang kemas pilih emas padu atau emas 916.
Kelebihan emas boleh pajak di ArRahnu pajak gadai islam untuk dijadikan modal pusingan bisnes. Dapat duit keuntungan tebus balik emas yang dipajak dan tidak ada proses rumit dan dokumen seperti pinjaman loan bank. Dah lah berhutang kena bayar balik dan tidak dapat apa-apa berbanding pajak di ArRahnu boleh dapat emas yang dipajak tanpa kurang segram pun.
Ramai yang tidak nampak kelebihan menyimpan emas.
Tahniah,saya pon bercita-cita nak ceburi pelaburan emas kelak,boleh minta tunjuk ajar dari bro kelak.
Insyallah saya akan bantu supaya bro dapat mula menyimpan emas serendah 1gram. Pada masa sama saya ingin syorkan dapatkan buku dari En.Syukor Hashim mengenai emas yang bertajuk ‘Menyingkap Rahsia Pelaburan’. Buku ini mempunyai info dan penerangan lengkap mengenai pelaburan emas.
Syabas, Usahawan Emas! 😀 Yg penting Public Gold ni legit – dulu kami hampir join company pelaburan emas yg x legit. Minat mmg ada…. Insya-Allah….
Public gold sudah 8 tahun menjual logam fizikal berupa emas dan perak terbesar di Malaysia. Ada 18 cawangan diseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Nak beli emas pun mudah kerana boleh beli secara online 24/7 dan kemudian ambil emas dimana-mana cawangan Public Gold diseluruh negara. Mudahkan.
Lepas baca artikel ni baru perasan pejabat2 PG di Alamesra, KK – mmg mudah. 😀
Suka sangat emas tapi ilmu tentang pelaburan emas masih cetek. Teruskan perkongsian tentang emas.
Orang dulu-dulu kalau ada anak dara akan suruh beli emas. Antara sebabnya emas ini lebih bernilai dari wang kertas.
Orang tua-tua kita sudah melalui hidup sukar ketika Malaya dijajah Jepun. Tuk nenek kita dipaksa guna wang kertas jepun dikenali duit pisang. Duit pisang ini dicetak sesuka hati oleh pihak Jepun sehingga berlaku inflasi. Menyebabkan harga barang-barang jadi mahal.
Selepas Jepun menyerah kalah apa terjadi kepada duit pisang tersebut. Ia menjadi tidak bernilai dan akhirnya dibuang diumbut pisang. Duit pisang hanya menjadi sejarah keperitan kehidupan tuk nenek kita.
Jadi simpan emas selain duit kertas supaya kita dapat kekalkan kekayaan kita. Duit kertas bernilai selagi kerajaan dan politik stabil. Lihat kepada negara yang bergolak dek sebab kestabilan politik atau terlibat kancah peperangan. Matawang milik negara menjadi lemah dan tidak bernilai. Apa sebaliknya kalau ada emas. Dimana-mana negara terima emas dan boleh dicairkan menjadi duit.
Terbaik semoga sukses ya bagus ada bisnes dan pelaburan emas ni
Bestnya jadi usahawan emas.
Kaum Melayu dah ramai yang buka mata sekarang ni untuk menyimpan emas
Semoga sukses
Nak kata ramai yang sedar masih lagi tahap rendah. Ramai yang tidak nampak keperluan menyimpan dan jadi emas sebagai pelaburan berbanding portfolio penyimpan dan pelaburan didalam bank, unit amanah. dan insurans.
Paling parah yang mahukan return cepat dengan melabur Skim Cepat Lingkup. Kalau ada pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan dan segera. Elaklah segera sebelum berputih mata.
owh, ada PG MALL senang la nak beli emas nanti. dapat emas nanti by pos ke?
PG Mall tidak jual emas. Didalam PG Mall ada bermacam-macam produk yang mana transaksi jual beli mengunakan Gold Cash.
Kalau nak beli emas dengan cara walkin ke cawangan Public Gold berdekatan atau dengan dealer Public Gold.
Panjang lebar artikel.. tapi berpuas hati setelah membacanya.. banyak ilmu dan pengalaman yg ditimba daripada otai2 emas.. tahniah…
Pelaburan ilmu itu penting supaya kita tidak hilang arah dan tersesat.