• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / review / Dell Professional P2211H Monitor LED sebagai monitor kedua

Dell Professional P2211H Monitor LED sebagai monitor kedua

26th August 2015 by akubiomed 39 Comments

Dell Professional P2211H untuk kegunaan edit foto.

Salah satu punca membeli Monitor Dell Professional P2211H kerana sering kali tidak merasa puas hati hasil edit gambar mengunakan Canon Digital Photo Professional atau dikenali dengan ringkasan DPP.

Monitor kedua untuk edit gambar.

Monitor Dell Professional P2211H ini adalah monitor LED bersaiz 21.5″ merupakan monitor 2nd hand dan dibeli pada harga RM299. Monitor ini akan menjadi monitor ke 2 boleh digunakan sebagai extended monitor untuk Acer Ultrabook P3 yang skrin bersaiz 11.6″. Kalau sebelum ini ada kemungkinan ‘blind spot’ yang tak nampak semasa mengunakan Acer untuk post processing imej.

Monitor ini juga saya sudah kalibrasi dengan mengunakan Spider4 Express dari Datacolor supaya mendapatkan tona warna yang lebih tulin terutama warna putih sering memberi masalah semasa post processing gambar.

Mengunakan semula Monitor terpakai mengurang impak rumah hijau.

Secara tidak langsung sebagai satu sokongan mengurangkan impak alam sekitar dengan konsep 3R iaitu ‘reduce, reuse dan recycle’. Saya sudah sahut cabaran tersebut.

Berpuas hati dengan Monitor Dell Professional P2211H.

Saya sangat berpuas hati setelah mengunakan monitor Dell ini walaupun ia adalah monitor terpakai. Salah satu faktor sangat berbaloi-baloi sebagai seorang amatur untuk  memiliki spesifikasi tinggi pada harga bajet. Kalau hendak mendapatkan seperti professional guna agak mustahil ketika ini.

Akhirnya memiliki Selens 80cm 5in1 5 colour Triangle Portable Reflector collapsible

Kalau saya tahu hasil kesan pengunaan triangle reflector ini, sudah tentu saya awal-awal lagi saya sudah beli kerana ia sangat berguna dan mudah dikendalikan.

Kenapa saya kata mudah mengunakan triangle reflector ini:-

  • Ia boleh dilipat untuk mudah disimpan
  • Ada 5 jenis reflector
  • Ada hand grip dan boleh dipasang pada tripod

Saiz 80cm Selena Triangle Reflector 5 in 1

gambar terbaru Aslah baru pulih demam campak.

Hasil gambar indoor yang diambil dengan mengunakan Triangle reflector. Biasanya bahagian wajah akan kelihatan gelap apabila cahaya berada diatas kepala. Mengunakan Triangle reflector saya dapat reflek biasan cahaya kepada wajah subjek.

Kesan mengunakan DIY reflector.

Kalau sebelum ini ada mengunakan DIY reflector dan al maklumlah hasil-hasilnya pun suam-suam kuku. Akhirnya saya nekad mengeluarkan sedikit bajet untuk mendapatkan Triangle Reflector sebenarnya untuk kegunaan sesi fotografi akan datang.

AkuBiomed: Saya ingin mendengar pandangan rakan-rakan yang mempunyai minat dengan fotografi?

Sila tekan butang kongsi:

  • Asing sampah dahulu baru buang.
  • Review buku fotografi Andrew S Gibson dedah rahsia gambar cantik
  • Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party yang ultra awesome

Filed Under: review Tagged With: dell, dell 22 p2211h, dell p2211h resolution, dell p2211h test, dell professional p2211h, dell professional p2211h led, dell professional p2211h monitor, dell professional p2211h review, dell professional series p2211h, monitor p2211h

Reader Interactions

Comments

  1. Alin Marlini says

    4th September 2015 at 12:45 pm

    mmg puas hati nampaknya..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      5th September 2015 at 1:32 pm

      Serius puas hati. Semuanya kelihatan besar. 🙂

      Reply
  2. Khairul Zamri says

    2nd September 2015 at 11:19 pm

    Tengah cari monitor jugak sekarang ni nak buat PC kerja kat rumah satu

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2015 at 11:31 pm

      Boleh cari high spec terpakai. Harga pun murah.

      Reply
  3. Norizwan says

    2nd September 2015 at 6:48 am

    Dell memang kualiti terbaik dan best….monitor seperti ini nak edit gambar pun best sebab boleh adjust tone warna, cerah atau gelap….Bila print nnt sama dalam gambar yg diedit nnt…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2015 at 11:23 pm

      Monitor Dell ini sudah calibrate jadi bolehlah confident edit gambar.

      Reply
  4. Azeni Ahmad says

    2nd September 2015 at 1:26 am

    Kalau dah besar macam tue monitor, memang hang pastu tengok movie..
    Memang best kan..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2015 at 11:25 pm

      Zaman main game sudah lama berlalu. Bila ada skrin LED yang besau baru puas mata memandang. 🙂

      Reply
  5. Uncle Zuan says

    1st September 2015 at 11:02 pm

    pergh kalau aku dengan skrin besar tu, aku bedal tengok movie je hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2015 at 11:25 pm

      Boleh jer layan. 🙂

      Reply
  6. onlajer says

    1st September 2015 at 6:41 pm

    lama juga tak dengar jenama DEll nih hehehe, Asyik dengan samsung dan Tohsiba je

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2015 at 11:25 pm

      Baru pertama kali mengunakan jenama Dell ini. 🙂

      Reply
  7. Noriza Rahman says

    1st September 2015 at 7:36 am

    DELL memang terkenal kualitinya kan…tak perlu dipertikai lagi..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2015 at 11:26 pm

      Dah buat survey sebelum beli skrin Dell. Nampaknya ciri-cirinya sudah menambat hati. 🙂

      Reply
  8. amirulfaiz says

    1st September 2015 at 5:55 am

    Walaupun second hand, yang penting masih berfungsi seperti first hand. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2015 at 11:27 pm

      Katanya factory restored. Harap dapat memanjangkan hayat skrin LED Dell ini.

      Reply
  9. titan says

    31st August 2015 at 3:27 pm

    dell memang bagus dia punya monitor.

    janji tak kena terajang atau terjatuh.

    ok la tuh.

    Reply
  10. mrhanafi says

    31st August 2015 at 5:30 am

    wah tersangat best kalau ada monitor yang besar dan lebar macam tu..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2015 at 11:27 pm

      Puas mata memandang. 🙂

      Reply
  11. ChikTie says

    30th August 2015 at 7:21 pm

    Baru puas nak edit gambar bila guna monitor besar ni. Sakit mata pun kurang. Kalau tidak kerut kerut mata nak abis edit satu gambar.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2015 at 11:28 pm

      Monitor skrin LED ini mesra pengguna. Ada eco energy lagi. 🙂

      Reply
  12. Tehr says

    30th August 2015 at 6:16 pm

    betul tu
    seronok bila dapat edit gambar dengan monitor saiz besar

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2015 at 11:28 pm

      Puas hati dapat edit dengan skrin bersaiz besar.

      Reply
  13. Belang tarung says

    28th August 2015 at 11:32 am

    kebiasaannya dua golongan je yang menitik beratkan monitor ni…designer..dan gamer..atau kedua duanya sekali haha

    Reply
    • akubiomed says

      29th August 2015 at 12:42 am

      Ya betul. Sanggup berbelanja untuk mendapat kepuasan dan kualiti.

      Reply
  14. siti hazreen says

    27th August 2015 at 11:01 pm

    Alah membeli menang memakai…kalau berpuas hati, apa salahnya kan..mata pun lebih selesa guna skrin besar

    Reply
    • akubiomed says

      29th August 2015 at 12:51 am

      Skrin jenis LED dan saiz besar. Puas hati dengan pelaburan yang dikeluarkan.

      Reply
  15. Mus says

    27th August 2015 at 3:47 pm

    saya pun selalu mencari barangan terpakai.. jenama dell memang bagus.. sudah 5 tahun guna laptop jenama dell..

    Reply
    • akubiomed says

      29th August 2015 at 12:55 am

      Ada juga survey laptop Dell terpakai yang guna Intel i5.

      Reply
  16. razlan says

    27th August 2015 at 2:35 pm

    memang beza banyak dengan monitor yg sy pakai kini…nanti ada bajet nak tukar monitar baru juga ..

    Reply
    • akubiomed says

      29th August 2015 at 12:56 am

      Walaupun skrin terpakai ia masih lagi mempunyai spefikasi tinggi seperti skrin LED dan IPS.

      Reply
  17. Raihanah Ahmad says

    27th August 2015 at 10:10 am

    saya peminat dell, tapi notebooklah

    Reply
    • akubiomed says

      29th August 2015 at 12:57 am

      Teringin hendak merasa jenama Dell. Buas masa ini monitor jenama Dell lah dahulu. 🙂

      Reply
  18. aimannajmy says

    27th August 2015 at 6:42 am

    Salam bro hehe.. lama betul tak singgah sini hehe..saya masih menggunakan monitor samsung.. beli masa 2011.. dah 4 tahun guna hehe

    Reply
    • akubiomed says

      29th August 2015 at 1:06 am

      Ada 2 biji monitor terpakai tetapi sudah terlalu jauh tertinggal spefikasi kalau hendak digunakan untuk edit gambar. Rasanya ada yang sudah berusia 10 tahun.

      Reply
  19. ema says

    26th August 2015 at 5:19 pm

    baru puas hati monitor sebesar itu.. saya kalau bos suruh edit gambar, edit yang biasa-biasa je.

    Reply
    • akubiomed says

      26th August 2015 at 10:17 pm

      Beli monitor kedua yang lebih besar untuk seronok-seronok dan kepuasan diri sendiri.

      Reply
  20. Kamal Mustafa says

    26th August 2015 at 3:06 pm

    Edit gambar atau video lebih selesa kalau guna monitor yang besar, Km kat rumah guna 15″ itu pun tak puas rasanya. nak pulak kalau main game 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      26th August 2015 at 10:17 pm

      Sudah lama tinggal zaman bermain game. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in