Rahsia buku fotografi mengambil gambar cantik terbongkar untuk newbie
pemandangan dam sungai Selangor
Bagi yang biasa mengikuti Facebook Fan Page AkuBiomed tentu perasan saya sering kali berkongsi gambar-gambar cantik di post wall Facebook. Kali ini saya ingin dedahkan buku-buku yang menjadi rujukan saya untuk memantapkan teknik mengambil gambar.
Tentu korang sudah rujuk bermacam-macam tempat tetapi gambar yang diambil tidak seperti yang diharapkan seperti gambar kabur, gambar terlalu terang atau terlalu gelap dan tak cantik.
3 buku fotografi yang ingin saya dedahkan adalah yang ditulis oleh Andrew S Gibson sesuai untuk mereka yang newbie mengunakan kamera DSLR Canon EOS.
Senarai reviu buku fotografi untuk newbie.
1. Understanding EOS: A Beginner’s Guide to Canon EOS Cameras
Buku ini mendedahkan butang terdapat pada kamera DSLR Canon EOS dan fungsinya setiap satu untuk mendapatkan gambar yang cantik. Korang akan berlajar mengenai Exposure mode, Picture Style dan White Balance. Cara mengunakan fungsi-fungsi ini dan ditambah mengenai pentingnya komposisi, pencahayaan dan post proses.
2. Understanding Exposure
Korang tentu merasa kecewa sangat apabila gambar yang diambil gelap atau terang atau kata lain under expose atau over expose walaupun telah mengunakan kamera EOS yang terkini dan mempunyi fungsi terkini evaluative metering mode. Tentu keliru untuk memilih jenis exposure mode yang sesuai dan kegunaannya?
Understanding Exposure menerangkan mengenai exposure supaya korang dapat faham kenapa kamera tidak memberikan exposure yang dikehendaki. Sebagai jurugambar korang perlu mengambil langkah dan tindakan untuk memperbetulkan seting kamera.
2. Understanding DPP
Saya ingin bertanya siapa yang membeli kamera DSLR Canon tentu tidak perasan bahawa mereka telah dibekalkan software untuk edit gambar secara PERCUMA? Nama software tersebut adalah Digital Photo Professional atau dikenali DPP. Software ini boleh edit gambar RAW dan JPEG.
Lebih ramai yang lebih rela guna Adobe Lightroom berbanding software DPP ini walaupun ia adalah software PERCUMA. Software DPP ini mudah digunakan untuk mereka yang masih baru untuk proses gambar RAW berbanding Adobe Lightroom yang lebih advance. Buku fotografi Understanding DPP ini mendedahkan trik White Balance, Picture Style dan Contrast Control untuk menjadikan gambar cantik.
Siapakah Andrew S Gibson?
Biar saya dedahkan siapakah Andrew S Gibson ini? Beliau adalah pengguna Canon EOS dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dengan bermula kamera filem hinggalah kamera digital. Andrew mempunyai ijazah didalam fotografi dan bekas Technical Editor untuk EOS magazine. Beliau juga telah menyumbang lebih 100 artikel untuk laman fotografi popular iaitu Digital Photography School.
Boleh dapatkan buku fotografi ini pada harga diskaun: >> Craft And Vision.
Owh, patut ler pic yang disnap tak penah tak lawo. Ini rahsianye. Hehe
KM pernah tengok buku nie, masa mula-mula beli kamera DSLR. Sebab kekangan masa dah jarang guna. Insyallah akan mula revised semula 😉
Dengan ilmu dan pengetahuan yang betul Insyallah hasilnya pun Kabooommm!
Saya guna kamera kompak je….ada hajat juga nak gua DSLR
complete lengkap buku nih semua ada… nak tak nak jer..
Harga murah tetapi ilmu yang dikongsikan adalah mantap. Mudah dibeli dengan akaun Paypal.
memang cantek-cantek belaka gambarnya tu.
kagum kejap.
Gambar cantik siapalah tak suka kan. 🙂
Wah boleh ditunjukkan pada adik Ani sebab dia minat pada dunia fotografi. Terima kasih, perkongsian bermanfaat 🙂
Walaupun buku ini untuk mereka yang newbie dan tidak mustahil boleh mengambil gambar yang cantik.
Ramai yg suka pakai adobe lighting..
Tak disangkal lagi Bagi pengguna Canon EOS sudah dibekalkan software PERCUMA untuk edit gambar RAW dan JPEG.
Software Digital Photo Professional(DPP) sudah cukup power dan ia adalah percuma untuk pengguna Canon EOS.
kadang benda basic dah cukup untuk dapatkan gambar yang cantik
Ya. perlu mahirkan asas dahulu. Hasil gambar pun sudah cukup cantik.