• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / Cara pantas setting modem tp-link tdw8961nd

Cara pantas setting modem tp-link tdw8961nd

15th October 2014 by akubiomed 31 Comments

Cara noob cara setting modem tp-link td-w8961nd dengan Quick Start

Saya ingin berkongsi cara noob setting modem tp-link td-w8961nd dengan mengunakan Quick Start. Panduan ini untuk mereka yang betul-betul kurang mahir bab teknikal terutama mengenai cara-cara setting wireless modem router.

Seringkali berlaku kepada kita sesuatu yang diluar jangkaan seperti modem wireless router TM disambar petir. Untuk makluman pihak TM tidak menanggung kerosakkan dan penukaran akibat terkena petir. Tiada pilihan adalah untuk mendapat pengantian baru.

Tips membuat pengantian modem TM

Saya sarankan beli wireless modem built in router dan tidak galakkan beli modem dan wireless router berasingan. Bukan tidak boleh cuma akan ada 2 hardware perlu digunakan satu modem dan wireless router untuk wifi memerlukan pengunaan 2 adaptor berasingan. Lebih mudah mengunakan wireless modem router semuanya terbina dalam @ built in lebih jimat penggunaan tenaga elektrik kerana satu adaptor sahaja.

Langkah pertama taip pada address browser  192.168.1.1

Langkah kedua masukkan User name dan Password

Langkah ketiga klik Quick Start dan RUN WIZARD

Langkah keempat klik NEXT

Langkah kelima masukkan Time Zone seperti dibawah

Langkah keenam pilih PPPoE/PPPoA dan klik NEXT

Langkah ketujuh masukkan Username dan Password. Kemudian klik NEXT

Langkah kelapan set Wifi dengan memberi nama pada ruangan SSID dan password Wifi di ruangan Pre-Shared Key. Kemudian klik NEXT.

Nanti nak login Wifi kenal pasti nama Wifi yang dipilih tadi dan password.

Sudah siap setting setting modem tp-link tdw8961nd dengan Quick Start. Klik NEXT

Jangan bimbang kalau ada masalah kerana boleh ulang semula cara setup wireless router modem tp-link dari langkah pertama sehinggalah ke langkah kelapan. Saya syorkan cara ini kerana ia lebih mudah dan paling senang untuk setup modem yang masih bau kedai.

Tujuan berkongsi setup setting modem tp-link td-w8961nd kerana ada beberapa yang Google mencari info setup diblog ini kerana saya pernah berkongsi reviu mengenai tp-link td-w8961nd sebelum ini. Sehingga hari ini saya berpuas hati selepas mengunakan selama 10 bulan tanpa sebarang masalah. Harga modem tp link td-w8961nd dibeli dengan harga RM75 dan produk yang berkualiti. Mungkin harganya akan lebih lebih murah.

Dapatkan >>modem TP-Link murah<<

Boleh rujuk panduan dilaman rasmi TP-Link

Sila tekan butang kongsi:

  • TP-Link TD-W8961ND Wireless N ASDSL2 Modem Router
  • Disebalik Streamyx broadband offline
  • Wifi extender TP-Link luaskan kuasamu

Filed Under: diy Tagged With: cara setting modem tp-link td-w8961nd, harga modem tp link td-w8961nd, tp link modem setup streamyx, tp link td w8961nd streamyx setup, tp link w8961nd streamyx setting, tp-link td-w8961nd streamyx setting

Reader Interactions

Comments

  1. ayol jamil says

    27th May 2015 at 2:42 am

    Pembetulan. Bukan pca tp pvc ehee

    Reply
  2. ayol jamil says

    27th May 2015 at 2:35 am

    Sebelum run wizard tu. Cube ko set ke pca 2. Jgn pakai pca 0.

    Reply
  3. mrzukyn says

    12th May 2015 at 3:34 pm

    assalam bro, teman ada prob la nk setup internet guna modem router nie. puas dh guna pelbagai kaedah tp x connect jge streamyx nye. ada particular setting ke utk tm net nih

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2015 at 11:51 pm

      W’Salam, cuba ikut panduan saya berikan. Pastikan username streamy dan password betul. Saya guna panduan didalam blog ini setup modem + router jiran.

      Reply
  4. Hafizul says

    21st October 2014 at 1:28 pm

    Dulu..pernqh gak buat menda ni..sekarang dah tinggalkan..hehe

    Reply
  5. eyriqazz says

    18th October 2014 at 12:15 pm

    Cantik la bentuk modem tu bro… Pinjam..hehehe

    Reply
  6. Afiq says

    17th October 2014 at 11:14 pm

    Dekat kampung memang guna TP-Link kalau tak silap. Tapi dekat rumah sendiri ni (memandangkan TM tak tarik cable lagi) so gunakan YES dulu. RM89 sebulan, unlimited quota. Tapi sekarang ni baru ada pakej 1Mbps je & tak available di KL & Selangor kalau tak silap

    Reply
  7. Hairul Azni says

    17th October 2014 at 2:21 pm

    Terima kasih..panduan yang mudah untuk difahami..

    Reply
  8. Tehr says

    17th October 2014 at 12:39 am

    panduan yang sangat berguna kepada mereka yang pakai tp-link
    tak susah mana pun nak setting

    Reply
  9. Adam says

    16th October 2014 at 11:14 pm

    Guna Wizard memang senang nak setup. Kalau perasan ada butang WPS. Untuk apa ye?

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2014 at 11:30 pm

      Butang WPS berfungsi mudah nak masuk network Wifi dengan cara mudah.

      Reply
  10. Kamil Salleh says

    16th October 2014 at 9:34 pm

    Salam bro…. modem streamy di rumah tiada apa2 prob, cuma nak tanya… bolehkah kalau kita tukar yg free TM bagi ditukar modem yg bro cadangkan? Jika boleh adakah ia lebih laju atau sama saja. saya guna kelajuan streamy 1Gb.

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2014 at 10:43 pm

      W’Salam, dari segi kelajuan ia bergantung kepada TM. Saya tukar TP-Link untuk nikmati kelebihan fungsi MIMO dapat dioptimumkan untuk menikmati dari segi kelebihan, kestabilan ketika bermain online gaming, Internet calls streaming dan kandungan HD kerana kemampuan kelajuan buffering rate dan beban bandwith produk 11g biasa.

      Reply
  11. AUC says

    16th October 2014 at 7:56 pm

    senang je rupanya…

    setakat modem x rosak lagi.. kalau jd apa2 sini tempat rujukan nanti…

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2014 at 10:44 pm

      Modem percuma dari TM yang saya dapat tidak rosak cuma kerana mahu kelebihan fungsi MIMO.

      Reply
  12. zara says

    16th October 2014 at 3:01 pm

    saya pakai mobile internet je..gune wifi spots kalau nak pakai lappy..tapi bagus entry ni..lengkap mmg sesuai utk yg noob bab2 internet setting..

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2014 at 10:45 pm

      Pernah guna wireless broadband cuma kuota cepat habis. 🙂

      Reply
  13. suri says

    16th October 2014 at 2:44 pm

    saya pakai d-link dah nak dekat dua tahun lebih.dulu routrt moden tm mudah sahaja panah petir uh…

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2014 at 10:46 pm

      Kalau hujan dan kilat elok tanggalkan modem dan barangan elektrik yang lain.

      Reply
      • suri says

        17th October 2014 at 1:22 pm

        haa.setuju sekarang buat begitu walaupun nak tinggalkan rumah dalam masa 15 minit.ab rumah kami bekas kawasan pokok kelapa sawit.rata yang ada pasang internet pernah alami wifi rosak, terbakar.ada sekali itu deret tiga buah rumah modem rosak.

        pihak tm kata area rumah kami memang “mangsa”serangan petir.kadangkala kalau hujan tak kuat sangat, petir biasa boleh jadi ia begitu mudah berlaku.

        Reply
  14. Mus says

    16th October 2014 at 2:38 pm

    saya masih guna mikrotik..
    memang mudah nak set jika tahu id/password juga.

    Reply
  15. titan says

    16th October 2014 at 2:04 pm

    tak susah sebenarnya.

    ikut je panduan yang diberikan sekali tu.

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2014 at 10:46 pm

      Memang ada opsyen nak cari senang atau advance. 🙂

      Reply
  16. cikgu naman says

    16th October 2014 at 1:37 pm

    modem wifi saya punya dah buat problem sekarang

    kalau kena tukar baru nanti rujuk sini je lah

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2014 at 10:49 pm

      Tempoh hari technician TM kata modem saya problem walaupun saya berkali-kali kata TM ada masalah. Kata masalah berpunca modem TP-Link. Sekarang Strreamyx sudah stabil dan saya tidak pernah tukar modem dari hari sejak aduan.

      Reply
  17. amirulfaiz says

    16th October 2014 at 5:32 am

    Salam. Err.. nape gambar tak nampak eah? Ker browser saya ni yang ada masalah? Ada ruang kosong untuk gambar, tapi gambarnya tidak dapat dipaparkan.

    Reply
    • amirulfaiz says

      16th October 2014 at 5:38 am

      Hehe.. dah boleh, kena refresh jer rupanya, baru nampak gambar. Rumah saya tak pakai wireless router yang jenis ini. Saya guna Yes broadband, yang murah, ekonomi sikit.

      Reply
      • akubiomed says

        16th October 2014 at 10:50 pm

        Lega azab 2 tahun kontrak dengan YES sudah berakhir. Laju memang laju tetapi kuota asyik habis walaupun sudah beberapa kali naik taraf pakej. 🙂

        Reply
    • akubiomed says

      16th October 2014 at 10:51 pm

      Tidak perlu refresh cuma perlu scroll perlahan kerana blog ini akan load gambar secara perlahan-lahan untuk jimatkan penggunaan bandwith. 🙂

      Reply
  18. Hasrul Hassan says

    16th October 2014 at 3:34 am

    Panduan berguna ni untuk mereka yang tak tahu nak setting modem. Tak sukar sebenarnya tapi jika tak tahu … apa yang ditulis ni banyak boleh bagi pencerahan.

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2014 at 10:52 pm

      Yang penting jangan takut untuk buat silap kerana dari satu dapat pengalaman dan belajar.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in