• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Blogger yang dikagumi dari kacamata akubiomed

Blogger yang dikagumi dari kacamata akubiomed

25th October 2014 by akubiomed 58 Comments

Blogger yang dikagumi sumber ilham menulis blog

Blogger yang Dikagumi
gambar hiasan

Blogger yang dikagumi adalah sesuatu yang kita respek dan hormati. Saya juga memasang impian untuk turut berjaya seperti mereka. Masa mula-mula menulis blog, saya mencari-cari sumber blog yang berjaya untuk dijadikan sumber rujukan dan contoh.

Bagi setiap yang menulis blog mempunyai tujuan masing-masing. Ada yang menulis blog kerana ingin berkongsi sesuatu mereka yang minat, ada yang menulis blog ingin berkongsi kisah kehidupan mereka, ada yang menulis blog untuk menjana pendapatan samada melalui advertorial atau dengan program affiliate. Tidak satu pun niat yang dinyatakan adalah salah cuma menulis tanpa memikirkan akibat hasil penulisan tidak bertanggungjawab adalah salah.

Untuk itu saya mencari blogger yang mempunyai ciri-ciri menulis blogging niche peribadi kerana niche blog saya juga tidak jauh beza. Saya memilih 2 blogger yang dikagumi iaitu Titan dan RedMummy.

Kenapa Titan dari Banting dan suka makan cendol dikagumi?

Salah satu sebabnya saya kagumi Titan kerana beliau suka makan cendol. Beliau juga berjaya membuktikan mampu menjana pendapatan RM10,000 setahun tanpa modal. Saya pun tidak ingat sebenarnya bagaimana boleh terjumpa blog beliau? Samada secara sengaja dan tidak sengaja.

Saya mula mengenali beliau melalui blog EarnCent. Memang rasa poyo apabila mamat ini asyik kongsi duit yang dihasilkan melalui melalui program affiliate di blog. Rasa meluat pun ada kerana gaya poyonya yang beliau suka mengambar diri sebagai jejaka tampan tidak terkalah kononya beliau kegilaan gadis-gadis comel diluar sana.

Mengalahkan tokoh hartanah abang Ensem yang memang tidak layan blogger balak katanya. Saya respek dan tabik kemampuan beliau menulis ayat pancing sehinggakan makcik-makcik pun beliau ajak beli ebook. Serius saya gambarkan beliau seorang yang tidak pernah erti kalah dengan membuktikan menguruskan blog yang banyak dan sentiasa memaparkan duit masuk tidak kira hari.

Kitab Teknik SEO Merah Jambu salah satu bukti teknik beliau berani membongkar rahsia buat duit dengan affiliate bukanlah mustahil. Ramai yang berjaya menghasilkan pendapatan dengan program affiliate hasil perkongsian pengalaman lebih 10 tahun beliau menulis blog dengan terhasil Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

RedMummy blogger yang suka warna merah

Siapa yang tidak kenal RedMummy iaitu Red Lover Diva. Kagum cara beliau membina jenama RedMummy bersama Nuffnang. Beliau juga membuktikan penulis blog adalah kerja yang serius.

Ramai menjadikan beliau idola sebagai blogger yang paling berjaya dengan blogging. Ia dibuktikan kemampuan beliau memiliki barangan jenama tidak perlu jadi artis untuk merasai barangan mewah melalui produk yang dijadikan produk reviu oleh pihak pengiklanan.

Menghasilkan pendapatan dengan menulis advertorial dan trafik melalui iklan Nuffnang yang dipasang pada blog. Berbaloi hasil kerja keras beliau selama ini untuk menaikkan jenama RedMummy ke  tahap yang tinggi. Beliau antara blogger yang disegani didalam dunia blogging tempatan.

Blogger satu cabang medium promosi berpengaruh dilihat memainkan peranan mempromosikan sesuatu produk kepada masyarakat. Blog adalah medium pemasaran yang berkesan kerana penulisan yang tidak terlalu serius dan biasanya pengunaan ayat-ayat bualan menjadikan blog lebih mudah dibaca sekaligus berpengaruh.

Pembaca blog juga dapat berinteraksi melalui ruangan komen untuk memberikan komen dan pendapat mereka. Reach out melalui blog lebih luas dengan perkongsian media sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya.

Kedua-dua blogger ini mampu mencipta nama dengan gaya masing-masing. Ini adalah 2 contoh blogger dikagumi yang saya ingin kongsi mampu mencapai kejayaan dengan cara tersendiri. Satu cara membuat kerja senyap-senyap dengan membuat duit tanpa perlu hadir event dan satu lagi  blogger arus perdana melalui teknik komersial menghadiri event dan menulis advertorial.

Saya hanya berkongsi bahagian manis sahaja dan rasanya tidak perlu berkongsi bahagian pahit masam dan masin. Buat apa nak sakit otak hal-hal seperti ini lebih baik berlajar perbaiki dan pandang hadapan. Kalau asyik merungut sampai bila hendak berjaya. Tidak perlu cemburu kejayaan orang lain tetapi perlu cemburu kepada diri sendiri kenapa tidak berjaya seperti mereka. Be a positive person.

Contest Blogger Yang Dikagumi ini dianjurkan oleh Nadot.my dan ditaja oleh Ejam Othman & Hey.my

  • Pengalaman menulis blog
  • 1001 idea menulis untuk mereka yang buntu
  • Bahana menulis resume kerja tangkap muat

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Safiya says

    9th November 2014 at 7:17 am

    Datang lagi :), sejak bc no saya kerap g blog Eh titan….N k kujie

    Reply
  2. hasrul hassan says

    5th November 2014 at 3:43 pm

    Titan .. antara sebab aku cuba nak buat duit banyak2 menerusi affiliate … lepas tu buat kitab macam dia gak …

    Reply
  3. Hafizul says

    5th November 2014 at 1:51 pm

    Wah-wah…income diorang ni bukan main lagi kan..huhu…selamat maju jaya bro..

    Reply
  4. NotaKembara says

    4th November 2014 at 7:23 am

    Encik Titan memang tabik spring. Tak terkata dah tahap kekaguman tu. Haha

    Reply
  5. Nuyun Najmi says

    3rd November 2014 at 1:26 am

    Kagum dengan pencapaian mereka berdua.
    Selamat berjaya juga dalam contest. 😀

    Reply
  6. sabree hussin says

    1st November 2014 at 12:57 pm

    Dulu pernah cuba nak adaptasi cara blogging Redmummy… tapi tak berjaya. 😀

    Reply
  7. siti hazreen says

    31st October 2014 at 10:35 pm

    blog ni pun hebat, tahniah!

    Reply
  8. Suriya says

    31st October 2014 at 1:52 pm

    kagum jugak dengan en titan tu. tak paham macam mana dia boleh buat ayat cangkuk macam tu sekali. muka selamba je.

    Reply
  9. suri says

    30th October 2014 at 12:58 pm

    ramai dekat luar sana pencetus buat duit dalam taliankan.alhamdulillah.

    Reply
  10. Alongxp says

    30th October 2014 at 9:10 am

    sesungguhnya nampak meluat tu semua promosi tu, cam dato’ yg d’herbs tu, kalau orang tak meluat tengok dia buat “terlajak laris” tu, lom tentu dia leh capai cam sekarang kan? pandangan aku jela… hehehehehe

    Reply
  11. TehR says

    29th October 2014 at 8:23 pm

    ya. jadikan pengalaman orang lain sebagai laluan untuk kita
    lebih mudah bila mereka sedia berkongsi laluan

    Reply
  12. Myra Jay says

    29th October 2014 at 9:37 am

    2 blogger yang sememangnya punya karisma dan gaya sendiri untuk serlah dalam bidang blogging… 🙂

    Reply
  13. Abdfatah says

    28th October 2014 at 10:09 pm

    Terpaksa kagum.. Apa jua kejayaan komisen yg mahsyuk dgn blog dah tentunya dgn hasil usaha berterusan.. Dah tentunya kena ikut panduan kitab pink yg rare harganya..

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:23 am

      Bagi saya ia adalah pelaburan berbaloi untuk membeli kitab SEO merah jambu. Saya sendiri sudah mendapat pulangan modal dan sekarang ini positif untung. Sudah ada ilmu perlu dipraktikkan kalau tidak tak ada hasilnya.

      Reply
  14. maza says

    28th October 2014 at 7:22 pm

    wah.. ini hebat..

    nampak sangat maza sudah tidak begitu aktif di blog. hahahaha

    sekali busy teramat lah, mujur juga abg akubiomed sudi jengah2 blog maza..
    ahaks.. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:23 am

      Insyallah blog sahabat yang lama kenal akan singgah. 🙂

      Reply
  15. AZENI AHMAD says

    28th October 2014 at 6:02 pm

    Tak sangka begitu banyak boleh jana income banyak tue..
    Admirer betul blogger hebat nie..
    Bukan takat buat blog biasa je tapi boleh buat duit..

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:24 am

      Ini lah dikatakan strategi serampang 2 mata. 🙂

      Reply
  16. Ani Haryani says

    28th October 2014 at 2:17 pm

    Bagusnya! 🙂 Ani perlu kerja keras contohi mereka. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:25 am

      Ya betul, kerja keras dengan strategi yang berkesan. Kalau tidak penat dan akan mengalah bila tak nampak hasil.

      Reply
  17. Melastik Bintang says

    28th October 2014 at 10:46 am

    2 blogger yang saya kagumi juga…. masing masing ada x-factor mereka sendiri..

    pss:akubiomed juga salah seorang blogger inspirasi MB dulu waktu mula mula berblog…

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:25 am

      Itu dulu sekarang mungkin tak lagi kot. 🙂

      Reply
  18. Norizwan says

    27th October 2014 at 7:01 pm

    Titan memang power….beliau bukan sahaja pandai buat duit….pandai menulis cerita seperti novel….

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:26 am

      Tidak tahulah bila novel pertama Titan akan berada dipasaran? 🙂

      Reply
  19. Ismail N says

    27th October 2014 at 12:50 pm

    Titan kena belanja hang makan cendol mcm ni.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:28 am

      Belum dapat peluang untuk turun ke Banting makan cendol. Memang ada terima offer tempoh hari. 🙂

      Reply
  20. suri says

    27th October 2014 at 12:43 pm

    pencetus blogger buat duit inilah antara orang-orangnya yang berjaya.

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:29 am

      Usaha tangga kejayaan. Berusaha dan memasang stratergi yang ampuh.

      Reply
  21. ladybird says

    27th October 2014 at 12:39 pm

    Salam….. 🙂

    Dah lm ldy x jenguk sni..

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:30 am

      Terima kasihlah datang singgah. 🙂

      Reply
  22. reezluv says

    27th October 2014 at 10:39 am

    kalau tak usaha, mana nak dapat ye tak, tapi cara yang betul tu ramai yang tak tahu..:D

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:31 am

      Nak dapat teknik yang berkesan ambil masa.

      Reply
  23. SaniYunus says

    27th October 2014 at 2:14 am

    Encik Titan adalah antara blog rujukan saya untuk affiliate. Sentiasa aktif dengan entri-entri yang membakar semangat 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:31 am

      Sudah ada ebook Kitab Seo Merah Jambu? Wajib beli. 🙂

      Reply
  24. eyriqazz says

    26th October 2014 at 10:39 pm

    both blogger di atas memang saya kagumi..banyak memberikan inspirasi untuk menjadi blogger yang lebih bagus..

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:32 am

      Masing-masing bijak menjana wang dan pandai mengambil peluang.

      Reply
  25. Miracle Vitamins says

    26th October 2014 at 8:36 pm

    Setuju amat! Perlu cemburu pada diri sendiri kerana tak berjaya lagi

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:33 am

      Hendak berjaya perlu ada mentor yang berjaya. Kalau berusaha sendiri boleh berjaya cuma ambil masa.

      Reply
  26. sweetkurma says

    26th October 2014 at 7:40 pm

    alaaaaa bukan akak ke?
    tentu nadot akan komen : agak poyo di situ hihihi

    ok good luck ya

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:34 am

      Akak Siti sudah menjadi usahawan tudung wanita yang berjaya. 🙂

      Reply
  27. JAWATAN KOSONG TERBARU says

    26th October 2014 at 2:43 pm

    Penulisan titan nampak santai…dan senang2 blh buat duit sambilan beribu2 ringgit…tuan pun ape kurangnya…

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:34 am

      Saya biasa-biasa sahaja. Baca tulisan lama-lama didalam blog sendiri tergelak sendirian. 🙂

      Reply
  28. ringantangan says

    26th October 2014 at 11:54 am

    Mereka percaya dengan apa yang mereka usaha, walau orang sekeliling memandang skeptik usaha mereka. Yang mengkagumkan, mereka kekal konsisten dengan usaha mereka, hingga yang memandang skeptik, terlopong dengan hasil yang mereka jana. Dan mereka, masih dengan usaha mereka, meningkat ke tahap lebih tinggi. Mereka orang biasa, dengan usaha yang luarbiasa.

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:35 am

      Perlu bina kepercayaan pada diri sendiri untuk berjaya.

      Reply
  29. ahmadyani says

    26th October 2014 at 7:19 am

    12 ribu sebulan melalui blog. Sesuatu yang dahulunya adalah mustahil. Kini tidak ada apa yang mustahil lagi. Semua orang boleh merebut peluang ini….

    Reply
    • akubiomed says

      26th October 2014 at 9:48 am

      Sudah ada bukti testimoni memang boleh berjaya bagi mereka ingin menjana wang melalui blogging.

      Reply
  30. Nadot says

    26th October 2014 at 4:02 am

    Sama.. kagum jugak dengan diorang.. jeles pun ada… hehehe
    Tqvm join… dah tengok..rasa ok je..kalau x ok nadot bg tau.. 🙂
    tq! 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      26th October 2014 at 9:49 am

      Ada peluang untuk menang besar tak? 🙂

      Reply
      • Nadot says

        26th October 2014 at 4:30 pm

        hahahahha… erm…ammm… huummmm :p

        Reply
  31. Abdur says

    26th October 2014 at 1:37 am

    RM12k sebulan,itulah yang menjadi idaman

    Reply
    • akubiomed says

      26th October 2014 at 9:49 am

      Semua itu adalah harga usaha kerja keras.

      Reply
  32. ohcikgu says

    25th October 2014 at 11:43 pm

    itulah.

    memang kagum gak dengan diorang berdua tu.

    Reply
    • Nadot says

      26th October 2014 at 4:01 am

      hahaha… agak poyo disitu.. 😉

      Reply
      • akubiomed says

        26th October 2014 at 9:50 am

        He..hee..pandai cover line. Yeah ada poyo disitu. 🙂

        Reply
  33. EjamOthman says

    25th October 2014 at 9:06 pm

    Kedua-dua mereka memang menjadi perhatian aku juga.
    Redmummy memang terbaik dalam menjana income melalui blog…selalu terfikir adakah mampu menjadi seperti beliau demi keluarga.

    Reply
    • akubiomed says

      26th October 2014 at 9:51 am

      Macam-macam cara nak buat duit. Buka butik online pun boleh jana pendapatan. Lihatlah Lelong, Mudah dan Lazada mereka mempromosi produk gila-gila.

      Reply
  34. Stevia Manis says

    25th October 2014 at 9:03 pm

    mereka antara yang terbaik!!

    Reply
    • akubiomed says

      26th October 2014 at 9:51 am

      Tidak mahu berjaya seperti mereka?

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in