Langkah pertama penting kesinambungan idea menulis
Rasanya ramai yang ingin menjadi blogger dengan menulis blog. Pada masa yang sama tidak ramai yang mampu bertahan menulis blog untuk jangka masa panjang.
Ada sesetengah puas buka tutup blog dan akhirnya beralih ke Facebook atau browse melencong ke tempat lain kerana kebuntuan idea menulis blog. Nak mula bina satu baris perkataan pun payah.
Kita bukan macam blogger Fatin Liyana
Tidak semua kita ini bertuah menjadi blogger yang berpengaruh seperti blogger Fatin Liyana. Walaupun jarang menulis blog tetapi disebabkan kecomelan beliau mampu mendapat trafik beribu setiap jam. Kenapa beliau menjadi begitu berpengaruh? Sebab beliau ada X Factor yang kita ini tidak ada. Jadi jangan salahkan diri sendiri kerana kita bukan merak kayangan tapi gagak di rimba. Menangis air mata darah sekali pun belum tentu orang akan baca blog kita.
Buang sifat negatif yang mengagal kita menulis bak air mengalir
Halangan kita menulis blog adalah diri kita sendiri. Kita selalu berperang diri sendiri dengan berfikiran negatif. Ada sahaja halangan untuk menulis antaranya:-
- Aku menulis ini syok sendiri?
- Ada ker orang nak baca?
- Aku ini bahasa pun tunggang-langgang
- Asal tulis daripada blog bersawang
- Aku menulis kerana terpaksa untuk trafik
Sifat-sifat diatas boleh mengagalkan kita untuk memulakan menulis blog. Sebabnya kita yan meletakkan diri kita sebegitu hingga hilang keyakinan dan kemudian menjadi lesu. Secara automatik otak kita membeku tidak dapat mengeluarkan idea untuk menulis.
Apa sahaja yang boleh dijadikan bahan untuk menulis didalam blog. Walaupun cerita tersebut adalah simple dan sudah diketahui tetapi disebabkan penyampaian dan olahan yang luhur menjadikan ia menarik untuk baca. Cubalah berfikiran positif untuk menjadikan penceritaan kita menarik dan jujur untuk dibaca. Sudah tentu pernahkan membaca post yang santai tetapi kita rasa seronok dibaca.
Saya percaya siapa yang baca ayat yang saya tulis ini tentu suka akan kucing. Kenapa orang tidak jemu baca mengenai kucing sebab telatah kucing yang dikongsikan didalam post berjaya menjentik emosi kita turut membayangkan gerak geri lincah kucing tersebut. Kalau tidak percaya boleh baca post kak Jie mengenai Kucing Kujie Kaki Kudung.
Sudah panjang bebelan saya ini. Nampak tak cahaya hujung terowong? Harapan saya sedikit perkongsian tidak seberapa ini memberi semangat dan berfikiran positif. Adalah menjadi harapan saya selepas membaca post ini akan terhasil post diblog sendiri.
>> Klik laju-laju banner dibawah untuk bukan jalan menulis<<
Betul sangat untuk halangan menulis di blog tu
detiksihat
Biasanya AA dh siap2 tulis tajuk utk sebulan.tp selalunya fail ikut jadual sbb kekangan waktu.huhu
Inilah masalah kebanyakkan blogger termasuk aku sendiri..bila baca blog org lain. Macam mudah sahaja mereka dapat idea untuk menulis. Kadang2 apa yg di kongsikan simple dan dah kita tahu. Tapi masih juga seronok membaca..
Salam perkenalan abg biomed. Minta share entry, kesian tgk member2 sy yg lain sbb lama x update blog diorang.harap diorang smgt sikit
huhu.. nak cari idea tulis blog tu bg saya mudah tapi nak tulis buku n cari duit tu payah sikit. hidup kena rajin usaha.
Idea kadang tak datang masa senang basa sibuk pilak dia datang tue yang dok peram sampai kadang2 lupa apa yang nak tulis .
Idea tu kadang-kadang ia datang tanpa mengira tempat dan masa
saya seminggu sekali cari idea.. 😀
macam saya, tak tahu apa punca blog ditinggalkan.haha. kekangan masa mungkin. tapi tetap sayaaang 🙂
Idea tu ada, cuma kadang2 nak terjemahkan tu yang tak berapa nak jadi tu..
Kadang-kadang memang buntu terus, blank tak tau nak tulis apa-apa..
Saya sependapat dengan Bro Titan….idea ada, kreativiti tinggi cumanya malas yang mendominasi.
Beruntung dianugerah bakat dan ilham untuk menulis. Tidak semua dapat kebolehan tersebut.
den klu ada idea, bertubi-tubi masuk. tapi satu je prob, malas nak kembangkan idea tu dalam bentuk penulisan..haha
Saya ada masalah tersebut. Apa yang saya lakukan dengan letakkan keyword tersebut dan bina menjadi sebaris ayat kemudian menjadi perenggan dan seterus disusun atur.
Aku pandai copy paste jer belum pernah cuba menulis….
Copy paste adalah yang paling mudah. 🙂
faktor persekitaran kekadang mempengaruhi ketidakupayaan menulis secara disiplin dalam blog sendiri…
Salah faktor setelah menulis tidak mendapat apa-apa. Makin merundum semangat menulis.
Bukan takat menulis, nak tinggalkan komen pun kengkadang tak tau nak bagi komen apa kat blog. Hehehe. Tu nampak sangat kebebalannya. Hehehe
Nampak kesukaran tersebut. 🙂
tu la.
kekadang, gua bukan hilang idea.
malas je lebih. haha..
Yo lah tuh. 🙂
Blog aku masih kosong..xde mood lagi nak menulis
Yang pertama itu sukar tetapi pemangkin untuk post yang seterusnya