• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Bermandi manda di air terjun Serendah Hulu Selangor

Bermandi manda di air terjun Serendah Hulu Selangor

2nd September 2013 by akubiomed 64 Comments

Air terjun Serendah Hulu Selangor selamat untuk famili bermandi manda.

Hari Sabtu lepas saya bawa adik ipar bermandi manda di air terjun Serendah. Ada tempat menarik di Selangor. Air terjun Serendah ini terletak di Hulu Selangor, Rawang. Bermandi manda ini tidak ada kaitan dengan masalah sumber bekalan air disebabkan tumpahan diesel.

Trip adik ipar hendak datang berjalan Raya dirumah saya tertangguh 7 hari kerana saya terlibat dengan pelancaran Astro Celebrates Merdeka Ur Malaysian Is Showing di MidValley Mega Mall. Kebimbangan saya cuaca tidak menentu memungkin pelan bermandi manda di air terjun Serendah mungkin tidak kesampaian.

Adik ipar bertolak seawal pagi dari kampung pada pagi hari Sabtu dan kami pula sediakan lauk pauk seperti Nasi Lemak, Roti John, Nasi Impit, Nugget, Sausage dan air teh untuk makan di tempat perkhemahan. Kami bertolak awal kerana mahu mendapatkan tapak khemah berdekatan dengan tempat mandi.

Rasa selamat bermandi di air terjun Serendah ini terutama untuk kanak-kanak kerana mempunyai pengawal selain kemudahan bilik air untuk salin pakaian dan mandi. Airnya tidaklah terlalu dalam dan deras.

Ini adalah trip kali ke 2 untuk kami bermandi manda di air terjun Serendah Rawang ini.

Sila tekan butang kongsi:

  • Air terjun Serendah mandi manda paling syiok
  • Tempat bermandi manda di selangor yang menarik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

Filed Under: percutian Tagged With: air terjun di selangor, air terjun paling best di selangor, air terjun selangor, tempat berkelah di selangor, tempat mandi air terjun di selangor, tempat mandi di selangor, tempat mandi manda, tempat mandi mandi di selangor, tempat menarik di selangor, tempat perkelahan menarik di selangor

Reader Interactions

Comments

  1. Aniq Bukhary says

    26th November 2013 at 2:00 am

    Ble tahan lama jg saya tak sentuh air terjun nie.. Bertahun kot….

    Reply
  2. sensasi2020 says

    9th September 2013 at 11:37 pm

    Tempat air terjun yang serba lengkap…boleh pergi bersama keluarga. Kalau dekat dah lama pergi. he..he.. 🙂

    Reply
  3. TehR says

    6th September 2013 at 9:29 am

    wah, bestnya main air terjun

    Reply
    • suri says

      6th September 2013 at 12:51 pm

      sejuk bagai mandi di air pergi

      Reply
      • akubiomed says

        9th September 2013 at 2:02 pm

        Memang sejuk sampai ke tulang. 🙂

        Reply
  4. Juan says

    6th September 2013 at 7:30 am

    dah lama saya x mandi di air terjun

    Reply
    • suri says

      6th September 2013 at 12:56 pm

      jumpa air pergi terjunlah hati2 sebelum terjun kena tengok tempat juga

      Reply
  5. Bahrain says

    5th September 2013 at 11:59 am

    tengok macam parit depan umah je tapi air besih gila…dah lama tak mandi air terjun..walhal rumah dekat dengan gunung ledang..

    Reply
    • suri says

      6th September 2013 at 12:56 pm

      gunung ledang nak madi mesti cari port atas tak mandi bawah air sedkit kotor huhu…

      Reply
  6. azwan says

    5th September 2013 at 11:42 am

    nampak landai je dan air tak deras. memang sesuai untuk bawak anak-anak.
    mungkin akan pergi jugak. tapi tak tahu direction nya

    Reply
  7. Ezad Skytech says

    5th September 2013 at 12:51 am

    tak pernah lagi mandi manda kat sini…macam best je..lagipun memang da lama sangat tak mandi kat air terjun ni..:D

    Reply
  8. Sop says

    4th September 2013 at 11:37 pm

    belum pernah lagi pergi
    boleh juga try jika kesempatan
    air pun nampak sesuai untuk kanak2
    biasa ramai org tak?

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2013 at 11:48 pm

      Perlu datang awal sebabnya menjelang tengahari akan penuh.

      Reply
  9. AUC says

    4th September 2013 at 10:47 pm

    wah sejuk dan mendinginkan…

    Reply
  10. Denaihati says

    4th September 2013 at 10:37 pm

    lama sangat tak mandi air terjun ni. jernih macam ni kalau ada ikan memang jelas.
    sekarang dah nak mula musim hujan nak kena hati-hati sikit.

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2013 at 11:49 pm

      Boleh nampak anak ikan. Rasanya selamat mandi di sini.

      Reply
  11. Nadiah says

    4th September 2013 at 5:57 pm

    Uwaaa dah lama tak mandi air terjun. Memasing bz. Entri ni buat rasa nak berendam…

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2013 at 11:50 pm

      Cuti sambutan penubuhan Hari Malaysia boleh pergi mandi manda.

      Reply
  12. nafisa81 says

    4th September 2013 at 5:24 pm

    rindunya nak balik raub…tp tgh ada baby tak sesuai pulak nak mandi sungai

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2013 at 11:52 pm

      Ada pengunjung bawa bayi kecil mandi di air terjun Serendah ini.

      Reply
  13. Fyzal says

    4th September 2013 at 4:44 pm

    Husshh. Best tu. Bila entah nak pergi ke Serendah ni. Padahal duduk kat Shah Alam je. Bukan jauh mana pun dengan Serendah.

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2013 at 11:53 pm

      Boleh datang bermandi manda disini. Pastikan datang awal sebab menjelang tengahari akan penuh.

      Reply
  14. Amirez says

    4th September 2013 at 1:16 pm

    wah seronoknya. air pun tak dalam, selamat untuk anak2 mandi.

    Reply
  15. hafizmd says

    4th September 2013 at 1:08 pm

    terima kasih bro…ambe mmg tengah carik2 tmpat2 utk bawak anak mandi manda…

    nampak selamat dan ok tmpatnya…lehla terjah nanti…yeah!

    Reply
  16. hafiz says

    4th September 2013 at 1:07 pm

    Tempat ni memang nyaman ni..

    Reply
  17. kakiblog says

    4th September 2013 at 12:45 pm

    harap kawasan ini kurang bahaya untuk kanak-kanak mandi manda..

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2013 at 11:55 pm

      Tidak bahaya dan sesuai untuk anak-anak kecil mandi.

      Reply
  18. mummydearie says

    4th September 2013 at 12:18 pm

    Lamanya tak bermandi-manda kat sungai mcm ni. Last sekali raya tahun lepas. Cuba2 nak gi Langat tapi jem teruk betul, kami patah balik. Nmpk bestlah. Gambar2 pun cantik2 aje pd pandangan mata saya.

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2013 at 11:59 pm

      Pernah pergi tempat mandi di Langat. Memandangkan dikawasan Hulu Selangor ada 2 tempat untuk bermandi manda iaitu Kalumpang dan air terjun Serendah.

      Reply
  19. sohoque says

    4th September 2013 at 9:28 am

    waaah… aku tak pernah samapi ke air terjun ni… nak kena cuba sekali ni.. cam best jer

    Reply
  20. Saljuhumairah says

    4th September 2013 at 8:27 am

    jarang tempat begini ada pengawal… yang penting tiada kes kencing tikus…

    Reply
    • akubiomed says

      5th September 2013 at 12:00 am

      Kebimbangan itu ada tetapi berjaga-jaga dengan membasuh tangan sebelum makan.

      Reply
  21. Ummi Hanie says

    4th September 2013 at 12:05 am

    terujanya tengok air yg jernih dan bersih tu… terasa2 kesejukannya dgn hanya melihat gambar 😉

    Reply
    • akubiomed says

      5th September 2013 at 12:03 am

      Airnya jernih dan boleh nampak anak ikan berenang-renang.

      Reply
  22. Mohd Yazed says

    3rd September 2013 at 10:14 pm

    seronok betul bila sekali sekala berkelah dan mandi air terjun..

    Reply
    • akubiomed says

      5th September 2013 at 12:04 am

      Ada pasang khemah sekali. Boleh bermandi-manda lama sedikit.

      Reply
  23. zie fauzi says

    3rd September 2013 at 8:53 pm

    sesekali habiskan luangkan masa dengan family sambil nikmati keindahan alam semulajdi mcm ni best jugak… dah lama tak mandi kat air terjun

    Reply
  24. Khairul Zamri says

    3rd September 2013 at 6:44 pm

    hulu selangor belah mana pun den xtau huhu

    Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2013 at 7:00 pm

      Google map kan ado. 🙂

      Reply
  25. Hafizul says

    3rd September 2013 at 4:14 pm

    Perghhh seronok lah bro..dah tu bro mandi ke tidak ni?macam lebihkan ambil gambar dari mandi je ni..haha..cantik gambar2nya..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2013 at 7:01 pm

      Celup-celup sahaja untuk cukup syarat.

      Reply
  26. papa mifz says

    3rd September 2013 at 2:57 pm

    tak pernah sampai lagi , boleh cuba suatu hari nanti bawak anak bujang mandi manda…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2013 at 7:03 pm

      Sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda.

      Reply
  27. hazman aka species1980 says

    3rd September 2013 at 1:56 pm

    Tempat cenggini memang enjoy mandi manda tambah pula bila ada stok makanan yang menarik…..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2013 at 7:08 pm

      Kalau berendam lama tentu perut cepat rasa lapar.

      Reply
      • hafizmd says

        4th September 2013 at 1:11 pm

        tu mmg pasti bro….jadi nasi lemak tu mmg kenalah sangat =)

        Reply
  28. Azie says

    3rd September 2013 at 10:44 am

    Bestnya keluarga ni bersungai mandi manda, selalu saya kalau nak tengok sungai selalu singgah kat Lentang je, jalan nak balik pahang tu hehe. Tak mandi pun celup2 kaki je heheh.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2013 at 7:09 pm

      Mana cekup celup kaki sahaja menyelam terus baru syiok.

      Reply
  29. suri says

    3rd September 2013 at 10:35 am

    wah bukan main syok lagi dia

    entri baru :

    Latihan Kejam Untuk Anak !

    Reply
  30. puanbee says

    3rd September 2013 at 8:55 am

    pernah pergi kakjie bawak hehe tp tk smpt nak mandi manda … nanti la pergi lagi

    Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2013 at 7:09 pm

      Sudah pernah pergi boleh pergi sekali lagi.

      Reply
    • Ummi Hanie says

      4th September 2013 at 12:05 am

      ingat lg entry bee tu 😉

      Reply
  31. sukma says

    3rd September 2013 at 8:49 am

    nampak sesuai untuk budak-budak mandi manda sebab tak dalam…..

    Reply
    • suri says

      6th September 2013 at 1:07 pm

      seronok sangatlah adik beradik ini…tapi kecil tu buat macam suka buat hal sendiri sahaja

      Reply
  32. Kujie says

    3rd September 2013 at 8:41 am

    hah… ni orang Serendah datang komen

    Hulu Selangor dan Rawang dua daerah berbeza

    Serendah Hulu Selangor dan Rawang , Gombak

    kesian tau… kami orang Serendah, Perodua pun dok Serendah orang cakap Rawang juga…sob sob sob…

    p/s – sejengkal je dari rumah kak jie, tapi hari Sabtu tu tak de kat rumah.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2013 at 7:10 pm

      Terima kasih perbetulkan. Untung jadi orang Rawangkan. 🙂

      Reply
      • Kujie says

        4th September 2013 at 2:14 pm

        tu la…. aish…. sebelum ni ramai yang tak tau pun lokasi Serendah.

        Skrg ni kalau dia org lalu highway ternampak signboard Serendah kat susur Bkt Beruntung pun memasing sms bagi tau…nampak Serendah. Nampak sangat tak popular sedangkan Nissan dgn Perodua ada kat Serendah

        Reply
  33. hafizrahim says

    3rd September 2013 at 5:17 am

    nampak macam ok tempat ni kalau bawak baby..sebab tak dalam sangat

    Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2013 at 7:11 pm

      Senang hendak pantau anak bermain air.

      Reply
  34. wazy says

    3rd September 2013 at 1:14 am

    Seronoknya kalau dapat ke situ juga

    Reply
  35. JMR says

    3rd September 2013 at 12:26 am

    mcm best lak tgk diorg mandi manda tu..lama x gi air terjun..

    Reply
  36. Hazmin Hamudin says

    3rd September 2013 at 12:00 am

    Nampak seperti tidak terlalu bahaya air terjun ni. Tidak dalam dan airnya jugak tidak terlalu deras. Sesuai la tu untuk kanak-kanak.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2013 at 7:16 pm

      Ada yang suka air deras dan dalam. Memandang bawa anak kecil sesuai bermandi manda di air terjun Serendah.

      Reply
  37. Mus says

    2nd September 2013 at 10:57 pm

    Seronok tengok anak-anak hepi bermandi manda.. tapi kena awas.. ianya air

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in