• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Kongsi sikap positif dengan #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond Astro

Kongsi sikap positif dengan #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond Astro

30th August 2013 by akubiomed 40 Comments

Tunjukkan sikap positif Astro Celebrates Merdeka hashtag #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond.

Sambutan Hari Merdeka yang ke 56 kurang seminggu lagi. Bendera Jalur Gemilang sudah mula dipasang pada premis perniagaan, rumah dan ada yang kreatif tidak kesah mengeluarkan sejumlah wang untuk menghias kenderaan sempena sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti.

Sehubungan dengan itu pihak Astro telah melancarkan kempen Astro Celebrates Merdeka #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond pada 24 Ogos baru-baru ini di North Court, Level 3, Mid Valley Mega Mall. Kempen ini mengalak rakyat Malaysia yang terdiri berbilang kaum dan etnik untuk bersama menterjemahkan sikap positif melalui media sosial seperti Twitter dan Instagram didalam bentuk perkataan, gambar dan rakaman video dengan mengunakan hastag #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond.

Bahasa rojak digunakan didalam percakapan seharian penghubung diantara kaum.

Kita biasa guna bahasa rojak seperti ‘Rileks Lah bro’, ‘Macha’ , ‘Amoi’, ‘Tapau’, ‘Fuyoh’ antara perkataan yang digunakan dalam percakapan seharian tidak kira Melayu, Cina dan India sesama mereka. Ekspresi positif ini boleh mengunakan bahasa ibunda masing-masing. Positif meter akan bertambah setiap kali pengkongsian di media sosial ‘share’, ‘like, ‘retweet’.

positif meter akan bertambah setiap share perbuatan positif di media sosial hash tag #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond

Bertuah dilahirkan sebagai anak Malaysia.

Saya berasa sangat bertuah telah dijemput oleh Nuffang bersama blogger lain untuk menjayakan dan melibatkan diri di pelancaran kempen Astro – Your Malaysian is showing + Go Beyond Positive Meter Launch #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond ini.

Tuil positive engine

Saya mengambil kesempatan untuk bergambar di photo wall dengan mengunakan bahasa rojak yang disediakan.

Terasa macam retis bergambar di photo wall.

Terdapat booth jualan T-Shirt edisi terhad rekaan sendiri yang boleh dibeli dan hasil jualan amal akan didermakan kepada badan amal Astro Kasih untuk bantuan amal komuniti.

Nak tahu bagaimana hendak mendapatkan Chari-Tee t-shirt ini baca sehingga hujung entri ini ya.

Selebriti terkenal tempatan turut hadir memberikan sokongan.

Semasa pelancaran #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond turut dihadiri selebriti terkenal tempatan diantaranya Dato’ Haji Aznil Nawawi, Lisa Surihani, Erul AF9, Jie Ying, Geraldine Gan, Weon, Revathy, Lingkesh, Arnold Hitz FM, Ezra Mix FM dan Haniff ERA Fm.

pose menarik dari dato haji aznil nawawi dan lisa surihani di booth photo wall

Arnold Hitz FM dan Ezra Mix FM telah menjadi emcee kempen Astro Celebrates Merdeka #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond menghangatkan suasana.

Arnold Hitz FM dan Ezra Mix FM sebagi emcee

Pelancaran Go Beyond Positive Engine oleh Henry Tan, COO Astro bersama selebriti.

Henry Tan, COO Astro and Selebriti Astro melancarkan Astro Celebrate Merdeka dan Positive Engine.

Temubual dengan Henry Tan, COO Astro

Selebriti Lisa Surihani telah tweet dan menghantar Instagram dengan hashtag #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond

lisa surihani turut tweet gambar beliau dengan t-shir edisi terhad

Live performance lagu  ‘Excuse me Sir’

nyanyian live lagu excuse me sir oleh Shantesh, Erul, Jie Ying dan Anantha

Shantesh, Erul, Jie Ying dan Anantha

Aktiviti blogger diberikan tugasan secara berkumpulan perlu mengambil gambar, merakam video perbuatan positif kemudian tweet di media sosial Tweeter dan Instagram.

Antara senarai tugasan adalah:

  • Memberikan air kepada seseorang..
  • Melafaz Rukun Negara
  • Kutip sampah dan buang ke dalam tong samah
  • Menyanyikan lagu Patriotik
  • Mengayakan Tugu Negara
blogger nurain membersihkan meja makan

Saya telah diletakkan didalam kumpulan 1 yang mempunyai 4 ahli. Cabaran ini menuntut kerjasama diantara ahli kumpulan. Bagi memudahkan tugasan yang diberikan kami telah membahagi tugasan bernombor genap dan ganjil secara berasingan. Apa bila ada ahli kumpulan mengalami kesukaran, ahli kumpulan akan membantu. Nasib tidak menyebelahi kami kerana ada kumpulan lebih bijak menyusun strategi. Walaupun tidak menang ia adalah aktiviti yang menyeronokkan dan secara tidak langsung akan mengalak masyarakat berkongsi sikap positif dengan hashtag  #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond di media sosial.

kumpulan satu (nurain, alvy dan carrie) gigih tweet dan instagram tugasan sempat beri pose istimewa
carrie semak tugasan dengan marshal

Penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti blogger diadakan di Blu Med, Mid Valley. Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh Lisa Surihani.

positive meter

Terima kasih kepada Astro GoBeyond yang memberikan goodies berupa bag berisi payung, dompet, lencana dan Power Bank yang ditelah digunakan untuk mengecas Smartphone ketika terlibat cabaran blogger.

Hey! Nanti dahulu Astro Go Beyond ada menyediakan 2 aplikasi di Fan Page mereka.

  1. Reka chari-tee dan hasil jualan didermakan untuk tujual amal
  2. Kumpul mata sikap positif setiap kali dikonsi dengan rakan-rakan.

1. Jom buat Chari-Tee t-shirt rekaan sendiri sambil menderma.

Tutorial buat Chari-Tee t-shirt rekaan sendiri dengan layari Fan Page Astro Go Beyond : https://www.facebook.com/AstroGoBeyond/app_152699358257579

Klik CHARI-TEE
Klik CREATE CUSTOM untuk mula reka
Pilih perkataan yang cool
Pilih warna dan saiz
Walah, sudah siap t-shirt rekaan saya

2. Kumpul mata dengan sebar sikap positif dengan kenalan di Facebook.

Tutorial sebarkan sikap positif dan kumpul mata positif terbanyak: layari Fan Page Astro Go Beyond : https://www.facebook.com/AstroGoBeyond/app_179047725597311

Taip ayat-ayat positif
mata positif terkumpul saya bertambah setiap kali berkongsi perkataan positif

 

Jom menonton video “Excuse Me Sir” yang dinyanyikan oleh selebriti tanah air yang berbilang bangsa.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=35mJ8B2_ejQ&feature=youtu.be&rel=0]

Sempena sambutan Hari Merdeka marilah kita berkongsi gambar, rakaman video perbuatan positif dengan hashtag #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond. Masyarakat Malaysia terkenal dengan nilai budi pekerti masyarakat timur yang tinggi.

Chari-tee t-shirt Rilek-lah Bro!

Ini adalah Sponsored Post

  • Kehangatan sambutan Merdeka 2013 bersama Astro Celebrates Merdeka
  • Rebat 20 peratus kepada pengguna PLUS sempena Raya dan Merdeka
  • Selamat menyambut Hari Merdeka ke 55

Filed Under: blog Tagged With: astro go beyond

Reader Interactions

Comments

  1. Khairul Zamri says

    3rd September 2013 at 11:22 pm

    tengokk gambar saja pun dah seronok huhu untung dapat join event nie

    Reply
  2. Hafizul says

    2nd September 2013 at 12:42 pm

    Hehe..ada kelainan artikel ni..so sweet..haha

    Reply
  3. Norasikin says

    2nd September 2013 at 12:19 pm

    Asyik bergembira je bro ni. Saya pulak asyik berendam air mata di dapur

    Reply
  4. BeritaKaki says

    2nd September 2013 at 10:50 am

    fantastic..meriahnya…wow

    Reply
  5. suriaamanda says

    2nd September 2013 at 10:34 am

    sponsored post…tahniah bro….

    Reply
  6. hafiz says

    1st September 2013 at 3:02 pm

    Tshirt tu memang cantik, kain dia okay tak bro…

    Reply
    • akubiomed says

      1st September 2013 at 6:57 pm

      T-shirt kain kapas ini diimport dari luar negara.

      Reply
  7. hafiz says

    1st September 2013 at 3:00 pm

    Video tu memang terbaiklah…

    Reply
  8. hafiz says

    1st September 2013 at 2:59 pm

    Wah sponsored post lagi tahniah bro..

    Reply
    • hafizmd says

      2nd September 2013 at 5:19 pm

      mmg makin terbaik bro AB ni

      Reply
  9. titan says

    1st September 2013 at 10:35 am

    pehh..memang terbaiklahhh

    Reply
  10. Razlan says

    31st August 2013 at 3:19 pm

    Dah pro dah abang akubiomed take shot ne,cayo la.

    Reply
    • akubiomed says

      1st September 2013 at 9:21 pm

      Masih lagi tahap amatur dan akan berusaha untuk membaiki kemahiran membidik gambar.

      Reply
  11. Zuan says

    31st August 2013 at 9:24 am

    sempoi la baru relek la bro tu 😀

    Reply
  12. suri says

    31st August 2013 at 1:57 am

    uh amoi seksi adalah…sakit mata saya

    Reply
  13. suri says

    31st August 2013 at 1:16 am

    bahasa yang sempoi selalu orang guna dan bergurau senda

    Reply
  14. Juan says

    31st August 2013 at 12:13 am

    siap ada kibar jalur gemilang tuh, terbaik lah

    Reply
    • akubiomed says

      1st September 2013 at 9:34 pm

      Insyallah tiap-tiap tahun ada kibar Jalur Gemilang dan bendera negeri Selangor.

      Reply
  15. MrJocko says

    30th August 2013 at 10:35 pm

    Event cam ni la yang buatkan aku rasa macam Artisss,,, ekekeke

    Reply
    • suri says

      31st August 2013 at 1:20 am

      bukan susah nak popular pi sana kalau ada jemputan jangan sesekali di lepaskan ngeeee

      Reply
  16. papa mifz says

    30th August 2013 at 7:54 pm

    ramai yang terlibat dalam event tuh yer , kelihatan sangat meriah!!

    Reply
    • suri says

      31st August 2013 at 1:28 am

      kita hanya melihat situasi itu melalui gambar sahaja

      Reply
  17. TehR says

    30th August 2013 at 6:19 pm

    meriah2
    dapat sponsored post lagi
    tahniah, bro

    Reply
    • suri says

      31st August 2013 at 1:32 am

      oh sponser pos lagi ker wah bagus sungguh..

      Reply
  18. hafizmd says

    30th August 2013 at 5:02 pm

    terbaiklah bro! panjang entrinya tp puas hati baca dan tgk gambar2 happening ni….

    moga Malaysia terus aman makmur….

    glamer betul bro sohoque di situ =)

    Reply
    • akubiomed says

      30th August 2013 at 7:24 pm

      Terima kasih. Raaa puas hati dapat maklumbalas positif.

      Reply
    • suri says

      31st August 2013 at 1:45 am

      rasa mahu ab buat entri lagi bikin penuh gambar lagi dan lagi

      Reply
  19. Ladfe Amir says

    30th August 2013 at 4:32 pm

    rakyat Malaysia memang harmoni dan tolenrasi sejak dulu lagi. jangan ada yg cuba merosakkan keharmonian ni pulak

    Reply
    • akubiomed says

      30th August 2013 at 7:20 pm

      Tolenrasi antara kaum perlu dipelihara kalau tida tergadai maruah rakyat Malaysia.

      Reply
  20. Ummi Hanie says

    30th August 2013 at 4:31 pm

    wahh… sentiasa dpt advertorial ni… rezeki anak2 😉

    bestnye boleh reka tshirt sndiri tu

    Reply
    • akubiomed says

      30th August 2013 at 7:21 pm

      Memang sempoi dapat reka t-shirt sendiri.

      Reply
      • suri says

        31st August 2013 at 1:49 am

        eleh sukalah tu…btw tahniah dpt buat t shirt sendiri eh

        Reply
  21. Hazmin Hamudin says

    30th August 2013 at 2:54 pm

    Wah.. Panjang entri bro yang ni. Hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      30th August 2013 at 7:22 pm

      Harap puas membacanya.

      Reply
  22. mummydearie says

    30th August 2013 at 2:22 pm

    Fuyoh! Nampak mcm enjoy giler aje kat sana. Boleh bergesel bahu ngan Lisa Surihani lagik!

    Reply
    • akubiomed says

      30th August 2013 at 7:23 pm

      Tak ada peluang bergesel bahu dengan Lisa.

      Reply
      • suri says

        31st August 2013 at 1:52 am

        ab
        aik lelaki dan perempuan mana boleh bikin begitu keh..keh..keh..

        Reply
    • suri says

      31st August 2013 at 1:52 am

      jika girl sama girl pasti boleh..

      Reply
  23. incik says

    30th August 2013 at 12:40 pm

    memang happening la event ni. retis pon ramai. another positive event in Malaysia to promote unity. nicee~

    Reply
    • suri says

      31st August 2013 at 1:56 am

      retis..artislah mestilah ada untuk memeriahkan suasana..tak pun mereka sebahagian dari duta produk wajib ada 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in