
Basikal lipat GTE
Basikal Lipat untuk kayuh keluar peluh di petang hari.
Sudah lama saya mengidam untuk dapatkan basikal boleh lipat kerana salah satu sebabnya basikal ini boleh dilipat dan mudah dibawa masuk ke dalam kereta. Tempoh hari ada promosi HOTDAY SALE di PGMall yang lebih murah dari Online Shop lain. Terus sambar.
Basikal Lipat hampir 90% siap dipasang.
Basikal lipat ini hadir 90% hampir siap dipasang. Tak susah nak pasang baki pemasangan kerana pengalaman semasa kecil dahulu memang sudah biasa baiki basikal BMX. Baki pemasangan tak banyak.
Keadaan basikal lipat hampir 90% siap dipasang.
Keadaan basikal lipat sudah siap pasang sepenuhnya
Harga basikal lipat termurah di PGMAll semasa promosi HOTDAY SALE
Percaya atau tidak saya hanya bayar RM34 sahaja dan selebihnya pembayaran dibayar mengunakan tunai terkumpul didalam E-Wallet @ Dompet Digital C-Wallet di PGMall. Kalau nak tahu macam mana saya berjimat dan membeli secara CASH LESS? Boleh baca perkongsian saya mengenai PGMall Online Shop.
Video pemasangan basikal lipat secara DIY.
Modifikasi kecil dengan tambah pemijak kaki.
Basikal lipat ini mempunyai rak belakang dan boleh duduk. Saya dan isteri bercadang nak keluar peluh dengan kayuh basikal sambil membawa anak saya bernama Amsyar yang berumur 2 tahun. Jadi tambah pemijak kaki untuk mudah anak pijak ketika duduk di rak basikal.
Keadaan asal basikal tidak mempunyai pemijak kaki
Pemijak kaki basikal yang dibeli dari kedai basikal pada harga RM12
Mudah sahaja pasang pemijak kaki basikal
Pemijak kaki yang sudah siap dipasang
Senang anak pijak pada pemijak kaki dan tidak perlu imbang badan ketika duduk pada rak basikal. Tembamnya kaki dia. 🙂
Basikal lipat ini adalah basikal asas tidak mempunyai gear kelajuan yang boleh diubah. Basikal ini dengan roda bersaiz 20″ dan boleh dikatakan sedang-sedang sahaja. Basikal lipat ini boleh digunakan sebagai basikal lipat dewasa dan anak-anak yang berumur 9 tahun ke atas. Dari segi kekukuhan dan kualiti adalah padan dengan harga dan kita boleh jangka sama dengan kualiti basikal yang lebih mahal. Bagi saya sudah memadai untuk kayuh pada petang hari sambil anak membonceng dibelakang. Dapatlah keluar peluh.
Macam mana nak lipat basikal ni ye
Boleh menonton video cara lipat basikal disini. >> basikal lipat GET <<
Biase-biase jer. Buat keluar peluh kayuh keliling taman jer. 🙂
Wah canggihnya basikal…selamat bersukan
Maknanya kalau harga pasaran bawah RM200 basikal lipat ni. Bagus bagi kanak-kanak main, kalau tak asyik nak main phone/tab je memanjang.
Basikal lipat pada harga bajet takda gear kelajuan. Berbaloi untuk dimiliki pada harga mampu milik.
nak belikan anak dua orang nih.. tapi tengoklah bonus dapat berapa ..hehe
Anak-anak saya kayuh basikal ke padang tepi kawasan perumahan untuk bermain bola.