• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / Sabtu day tukar tiub basikal bocor secara DIY

Sabtu day tukar tiub basikal bocor secara DIY

16th May 2015 by akubiomed 11 Comments

Sabtu day sibukkan diri dengan tukar tiub basikal bocor

tiub basikal bocor

Sabtu day barulah ada kelapangan untuk melihat masalah basikal anak-anak. Hari waktu bekerja boleh dikatakan tak sempat sebab sampai rumah dari kerja sudah 7 jam petang. Tayar basikal bocor tak dapat hendak menampal tiub basikal mudah walaupun kerjanya adalah mudah

Abang Koning mengadu tayar basikal hilang angin.

Abang Koning mengadu tayar hadapan basikal beliau telah bocor. Tak ada pilihan untuk mengatasi masalah tiub tayar bocor tukar tiub baru. Kalau dahulu boleh tampal tiub basikal sekarang tidak lagi. Tiub basikal bocor perlu ditukar dengan tiub yang baru.

Mudahnya tukar tiub basikal secara DIY

Sahaja merakam cara menukar tiub basikal kerana ia boleh dilakukan sendiri dengan mudah. Pastikan mempunyai peralatan yang bersesuaian dan tiub basikal baru. Harga tiub basikal untuk saiz 20″ jenama Duro saya beli pada RM15 sahaja.

Antara peralatan yang diperlukan membuka tayar

 Melonggarkan nat untuk menanggalkan rim basikal

Selepas menanggalkan rim basikal dari basikal. Maka bermula kerja membuka tayar basikal.

Membuka tayar basikal. Nampak tak alat yang seperti bentuk Boomerang ini? Saya beli dari Daiso pada harga RM5. Peralatan serba guna untuk membaiki basikal perlu ada. Lubang-lubang tersebut adalah saiz nat. Bagi yang pertama kali membuka tayar tentu terkial-kial nak tanggalkan tiub dari rim basikal.

Selepas tayar berjaya dibuka sudah mudah untuk mengeluarkan tiub basikal yang bocor. Jangan terus mengantikan tiub tetapi perlu periksa tayar dengan teliti mengunakan tangan dengan cara mengosok dari dalam tayar untuk mencari objek tajam yang menjadi punca tiub basikal bocor.

Cara mencari punca kebocoran tiub dengan merendam ke dalam air

Macam kes kebocoran tiub basikal anak saya adalah berpunca dari terkena wayar halus dan dari pengamatan kasar tidak akan nampak. Tayar yang bocor tersebut perlu dipam terlebih dahulu dan direndam didalam baldi untuk mengesan kebocoran dengan melihat buih-buih keluar dari lubang yang bocor.

Tiub basikal baru perlu dipam angin sedikit untuk memudahkan memasuk tiub ke dalam tayar. Proses pemasangan perlu bermula dengan memasukkan tayar basikal dengan cara berlawanan proses membuka tayar. Semasa memasang tayar kembali kepada rim basikal perlu pastikan penunjuk arah pusingan tayar adalah betul.

Memasukkan tiub basikal baru ke dalam tayar. Kemudian pasang rim basikal kepada basikal dan ketat nat.

Proses terakhir adalah pam tayar

Tayar basikal yang telah ditukar dengan tiub basikal baru.

Cara paling mudah untuk mengembirakan anak adalah menyelesaikan masalah mereka. Secara keseluruhan modal untuk menukar tayar tiub basikal adalah RM15 untuk harga tiub baru dan upah peluh Babahnya adalah secawan air Milo sahaja.

  • Projek hujung minggu DIY tukar tiub tayar basikal
  • Terima kasih babah
  • Projek restore basikal BMX anak

Filed Under: diy Tagged With: cara menukar tiub, harga tiub basikal, menampal tiub basikal, tiub basikal, tukar tiub basikal

Reader Interactions

Comments

  1. intan says

    1st November 2018 at 10:14 am

    thanks for sharing

    Reply
  2. Norasikin says

    20th September 2018 at 10:22 pm

    Mintak la upah lebih sikit. Picit satu badan ke…

    Reply
  3. Mus says

    7th May 2018 at 3:02 pm

    lamanya dah tak tuka rtiub basikal ni… dulu mmg harapkan bapa saja tukar..

    Reply
  4. Noriza Rahman says

    22nd May 2015 at 7:05 am

    Ini memang memerlukan pertolongan ayah la..

    Reply
  5. SaniYunus says

    18th May 2015 at 11:10 pm

    Ada alat Daiso tu senang nak tukar tayar ya!

    Reply
  6. Ani Haryani says

    18th May 2015 at 12:44 pm

    Suka bentuk bommerang tu . Multifunction 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th May 2015 at 9:53 pm

      Mudah kalau ada kerana kepelbagaian guna khas untuk basikal.

      Reply
  7. Muliani says

    18th May 2015 at 1:35 am

    Terbaikkk.. Boleh jd pomen nihh

    Reply
    • akubiomed says

      18th May 2015 at 9:54 pm

      Kemahiran semasa budak-budak dahulu boleh digunakan untuk membaiki basikal anak. 🙂

      Reply
  8. yusri says

    17th May 2015 at 10:33 am

    zaman bebudak dulu boleh kata hari2 duk pomenkan beskal…
    tapi sekarang ni,tiap kali tayar beskal anak bocor terus hantar bengkel jer…huhu…

    Reply
    • akubiomed says

      18th May 2015 at 9:55 pm

      Kedai basikal dan rumah agak jauh. Leceh nak bawa basikal dengan kereta. Beli barang buat sendiri dirumah sahaja. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in