• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Baiki Proton Gen2 Air Cond suis secara DIY

Baiki Proton Gen2 Air Cond suis secara DIY

7th July 2020 by akubiomed 6 Comments

Baiki Proton Gen2 Air Cond suis panel secara DIY.

Proton Gen2 Air Cond suis panelProton Gen2 Air Cond suis panel

Masalah yang selalu berlaku kepada pemilik Proton Gen2 dan Persona.

Bagi pemilik kereta Proton Gen2 atau Persona tentu akan mengalami masalah knob pada panel kawalan air cond tidak berfungsi.

Antara masalah yang selalu adalah kadang-kadang air cond boleh on sendiri dan kadang-kadang intermittence on dan off sendiri.

Saya adalah salah pemilik kereta Proton Gen2 tidak terkecuali mengalami masalah ini.

Harga penukaran panel kawalan air cond baru boleh mencapai sehingga RM400 untu pertukaran satu set panel.

Banyak perkongsian dan tutorial tentang servis contact knob panel air cond ini.

Sudah lama nak buat tetapi tak buat-buat. Akhirnya buat dan tak susah nak servis panel kawalan air cond ini. Boleh cuba untuk ikhtiar dahulu sebelum menganti dengan set panel yang baharu.

Puas hati panel kawalan air cond sudah kembali berfungsi normal.

Semasa buka air cond suis panel ini perlu berhati-hati kerana material panel ini diperbuat dari plastik. Faktor panel rapuh kerana faktor usia memudahkan lagi panel ini pecah.

Ada empat skru perlu untuk dibuka papan elektronik air cond suis

papan elektronik air cond suis setelah ditanggalkan

Basahkan putik kapas dengan Electronic Contact Cleaner

Bersihkan kekotoran papan litar mengunakan putik kapas yang telah dibasah dengan Electronic Contact Cleaner

Hati-hati tolak besi suis air cond supaya tidak patah. Besi ini akan bersentuh dengan papan litar air cond yang dicuci. Lama-lama besi suis air cond ini tidak bersentuhan papan litas air cond bila suis air cond selalu dipusing.

Kemudian pasang semula bahagian yang ditanggalkan dan uji samada suis yang sudah dibersihkan sudah kembali berfungsi seperti normal.

 

Penafian:
Pihak saya tidak bertanggungjawab apa-apa kerugian, kerosakan dan kegagalan semasa membaiki panel suis air cond ini adalah atas tanggungjawab sendiri.

  • DIY Proton Gen2 Power Window Regulator
  • Projek hujung minggu DIY bersih air duct Proton Gen2
  • DIY tukar handle pintu proton

Filed Under: blog, diy Tagged With: proton, proton gen2, proton gen2 & persona air cond switch, proton gen2 air cond switch, proton persona

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    17th July 2020 at 2:37 pm

    Insyallah mana yang boleh ikhtiar. Boleh cuba.

    Reply
  2. diana says

    13th July 2020 at 5:27 pm

    Bagus la ada kemahiran semuanya boleh buat sendiri. Kalau ada keberanian pun dah cukup. Yang tak yakin dan tak berani hantar kedai je la jawab nya..hahah

    Reply
    • akubiomed says

      14th July 2020 at 5:24 pm

      Sediakan duit jerlah. 🙂

      Reply
  3. ciktom says

    12th July 2020 at 10:26 pm

    byk untung kalau pandai DIY sendiri ni…cuma kena pastikan byk ilmu sblm buat..hehe

    Reply
  4. bee hashim says

    10th July 2020 at 1:19 am

    untung pandai buat sendiir

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2020 at 10:59 am

      Mana yang boleh buat sendiri. Kita ikhtiar dahulu. Berjimat cermat.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in