Baby Aslah kakinya terluka.
Semalam ketika tengah minum petang dikejutkan adik beradik koning paling gwiyomi iaitu Baby Aslah dari luar terdengar suara rengekkan yang agak kuat.
Saya menjengah dari tingkap memerhatikan dari dalam selalunya abang-abang koning suka membuli baby Aslah. Rupanya tidak ternampak baby Aslah terjengket-jengket berlari masuk ke dalam rumah.
Baby Aslah terus melulu masuk ke dalam rumah terus melabuh punggung dengan muka berkerut menahan kesakitan dengan memegang kaki menujukkan ibu jarinya berdarah mengadap saya. Ternampak kulit ibu jari terkopak kiri lebih kurang 2cm terkoyak. Saya ambil tisu untuk menghentikan pendarahan dan bercadang hendak mengunting membuang bahagian kulit yang terkoyak tetapi tidak dibenarkan.
Saya minta abang Koning dapat petrol jeli Vaseline sapu pada kulit ibu jari terkopak tersebut. Kemudian mengambil plastik membalut ibu jari kaki Baby Aslah. Nampaknya sedu-sedan baby Baby Aslah semakin berkurangan. Akhirnya Babah telah melaksanakan tugas yang baik merawat dan menenangkan keadaan baby Aslah. Sebelum ini pernah melakukan rawatan dressing pada bisul di punggung baby Aslah. Untuk zuriat sendiri sanggup melakukan apa sahaja.
AkuBiomed: Selamat menyambut Hari Bapa.
Pengalaman sumer nie kan… tapi memang cool la bro … siap boleh snap gambar dulu….
Luka di kaki memang sakit..tak heran la kalau budak tu nangis…
Terbaik!
Kena tahu jugak serba sikit bab2 ni…
Terbaiklah abang koning…mmg abang terbaik jugak
ala kesiannya. kalau saya, terus hantar gi klinik takut ada jangkitan kuman. tp for sure kalau tak nak gi klinik, minyak gamat piluhan utama, yang penting kene basuh bersih2 sebelum letak. nak cuci kot2 ada kotor dan kuman
Alamak..sakitnya…emmm rasa berdebar juga kan bro..semoga aslah cepat sembuh…untuk anak, memang abah sanggup lakukan apa sahaja..selamat hari bapa bro..hehe
takpe anak babah kuat. he he
keluarga saya kalau luka.. wajib letak minyak gamat…. bro tak pakai pula ya..
ngeri juga tengok lukanya tu…mesti pedih..
nampak ibu jari dah terpacak tu
memang terbaik
Good Job papa Koning…
p.s : koning tu asal dari mana bro?
begitulah kasih seorang bapa..engkaulah hero buat anak-anak.
Apa puncanya kaki tu berdarah..
anak babah kuat kan…
bagus babah ni..
selamat hari bapa ya
KM memang ngeri bila tengok darah nie, teringat buku lali kaki terkoyak masa nak tutup pintu toilet.
banyak jugak darah yang keluar akibat luka di kaki ini, patut ler baby Aslah nangis kuat….huhu
aduhaii..ngeri dibuatnya..tp baby Aslah good boy kan..xde nangis sgt kan..ehehe..
Selamat hari Bapa buat akubiomed =)
Aduh! sakit betul tu. Budak2 bukan boleh tahan sangat. Apa-apa pun cabarannya ialah untuk bapa bagi merawat dan mententeramkannya. Selamat Hari Bapa, bro.
kesiannya baby Aslah.. pastikan tangan kita kena bersih kalo nak handle luka.. nasihat dari wanita di sebalik gambar hitam putih. hehe
alololo… ciannya dia. macam mana boleh luka tue?
Tanya abang-abang koning bermacam versi. Ada kata luka ketika sepak bola dan ada yang kata disebabkan jatuh.
kena soal selidik lagi ni… biasa la budak budak taknak ngaku… mesti takut. he he
kena apa tu sampai berdarah-darah. Aku sapu minyak gamat jer lekas sikit baik.
Minyak gamat memang ada dirumah.
minyak gamat memang bagus
adoi kesiannya tengok kaki dia
Tak yah guna plastik. Lambat baik. Kekadang, melarat lagi teruk. Sapu minyak je..dan hari-hari kasi tiupppppp. hehe
Sudah buka dan biarkan berangin. Budak kecil proses penyembuhan cepat berbanding orang dewasa.
kalau saya biarkan terbuka bro..letak plaster makin lambat kering..elok disapukan minyak gamat
doktor pon pernah cakap, kalau luka jangan balut.. nanti lambat kering
alaa kesian dia , mcm teruk kaki dia tu …. semoga cepat baik , sy kalau luka mcm ni sapu minyak gamat dan biarkan luka terbuka , balut dgn plaster mcm susah nak baik sbb lembab kan …
Pasang plaster untuk hari pertama memandangkan 2cm kulit tercabut boleh nampak isi ibu jari kaki. Nasib baik tidak pembulur darah utama disitu.
nanti babah nya bole buka plaster.. selalu basuh dengan air putih
ya Allah siannya baby Aslah…
senasib pula dgn anakanda teruna sy Zaid, kemalangan kecil, luka berdarah di dahi tp tak sempat nak snap gambar, terus dilap darahnya, sembur ubat haruan
Harap tidak meninggalkan kesan parut.
insyaAllah di kaki kurang untuk meninggalkan parut
jatuh ke…nasib baik dia tak merengek..
Mula-mula menangis selepas dipujuk nampak sudah okay. 🙂
anak jantan adat dah tu hehehe
alahai kesian baby aslah..harap cepat sembuh luka tu 🙂
Budak kecil kalau sakit hanya tahu menangis sahaja.
yeay! babah the best.
Sanggup korban apa saja.
Semoga cepat sembuh..
Terima kasih ustazah. 🙂
perghh..sakit tu… kalau kena air lagi pedih…. kesian baby aslah….
Sudah disapu jeli Vaseline boleh dikatakan kalis air juga.