Update ringkas: Baby Aslah masuk hospital

Baby Aslah masuk hospital semalam.

Semalam anak saya 1tahun 3bulan baby Aslah telah masuk hospital kerana kesakitannya sudah tidak tertangguh lagi. Tidur malamnya tidak lena dan mengiring ke kiri dan ke kanan terasa amat sakit. Anak kecil yang tidak tahu mengadu hanya mampu memberi ekpresi tanda kesakitan melalui menangis sahaja.

Punggung baby Aslah mula membesar sebesar 6cm menurut doktor adalah bisul tetapi tidak pula kelihatan mata bisulnya. Keadaan demam panasnya tidak menentu akibat kesakitan amat sangat. Baby Aslah telah dibawa ke hospital kerajaan semalam setelah mendapat surat rujukan daripada klinik.

Baby Aslah masuk hospital

Sebelum sempat menunggu untuk konsultasi oleh pegawai kesihatan tiba-tiba saya tercium bau seperti najis yang amat kuat. Rupanya bau najis adalah berpunca bau nanah akibat bisul pecah dengan sendirinya. Ketika hendak salin lampin pakai buangnya ternampak nanah berwarna cokelat pekat bercampur darah telah membasahi lampin pakai buang tanpa berlengah lagi saya terus berjumpa pegawai kesihatan. Baby Aslah telah dimasukkan wad separa trauma di Jabatan Kecemasan untuk rawatan selanjutnya.

Baby Aslah masuk hospital untuk pembedahan kecil membuang sisa nanah bisul.

Baby Aslah terpaksa dimasukkan ke dalam wad semalam untuk pembedahan kecil bagi prosedur membuang saki baki nanah yang tinggal dapat dilakukan. Pagi tadi kira-kira jam 9.30pagibaby Aslah telah dimasukkan dewan bedah dan lebih kurang jam 10.15 prosedur pembedahan kecil berjaya dilakukan. Hingga entri ini ditaip baby Aslah masih lagi di wad untuk pemantuan jika ada jangkitan kuman atau komplikasi lain.

p/s: Baby Aslah telah menunjukkan perkembangan positif dan saya mengharap doa sahabat blogger untuk baby Aslah agar cepat sembuh.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Amirez February 19, 2012 at 7:19 pm

    tak dapat dibayangkan kesakitan yang dialami oleh mana2 baby. nak luah tak terkata, hanya menangis tanda bicara

    • akubiomed February 19, 2012 at 8:30 pm

      Betul tuh bro. Anak kecil hanya mampu memberi ekspresi kesakitan dengan tangisan.

  • Norizwan February 18, 2012 at 8:35 am

    Semoga cepat sembuh Baby Aslah saya doa kan…anak saya baru sahaja terkena penyakit kaki, tangan dan mulut disebabkan punca kemasukan baby baru yang baru saja keluar dari Nursery kerana ada kes penyakit seperti ini, disangkakan anak nya tidak terlibat, semua baby rumah pengasuh saya terkena jangkitan tersebut….

  • suri February 16, 2012 at 2:23 pm

    sabar ya bro nnti semua akn sedia ok. tidur ibu bapanya pasti nnyek kembali.

  • suri February 16, 2012 at 2:21 pm

    semoga anak ab sihat ceria seperti slllu,amin.
    dh smbuh kelah belikan sesuatu utk dia supaya bersemangat heee

  • suri February 16, 2012 at 2:19 pm

    bisul..baru je buat entri ttg ini..

    bro bisul tu kt dalam punggung ker apa?huuu

  • titan February 15, 2012 at 9:25 pm

    em..macam mana sekarang?
    sudah ok ka itu baby aslah? gua harap dia cepat senyum. barulah kacak macam bapak dia..haha..
    titan recently posted..Komisen ke 89 dari TNXMy Profile

  • chii February 15, 2012 at 2:05 pm

    adoii..bisul pecah..chii plak terasa sakitnya..

    apa pun..semoga baby aslah lekas sembuh ya

  • yas February 15, 2012 at 1:23 pm

    Semoga cepat sembuh baby Aslah….kecik2 dh kena bisul…sakit tuuu….
    yas recently posted..Wordless Wednesday – Lu Orang Mau Mati Kaa?My Profile

  • Mus February 15, 2012 at 12:07 pm

    semoga permata hati bro sihat segera!!
    Mus recently posted..AirAsia Big Sale 2012 (Travel Period: 11 September 2012 – 31 January 2013)My Profile

  • Dulu Lain Sekarang Lain February 15, 2012 at 9:14 am

    Cian baby Aslah.. Harap2 sembuh sudah baby tu. Kecik2 kalu sakit mmg perit sikit. Ibu bapa kena tabah dan sabar selalu.

  • bardboo February 15, 2012 at 12:59 am

    kena jaga kebersiha betul2…takut ada jangkitan pulak nanti…apa2pun, semoga baby aslah cepat sihat semula..

  • b3njy February 14, 2012 at 11:58 pm

    Bisul memang memeritkan jangankan anak kecil golongan dewasa pun susah nak menahannya …
    b3njy recently posted..SEGMEN : TOP MALAYSIA BLOGGER YANG INGIN SAYA JADIKAN BFFMy Profile

  • b3njy February 14, 2012 at 11:56 pm

    Benjy berharap Akubiomed banyak2 bersabar … kami di sini tetap akan bersamamu walaupun di alam maya … :D
    b3njy recently posted..SEGMEN : TOP MALAYSIA BLOGGER YANG INGIN SAYA JADIKAN BFFMy Profile

  • b3njy February 14, 2012 at 11:55 pm

    Benjy sedih juga apa yang menimpa baby aslah tu … harap2 cepat sembuh yer …
    b3njy recently posted..SEGMEN : TOP MALAYSIA BLOGGER YANG INGIN SAYA JADIKAN BFFMy Profile

  • maza February 14, 2012 at 10:33 pm

    Allahuakhbarrrr..
    harap2 cepat lah sembuh.. naik ngeri dan sedih melihatkan kanak2 kena penyakit yg teruk2 ini.. Allahuakhbarrrrr

  • cmratu February 14, 2012 at 10:13 pm

    insyallah.. cepat sembuh.. baru perasan baby aslah sebaya anak saya Damia Maisarah 1thn 3bulan..
    cmratu recently posted..Gambar outdoor di Kellie’s CastleMy Profile

  • hafizmd February 14, 2012 at 9:57 pm

    Moga baby Aslah cepat sembuh dan aktif cam biase.

    Bila anak kurang sihat, mmg runsing jadinya..moga semuanya sihat sejahtera…ameen

  • nurmisnan February 14, 2012 at 9:53 pm

    InsyaAllah.. doa ibu bapa itu lebih mujarab dan lebih berkesan
    kami disini mendoakan agar baby Aslah cepat sembuh..

    tips: kalau jumpa bisul yg tumbuh tanpa mata tapi dalam kulit dan
    baru, cepat2 ambil bawang putih dan gosokkan.. insyaAllah hilang..
    nurmisnan recently posted..Omar Al MukhtarMy Profile

  • anif February 14, 2012 at 9:34 pm

    Semoga cepat sembuh. Amin..
    anif recently posted..Sakit Adalah Sesuatu Yang Tidak DijangkaMy Profile

  • Juan February 14, 2012 at 9:12 pm

    semoga anak tuan sembuh dengan segera

  • zulkbo February 14, 2012 at 8:59 pm

    salam..
    simpati dari Uncle buat baby Islah..
    moga cepat sembuh..jadi anak yang baik
    senang hati mak ayah..saat begini memang
    menduga kesabaran anda Bro..moga tabah
    zulkbo recently posted..Gambar Dato Siti Nurhaliza Menjalani Latihan Menembak M-16My Profile

  • faiz February 14, 2012 at 8:36 pm

    semoga baby aslah sihat cepat..

  • pipoq February 14, 2012 at 8:26 pm

    didoakan semoga baby aslah cepat sembuh dan ceria kembali..

    kalau bisul kat bontot ni memang menyeksakan..

  • MyKeyPad February 14, 2012 at 8:20 pm

    Kesian baby kiut ni. . .to admin,jgnlah risau sgt yea. . .semoga cepat smbuh bby tu. . .
    MyKeyPad recently posted..TIPS CARA DOWNLOAD PROV DI XMLPROVMy Profile

  • azura February 14, 2012 at 6:54 pm

    semoga cepat sembuh baby aslah…ayah kena tabah

    • akubiomed February 14, 2012 at 7:09 pm

      Bidang Kejuruteraan Elektronik Perubatan adalah bidang kerjaya yang saya cebrui. Jadi sedikit sebanyak saya memahami prosidur yang dilakukan walaupun saya ini bukan doktor bertauliah tetapi adalah doktor mesin peralatan perubatan. Ia menjadikan seorang yang tabah.

      Terima kasih mendoakan kesihatan anak saya. :-)

  • eiela February 14, 2012 at 6:43 pm

    kesiannya.. kita yg tua pun tak tahan, apatah baby aslah. hope cepat sembuh dan cepat keluar hospital.

    • akubiomed February 14, 2012 at 7:16 pm

      Selepas bisul pecah ada nampak kesakitan yang ditanggung oleh baby Aslah berkurangan. Syukur beliau tidak punya masalah untuk makan minum.

  • nuriz February 14, 2012 at 6:23 pm

    kesian baby aslah, moga cepat2 sembuh, sakit bisul ni memang boleh demam pun
    nuriz recently posted..Sinopsis Adnan Sempit 2 dan TrailerMy Profile

    • akubiomed February 14, 2012 at 7:06 pm

      Saya pernah 2 kali terkena bisul ketika sekolah rendah memang menyeksakan.

  • klcitizen February 14, 2012 at 6:10 pm

    saya doakan juga baby Aslah segera sembuh
    klcitizen recently posted..memang tak ada kena mengena pun..My Profile

    • akubiomed February 14, 2012 at 7:07 pm

      Terima kasih cikgu kerana mendoakan kesihatan anak saya.

  • kimmie February 14, 2012 at 5:04 pm

    Saya doakan baby aslah cepat sembuh.

    • akubiomed February 14, 2012 at 7:05 pm

      Terima kasih kerana doakan kesihatan anak saya.

  • Azman February 14, 2012 at 4:00 pm

    Semoga cepat sembuh Baby Aslah..

Trackbacks
  • [...] penyakit bisul dengan rawatan tradisional cina.Saya telah menerima berita baik daripada doktor yang menyelia kes bisul baby Aslah. Menurut doktor, kami tidak perlu lagi  membuat lawatan susulan selepas ini. Walaubagaimana pun [...]

  • Jururawat terjun dressing merawat luka February 18, 2012 at 2:22 pm

    [...] dressing merawat luka anak sendiri.Anak saya baby Aslah telah pun keluar dari hospital setelah mendapat rawatan pembedahan bisul pada hari Rabu yang lalu. Secara tidak langsung saya akan menjadi jururawat terjun dressing [...]

  • Wordless Wednesday - #Patuhi arahan Macaron February 15, 2012 at 12:00 am

    [...] – Blogger akan pos gambar tanpa penjelasan mengenainya. Kalau sampai esok boleh buat kejutan untuk si isteri dan baby Aslah.TweetRelated posts:Wordless Wednesday – #Celik ITWordless Wednesday #10 – MemandangWordless [...]