• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Bila anak dara dapat kasut gedik merah jambu

Bila anak dara dapat kasut gedik merah jambu

28th December 2014 by akubiomed 27 Comments

Lawa pula kasut gedik warna merah jambu

Hari ini barulah dapat peluang untuk membeli baju sekolah adik beradik koning. Anak dara turut dibawa dengan memakai kasut gedik merah jambu. Hari satu suit kasut dan baju merah jambu.

Tidak perlu tergesa-gesa keluar awal untuk bershopping

Nasib baiklah dipekan tempat yang tinggal ada kedia pakaian baru dibuka sedang buat promosi sempena hari pembukaan. Jadi tidaklah perlu ke keluar jauh untuk pasaraya besar yang pasti sesak dengan ibubapa membawa anak-anak membeli pakaian sekolah. Teringatkan kisah membeli baju sekolah abang Ngah pada tahun 2010.

Sejak dapat baby girl lambat sedikit untuk keluar dari rumah kerana perlu mengurus si kecil ini terlebih dahulu. Maklumlah apabila ada anak kecil rutin sudah mula berubah untuk memberikan tumpuan kepada si kecil ini terlebih dahulu.

Anak dara kasut gedik merah jambu berperangai baik

Agak risau bawa anak dara keluar ikut sama membeli yang baru 49hari. Sepanjang membeli persiapan abang koning elok sahaja tidur lena didalam dakapan saya. Semua persiapan adik beradik koning sudah selesai walaupun agak lewat maklumlah semalam sahaja sudah sehari suntuk menghadiri Seminar Lejen IM di wisma MCA. Memang risau juga apabila buat persiapan last minute macam ini kerana ada barang yang mungkin kehabisan stok. Buku-buku tulis pun sudah selesai. Aslah pula akan masuk tadika pada tahun 2015. Tinggallah isteri tersayang dengan Aisyah berdua dirumah apabila adik beradik koning mula sekolah. Rasa seronok pula hendak mendengar pengalaman Aslah bercerita belajar hari pertama berada di tadika apabila sampai dirumah.

Teringatkan nasib mangsa banjir membuat persiapan persekolah

Bila buat persiapan anak-anak ini teringatkan sahabat-sahabat yang dilanda musibah banjir. Terbaca di online ada tempat tinggal musnah sama sekali sehingga bagai dilanda Tsunami. Pun begitu rakyat Malaysia begitu perhatin melancarkan tabung dan bantuan untuk membantu mangsa banjir ini. Semalam di Seminar Lejen IM juga turut dilancarkan tabung mengumpul derma untuk dihulurkan mangsa banjir.

Kasut gedik merah jambu hasil kait Mak Ngah

Terima kasih kepada Mak Ngah yang gigih mengait kasut gedik merah jambu untuk anak dara ini. Sebelum ini banyak hasil mengait seperti topi untuk Aslah dan ketayap untuk saya. Alang-alang tulis post ini kalau ada yang berminat hendak mendapatkan hasil mengait dari Mak gah boleh hubungi melalui inbox hubungi blog AkuBiomed.

AkuBiomed: Bagaimana persiapan persekolah sahabat-sahabat?

Sila tekan butang kongsi:

  • Persiapan persekolahan abang Ngah
  • Baju Raya anak didahulukan keceriaan anak dipagi Raya diutamakan
  • Aslah melangkah ke tahun 1

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Miracle Vitamins says

    7th January 2015 at 2:16 pm

    Alahai tengok kaki si manja tu comel ja pakai kasut gedix pink..dah ada bb girl memang take time la nak menghias dia kan

    Reply
  2. miera nadhirah says

    4th January 2015 at 9:59 pm

    So sweet… And adorable.. Kalau dah baby girl memang tak boleh lari lah dari pink atau purple… Huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2015 at 12:52 am

      Memang untunglah Aisyah ini kerana ia anak perempuan pertama kami. Jadi sudah tentu banyak baru untuk beliau. 🙂

      Reply
  3. emalinmohd says

    31st December 2014 at 11:45 pm

    kalau dah besar sikit ni confirm demam Frozen…
    Pink and baby girl berpisah tiada

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2015 at 12:53 am

      Rasanya demam lain kot. 🙂

      Reply
  4. Ummi Hanie says

    31st December 2014 at 11:36 pm

    geramnya tengok kaki kecil pakai kasut merah jambu tu…

    seronok luar biasa tak bro AB dpt baby girl pertama? tentu sekali kan… 😉

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2015 at 12:53 am

      Syukur alhamdulillah, dikurnia anak perempuan pertama yang mampu menyerikan kami sekeluarga.

      Reply
  5. Nurul Fazreen Othman says

    31st December 2014 at 3:58 pm

    so sweet…klu bg anak dara sorang yg kt rumah ni blom tentu bleh pki lame. Mesti dh tercabot. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2015 at 12:54 am

      Yang nih kecik lagi tak pandai cabut kasut. 🙂

      Reply
  6. Moms Avenue says

    31st December 2014 at 8:33 am

    Haha.. comel je kasut merah jambu tu, secomel buku merah jambu.. :p

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2015 at 12:55 am

      Adik perempuan saya tolong kaitkan kasut merah jambu ini untuk anak saya Aisyah.

      Reply
  7. eXplorasa says

    30th December 2014 at 6:19 pm

    nasib baik tak bawak kitab teknik seo merah jambu sekali.. kalau tak complete la…

    Reply
  8. Hairul Azni says

    30th December 2014 at 1:28 pm

    Comel kasut merah jambu nih..

    Reply
  9. Ikhwan Fahmi says

    29th December 2014 at 11:13 pm

    comelnya kasut, bila dipakaikan pada baby jadi geram pulak kita 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2015 at 12:55 am

      Nampak cantik apabila dipakaikan kasut merah jambu ini. 🙂

      Reply
  10. titan says

    29th December 2014 at 5:37 pm

    hoho..

    sana-sini merah jambu ehh..

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2014 at 9:37 pm

      Mahu keyword pink menjadi hot. 🙂

      Reply
  11. blogger lelaki says

    29th December 2014 at 3:47 pm

    hu3..lawa kasut dia..tapi kasut baby nie buat kita geram sikit nak beli sebab bayi cepat membesar..kasut anak aku dah 5 pasang tak muat..ada tu baru sekali pakai itupun buat berjalan atas rumah je..betul2 ikut mak dia la..hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2014 at 9:38 pm

      Bayi cepat membesar. 🙂

      Reply
  12. Suriya says

    29th December 2014 at 3:02 pm

    ya Allah comelnya kaki. suka sangat kaki bayi, kecik comey jek. lagi satu baunya, sedap sangat. harum, bau dari syurga.

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2014 at 9:38 pm

      Bayi comel rasa nak picit-picit. 🙂

      Reply
  13. Raihanah Ahmad says

    29th December 2014 at 1:16 pm

    ingatkan budak dah besar, rupanya baby lagi

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2014 at 9:39 pm

      Ya, masih bayi lagi. 🙂

      Reply
  14. ema says

    29th December 2014 at 11:08 am

    oh, ada baby kecil rupanya…. seronokkan bila ada baby kecil ni…. tak sabar tunggu next year. Alhamdulillah dah selesai serba sedikit kelengkapan sekolah anak…kali ini beli mana yang patut sahaja… terasa juga kesusahan demi kesusahan mangsa banjir di sana.

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2014 at 9:39 pm

      Tentulah seronok baru dapat anak dara sorang selepas lama menunggu.

      Reply
  15. Aretikz says

    29th December 2014 at 9:21 am

    Mahu tunggu 4 tahun akan datang, baru merasa membeli peralatan sekolah budak.. hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      29th December 2014 at 9:40 pm

      Siapjer lah duit. Serius banyak belanja terutama yuran masuk tadika.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in