Pengalaman kena denda di sekolah

Pengalaman kena denda di sekolah dengan guru displin.

Pengalaman kena denda di sekolahSetiap orang mempunyai pengalaman pahit manis ketika sekolah. Termasuk saya turut melalui saat pengalaman yang mendebarkan hampir kena denda di sekolah dengan rotan. Sejak dibangku tadika saya memang agak nakal maklumlah saya boleh dikatakan menjadi anak tunggal lelaki hampir 10 tahun sebelum adik perempuan saya dilahirkan.

Banyak memori dari tadika, sekolah rendah dan menengah agar samar-samar didalam ingatan mungkin tidak ada perkara yang cerita menarik yang ingin dirakamkan oleh kotak minda. Bukan salah saya kalau memori ini telah dipadamkan tanpa pengetahuan saya. Janganlah dituduh tidak kacak kerana cuba berpura-pura menjadi budak baik pada hal pernah ada pengalaman hampir kena denda di sekolah. Cerita yang bakal dikongsikan terpaksa di tokok tambah dengan sedikit perisa barulah ada kelainan. Ibarat nasi lemak biarlah beribu sekali pun orang menjualnya. Nasi lemak tidak akan sama rasa antara satu penjual dengan penjual lain kerana masing-masing mempunyai keunikan sendiri walaupun ia hanyalah nasi lemak. Berfalsafah mengunakan keyword nasi lemak harap tidak kelaut atau perlu digali lagi.

Deretan baju sekolah anak-anak

Deretan baju sekolah yang sudah siap digosok

Baiklah sebelum ada pembaca meninggalkan blog ini kerana falsafah yang tidak kemana baik saya bercerita mengenai pengalaman hampir kena denda di sekolah dengan rotan guru disiplin. Tidak salah salah saya peristiwa ini berlaku ketika darjah 6 maklumlah tahun sebelumnya telah menduduki peperiksaan Penilaian darjah 5 jadi apabilan naik darjah yang paling tertinggi darjatnya disekolah rendah tidak dapat bayangkan nikmatnya. Ia ibarat darjah bulan madu dan kalau berjalan dikelas bawahan dengan langkah bangga dengan dagu mendongak langit terasa kecil sahaja budak-budak darjah 1. Merasakan mereka ini perlu hormat abang yang baru sahaja naik darjah 6. Wah gaya angkuh gitu padahal baru darjah 6.

Kasut sekolah sudah siap dikapur

Kasut sekolah sudah siap dikapur

Harap ada yang masih mengikuti lagi cerita saya mengenai pengalaman hampir denda disekolah dengan rotan. Sudah-sudah lah cerita yang hampir ke laut. Ia bermula dengan rakan-rakan sekelas membuat bising maklumlah cikgu tidak ada apa lagi merdekalah. Ketua darjah dan penolong darjah tidak boleh kata apa-apa kerana rakan-rakan lelaki makin riuh buang bising apabila ditegur suruh diam. Tiba-tiba guru disiplin entah dari mana datang menghayun rotan pada meja membuatkan sekelas tersentak mana tidaknya tapak kasut cikgu tidak pun dengar. Tiba-tiba kelas yang riuh tadi rendah senyap seolah-olah malaikat lalu kata budak zaman sekolah.

Pengalaman kena denda di sekolah digagalkan oleh rakan sendiri.

Guru disiplin telah menyuruh yang membuat bising berdiri. Saya pula tidak berdiri pada hal yang buat bising semuanya duduk berdekatan saya. Saya masih duduk menikus mendiam diri duduk diatas kerusi.

“Kamu dengar tak saya cakap apa? Siapa yang buat bising didalam kelas bangun!!! guru disiplin dengan nada yang tinggi.
“Tapi saya tidak buang bising tadi cikgu” balas saya dengan nada perlahan.
Saat guru disiplin menghampiri untuk merotan saya, bingkas rakan-rakan yang saya buat bising tadi mempertahankan saya.
“Betul cikgu. Dia tidak buang bising tadi” rakan saya mempertahankan saya.

Buat pertama kalinya saya terlepas pengalaman kena denda di sokolah kerana tidak berbuat bising. Selalunya kalau 2-3 orang yang buat bising 1 kelas kena berdiri di atas kerusi sehingga loceng tamat pembelajaran berbunyi.

Ia adalah pengalaman yang berlaku sekali sepanjang saya bersekolah terlepas pengalaman kena denda di sekolah oleh guru disiplin.

p/s: Kepada rakan-rakan yang mempertahankan saya, korang memang kacaklah. :-)

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Abrablog.com dan PanduanTNX.com
“Terima kasih kepada penganjur EarnCent dan saya telah terpilih pemenang hadiah wang tunai RM15 untuk komen terbanyak contest “Pengalaman kena denda di sekolah”.“.
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Sya Isya February 2, 2012 at 1:01 am

    bagus betul kawan2 tu ek. semangat setiakawan namanya tu
    Sya Isya recently posted..PENGALAMAN KENA DENDA DI SEKOLAHMy Profile

  • auc dot com January 27, 2012 at 11:04 am

    wah semakin meriah la :)

  • Zezebel January 26, 2012 at 11:38 pm

    Biasalah tu.., ada masanya nasib kita bagus…. ;)
    Tapi kena ejek pun buat juga lagi kan? :D
    Zezebel recently posted..Pengalaman Kena denda di SekolahMy Profile

    • akubiomed January 27, 2012 at 12:21 am

      Manalah serik kalau kena denda ketika zaman nakal. :-)

  • Zida January 16, 2012 at 2:01 am

    kalau setakat nakal sebab bising takdela nakal sangat sebenarnya. tapi kalau sampai guru disiplin datang tu, err err dahsyat la jugak kot. heee~

    • akubiomed January 26, 2012 at 10:58 am

      Guru disiplinkan suka buat rondaan. :-)

  • Mekar January 15, 2012 at 1:06 pm

    Sya pun budak baik. Jarang kena denda itu sebab tak ingat hehe
    Mekar recently posted..Cara Pasang Favicon diblog WordPressMy Profile

    • akubiomed January 26, 2012 at 10:58 am

      Budak baik boleh percaya ker :-)

  • cik tom January 14, 2012 at 5:08 pm

    wah dah join..ciktom tengah mengarang entry lagi utk pertandingan kena denda ni…tp rsnya xbpe nak challenge seo sbb kisah terlalu personal kot…heee

    • akubiomed January 15, 2012 at 9:44 am

      Sudah beberapa kali contest bro Titan saya tidak sertai tapi kali ini mencuba nasib.

  • kakyong January 12, 2012 at 4:30 pm

    lepas baca semua komen2 ni. baru teringat, masa form 1 ke form 2, kami satu kelas pernah kena denda.. maka beramai-ramai lah kami berlari keliling bangunan sekolah.. semua kelas nampak.. huhuu… :p

  • Fizah116 January 11, 2012 at 4:22 pm

    time skolah mngah dulu lah, kena denda satu kelas kena rotan dgn guru kelas sebab, hehehe..kitorang satu kelas aliran sains pakat2 semua tak nak datang sekolah esoknya (tak ingat sebab apa, tapi kitorang semua pegi blaja kat rumah ketua kelas) ahahaha…. menurut cerita rakan kelas sbelah, hari kitorang ponteng beramai2 tu, cikgu kelas kitorang siap sengih tengok pintu kelas “cantik dimangga rapi”…(dalam hati, siap ngkorang besok!)…. tapi spm alhamdulillah kitorang semua “flying colours”…

    • akubiomed January 11, 2012 at 9:48 pm

      Wah berani sepakat 1 kalah tidak mahu hadir kelas memang hebatlah. Nasib baiklah tidak ada yang gagal. :-)

  • titan January 11, 2012 at 4:21 pm

    hoho..wokeh. entri sudah diupdate. setakat ni, 11 orang dah aku update. Yang lain, aku gagal kesan lagi. Kepada yang berminat, leh join. Suka-suka aje. kalau menang, kira bonus la. haha..

    apapun, terima kasih kerana berminat sertai pertandingan ini.
    titan recently posted..Komisen terakhir dari AdgitizeMy Profile

    • akubiomed January 11, 2012 at 9:49 pm

      Saingan sengit antara perserta kerana sudi menerima penyertaan saya. :-)

  • faiz January 11, 2012 at 3:23 pm

    tak igtla pengalaman pernah kena denda ke tak..

  • yas January 11, 2012 at 11:31 am

    Akhirnya….intro dah keluar…hehehe
    Jom kita ajak blogger lain pun join jugak…menang kalah tak kira laa. Tp klau menang dh kire bonus tu….hehehe
    yas recently posted..Intro Pengalaman Kena Dende di Sekolah – Blog Titan|Earncent.comMy Profile

    • akubiomed January 11, 2012 at 9:51 pm

      Kalah atau menang tetap dapat tempias trafik. Berfikiran positif. :-)

  • @syzwnsrwk January 11, 2012 at 2:41 am

    pengalaman pertama kena denda di sekolah saya ialah dihempuk dengan buku kedatangan rekod setebal 2 inci di kepala oleh ibu saya (yakni guru kelas saya juga) sendiri sebab _____ (dirahsiakan)
    huhuu

    good luck ya bro dalam kontest ni :D
    @syzwnsrwk recently posted..Tutorial Tonton Video Youtube Tanpa Wifi/InternetMy Profile

    • akubiomed January 11, 2012 at 9:52 pm

      Bergegar otak dan berpinar apabila dihempuk dengan buku kedatangan. :-)

  • ohcikgu January 11, 2012 at 2:17 am

    ni dah pening dah. hari pertama sekolah..dah denda dah budak-budak sekolah nih. nakal kan mainnn..
    ohcikgu recently posted..Keputusan terkini Liga Super 2012 – Selangor seri dengan Negeri Sembilan.My Profile

    • akubiomed January 11, 2012 at 9:53 pm

      Mugkin anak-anak sekarang kerap diberi minum susu formula. Maklumlah ibubapa bekerja.

  • afendi January 10, 2012 at 11:01 pm

    aku pengalaman kena denda tu tak ingat sangat..byk giler..tapi paling best kena halau kelas sebab tak buat kerja rumah..cikgu tu memang attack aku dgn kawan2 aku..skali separuh kelas tak buat keja dia..habis kelas kosong sebab ramai sgt keluar..hahaha..jumpa cikgu disiplin bukan kena marah..dia gelak je..sebab mmg muka wanted kat skolah..hehe
    afendi recently posted..Jom tengok The Viral FactorMy Profile

    • akubiomed January 11, 2012 at 9:54 pm

      Kalau ramai sangat yang tidak buat kerja sekolah cikgu boleh buat apa. :-)

  • hafizmd January 10, 2012 at 4:42 pm

    Kirenye mmg bro AB ni mmg kacak mase sekolah2 dulu…sbb tak kena rotan mase tu…hehe

    p/s-apa citer pulak anak2 kita zaman sekarang,ade lagi ke rotan2 ni?

    • akubiomed January 11, 2012 at 10:10 pm

      Setahu saya tidak pula dengan kisah murid-murid dirotan. Mungkin rotan pun tidak kenal dah. :-)

  • hafidz January 10, 2012 at 3:31 pm

    memang best kalo dapat rakan seperjuangan nih :D

    • hafizmd January 10, 2012 at 4:43 pm

      member sekepala, mmg best!

  • Amry January 10, 2012 at 1:47 pm

    Ada rasa yang sama waktu berada darjah 6 dulu.rasa sayalah senior waktu tu..memang la senior..senior kocik..kah kah kah….
    tangga pertama tu bro..memang pakar SEO niii….hehe
    Amry recently posted..Semak Keputusan MUET | Online Dan SMSMy Profile

    • hafizmd January 10, 2012 at 4:45 pm

      lagi tambah pening bila bro yas ngn aku join nnti…hehheeh

      • hafizmd January 10, 2012 at 4:47 pm

        salah relpy pulak dah..patutnya reply kat bro yas bawah sinung =)

        p/s-bro AB makin mantap bab SEO

  • kimmie January 10, 2012 at 11:17 am

    saya kalau bab-bab buat bising ni mmg tak reti la…smpi sekarang pendiam, susah betul nak bercakap.

    • hafizmd January 10, 2012 at 4:44 pm

      bagus diam kimmie, kalau byk cakap, kang ade cakap tak tentu pasal pulak…hehehe
      hafizmd recently posted..Pelayaran kini bermulaMy Profile

    • akubiomed January 11, 2012 at 10:11 pm

      Ini mesti “diam-diam ubi tapi berisi”. :-)

  • yas January 10, 2012 at 10:16 am

    Terbaik la bro…kompom titan yang kacak tu pening nak pilih…aku dalam dilema lagi ni nak join atau tak…tapi mungkin join gak kut..insyaallah….hehehe
    yas recently posted..Kisah Pelajar Cemerlang vs Pelajar BerubahMy Profile

  • zulkbo January 10, 2012 at 12:57 am

    salam..
    masa sekolah menengah dulu
    agak nakal juga saya nih..
    kerap juga di denda guru
    disiplin..kebnyakan kes
    ber seluar ketat..he he
    zulkbo recently posted..Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim Bebas PertuduhanMy Profile

    • akubiomed January 10, 2012 at 1:17 am

      Zaman saya terkenal dengan seluar ketat potongan “boot cut dan seluar GQ gaya Zainal Abidin ketika popular dengan lagu “Hijau”. :-)

  • maza January 9, 2012 at 11:30 pm

    lah… masuk pertandingan rupanya..

    hehehe.. mudah2an menang! ahaks.. hehehehe

  • Nadri January 9, 2012 at 11:11 pm

    masa sekolah menengah pernah jugak kena denda dengan pukulan pembaris & rotan….kena tampar dgn ustaz pn ada jugak pasal buat bising dkt surau…semua tu mmg tak blh nak lupa…

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:35 am

      Tentu berdesing telinga dan berpinar selepas kena lempang dengan ustaz.

  • eiela January 9, 2012 at 10:21 pm

    nak joinlah,, tapi kenangan kena denda time sekolah menengah. sekolah rendah tak pernah kena denda, kat rumah je kena rotan dengan abah. hehe
    eiela recently posted..Ego Seorang ManusiaMy Profile

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:34 am

      Apa yang berlaku di sekolah menengah sehingga kena denda?

  • tuan tanah January 9, 2012 at 10:02 pm

    huh mmg sekolah rendah dan menengah banyak meningalkan byk memori pd semua hehehe..:)

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:33 am

      Saya ada ingatan samar-samar pengalaman yang berlaku di bangku sekolah dahulu.

  • ciksembang January 9, 2012 at 9:21 pm

    sy tak pernah kn denda kt sekolah.. ala2 budak skema..tp kawan2 AB mmg sangat kacak

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:31 am

      Kalau kena denda ini biasa ketika disekolah dahulu disebabkan kenakalan. :-)

  • klcitizen January 9, 2012 at 8:41 pm

    moga murah rezeki di kontes ini…

    saya pernah kena denda ditampal selotep di bibir masa sekolah dulu, mulut bising sangat :)

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:28 am

      Serius! sampai ditampal mulut kerana becok sangat? :-)

  • isza January 9, 2012 at 8:29 pm

    Budak laki mmg suka bela kawan walaupun deme kena denda. Kawan2 saya kat sk pun camtu..

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:25 am

      Ada yang sanggup kena denda bersama-sama. :-)

  • nurmisnan January 9, 2012 at 8:08 pm

    Denda sekolah yer… muka mcm aku ni mana tidak pernah kena denda.
    Lagi2 kalau bab buat bising dalam kelas.. aku ler champion. Rotan tu pun
    dan kenal aku.. har3

    Tapi paling tak blh lupa bab tdo dalam kelas.. Kalau dah table duduk paling belakang
    saper tak ngantuk der… har3… kapur kat papan hitam pun boleh habis
    kena baling dgn cikgu… hik3
    nurmisnan recently posted..Penawar penyakti lelah dan semputMy Profile

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:24 am

      Ia mengingatkan rakan sekolej dahulu duduk barisan hadapan sekali tetapi mempunyai teknik yang hebat iaitu tidur dengan mata terbuka. 1 hari beliau kantoi apabila pen terlepas daripada tangan ketika membuat teknik tidur dengan mata terbuka barulah kita orang tahu dia tidur ketika pensyarah bersyarah.

      Mengenai kapur dijadikan peluru untuk dibaling kepada pelajar yang bersembang dibelakang tak pun pemadam papan hitam memang berbelak muka terkena balingan tepat cikgu yang mengajar macam Sniper penembak tepat. :-)

  • kedaikasperskyonline January 9, 2012 at 7:52 pm

    first time baca entri di sini..teringat memori sekolah dulu..ada jugak kena denda dengan cikgu2..especially cikgu BI..semua tu pengalaman dan tanpa guru siapalah saya sekarang..saya pun bakal jadi guru bebrapa hari lagi..

    salam kenal dari KKO..;)

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:19 am

      Terima kasih mengunjung di sini. Saya ingin mengucapkan tanniahlah kerana akan menjadi bakal cikgu tidak lama lagi. :-)

  • adele January 9, 2012 at 6:51 pm

    ceh..kontes lg..rajin betul mamat ni buat kontes :D

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:18 am

      Temph hari hendak sertai contest anjuran Titan tetapi agak kekeringan ide tapi kali ini tidak mahu melepaskan peluang. :-)

  • ahmadyani January 9, 2012 at 6:43 pm

    Nostalgia yang mengasyikkan untuk dikenang. Kadang-kadang terasa ingin kembali ke zaman itu.

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:17 am

      Kalau bloeh “back to future” saya hendak main sepuas-puasnya. :-)

  • shraqs January 9, 2012 at 6:34 pm

    Kadang2 kalau kena denda kat sekolah ni seronok jugak,… glamour katakan :)
    shraqs recently posted..Kekerapan Blog Yang Ideal?My Profile

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:11 am

      Memang sah glamour tapi jatuh saham kalau awek kelas sebelah lalu kita tengah berdiri diatas kerusi. :-)

  • tehr January 9, 2012 at 6:07 pm

    jangan la ada yang kata ‘bising itu kacak’
    tak kena macam tu :D
    tehr recently posted..Yang Mana SatuMy Profile

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:08 am

      Biasalah budak-budak ketika sekolah pantang cikgu tidak masuk kelas mesti membuat bising. :-)

  • paihujey January 9, 2012 at 5:02 pm

    memang kacak la diorang yang berani mempertahankan kawan yang tak bersalah..hehe..terharu je kalau ada kawan macam ni..
    paihujey recently posted..Tingginya Ego Seorang LelakiMy Profile

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:03 am

      Ntahlah saya pun tidak pasti kenapa mereka buat begitu. :-)

  • cikmin January 9, 2012 at 4:44 pm

    sonok baca entri ni…hihi..teringat..tahun 1981-1986..kenangan sekolah rendah…tak pernah ponteng selama 6 tahun disekolah rendah..bisul kat montot pun bwk kain lapik tempat duduk..saya budak baik yang agak cengeng..jadi tak pernah kena denda dengan cikgu…ekekek..

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:01 am

      Kalau macam itu Cikmin perlu dapat sijil kerana kehadiran 100%. Penyakit bisul amat popular ketika sekolah dahulu. :-)

  • puanbee January 9, 2012 at 4:38 pm

    hehe apa ni akubiomed terlepas , sy tk pernah terlepas , kena denda jalan itik lah berdiri atas kerusi lah , tulis perkataan 1000 kali lah .. wahaha jahat sy ni kecik2 dulu ..

    • akubiomed January 10, 2012 at 12:00 am

      Pernah kena denda jalan itik beramai-ramai di koridor sekolah dahulu. :-)

  • Denaihati January 9, 2012 at 4:30 pm

    sekolah rendah, banyak sangat pengalaman yg xboleh nak lupa, bisanya yg pahit. yg manis ingat2 lupa.

  • suri January 9, 2012 at 3:31 pm

    haaa.kacaklah tu buat bising tak ngku citt!

    • akubiomed January 9, 2012 at 11:58 pm

      Memang hari tersebut tidak buat bising tapi hari lain ada lah hero. :-)

  • zool January 9, 2012 at 12:41 pm

    Wah.. Ni baru rakan sejati.. Memang hebat tu..

    • suri January 9, 2012 at 3:32 pm

      dlu mugikm ada rakan sbgtu skrg susuh ar nak jumpa.silap bula dia yg tuduh kiat balik adalah geeee

      • akubiomed January 9, 2012 at 11:57 pm

        Zaman sekarang mana boleh kena seorang tentu cuba kaitkan dengan kawan-kawan yang lain.

  • Azman January 9, 2012 at 12:37 pm

    Aku pernah kena public canning kes hisap rokok..berbirat belakang,sekarang mana ada publing canning dah kan :)

    • akubiomed January 9, 2012 at 11:56 pm

      “Public canning” boleh buat malu kerana ia dilakukan di perhimpunan sekolah.

  • adamfaiz January 9, 2012 at 11:55 am

    Budak baik..
    adamfaiz recently posted..Jangan Bikin Panas!!My Profile

    • akubiomed January 9, 2012 at 11:54 pm

      Biasanya bising tapi hari tuh tidak ada “mood” untuk buang riuh didalam kelas. :-)

  • nuriz January 9, 2012 at 11:11 am

    biasa la kena hukum dengan cikgu di sekolah hehe saya dulu penah jugak kena berdiri atas kerusi, kena rotan tangan tu pun sebab tak bawa atau beli kertas lukisan hehe
    nuriz recently posted..Anwar Didapati Tidak BersalahMy Profile

    • akubiomed January 9, 2012 at 11:52 pm

      Lepas kena rotan mesti tangan ada garisan pada tapak tangan. Sakitnya tidak ingat.

  • wahida January 9, 2012 at 10:31 am

    aku dulu baik….tak reti nak ponteng2 dan buat bising…hehe….

    • akubiomed January 9, 2012 at 11:50 pm

      Betulker ntah-ntah yang paling riuh sekali didalam kelas. :-)

  • anif January 9, 2012 at 10:13 am

    Nak kata dulu degil sangat tu tak lah..

    Tapi pernah la kena denda lari keliling sekolah…
    anif recently posted..Korea Open 2012 – Tahniah Buat Datuk Lee Chong WeiMy Profile

    • akubiomed January 9, 2012 at 11:49 pm

      Kalau kena lari sekeliling padang ketika sekolah tidak ada masalah sebab masa itu memang “fit” gila. Betultak bro? :-)

      • anif January 12, 2012 at 12:05 pm

        Tapi lebih rela lari daripada kena rotan atau berdiri atas kerusi! :D hehe…

        Betul masa masih fit lagi.. apa ada hal setakat kena lari keliling sekolah!
        anif recently posted..Bertukar Kepada MPV?My Profile

  • sweet January 9, 2012 at 5:20 am

    dulu masa sekolah sy student nakal.. ponteng subjek bahasa melayu & matematik belakang tangki JBA sekolah.. sbb tak suka belajar dgn cikgu BM garang & suka marah2 , mate pulak sbb tak minat.. mujur SPM kredit mate :P

    • akubiomed January 9, 2012 at 11:47 pm

      He..hee..boleh tahan juga Sweet ini brutal yer. :-)

  • bardboo January 9, 2012 at 2:06 am

    hehe..memang panjang betul mukadimah entri ini ye..saya tengah korek2 balik kotak memori ni untuk cari pengalaman kena denda..

  • levelsatu January 9, 2012 at 2:03 am

    baiknya kawan-kawan dia. hehe..
    kalau tak, nyaris kena rotan tu..
    levelsatu recently posted..Tahniah Ezani! Juara Masterchef Malaysia musim pertama.My Profile

    • akubiomed January 9, 2012 at 11:45 pm

      Memang kawan saya berani mempertahankan saya kalau tidak sia-sia kena rotan sebab tidak membuat bising didalam kelas. :-)

  • Amirez January 9, 2012 at 2:01 am

    terkenang zaman kena denda kat sekolah dulu. nak jugalah buat entri macam ni…sekadar mengimbas kenangan pahit yang manis :)

    • akubiomed January 9, 2012 at 11:42 pm

      Zaman sekolah paling seronok kerana tidak tekanan melainkan ada peperiksaan besar atau peperiksaan hujung tahun. :-)

  • tarmizishukri January 9, 2012 at 1:17 am

    memang selalu jugak kena hukum masa sekolah dulu, tapi rendah je, menengah dah jadi baik. ingat nak buat entri pasal ni jugaklah, biar adik-adik kita tau hukuman cikgu ni ada kebaikkannya :)
    tarmizishukri recently posted..Tips Design Header BlogMy Profile

    • akubiomed January 9, 2012 at 11:40 pm

      Hukuman yang diberikan adalah untuk pengajaran supaya menjadi lebih baik tetapi ada yang tidak makan saman tetap melanggar undang-undang sekolah. :-)

  • kulanz January 9, 2012 at 1:07 am

    dulu-dulu kalau buat bising di sekolah, memang dapat denda standard.. berdiri atas kerusi, hahaha..
    p/s: penilaian darjah 5 tu yang best.. penilaian berpusat jadi dapat duduk sekali dengan student sekolah lain.. :D
    kulanz recently posted..2011 dalam KenanganMy Profile

    • akubiomed January 9, 2012 at 11:38 pm

      hukuman berdiri atas kerusi adalah hukuman paling popular ketika sekolah. Paling memalukan apabila diejek oleh pelajarau kelas bersebelahan yang melalui tepi kelas. :-)

Trackbacks