• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Pengalaman kena denda di sekolah

Pengalaman kena denda di sekolah

9th January 2012 by akubiomed 113 Comments

Pengalaman kena denda di sekolah dengan guru displin.

Setiap orang mempunyai pengalaman pahit manis ketika sekolah. Termasuk saya turut melalui saat pengalaman yang mendebarkan hampir kena denda di sekolah dengan rotan. Sejak dibangku tadika saya memang agak nakal maklumlah saya boleh dikatakan menjadi anak tunggal lelaki hampir 10 tahun sebelum adik perempuan saya dilahirkan.

Banyak memori dari tadika, sekolah rendah dan menengah agar samar-samar didalam ingatan mungkin tidak ada perkara yang cerita menarik yang ingin dirakamkan oleh kotak minda. Bukan salah saya kalau memori ini telah dipadamkan tanpa pengetahuan saya. Janganlah dituduh tidak kacak kerana cuba berpura-pura menjadi budak baik pada hal pernah ada pengalaman hampir kena denda di sekolah. Cerita yang bakal dikongsikan terpaksa di tokok tambah dengan sedikit perisa barulah ada kelainan. Ibarat nasi lemak biarlah beribu sekali pun orang menjualnya. Nasi lemak tidak akan sama rasa antara satu penjual dengan penjual lain kerana masing-masing mempunyai keunikan sendiri walaupun ia hanyalah nasi lemak. Berfalsafah mengunakan keyword nasi lemak harap tidak kelaut atau perlu digali lagi.

Deretan baju sekolah yang sudah siap digosok

Baiklah sebelum ada pembaca meninggalkan blog ini kerana falsafah yang tidak kemana baik saya bercerita mengenai pengalaman hampir kena denda di sekolah dengan rotan guru disiplin. Tidak salah salah saya peristiwa ini berlaku ketika darjah 6 maklumlah tahun sebelumnya telah menduduki peperiksaan Penilaian darjah 5 jadi apabilan naik darjah yang paling tertinggi darjatnya disekolah rendah tidak dapat bayangkan nikmatnya. Ia ibarat darjah bulan madu dan kalau berjalan dikelas bawahan dengan langkah bangga dengan dagu mendongak langit terasa kecil sahaja budak-budak darjah 1. Merasakan mereka ini perlu hormat abang yang baru sahaja naik darjah 6. Wah gaya angkuh gitu padahal baru darjah 6.

Kasut sekolah sudah siap dikapur

Harap ada yang masih mengikuti lagi cerita saya mengenai pengalaman hampir denda disekolah dengan rotan. Sudah-sudah lah cerita yang hampir ke laut. Ia bermula dengan rakan-rakan sekelas membuat bising maklumlah cikgu tidak ada apa lagi merdekalah. Ketua darjah dan penolong darjah tidak boleh kata apa-apa kerana rakan-rakan lelaki makin riuh buang bising apabila ditegur suruh diam. Tiba-tiba guru disiplin entah dari mana datang menghayun rotan pada meja membuatkan sekelas tersentak mana tidaknya tapak kasut cikgu tidak pun dengar. Tiba-tiba kelas yang riuh tadi rendah senyap seolah-olah malaikat lalu kata budak zaman sekolah.

Pengalaman kena denda di sekolah digagalkan oleh rakan sendiri.

Guru disiplin telah menyuruh yang membuat bising berdiri. Saya pula tidak berdiri pada hal yang buat bising semuanya duduk berdekatan saya. Saya masih duduk menikus mendiam diri duduk diatas kerusi.

“Kamu dengar tak saya cakap apa? Siapa yang buat bising didalam kelas bangun!!! guru disiplin dengan nada yang tinggi.
“Tapi saya tidak buang bising tadi cikgu” balas saya dengan nada perlahan.
Saat guru disiplin menghampiri untuk merotan saya, bingkas rakan-rakan yang saya buat bising tadi mempertahankan saya.
“Betul cikgu. Dia tidak buang bising tadi” rakan saya mempertahankan saya.

Buat pertama kalinya saya terlepas pengalaman kena denda di sokolah kerana tidak berbuat bising. Selalunya kalau 2-3 orang yang buat bising 1 kelas kena berdiri di atas kerusi sehingga loceng tamat pembelajaran berbunyi.

Ia adalah pengalaman yang berlaku sekali sepanjang saya bersekolah terlepas pengalaman kena denda di sekolah oleh guru disiplin.

p/s: Kepada rakan-rakan yang mempertahankan saya, korang memang kacaklah. 🙂

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Abrablog.com dan PanduanTNX.com
“Terima kasih kepada penganjur EarnCent dan saya telah terpilih pemenang hadiah wang tunai RM15 untuk komen terbanyak contest “Pengalaman kena denda di sekolah”.“.

Sila tekan butang kongsi:

  • Hari pertama tadika Aslah
  • Posting pun kena ganyang
  • Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Sya Isya says

    2nd February 2012 at 1:01 am

    bagus betul kawan2 tu ek. semangat setiakawan namanya tu

    Reply
  2. auc dot com says

    27th January 2012 at 11:04 am

    wah semakin meriah la 🙂

    Reply
  3. Zezebel says

    26th January 2012 at 11:38 pm

    Biasalah tu.., ada masanya nasib kita bagus…. 😉
    Tapi kena ejek pun buat juga lagi kan? 😀

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2012 at 12:21 am

      Manalah serik kalau kena denda ketika zaman nakal. 🙂

      Reply
  4. Zida says

    16th January 2012 at 2:01 am

    kalau setakat nakal sebab bising takdela nakal sangat sebenarnya. tapi kalau sampai guru disiplin datang tu, err err dahsyat la jugak kot. heee~

    Reply
    • akubiomed says

      26th January 2012 at 10:58 am

      Guru disiplinkan suka buat rondaan. 🙂

      Reply
  5. Mekar says

    15th January 2012 at 1:06 pm

    Sya pun budak baik. Jarang kena denda itu sebab tak ingat hehe

    Reply
    • akubiomed says

      26th January 2012 at 10:58 am

      Budak baik boleh percaya ker 🙂

      Reply
  6. cik tom says

    14th January 2012 at 5:08 pm

    wah dah join..ciktom tengah mengarang entry lagi utk pertandingan kena denda ni…tp rsnya xbpe nak challenge seo sbb kisah terlalu personal kot…heee

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2012 at 9:44 am

      Sudah beberapa kali contest bro Titan saya tidak sertai tapi kali ini mencuba nasib.

      Reply
  7. kakyong says

    12th January 2012 at 4:30 pm

    lepas baca semua komen2 ni. baru teringat, masa form 1 ke form 2, kami satu kelas pernah kena denda.. maka beramai-ramai lah kami berlari keliling bangunan sekolah.. semua kelas nampak.. huhuu… :p

    Reply
  8. Fizah116 says

    11th January 2012 at 4:22 pm

    time skolah mngah dulu lah, kena denda satu kelas kena rotan dgn guru kelas sebab, hehehe..kitorang satu kelas aliran sains pakat2 semua tak nak datang sekolah esoknya (tak ingat sebab apa, tapi kitorang semua pegi blaja kat rumah ketua kelas) ahahaha…. menurut cerita rakan kelas sbelah, hari kitorang ponteng beramai2 tu, cikgu kelas kitorang siap sengih tengok pintu kelas “cantik dimangga rapi”…(dalam hati, siap ngkorang besok!)…. tapi spm alhamdulillah kitorang semua “flying colours”…

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:48 pm

      Wah berani sepakat 1 kalah tidak mahu hadir kelas memang hebatlah. Nasib baiklah tidak ada yang gagal. 🙂

      Reply
  9. titan says

    11th January 2012 at 4:21 pm

    hoho..wokeh. entri sudah diupdate. setakat ni, 11 orang dah aku update. Yang lain, aku gagal kesan lagi. Kepada yang berminat, leh join. Suka-suka aje. kalau menang, kira bonus la. haha..

    apapun, terima kasih kerana berminat sertai pertandingan ini.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:49 pm

      Saingan sengit antara perserta kerana sudi menerima penyertaan saya. 🙂

      Reply
  10. faiz says

    11th January 2012 at 3:23 pm

    tak igtla pengalaman pernah kena denda ke tak..

    Reply
  11. yas says

    11th January 2012 at 11:31 am

    Akhirnya….intro dah keluar…hehehe
    Jom kita ajak blogger lain pun join jugak…menang kalah tak kira laa. Tp klau menang dh kire bonus tu….hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:51 pm

      Kalah atau menang tetap dapat tempias trafik. Berfikiran positif. 🙂

      Reply
      • yas says

        13th January 2012 at 5:29 pm

        Yup bro…bab2 tu setuju sangat…aku tgh cuba nak tingkatkan seo dlm keyword nih…tp dgn cara aku yg koboi je laa….he3x!!!

        Reply
  12. @syzwnsrwk says

    11th January 2012 at 2:41 am

    pengalaman pertama kena denda di sekolah saya ialah dihempuk dengan buku kedatangan rekod setebal 2 inci di kepala oleh ibu saya (yakni guru kelas saya juga) sendiri sebab _____ (dirahsiakan)
    huhuu

    good luck ya bro dalam kontest ni 😀

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:52 pm

      Bergegar otak dan berpinar apabila dihempuk dengan buku kedatangan. 🙂

      Reply
  13. ohcikgu says

    11th January 2012 at 2:17 am

    ni dah pening dah. hari pertama sekolah..dah denda dah budak-budak sekolah nih. nakal kan mainnn..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:53 pm

      Mugkin anak-anak sekarang kerap diberi minum susu formula. Maklumlah ibubapa bekerja.

      Reply
  14. afendi says

    10th January 2012 at 11:01 pm

    aku pengalaman kena denda tu tak ingat sangat..byk giler..tapi paling best kena halau kelas sebab tak buat kerja rumah..cikgu tu memang attack aku dgn kawan2 aku..skali separuh kelas tak buat keja dia..habis kelas kosong sebab ramai sgt keluar..hahaha..jumpa cikgu disiplin bukan kena marah..dia gelak je..sebab mmg muka wanted kat skolah..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:54 pm

      Kalau ramai sangat yang tidak buat kerja sekolah cikgu boleh buat apa. 🙂

      Reply
  15. hafizmd says

    10th January 2012 at 4:42 pm

    Kirenye mmg bro AB ni mmg kacak mase sekolah2 dulu…sbb tak kena rotan mase tu…hehe

    p/s-apa citer pulak anak2 kita zaman sekarang,ade lagi ke rotan2 ni?

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 10:10 pm

      Setahu saya tidak pula dengan kisah murid-murid dirotan. Mungkin rotan pun tidak kenal dah. 🙂

      Reply
  16. hafidz says

    10th January 2012 at 3:31 pm

    memang best kalo dapat rakan seperjuangan nih 😀

    Reply
    • hafizmd says

      10th January 2012 at 4:43 pm

      member sekepala, mmg best!

      Reply
  17. Amry says

    10th January 2012 at 1:47 pm

    Ada rasa yang sama waktu berada darjah 6 dulu.rasa sayalah senior waktu tu..memang la senior..senior kocik..kah kah kah….
    tangga pertama tu bro..memang pakar SEO niii….hehe

    Reply
    • hafizmd says

      10th January 2012 at 4:45 pm

      lagi tambah pening bila bro yas ngn aku join nnti…hehheeh

      Reply
      • hafizmd says

        10th January 2012 at 4:47 pm

        salah relpy pulak dah..patutnya reply kat bro yas bawah sinung =)

        p/s-bro AB makin mantap bab SEO

        Reply
        • Amry says

          10th January 2012 at 11:11 pm

          BETUL…PENINGKATAN YANG MENDADAK.KALAU DULU PR 0..KEJAP JER DAH 3..

          Reply
  18. kimmie says

    10th January 2012 at 11:17 am

    saya kalau bab-bab buat bising ni mmg tak reti la…smpi sekarang pendiam, susah betul nak bercakap.

    Reply
    • hafizmd says

      10th January 2012 at 4:44 pm

      bagus diam kimmie, kalau byk cakap, kang ade cakap tak tentu pasal pulak…hehehe

      Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 10:11 pm

      Ini mesti “diam-diam ubi tapi berisi”. 🙂

      Reply
  19. yas says

    10th January 2012 at 10:16 am

    Terbaik la bro…kompom titan yang kacak tu pening nak pilih…aku dalam dilema lagi ni nak join atau tak…tapi mungkin join gak kut..insyaallah….hehehe

    Reply
  20. zulkbo says

    10th January 2012 at 12:57 am

    salam..
    masa sekolah menengah dulu
    agak nakal juga saya nih..
    kerap juga di denda guru
    disiplin..kebnyakan kes
    ber seluar ketat..he he

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 1:17 am

      Zaman saya terkenal dengan seluar ketat potongan “boot cut dan seluar GQ gaya Zainal Abidin ketika popular dengan lagu “Hijau”. 🙂

      Reply
  21. maza says

    9th January 2012 at 11:30 pm

    lah… masuk pertandingan rupanya..

    hehehe.. mudah2an menang! ahaks.. hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:38 am

      Terima kasih bro Maza. 🙂

      Reply
  22. Nadri says

    9th January 2012 at 11:11 pm

    masa sekolah menengah pernah jugak kena denda dengan pukulan pembaris & rotan….kena tampar dgn ustaz pn ada jugak pasal buat bising dkt surau…semua tu mmg tak blh nak lupa…

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:35 am

      Tentu berdesing telinga dan berpinar selepas kena lempang dengan ustaz.

      Reply
  23. eiela says

    9th January 2012 at 10:21 pm

    nak joinlah,, tapi kenangan kena denda time sekolah menengah. sekolah rendah tak pernah kena denda, kat rumah je kena rotan dengan abah. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:34 am

      Apa yang berlaku di sekolah menengah sehingga kena denda?

      Reply
  24. tuan tanah says

    9th January 2012 at 10:02 pm

    huh mmg sekolah rendah dan menengah banyak meningalkan byk memori pd semua hehehe..:)

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:33 am

      Saya ada ingatan samar-samar pengalaman yang berlaku di bangku sekolah dahulu.

      Reply
  25. ciksembang says

    9th January 2012 at 9:21 pm

    sy tak pernah kn denda kt sekolah.. ala2 budak skema..tp kawan2 AB mmg sangat kacak

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:31 am

      Kalau kena denda ini biasa ketika disekolah dahulu disebabkan kenakalan. 🙂

      Reply
  26. klcitizen says

    9th January 2012 at 8:41 pm

    moga murah rezeki di kontes ini…

    saya pernah kena denda ditampal selotep di bibir masa sekolah dulu, mulut bising sangat 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:28 am

      Serius! sampai ditampal mulut kerana becok sangat? 🙂

      Reply
  27. isza says

    9th January 2012 at 8:29 pm

    Budak laki mmg suka bela kawan walaupun deme kena denda. Kawan2 saya kat sk pun camtu..

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:25 am

      Ada yang sanggup kena denda bersama-sama. 🙂

      Reply
  28. nurmisnan says

    9th January 2012 at 8:08 pm

    Denda sekolah yer… muka mcm aku ni mana tidak pernah kena denda.
    Lagi2 kalau bab buat bising dalam kelas.. aku ler champion. Rotan tu pun
    dan kenal aku.. har3

    Tapi paling tak blh lupa bab tdo dalam kelas.. Kalau dah table duduk paling belakang
    saper tak ngantuk der… har3… kapur kat papan hitam pun boleh habis
    kena baling dgn cikgu… hik3

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:24 am

      Ia mengingatkan rakan sekolej dahulu duduk barisan hadapan sekali tetapi mempunyai teknik yang hebat iaitu tidur dengan mata terbuka. 1 hari beliau kantoi apabila pen terlepas daripada tangan ketika membuat teknik tidur dengan mata terbuka barulah kita orang tahu dia tidur ketika pensyarah bersyarah.

      Mengenai kapur dijadikan peluru untuk dibaling kepada pelajar yang bersembang dibelakang tak pun pemadam papan hitam memang berbelak muka terkena balingan tepat cikgu yang mengajar macam Sniper penembak tepat. 🙂

      Reply
  29. kedaikasperskyonline says

    9th January 2012 at 7:52 pm

    first time baca entri di sini..teringat memori sekolah dulu..ada jugak kena denda dengan cikgu2..especially cikgu BI..semua tu pengalaman dan tanpa guru siapalah saya sekarang..saya pun bakal jadi guru bebrapa hari lagi..

    salam kenal dari KKO..;)

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:19 am

      Terima kasih mengunjung di sini. Saya ingin mengucapkan tanniahlah kerana akan menjadi bakal cikgu tidak lama lagi. 🙂

      Reply
  30. adele says

    9th January 2012 at 6:51 pm

    ceh..kontes lg..rajin betul mamat ni buat kontes 😀

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:18 am

      Temph hari hendak sertai contest anjuran Titan tetapi agak kekeringan ide tapi kali ini tidak mahu melepaskan peluang. 🙂

      Reply
  31. ahmadyani says

    9th January 2012 at 6:43 pm

    Nostalgia yang mengasyikkan untuk dikenang. Kadang-kadang terasa ingin kembali ke zaman itu.

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:17 am

      Kalau bloeh “back to future” saya hendak main sepuas-puasnya. 🙂

      Reply
  32. shraqs says

    9th January 2012 at 6:34 pm

    Kadang2 kalau kena denda kat sekolah ni seronok jugak,… glamour katakan 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:11 am

      Memang sah glamour tapi jatuh saham kalau awek kelas sebelah lalu kita tengah berdiri diatas kerusi. 🙂

      Reply
  33. tehr says

    9th January 2012 at 6:07 pm

    jangan la ada yang kata ‘bising itu kacak’
    tak kena macam tu 😀

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:08 am

      Biasalah budak-budak ketika sekolah pantang cikgu tidak masuk kelas mesti membuat bising. 🙂

      Reply
  34. paihujey says

    9th January 2012 at 5:02 pm

    memang kacak la diorang yang berani mempertahankan kawan yang tak bersalah..hehe..terharu je kalau ada kawan macam ni..

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:03 am

      Ntahlah saya pun tidak pasti kenapa mereka buat begitu. 🙂

      Reply
  35. cikmin says

    9th January 2012 at 4:44 pm

    sonok baca entri ni…hihi..teringat..tahun 1981-1986..kenangan sekolah rendah…tak pernah ponteng selama 6 tahun disekolah rendah..bisul kat montot pun bwk kain lapik tempat duduk..saya budak baik yang agak cengeng..jadi tak pernah kena denda dengan cikgu…ekekek..

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:01 am

      Kalau macam itu Cikmin perlu dapat sijil kerana kehadiran 100%. Penyakit bisul amat popular ketika sekolah dahulu. 🙂

      Reply
  36. puanbee says

    9th January 2012 at 4:38 pm

    hehe apa ni akubiomed terlepas , sy tk pernah terlepas , kena denda jalan itik lah berdiri atas kerusi lah , tulis perkataan 1000 kali lah .. wahaha jahat sy ni kecik2 dulu ..

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2012 at 12:00 am

      Pernah kena denda jalan itik beramai-ramai di koridor sekolah dahulu. 🙂

      Reply
  37. Denaihati says

    9th January 2012 at 4:30 pm

    sekolah rendah, banyak sangat pengalaman yg xboleh nak lupa, bisanya yg pahit. yg manis ingat2 lupa.

    Reply
  38. suri says

    9th January 2012 at 3:31 pm

    haaa.kacaklah tu buat bising tak ngku citt!

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 11:58 pm

      Memang hari tersebut tidak buat bising tapi hari lain ada lah hero. 🙂

      Reply
  39. zool says

    9th January 2012 at 12:41 pm

    Wah.. Ni baru rakan sejati.. Memang hebat tu..

    Reply
    • suri says

      9th January 2012 at 3:32 pm

      dlu mugikm ada rakan sbgtu skrg susuh ar nak jumpa.silap bula dia yg tuduh kiat balik adalah geeee

      Reply
      • akubiomed says

        9th January 2012 at 11:57 pm

        Zaman sekarang mana boleh kena seorang tentu cuba kaitkan dengan kawan-kawan yang lain.

        Reply
  40. Azman says

    9th January 2012 at 12:37 pm

    Aku pernah kena public canning kes hisap rokok..berbirat belakang,sekarang mana ada publing canning dah kan 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 11:56 pm

      “Public canning” boleh buat malu kerana ia dilakukan di perhimpunan sekolah.

      Reply
  41. adamfaiz says

    9th January 2012 at 11:55 am

    Budak baik..

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 11:54 pm

      Biasanya bising tapi hari tuh tidak ada “mood” untuk buang riuh didalam kelas. 🙂

      Reply
  42. nuriz says

    9th January 2012 at 11:11 am

    biasa la kena hukum dengan cikgu di sekolah hehe saya dulu penah jugak kena berdiri atas kerusi, kena rotan tangan tu pun sebab tak bawa atau beli kertas lukisan hehe

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 11:52 pm

      Lepas kena rotan mesti tangan ada garisan pada tapak tangan. Sakitnya tidak ingat.

      Reply
  43. wahida says

    9th January 2012 at 10:31 am

    aku dulu baik….tak reti nak ponteng2 dan buat bising…hehe….

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 11:50 pm

      Betulker ntah-ntah yang paling riuh sekali didalam kelas. 🙂

      Reply
  44. anif says

    9th January 2012 at 10:13 am

    Nak kata dulu degil sangat tu tak lah..

    Tapi pernah la kena denda lari keliling sekolah…

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 11:49 pm

      Kalau kena lari sekeliling padang ketika sekolah tidak ada masalah sebab masa itu memang “fit” gila. Betultak bro? 🙂

      Reply
      • anif says

        12th January 2012 at 12:05 pm

        Tapi lebih rela lari daripada kena rotan atau berdiri atas kerusi! 😀 hehe…

        Betul masa masih fit lagi.. apa ada hal setakat kena lari keliling sekolah!

        Reply
  45. sweet says

    9th January 2012 at 5:20 am

    dulu masa sekolah sy student nakal.. ponteng subjek bahasa melayu & matematik belakang tangki JBA sekolah.. sbb tak suka belajar dgn cikgu BM garang & suka marah2 , mate pulak sbb tak minat.. mujur SPM kredit mate 😛

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 11:47 pm

      He..hee..boleh tahan juga Sweet ini brutal yer. 🙂

      Reply
  46. bardboo says

    9th January 2012 at 2:06 am

    hehe..memang panjang betul mukadimah entri ini ye..saya tengah korek2 balik kotak memori ni untuk cari pengalaman kena denda..

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 11:46 pm

      Ingatan mengenai pengalaman kena denda di sekolah agak samar-samar. 🙂

      Reply
  47. levelsatu says

    9th January 2012 at 2:03 am

    baiknya kawan-kawan dia. hehe..
    kalau tak, nyaris kena rotan tu..

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 11:45 pm

      Memang kawan saya berani mempertahankan saya kalau tidak sia-sia kena rotan sebab tidak membuat bising didalam kelas. 🙂

      Reply
  48. Amirez says

    9th January 2012 at 2:01 am

    terkenang zaman kena denda kat sekolah dulu. nak jugalah buat entri macam ni…sekadar mengimbas kenangan pahit yang manis 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 11:42 pm

      Zaman sekolah paling seronok kerana tidak tekanan melainkan ada peperiksaan besar atau peperiksaan hujung tahun. 🙂

      Reply
  49. tarmizishukri says

    9th January 2012 at 1:17 am

    memang selalu jugak kena hukum masa sekolah dulu, tapi rendah je, menengah dah jadi baik. ingat nak buat entri pasal ni jugaklah, biar adik-adik kita tau hukuman cikgu ni ada kebaikkannya 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 11:40 pm

      Hukuman yang diberikan adalah untuk pengajaran supaya menjadi lebih baik tetapi ada yang tidak makan saman tetap melanggar undang-undang sekolah. 🙂

      Reply
  50. kulanz says

    9th January 2012 at 1:07 am

    dulu-dulu kalau buat bising di sekolah, memang dapat denda standard.. berdiri atas kerusi, hahaha..
    p/s: penilaian darjah 5 tu yang best.. penilaian berpusat jadi dapat duduk sekali dengan student sekolah lain.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2012 at 11:38 pm

      hukuman berdiri atas kerusi adalah hukuman paling popular ketika sekolah. Paling memalukan apabila diejek oleh pelajarau kelas bersebelahan yang melalui tepi kelas. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in