• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Abang Koning bakal duduki ujian saringan tahun 1

Abang Koning bakal duduki ujian saringan tahun 1

18th November 2011 by akubiomed 30 Comments

Esok Abang Koning bakal duduki ujian saringan tahun 1.

Sudah seminggu Abang Koning berlatih menulis namanya sendiri dan membuat latih tubi sebagai persiapan menduduki ujian saringan tahun 1 hari Sabtu esok. Pengalaman abang-abangnya terdahulu banyak membantu membuat persiapan Abang Koning kali ini.

Ujian saringan tahun 1 untuk mengetahui tahap pelajar dan kedudukan kelas.

Seperti biasa kalau sudah hendak dekat cuti sekolah Semester 3 semua pensil dan pensil warna abang Koning sudah tidak kelihatan selepas Hari Graduasi. Aku mula sudah mula membebel supaya abang Koning membuat persediaan dengan meletakkan pensel, pemadam dan pensil warna didalam bag kerana esok ujian saringan tahun 1 akan bermula jam 8pagi.

Pinjam pensil warna abang Long untuk ujian saringan tahun 1

Abang Koning tidak menunjukkan reaksi muka bimbang untuk menduduki ujian saringan tahun 1 bagi menentukan kelas tahun 1 sesi 2012. Aku berharap abang Koning dapat menjawab soalan ujian saringan tahun 1 dengan tenang. Kalau tahun lepas abang Ngah bantai melalak ketika menjawab kertas soalan 1 memberikan aku sedikit kerisauan kepada abang Koning yang kurang serius sedikit.

p/s: doakan abang Koning dengan tenang menjawab kertas soalan ujian saringan tahun 1 nanti.

Sila tekan butang kongsi:

  • Abang Ngah bakal duduki ujian saringan tahun 1
  • Hari Graduasi abang Koning
  • Selamat Hari Lahir Abang Koning

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. zulkbo says

    5th January 2012 at 1:08 am

    salam..
    alhamdulillah anak saya juga ke darjah satu
    dan beliau setakat ini antara yang terbaik
    di sekolahnya..alhamdulillah (mak cikgu)
    he he..

    Reply
  2. chii says

    21st November 2011 at 10:53 am

    aduhai..sampai terlena dibuatnya…

    Reply
  3. Miss Yati says

    20th November 2011 at 4:52 pm

    Abang Koning dah nak masuk darjah 1… selamat menempuhi alam persekolahan nanti 😉

    Reply
  4. Kak Long Mawar Merah says

    20th November 2011 at 1:23 pm

    Semoga abang koning menjawab ujian saringan dengan jayanya. Go, abang koning, go!

    Reply
  5. syahrilhafiz says

    20th November 2011 at 4:16 am

    wah dah graduate masuk ujian saringan pulak..semoga berjaya abang koning:)

    Reply
  6. syahrilhafiz says

    20th November 2011 at 4:14 am

    wah dah graduate masuk ujian saringan pulak..semoga berjaya abang koning:)

    Reply
  7. Juan says

    20th November 2011 at 4:02 am

    selamat maju jaya abg koning

    Reply
  8. Pacifista says

    19th November 2011 at 6:57 pm

    sekolah mana ni bro siap ada buat ujian saringan?

    Reply
    • akubiomed says

      20th November 2011 at 8:53 am

      Sudah banyak kali ujian saringan ini dilakukan. Sebagai ibubapa ikutkan sahaja arahan sekolah walaupun merasakan saringan ini boleh dilakukan pada minggu pertama sesi sekolah 2012.

      Reply
  9. tehr says

    19th November 2011 at 5:31 pm

    awal pulak rasa ujian saringan ni
    moga2 abang koning dapat menjawab dengan selesa dan baik

    Reply
    • akubiomed says

      20th November 2011 at 8:54 am

      Kenapa bro? Saya ingat satu amalan biasa semua sekolah di Malaysia.

      Reply
  10. b3njy says

    19th November 2011 at 4:43 pm

    Kalau buat latihan menulis ke, membaca ke atau mengira ke itu dah biasa tu … tetapi kalau buat latihan tubi tu wah ! tu macam nak masuk gelangang tu … hehehe (Myuatai)

    Reply
  11. zack says

    19th November 2011 at 2:52 pm

    pensel case ben sepuluh…terbaik 🙂

    Reply
  12. puanbee says

    19th November 2011 at 12:03 pm

    budak2 biasalah , tk pernah fikir risau sebab dia tak tahu ujian tu utk apa , macam kakak dulu ok je dia jawab ujian tersebut seolah2 dia dalam tadika ..lawak tengok keletah anak2 ..

    Reply
    • akubiomed says

      20th November 2011 at 8:56 am

      Saya sedikit dengan abang Koning kalau menangis tetapi hari ini nampak dial cool sahaja. Okay lah tuh. 🙂

      Reply
  13. Mus says

    19th November 2011 at 9:08 am

    comel jer tengok dia tidur

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2011 at 10:15 am

      Abang Koning kalau tidur sudah tidak ingat apa walaupun bom meletup. 🙂

      Reply
  14. blackrosehunter says

    19th November 2011 at 9:01 am

    hehehe..budak-budak..jangan dirisaukan sangat..:)

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2011 at 10:14 am

      Tekanan agak tinggi bagi anak-anak yang bakal tahun 1 kalau boleh sudah boleh membaca dan menulis. Berbeda zaman saya sekolah dahulu 1 tahun masih lagi tidak pandai baca dan menulis. Pegang pensil pun tidak pandai lagi. Antara sebab ada ibubapa yang menghantar anak ke kelas tambahan seawal pra sekolah. Rata-rata saya lihat ibubapa kaum Cina hantar anak mereka ke kelas berbayar seawal usia muda.

      Reply
  15. ZoOL says

    19th November 2011 at 4:10 am

    hmmm.. ada ujian saringan eh? aku tak tau plak..

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2011 at 7:21 am

      Memang ada bro. Anak saya yang sebelum ini perlu menduduki ujian saringan tahun 1 ini.

      Reply
      • Mus says

        19th November 2011 at 9:19 am

        tahun mendatang anak saya pula akan mengalaminya sendiri

        Reply
  16. Yas says

    19th November 2011 at 1:45 am

    Awal lak sekolah anak bro tu buat ujian saringan tahun satu yerr….

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2011 at 7:25 am

      Memang awal ujian saringan tahun 1 ini dilakukan.

      Reply
  17. Zida says

    19th November 2011 at 1:26 am

    eh kiranya abang koning sebaya dengan adik zida lahh ~~

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in