• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Bawa famili mandi di Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu

Bawa famili mandi di Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu

26th November 2015 by akubiomed 34 Comments

Anak-anak gembira dapat bermandi manda di Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu.

Ada rancangan nak bawa famili bermandi-manda sempena cuti sekolah? Saya ingin mencadangkan bawa famili bermandi manda di Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu.  

Santuari ikan sungai Chiling ini di Kuala Kubu Bharu iaitu selepas empangan air sungai Selangor dan air terjun sungai Pertak. Dengan kata lain jalan menuju ke bukit Frasier Hill.

sungai chiling

Santuari ikan sungai Chiling ini dikelolakan oleh Jabatan Perikanan. Setiap pengunjung dewasa di kenakan bayaran RM1 dan manakala kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma. Pengunjung diwajib berdaftar di , boleh dibayar di pondok petugas Jabatan Perikanan untuk tujuan keselamatan. Boleh pasang khemah kerana ada tapak khemah disedeiakan. Santuari ikan ini hanya dibuka awam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 8 pagi hingga jam 6 petang.

Terdapat Kemudahan asas seperti surau dan bilik air lelaki dan wanita ada sediakan. Terdapat juga gerai jualan makanan ringan. Bagi yang ingin membina khemah, tapak khemah juga disediakan di dataran yang luas.

Jom tonton video amatur saya perjalanan ke Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu baru-baru ini.

Air terjun sungai Chiling.

Kalau ingin ke air terjun sungai Chiling perlu melintas 7 sungai untuk sampai ke air terjun selain cabaran berjalan denai ada masa perlu memanjat curam untuk sampai. Ia adalah pengalaman menyeronokkan apabila sampai ke air terjun sungai Chiling.

  • Tempat bermandi manda di selangor yang menarik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu
  • Adventure air terjun Santuari ikan Sungai Chiling

Filed Under: percutian Tagged With: air sungai chiling, air sungai chiling kuala kubu bharu, air terjun chiling, air terjun di selangor, air terjun selangor, air terjun sungai chiling, air terjun sungai chiling kuala kubu bharu, santuari ikan sungai chiling, santuari sungai chiling, sungai chiling, sungai chiling kuala kubu bharu, sungai yang best di selangor, tempat berkelah di selangor, tempat mandi di selangor, tempat mandi manda, tempat mandi mandi di selangor, tempat menarik di selangor, tempat perkelahan menarik di selangor

Reader Interactions

Comments

  1. Azlan says

    9th December 2015 at 12:13 pm

    Subhanallah..sedap mandi kat sini..
    Tapi baru nak mai time hari biasa..hehe..rupa nya kene g time weekend.. Insyallah, satu hari nak sampai ke sini..

    Reply
  2. musadun says

    6th December 2015 at 5:52 am

    teringat pengalaman ke sini , dari KL ke KKB ni naik honda ex5 je..heheh

    Reply
  3. Kimmie says

    6th December 2015 at 12:20 am

    cantiknya air terjun ni, sejuk…mesti best mandi manda di sana.

    Reply
  4. cik tom says

    5th December 2015 at 8:44 pm

    wah seronok diorg mandi manda..cantik betul air sungainya..jernih..mesti sejuk ye…

    Reply
  5. Ummi Hanie says

    4th December 2015 at 6:41 pm

    lokasi yang harus masuk dalam wishlist ni

    Reply
  6. Raihanah Ahmad says

    4th December 2015 at 9:27 am

    best juga bercuti camni

    Reply
  7. Sani says

    2nd December 2015 at 11:32 pm

    Seronokm betul budak budak kalau dapat mandi air terjun. Saya pun lama tak pergi air terjun dengan anak-anak. Mungkin boleh terjah nanti ni..

    Reply
  8. reezluv says

    2nd December 2015 at 1:47 pm

    lama juga tak mandi air terjun ni

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2015 at 11:24 pm

      Sebelah Perak untuk ada spot yang menarik jugakan. 🙂

      Reply
  9. suri says

    2nd December 2015 at 11:56 am

    indahnya kalau dapat bercuti saya adalah orang paling suka bab ini selain anak-anak heee

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2015 at 11:24 pm

      Memang lah seronok dapat bermain air dan berendam sampai kecut. 🙂

      Reply
  10. MDHAFiZ.NET says

    2nd December 2015 at 1:10 am

    cuti sekolah dah bermula, apa lagi mandi sungai lah kita. untung nya jadi kanak2. hu hu..

    Reply
    • suri says

      2nd December 2015 at 12:01 pm

      masa ini terbaik bersama keluarga hal kerja buang jauh sikit heee

      Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2015 at 11:25 pm

      Bukan setakat budak-budak suka. Orang dewasa juga suka. 🙂

      Reply
  11. zik says

    1st December 2015 at 3:50 pm

    anak masih kecil lagi…. cuti sekolah memang seronok bawak satu famili pergi mandi manda…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2015 at 11:25 pm

      Boleh nak bawa anak tetapi kena dukung selalu jawabnya. 🙂

      Reply
  12. azimah mohd zainuddin says

    1st December 2015 at 3:00 pm

    Seronoknya…dah lama rasanya tak menjejak kaki ke air terjun…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2015 at 11:26 pm

      Kawasan tempat tinggal saya banyak spot yang menarik untuk bawa famili bermandi manda.

      Reply
  13. Zurainny Ismail says

    30th November 2015 at 11:54 am

    Cantiknya tempat ni…. budak2 mesti seronok kalau dpt camping.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2015 at 11:27 pm

      Kalau ada peluang boleh berjalan kaki meredah sungai untuk sampai ke air terjun sungai Chiling. Pengembaraan yang adventure tetapi menyeronok sebelum sampai ke air terjun.

      Reply
  14. mrhanafi says

    30th November 2015 at 6:50 am

    anak-anak bro dah pandai berenang ke..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2015 at 11:27 pm

      Sungguh sayang tidak pandai berenang hanya pandai berendam sahaja.

      Reply
  15. Hairul HIssam says

    28th November 2015 at 8:29 pm

    Nampak clear videonya..
    anak2 bro pun nampak seronok sgt..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2015 at 11:28 pm

      Rakam video pada resolusi tinggi iaitu HD. Masih amatur bab merakam video. 🙂

      Reply
  16. kisah si dairy says

    28th November 2015 at 11:29 am

    lama dah rasanya tak berkubang dekat sungai…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2015 at 11:29 pm

      Boleh merancang untuk bawa famili bermandi-manda. 🙂

      Reply
  17. Dja says

    27th November 2015 at 6:15 pm

    wah cantik nya tempat..memang best ni tapi sayang sekali jauh sangat laa huhu

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:14 am

      Nampak gaya kena cari air sungai yang berdekatan dengan tempat tinggal. 🙂

      Reply
  18. Noriza Rahman says

    27th November 2015 at 11:31 am

    Wah bestnya mandi manda kat sana

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:15 am

      Anak-anak tak nak balik. 🙂

      Reply
      • cik tom says

        12th December 2015 at 10:51 pm

        wah seronok betul tu sampai tak balik.. 😉

        Reply
  19. Mus says

    27th November 2015 at 12:01 am

    bestnya mandi manda.. saya belum sempat bawa anak-anak bercuti lagi..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2015 at 1:15 am

      Cuti sekolah panjang boleh rancang bawa famili bercuti.

      Reply
      • cik tom says

        12th December 2015 at 10:46 pm

        anak2 memang seronok parents bawak mandi manda macam ni..terisi jugak waktu cuti sekolah..

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in