• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Undangan kenduri kahwin pada musim cuti sekolah

Undangan kenduri kahwin pada musim cuti sekolah

14th December 2014 by akubiomed 35 Comments

Cuti sekolah penuh dengan undangan kenduri kahwin

pelamin kenduri kahwin

Dua pasangan pengantin diraikan didalam satu majlis kahwin

Banyak terima undangan kenduri kahwin pada musim cuti sekolah. Terima undangan jemputan kenduri kahwin dari rakan blogger dan saudara mara dikampung.

Pelamin gubahan adik ipar dikampung.

Minggu ini kali ke kedua didalam selang seminggu balik kampung untuk menghadiri jemputan kahwin saudara mara dikampung. Dikampung sebelah isteri saya masih lagi mengamalkan amalan gotong royong dengan menerima bantuan dari jiran tetangga dan saudara mara.

Ada juga yang menghulurkan bantuan wang ringgit dan bahan persiapan seperti minyak masak, telur, ayam daging dan sebagainya. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga pengantin untuk mengadakan majlis kenduri kahwin.

Lain benar rasanya kalau melihat dari jendela rumah kampung. Terasa bezanya kalau bangun dari tidur rumah sendiri dibandar. Rasa macam tak nak bangun dari katil.

Pagi ini bawa my hero, Aslah pergi bersarapan pagi di gerai kampung. Makan nasi lemak dan teh ais gelas besar.

Pergi menghantar pengantin ke rumah perempuan. Tersenyum pengantin lelaki menunggu signal dari pihak sana sebelum diapit dengan pengantin perempuan untuk berarak masuk. Teringat akan zaman tersebut pernah melalui pengalama yang sama membuatkan tersenyum sendirian.

Kebetulan menghantar pengantin di rumah pengantin terletak di Pengkalan Balak, Melaka, ternampak bunga Raya berwarna putih. Amat jarang sekali atau pun mungkin tak jumpa kuntuman bunga Raya berwarna putih. Sanggup menahan kesakitan gigitan semut kerengga yang banyak dekat pokok bunga Raya tersebut. Apa pun amat berpuas hari dapat snap gambar bunga Raya yang payah nak jumpa.

Sudah lama tidak balik kampung dengan membawa motor. Kali terakhir dengan Kawasaki ZZR 250 beberapa tahun dahulu. Boleh tahan naik kebas juga punggung dan hujan lebat sepanjang jalan. Berehat sekejap di stesen minyak di hentian lebuh raya untuk menghilang lenguh menunggang motorsikal tempoh yang lama. Dapat menghilang tekak yang kehausan dengan air bergas Coca Cola Light.

Sedikit coretan mengenai aktiviti minggu saya yang tidak disusun dengan teratur susunan cerita. Harap enjoy membacanya.

Filed Under: famili Tagged With: gambar kenduri kahwin

Reader Interactions

Comments

  1. ema says

    23rd December 2014 at 11:02 am

    kalau di pantai timur musim cuti sekolah hujung tahun kena hati-hati…takut diselami air banjir….tengoklah keadaan sekarang di sana…apapun musim cuti sekolah memang memanjang kenduri kahwin…

    Reply
    • ajiewp says

      28th December 2014 at 1:03 pm

      wah salam kenal tuk semua nya
      kisah menarik….!!

      Reply
  2. emalinmohd says

    19th December 2014 at 10:55 am

    Cantik tu pelamin. Macam orang yang pro je buat pelamin tu

    Reply
    • akubiomed says

      19th December 2014 at 10:56 am

      Hasil sentuhan adik ipar saya sebenarnya.

      Reply
      • emalinmohd says

        19th December 2014 at 1:25 pm

        Boleh buat bisnes dah tu 🙂

        Reply
  3. Bro Framestone says

    18th December 2014 at 6:45 pm

    hujung tahun nie memang banyak terima jemputan, malangnya keadaan tidak mengizinkan untuk hadiri…

    Reply
  4. adarain says

    17th December 2014 at 3:06 pm

    Banyak juga undangan tapi hampir kesemua tidak dapat pergi atas urusan kerja

    Reply
  5. fyna says

    17th December 2014 at 10:19 am

    sama lah ngan fyna. banyak undangan yang dapat. pergi atau tak je. kadang2 tak larat nak pergi dah.

    Reply
  6. mas says

    16th December 2014 at 5:47 pm

    best nye kenduri kendara kat kg masih mngekalkan gotong royong.. kalo orang jawa kata rewang.. hiiihiii.. time ni semua famili berkumpul…

    Reply
  7. ezuddin says

    15th December 2014 at 9:42 pm

    Best kalau dapat join rewang buat kenduri di kampung.. Suasana meriah..

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:41 am

      Semua kerja menjadi mudah dan ringan apabila dilakukan secara gotong royong.

      Reply
  8. imran says

    15th December 2014 at 7:58 pm

    seronok juga balik kg naik motor, apa yang tak tahan kalau hujan basah haha

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:41 am

      Memang sudah tempuh hujan. Mampu bersabar sahajalah.

      Reply
  9. Mak Jemah Jual Vitamin says

    15th December 2014 at 5:05 pm

    baru minngu lepas pergi kenduri ikut mertua..makan sampai pengsan!

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:42 am

      Tentu banyak jemputan yang perlu ditunaikan. 🙂

      Reply
  10. blogger lelaki says

    15th December 2014 at 4:51 pm

    menarik bunga raya warna putih tu…musim cuti sekolah ni ramai juga yang buat kenduri..

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:43 am

      Sangat jarang sekali dapat jumpa bunga Raya berwarna putih. Masa cuti sekolah selalu penuh dengan jemputan kenduri kahwin. 🙂

      Reply
  11. Alongxp says

    15th December 2014 at 4:43 pm

    saya kalau balik kampung, terutama umah mertua, cukup susah nak bangun tidur… sedap sangat tdo hahahaha

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:43 am

      Sangat setuju apa yang dikongsikan. 🙂

      Reply
  12. TehR says

    15th December 2014 at 2:28 pm

    naik motor dalam jangka masa lama memang kebas punggung
    silap2 gaya kaki juga kebas
    tiba2 je terduduk bila berhenti

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:44 am

      Belum lagi sampai tahap kebas kaki lagi. 🙂

      Reply
  13. ikhwan says

    15th December 2014 at 1:55 pm

    jumpa kawan yang bujang, mesti tanya kau bila lagi 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:44 am

      Soalan cepu emas yang selalu ditanya yang bagi masih bujang. Susah nak jawab kalau boleh hendak dielakkan. 🙂

      Reply
  14. titan says

    15th December 2014 at 1:35 pm

    fuhh..gambar bunga raya putih ni memang rare woo..

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:45 am

      Susah nak jumpa bunga Raya berwarna putih ini.

      Reply
  15. Raihanah Ahmad says

    15th December 2014 at 1:12 pm

    memang musim kawin kalau cuti2 sekolah ni

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:45 am

      Masalah bertembung tarikh pun ada.

      Reply
  16. Manan Qayyim says

    15th December 2014 at 12:35 pm

    peluang berjumpe kawan lame & sanak saudara

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:46 am

      Selalunya akan bersembang sampai tak ingat. 🙂

      Reply
  17. suri says

    15th December 2014 at 9:22 am

    masa ini akan terjumpa kawan lama sekolah dulu ya tak

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:46 am

      Masa inilah nak jumpa kenalan lama. 🙂

      Reply
  18. suri says

    15th December 2014 at 9:21 am

    yalah saya memang tak dapat balik ke ipoh tapi balik hari umah mak mertua sahaja. tiap minggu balik itu belum campur undangan jemputan majlis rakan sepejabat suami ahai,,

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:47 am

      Banyak jemputan yang diterima gamaknya. 🙂

      Reply
  19. nafisa81 says

    15th December 2014 at 2:46 am

    Kali terakhir ke majlis perkahwinan…seminggu sebelum bulan puasa ari tu…pastu…lepas bersalin kembar ni…mmg tak ke mana mana laaa…
    Husband gi bawak anak sorang yng sulung…

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2014 at 12:47 am

      Tanniah menimang cahaya mata. Nampak gaya tidak dapat kemana-mana sebab didalam pantang.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in