• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Kawasaki Ninja 250 serba baharu

Kawasaki Ninja 250 serba baharu

16th October 2012 by akubiomed 57 Comments

Kawasaki Ninja 250 bukan sebarang Ninja.

Tidak dinafikan Kawasaki Ninja 250 baharu begitu ketara dibahagian luaran yang jelas menampakkan liuk dari pandangan depan sehinggalah ke belakang. Setiap sudut memberikan lengukkan yang mengasyikkan.

kawasaki ninja 250 2013

Kalau sebelum ini saya ada mendedahkan model naked kawasaki z800 dan kali ini saya ini berkongsi pendedahan Ninja 250 yang telah diberi pembaharuan dari segi reka bentuk dan beberapa ciri-ciri baharu yang dipercayai mampu meningkatkan prestasi berbanding model Ninja 250 terdahulu. Pelancaran Ninja 250 ini telah dilancarkan bersama Kawasaki Z800 oleh Kawasaki Malaysia baru-baru ini.

Kawasaki Ninja 250 baharu ini mempunyai beberapa ciri-ciri baharu:

Rekabentuk lebih agresif berbeza dengan model Ninja 250 sebelum ini dengan dipertingkat ciri-ciri baharu:

  • Injeksi minyak/ Fuel injection. Pengunaan minyak yang ideal.
  • Rekaan Silinder baharu dengan saduran “Sleeveles Die-cast” seperti terdapat pada model Supersport Ninja. Blok silinder lebih ringan dan pengaliran haba lancar.
  • Injap ‘Dual Throttle’. ECU mengawal set injap pendikit ke 2 memberi ketepatan aliran udara lebih semulajadi,  keberkesanan pembakaran dan kuasa seperti terdapat pada Ninja ZX-10R and Ninja ZX-6R.
  • Kawalan Haba. Rekaan lubang sirip sisi lebih besar memberikan pelepasa haba lebih lancar dan penutup kipas radiator mengalirkan haba panas enjin ke bawah.

Kawasaki Ninja 250 ini hadir dengan 2 tona warna iaitu ‘Pearl Stardust White’ dan ‘Passion Red’ dijual pada harga RM22,589(tidak termasuk cukai jalan dan insuran).

Tangki minyak berkapasiti 17 liter

Aksesori tambahan penutup tempat duduk belakang boleh dibeli secara berasingan
Lubang sirip sisi lebih besar melancarkan pengaliran haba enjin
Lampu isyarat terbina dalam

Perendam bunyi ‘Short Style’ sama seperti Ninja ZX-10R dan 6R

Maklumat lanjut Kawasaki Ninja 250 baharu boleh layari laman KHI.

  • Pelancaran Z800 dan Ninja 250 baharu oleh Kawasaki Malaysia.
  • Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan Oktober
  • Kawasaki D-Tracker 150 berciri Motard masuk Malaysia

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. hani says

    13th November 2014 at 12:46 pm

    I lap u Kawasaki Ninja 250

    Reply
  2. hairulafiz says

    12th November 2012 at 4:43 pm

    memang menawan hati…agak2 orang rumah bagi tak beli?

    Reply
    • akubiomed says

      13th November 2012 at 9:18 am

      Bini kata biar gila motor jangan gila berbini. Haa..ha..

      Reply
  3. Mekar says

    20th October 2012 at 12:46 pm

    Ada rezzeki boleh la sambar sebijik akubio

    Reply
    • akubiomed says

      13th November 2012 at 9:22 am

      Tidak waktu terdekat ini.:-)

      Reply
  4. suri says

    19th October 2012 at 11:05 pm

    suka hitam cam zebra hii..

    Reply
  5. beckhr00y says

    19th October 2012 at 1:34 am

    secara peribadi, aku sokong pedrosa juara musim ni

    Reply
    • akubiomed says

      13th November 2012 at 9:20 am

      Juara sudah ditentukan Lorenzo telah ditabalkan MotoGP World Champ. Kempunan lagi Pedrosa.

      Reply
  6. tehr says

    18th October 2012 at 11:54 pm

    kaler hitam tak ada ke, bro?
    hehe

    Reply
  7. Sop says

    18th October 2012 at 11:44 pm

    Sangat mantap berbanding ninja 250 sebelum ini
    mesti cair tgk live.. heheheh

    Reply
    • akubiomed says

      13th November 2012 at 9:21 am

      Memang mantap dengan bentuk luar direka semula begitu juga enjin.

      Reply
  8. Sharon says

    17th October 2012 at 9:28 pm

    Yang baru ni lebih canggih dari yang lama, rekabentuk dan warna yang menawan

    Reply
  9. Hafizul says

    17th October 2012 at 1:20 pm

    perghhh..serius berair mulut tgok gambar moto ni..bakal menjadi hak milik akubiomed ke nanti??hehe

    Reply
  10. daddydee says

    17th October 2012 at 8:15 am

    Lagi mantap rekabentuknya….memang terbaik…lagi terbaik kalau dapat angkat 1….

    Reply
    • Hafizul says

      28th October 2012 at 4:55 pm

      hehe..betul tu bro…lagi baik dapat angkat satu kan..boleh merasa..hehe

      Reply
  11. bitt says

    17th October 2012 at 8:04 am

    motor dia mcm ksatria baja hitam punya! 😉

    Reply
    • suri says

      19th October 2012 at 11:25 pm

      tu kan cerita gaduh3 lama ..Gaban tu heee

      Reply
  12. titan says

    17th October 2012 at 12:54 am

    wahh..bila mahu angkat haa??

    Reply
    • suri says

      19th October 2012 at 11:37 pm

      angkat bila pic telah di cuci heeee bryru blh angkat..tgok..

      Reply
  13. ariff says

    16th October 2012 at 11:58 pm

    wah..kaler putih ni memang menarik la..rs teringin lak nk bwk superbike ni..teringat ms try bw moto abg ipar
    naked bike, rs mcm nk terlepas handle motor bla pulas throtle mnyak…tp mmg best la..pick up giler..cpat jer meter cecah 120….

    Reply
    • suri says

      19th October 2012 at 11:45 pm

      kena jaga warna putih cpt kotor heee

      Reply
    • akubiomed says

      13th November 2012 at 9:23 am

      Motor macam ini memang sedap pulas throttle tak ingat dibuatnya.

      Reply
  14. Bro Zulkbo says

    16th October 2012 at 8:28 pm

    Salam..
    meleleh air liur pada yang kaki motor nih
    saya tak minat bermotor, untung lah..he he

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2012 at 11:12 pm

      Saya pantang lihat motor besau pasti akan teruja macam melihat awek. 🙂

      Reply
  15. Sobri Mansor says

    16th October 2012 at 8:16 pm

    Cantik tu memamg cantik dah. Tapi lesen plak cuma bawak keta je. Huhuhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2012 at 11:13 pm

      Nasib baiklah saya sudah habis lesen motor dan kereta sekali. 🙂

      Reply
  16. boni kacak says

    16th October 2012 at 6:06 pm

    pergh…gila mengancam… bila la boleh sambar satu ni..

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2012 at 11:16 pm

      Mana satu bro Boni hendak sambar? Z800 atau Ninja 250?

      Reply
  17. sha says

    16th October 2012 at 4:52 pm

    vrooommm voooooooooommmmmmmm .. ehehe

    Reply
  18. fiezaradzi says

    16th October 2012 at 4:07 pm

    org laki2 ni mmg tak leh dipisahkan dgn motor ye.. huhu

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2012 at 11:22 pm

      Perempuan zaman sekarang pun sudah berani naik motorsikal berkuasa tinggi seperti Erra Fazira.

      Reply
  19. cmratu says

    16th October 2012 at 3:44 pm

    cantik yg baru ni nak banding yg lama.. 🙂

    Reply
  20. wazy says

    16th October 2012 at 3:37 pm

    Menarik juga model ni

    Reply
  21. syaifuddin alias says

    16th October 2012 at 3:36 pm

    lambat lagi laa saya nak menimang motor ni ..huhu

    Reply
  22. hafizrahim says

    16th October 2012 at 1:52 pm

    bro..dah 3 kali refresh..still tak nampak gambarnya.. 🙁

    Reply
    • hafizrahim says

      16th October 2012 at 1:53 pm

      lepas komen baru nampak gambar..adeh

      Reply
      • hafizrahim says

        16th October 2012 at 1:54 pm

        merah memang cantik bro..sekali pandang nampak macam CBR pun ada jugak

        Reply
        • akubiomed says

          16th October 2012 at 11:23 pm

          Ada iras-iras. 🙂

          Reply
  23. wahida says

    16th October 2012 at 12:15 pm

    nak tunjuk kat hubby la pasal n3 ni…

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2012 at 11:30 pm

      Bahaya. Nanti terus angkat. 🙂

      Reply
  24. cikgu naman says

    16th October 2012 at 9:33 am

    tak pernah ada peluang naik motor camni..hehe

    Reply
  25. kimmie says

    16th October 2012 at 8:52 am

    memang smart motor ni, teringat pada cerita suria perkasa hitam…

    Reply
  26. Melastik Bintang says

    16th October 2012 at 8:36 am

    mengancam…harga lebih mahal sedikit dari KTM Duke….

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2012 at 11:33 pm

      KTM Duke lebih kepada bentuk Naked dan Ninja 250 pula adalah model SuperSport.

      Reply
  27. KiD says

    16th October 2012 at 8:33 am

    warna merah ni mantap gak…

    Reply
  28. donnyien says

    16th October 2012 at 7:01 am

    kedua kali baru nampak 🙂

    Reply
  29. donnyien says

    16th October 2012 at 7:00 am

    tidak nampak apa2 gambar..

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2012 at 7:25 am

      Saya masih lagi mencari masalah kenapa gambar-gambar gagal dilihat.

      Reply
  30. Dulu Lain Sekarang Lain says

    16th October 2012 at 5:32 am

    Kalau zaman bujang dulu mungkin teruja kawe dibuatnya… Skrg ni kureng ckit la bro bab motor ni. Still, kalu di bagi satu nak jugak,

    Reply
    • KiD says

      16th October 2012 at 8:34 am

      rempit nih… hhheeehee

      Reply
  31. tehr says

    16th October 2012 at 4:24 am

    anak bujang aku mesti minat ni
    hehe

    Reply
  32. Eizil says

    16th October 2012 at 1:45 am

    Kemaskini rekabentuk 2013 ini memang menarik perhatian aku, warna hijau memang tidak dikeluarkan erk untuk model 2013 ni? Rasanya warna hijau yang dilihat dalam beberapa poster di internet tu lebih menarik, tapi itu semua pandangan dan citarasa peribadi.

    Ada beberapa kemasan yang bagi orang lain mungkin biasa sahaja, tapi telah menambah minat aku dalam model ni… tak sabar nak tunggu model ni sampai ke kelantan untuk lihat dengan lebih dekat.

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2012 at 7:23 am

      Model Ninja 250 ini lebih baik dari model sebelum ini.

      Reply
    • KiD says

      16th October 2012 at 8:35 am

      tu diaaaa… bro eizil nak angkat satu daaaah

      Reply
  33. Mus says

    16th October 2012 at 1:45 am

    wah… pasti mat motor meleleh air liur melihat motorsikal ni..

    Reply
    • akubiomed says

      16th October 2012 at 7:24 am

      Pertama kali saya terlihat Ninja 250. Terdetik sungguh cantik.

      Reply
      • KiD says

        16th October 2012 at 8:36 am

        dah jatuh hati laaa tu bro… 🙂

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in