• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Self Watering Plant Pot boleh tinggal pokok pasu dengan aman

Self Watering Plant Pot boleh tinggal pokok pasu dengan aman

11th May 2019 by akubiomed 8 Comments

pasu self watering plant pots

pasu Self Watering Plant Pots

Pasu Self Watering Plant Pots dapat membekal air pada pokok.

Bila nak tinggal rumah untuk tempoh yang lama tentu rasa bimbang pokok tidak bersiram. Tentu hati tidak rasa tenang bila teringatkan pokok-pokok yang ditanam. Pasu Self Watering Plant Pots dapat membekal pokok air.

Tak susah nak buat pasu Self Watering Plant Pots ini kerana bahan-bahan mudah diperolehi.

bahan-bahan untuk buat pasu Self Watering Plant Pots

Jom kita buat pasu Self Watering Plant Pots ini. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  1. Pasu @ bekas yang tidak mempunyai lubang dibawahnya.
  2. Bekas penapis plastik
  3. Paip PVC
  4. Kain kraf Felt @ Penapis

potong bekas penapis plastik

Potong bekas penapis plastik mengikut saiz bulatan bekas @ pasu.

potong sisi bekas penapis plastik selebar saiz diameter paip PVC

Potong bahagian saiz sisi bekas penapis pelatis selebar diameter paip PVC.

pemasangan self watering plant pots

Cara pemasangan saluran air paip PVC dan bekas penapis plastik. Saluran air ada corong untuk mengalirkan air ke dalam bekas penapis plastik yang bertindak sebagai bekas ais didalam pasu.

buat bulatan pada kain kraf Felt

Buat bulatan pada kain kraf Felt mengunakan ukuran bulatan bekas penapis plastik

tanda paras maksimum air

Tanda paras maksimum air

buat penanda lubang corong lebihan air

Buat penanda lubang untuk corong lebihan air. Pastikan buat lubang corong lebihan air dibawah penanda paras air maksimum.

paip PVC 2 saiz 2 inci sebagai corong lebihan air

Paip 2 saiz inci sebagai corong lebihan air.

corong lebihan air

corong lebihan air

Kedudukan corong lebihan air.

letak kain kraf Felt sebagai penapis

Letak kain kraf Felt diatas bekas penapis plastik. Kain kraf Felt dipasang sebagai pemisah diantara tanah dan air.

tuang tanah ke dalam pasu

Tuang tanah ke dalam pasu.

pindah pokok ke dalam pasu

Pindah pasu ke dalam pasu.

tuang air ke dalam corong

Tuang air ke dalam melalui corong air.

air lebihan keluar melalui corong lebihan air

Tuang air sehingga air keluar di corong lebihan air. Ia menandakan paras air yang diisi ke dalam pasu sudah sampai ke paras maksimum.

siram pokok

Pada permulaan boleh basah tanah dalam pasu sementara akar mampu sampai air didalam pasu.

Video panduan menghasilkan pasu ‘Self Watering Plant Pots.

Filed Under: blog, tanaman Tagged With: self watering plant pots, self watering pot

Reader Interactions

Comments

  1. Hairul Hissam says

    15th May 2019 at 6:47 pm

    bagus cara nie.. tak perlu hari2 siram poko bunga…
    kekadang sibuk sampai terlupa nak siram..

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2019 at 8:59 pm

      Self Watering Plant Pots ini ada kebaikan lain iaitu pertumbuhan akar lebih baik.

      Reply
  2. Kerja Sendiri says

    13th May 2019 at 10:23 pm

    Kalau pakai sprinkler ada timer senanglah. Automatic kan? Tak payah risau pokok tak kena siram.

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2019 at 10:40 am

      Kena sediakan bajet. Buat masa ini guna cara kos rendah. Teknik ini bukan sahaja untuk membekalkan air tetapi juga mengalakkan tumbuhan akar pokok.

      Reply
  3. Mus says

    13th May 2019 at 12:35 pm

    memang seperti masalah yang saya hadapi.. bina musim cuti susah hati nak tinggalkan tanaman takut kering tak bersiram.
    buat masa ni saya guna pelbagai kaedah seperti fertigasi dan sprinkler ber timer..

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2019 at 10:38 am

      Memang risau tinggal pokok tidak bersiram. Lagilah hati risau jika ada pokok berharga ratusan ringgit.

      Reply
  4. azian khalil says

    12th May 2019 at 8:43 am

    saya tinggalkan air dalam botol atas pasu tu..cucuk lubang kecik sikit…panas betul sekarang…sampai kering layu kalau sehari tak siram

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2019 at 11:52 am

      Pernah buat botol air cucuk pada penutup botol. Tak sampai sehari dah kering air dalam botol.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL