• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Pasu Self Watering Plant Pots dari botol minyak masak

Pasu Self Watering Plant Pots dari botol minyak masak

15th May 2019 by akubiomed 6 Comments

Pasu self watering plant dari botol minyak masak

Pasu Watering Plant Pots dari botol minyak masak terpakai.

Kali ini saya nak kongsi satu lagi pasu Self Watering Plant Pots yang kita boleh hasilkan dari bahan-bahan terbuang. Kita boleh guna botol minyak masak terpakai untuk diguna semula menjadi pasu segera.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Botol minyak masak terpakai
  • Kain kraf Felt atau kain perca terpakai atau tali.

Potong botol minyak masak kepada 2 bahagian. 1 bahagian untuk dijadikan pasu dan 1 bahagian lain untuk dijadikan bekas air.

Tebuk penutup botol. Penutup betul yang ditebuk ini akan digunakan untuk masuk kain kraf Felt yang akan dijadikan sumbu air.

Gunting kain kraf Felt mengikut lebar lubang penutup botol.

Kain kraf Felt yang telah digunting akan akan dimasukkan ke dalam lubang penutup botol.

Pastikan kain kraf Felt cecah tapak botol.

Kain kraf Felt dibahagian mesti melepasi ketinggian pasu.

Tuang tanah ke dalam pasu

Tuang air ke dalam bekas. Pastikan paras air tidak cecah penutup botol. Cukup sekadar kain kraf Felt lembap.

Anak pokok Cili yang dipindahkan ke pasu Self Watering Plant Pots dari botol minyak masak. Kain kraf Felt bertindak sebagai sumbu air dengan menyerap air di dalam bekas dan seterus kain tersebut lembap sehingga ke dalam pasu. Secara tidak langsung akar pokok dapat bekalan air.

Bila paras air di dalam bekas semakin berkurang boleh tambah. Pasu ini boleh digunakan ruang yang terhad dan rumah yang mempunyai tanah.

Selamat mencuba buat pasu Self Watering Plant Pots dari botol minyak masak.

  • Asing sampah dahulu baru buang.
  • Self Watering Plant Pot boleh tinggal pokok pasu dengan aman
  • DIY cara buat rak taman vertical garden mini di rumah

Filed Under: blog, diy Tagged With: pasu, self watering plant pots, self watering pot

Reader Interactions

Comments

  1. opit says

    12th June 2019 at 7:30 am

    I’m very fortunate jumpa blog tuan ni. Byk idea² kreatif & mudah untuk dibuat.

    Reply
    • akubiomed says

      15th June 2019 at 10:54 pm

      Terima kasih. Semoga bermanfaat.

      Reply
  2. Hairul Hissam says

    29th May 2019 at 7:45 pm

    baguslah cara bro recyle botol minyak masak terpakai..
    kalau cat hitam dan cat color wrought iron yg kilat tu.. mesti cantik pasu bunga botol tu..
    beberapa minggu nie saya asyik cat guna wrough iron.. batang paip pvc pun saya cat. cantik laaa..

    Reply
    • akubiomed says

      30th May 2019 at 8:41 am

      Ya, ada yang cadangkan supaya cat pada luar botol untuk elak lumut dalam air.

      Setakat ini tak ada tanda-tanda lumut sebab terlindung dari cahaya matahari.

      Reply
  3. Zurainny Ismail says

    22nd May 2019 at 4:49 pm

    Idea yg bernas! x pernah terfikir utk guna kain felt ganti sumbu/tali – saya ada byk stash felt dr zaman gila crafting dulu.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd May 2019 at 9:20 pm

      Boleh cari material yang mampu serap air. Kebetulan kain kraf Felt ada banyak lagi sebab tuh guna sebagai sumbu air. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in