• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Reviu Motion Activated Sprinkler halau kucing tanpa mencederakan

Reviu Motion Activated Sprinkler halau kucing tanpa mencederakan

7th May 2020 by akubiomed 2 Comments

Halang kucing berak merata di halaman dengan mengunakan Motion Activated Sprinkler.

Motion Activated Sprinkler

Motion Activated Sprinkler

Siapa ada masalah menerima kedatangan tetamu yang tidak diundang?

Kalau setakat lalu sahaja tak apa ini melepaskan hajat dihalaman. Paling sadis Semperit Putar Cair di halaman rumah. Saya pula si bulus kucing akan tinggal najis didalam pasu dan paling sedih habis pokok yang baru ditanam turut dikais sekali.

Saya sudah amalkan macam-macam petua halang kucing masuk halaman rumah:

  1. Air botol sirap – kucing siap lepak tepi botol sirap.
  2. Semburan campuran cuka dan pewangi pelembut kain – tidak berkesan
  3. Tabur serbuk kari – tidak berkesan
  4. Tabur minyak goreng terpakai – tidak berkesan
  5. Cucuk lidi dan garfu dalam pasu – si bulus melepas dicelah-celahnya. Hairan macam mana dia adjust punggung supaya tidak tercucuk.
  6. Semburan air rebusan bawang – tidak berkesan

Kalau sudah najis tentulah bau busuk. Menganggu ketenteraman keluarga. Saya bukan anti kucing dan pernah bela lebih 10 ekor kucing suatu ketika dahulu. Cuma bila berkeluarga dan ada ahli keluarga mempunyai penyakit Asma. Jadi saya lupakan hasrat untuk bela kucing.

Motion Activated Sprinkler halau kucing tanpa mencederakan.

Fungsi Motion Activated Sprinkler ini berfungsi sangat mudah hanya mengesan pergerakkan dan kemudian pancut air. Memandangkan si bulus ini tidak suka bulunya basah apabila terkena pancutan air dari Motion Activated Sprinkler.

Jom baca mengenai reviu beberapa konfigurasi mudah untuk pemasangan Motion Activated Sprinkler ini.

set motion activated sprinkler

Set Motion Activated Sprinkler (dari kiri pencucuk dan penyambung kepada hos, kepala penyebur air dan unit utama Motion Activated Sprinkler)

main unit motion activated sprinkler

Unit utama Motion Activated Sprinkler

kompartment bateri

Nak akses kompartment bateri perlu tanggal penutup. Disebalik penutup ada ruang kompartment bateri. Satu lagi penutup kalis perlu dibuka untuk akses. Penutup ini berfungsi menghalang air masuk ke dalam ruang elektronik.

bateri

Motion Activated Sprinkler ini mengunakan 2 biji bateri bersaiz AA

motion sensor

Sensor pengesan pergerakkan. Sensor ini mengesan kehadiran subjek dengan mengesan suhu badan subjek

kepala penyembur air

Kepala penyembur air @ water sprinkler. Bentuk dan fungsinya tiada beza dengan ada yang dipasaran.

kepala penyembut air boleh laras jarak pancutan air

Jarak pancutan air boleh dilaras.

pelaras sensitivity pengesanan pergerakkan

Sensitivity pengesan sensor boleh dilaras

water filter

Penapis air penghalang tersumbat.

pencucuk

Pencucuk Motion Activated Sprinkler ini mempunyai penyambung hos paip.

Secara keseluruhan untuk pemasangan Motion Activated Sprinkler ini tidak susah dan sangat mudah. Cumanya nak mengenal pasti lokasi stategik ambil masa. Satu lagi Motion Activated Sprinkler ini tidak dapat membezakan antara haiwan, manusia dan kenderaan. Memandangkan Motion Sensor ini mengesan haba. Silap haribulan abam Posmen pun kena semburan air. Tak pun senjata makan tuan.

Saya letak dilokasi saya strategik. Hanya si bulus sahaja yang akan kena semburan air dari Motion Activated Sprinkler selepas mengenal pasti laluan si bulus. Saya sangat berpuas hati dan masalah saya selesai. Si bulus tidak berani lagi jadikan laman rumah saya sebagai jamban mereka atau laluan pintas ke rumah jiran sebelah.

Sekarang ini si bulus masih lalu cuma bukan dihalaman rumah.

Bagi yang ingin mencari Motion Activated Sprinkler dikuasakan solar disini https://click.accesstra.de/go/cgaoL6rl

Video reviu Motion Activated Sprinkler

Filed Under: blog, gajet Tagged With: animal motion detector, motion activated sprinkler, motion activated sprinkler review, reviu motion activated sprinkler, scarecrow motion activated sprinkler

Reader Interactions

Comments

  1. broframestone says

    10th May 2020 at 9:33 pm

    Dekat rumah lama, mmg selalu sangat kucing berak depan rumah…

    Dekat rumah sekarang nie, susah sikit nak nampak kucing lalu lalang depan rumah…

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2020 at 11:05 pm

      Baguslah macam tuh. Setakat lalu tak apa. Jangan tempat melepas boleh jadi tidak tenteram bau hangit sepanjang hari. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG â–²KUBIOMED

Isi alamat email:

â–²KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL