• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Ragam si kucing mencuit hati

Ragam si kucing mencuit hati

31st October 2012 by akubiomed 87 Comments

Ragam si anak memadam perasaan lara.

Ketika kecil dahulu saya rajin bela kucing. Leka bermain dengan kucing terutama anak kucing. Anak kucing bukan setakat comel tetapi lincah dan kuat bermain dengan berlari pun terhoyong-hayang.

ragam si kucing

Ketika kecil dahulu saya ada membela kucing. Setakat peluk dan cium kucing itu memang biasa. Saya tidak ada masalah alahan ketika membela kucing. Antara pengalaman manis saya tidak lupakan adalah ragam si kucing kesayangan saya yang dipanggil si Tompok akan tidur dihujung kaki. Ketika saya mengulangkaji pelajaran selepas waktu Mahgrib, si Tompok akan datang duduk di sisi saya dan mula mengurut peha hingga terasa kukunya yang tajam.

Si Tompok adalah kucing betina yang dibuang yang saya kutip. Pantang tikus atau cencorot lalu depan rumah esok akan mati selepas dikerjakan oleh si Tompok. Setakat masalah tikus atau cencorot serahkan kepada si Tompok tahulah ia ‘settle’ kan. Si Tompok ini cekap memburu kalau burung pun berjaya ditangkapnya. Si Tompok tidak akan makan mangsa burunya sekadar bermain mangsanya seperti mainan.

Selepas sudah berumah tangga saya tidak lagi membela kucing dan kalau dulu kuat bermain kucing. Sekarang ini terpaksa melupakan hasrat membela kucing kerana isteri dan anak-anak mempunyai Asma.

Orang tua saya masih membela kucing dan kalau saya balik ke rumah orang tua saya akan bermain kucing belaan orang tua saya untuk melepaskan rindu. Arwah bapa saya suka bela kucing dan banyak. Beliau mengambil berat dan sayang kucing peliharaan beliau. Setelah arwah bapa saya meninggal bulan September yang lalu, seekor demi seekor kucing kesayangan arwah bapa saya ada yang hilang dan mati.

Gambar ketika kecil sambil memeluk kucing.

Baby Aslah ingat arnab adalah kucing.

  • Reviu Motion Activated Sprinkler halau kucing tanpa mencederakan
  • 25 perkara mengenai AkuBiomed
  • Baby Aslah bermain arnab comel di Floria Putrajaya 2012

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Ladfe Amir says

    17th November 2012 at 9:27 am

    masa kecil dulu pernahlah juga bela kucing. tapi tidak lagi sekarang. tinggal di apt menyukarkan jika ingin bela kucing.

    Reply
  2. hafidz says

    4th November 2012 at 8:57 am

    Sebelum ada anak memang saya bela kucing.
    Kini saya tangguhkan hasrat untuk membela.
    Mungkin bila Zara sudah besar saya akan sambung bela.
    Heh 😎

    Reply
  3. Mus says

    4th November 2012 at 1:20 am

    saya agak fobia dengan kucing.. pernah kena cakar masa kecik dulu

    Reply
  4. yas says

    3rd November 2012 at 11:54 pm

    Aku pun minat juga dgn kucing nih….cuma keadaan skg rasanya tak sesuai utk bela haiwan tu lagi…..btw, kat kampung mmg ada lagi…..

    Reply
  5. Nur says

    3rd November 2012 at 10:41 pm

    Saya pula tak pernah membela kucing, tapi selepas kahwin lain pula jadinya sebab suami peminat kucing dan jadikan kucing sebagai haiwan peliharaan. Suami sayang benar dengan kucing. Kucing pertama kami bela tak panjang umur dan sekarang masih lagi membela 2 ekor anak kucing yg membesar. Muka baby Aslah serupa dengan muka Saudara Azrin masa kecil..

    Reply
  6. Shasha Mohamed says

    3rd November 2012 at 1:50 am

    Ya, kucing memang comel walaupun kadang2 buat perangai juga.
    Saya pun suka bela kucing masa kecil dulu. Sekarang tak lagi sebab tak sesuai dengan keadaan rumah. Satu masa nanti kalau dah pindah mungkin saya akan bela kucing lagi.
    Kat kampung masih ada kucing 😉

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2012 at 7:43 am

      Kalau sudah bela kucing akan tentu bela dimana jua berada.

      Reply
  7. Jebeng Otai™ says

    2nd November 2012 at 9:16 pm

    dulu2 mmg suka bela kucing..sejak dh pindah umah tingkat2 ni payah lak..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2012 at 7:44 am

      Selain ahli keluarga ada asma, masalah cuti panjang membuat saya meninggalkan kucing tidak bertuan.

      Reply
  8. sw33tdarling says

    2nd November 2012 at 6:39 pm

    saya melihat anak kucing seperti anak2 kecik yang baru berumur 3-12 bulan. saya innocent dan mencuit hati. Sebab tu bila tiapkali membaca cerita anak kucing terdera or teraniaya, duk terbayang anak kecik kat rumah

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 11:49 pm

      Memang sudah menjadi sifat keibuan. Saya hormati. 🙂

      Reply
  9. rosidah says

    2nd November 2012 at 6:00 pm

    comelnyer kucing..time mmg sedap main sebab dia suka menikus..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2012 at 7:45 am

      Menikus macam mana tuh?

      Reply
  10. hafizmd says

    2nd November 2012 at 5:15 pm

    Kucing. Mmg seronok dan leka bila layan kucing2 ni. Nak2 kalau anak kucing tengah ngantuk nak tido…hehe

    p.s-eh, muka kucing kita samalah…hahaha

    Reply
  11. Panas Giler (djchef) says

    2nd November 2012 at 4:28 pm

    djchef ada bela kucing nama cici last tahun 2000 sbb cici dilanggar sbuah kreta

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2012 at 7:46 am

      Saya beberapa kali mengalami detik sedih apabila kucing dillanggar kereta kerana tinggal dikawasan perumahan.

      Reply
  12. Nurul says

    2nd November 2012 at 3:29 pm

    Memang comel sangat.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2012 at 7:46 am

      Nurul ada bela kucing?

      Reply
  13. ajumohit says

    2nd November 2012 at 1:57 pm

    saya suka kucing, pernah menjadi bidan kucing masa kecik2 dulu, 2/3 kali gaklah, emmm sweet memory kih kih kih

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2012 at 7:47 am

      Wah hebat jadi bidan terjun kucing.:-)

      Reply
  14. Leeza dayasari says

    2nd November 2012 at 12:51 pm

    kucing mmg adakala boleh buat kita marah (bila dia cakar2 carpet)…
    buat kita gelak bila tgk dia terperanjat….. haaaaaaaaaaaaaaa

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2012 at 7:48 am

      Bila disergah akan melompat dan bulu menjadi kembang.:-)

      Reply
  15. maszull says

    2nd November 2012 at 11:53 am

    assalamualaikum akubiomed…mama pun salah seorang penggemar kucing juga… dan di rumah mama ada seekor kucing yang telah lama mama jaga dgn baik…:)

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2012 at 7:49 am

      Mengurut badan kucing juga adalah satu terapi.

      Reply
  16. nuriz says

    2nd November 2012 at 11:31 am

    dulu saya ada juga bela kucing byk, tp kasi org dah sebab kucing naik atas kereta cakar habis huhu..skrg bela arnab pula, senang jg sikit 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2012 at 7:50 am

      Hee..he..merajuk sampai bela arnab. Arnab juga ada yang bulu kembang.

      Reply
  17. hairulafiz says

    2nd November 2012 at 11:01 am

    teringat kucing aku yang hilang lepas raya x balik2….

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 11:50 pm

      Hilang ker bro? Ntah-ntah jalan Raya jumpa kucing betina terus langsung tak balik-balik. 🙂

      Reply
  18. Lyn says

    2nd November 2012 at 10:58 am

    Kucing memangnya haiwan yang manja dan menghiburkan. Melihat telatahnya seolah melihat telatah manusia. Kucing juga pandai bercinta dan pandai berkelakuan gentlemen dengan mnghantar pasangannya pulang ke rumah di waktu petang ! Tak percaya ? Tapi itulah kenyataannya.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 11:52 pm

      Saya tidak sangka kucing jantan juga romantik. Lain kali hendak intai kucing jantan dan betina yang bercouple. 🙂

      Reply
  19. bitt says

    2nd November 2012 at 10:53 am

    mesto tompok menjadi penghibur hati dikala dulu..
    saya pon suka main kucing dulu2…sampai lenggan bercalar balar…hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2012 at 7:51 am

      Calar balar tangan itu biasa. Memang suka menyakat kucing.:-)

      Reply
  20. Noorikmal says

    2nd November 2012 at 10:22 am

    Assalam, peminat kucing juga rupanya abg Biomed nie erk….

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2012 at 12:00 am

      Saya memang saya kucing. 🙂

      Reply
  21. Dulu Lain Sekarang Lain says

    2nd November 2012 at 9:22 am

    Jaga dan bermain dengan kucing mmg seronok. Time membersihkan mende tu jer.. adeh, ramai yg tak sanggup 😀

    Reply
  22. boni kacak says

    2nd November 2012 at 4:56 am

    wah..comelnya..mata biru tu

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      2nd November 2012 at 9:23 am

      pakai contact lens kot?

      Reply
  23. JMR says

    1st November 2012 at 11:46 pm

    bukan men suka lg ko ngn kucing ye..

    Reply
    • KiD says

      2nd November 2012 at 5:07 am

      kucing… arnab…. heeehehe

      Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 7:12 am

      Dulu. Sekarang tidak bela dah kucing.

      Reply
  24. sensasi2020 says

    1st November 2012 at 10:23 pm

    Kucing piliharaan memang disukai,
    Ragamnya sering mencuit hati,
    Tak puas bermain dgnnya hari-hari,
    Cukup ceria bila kita terasa sunyi.

    Reply
  25. sensasi2020 says

    1st November 2012 at 10:18 pm

    Kucing dimanja penuh karenah,
    Lengok goyangnya lincah berlari,
    Bela kucing saya dah pernah,
    Bila kita panggil meaw dia kemari.

    Reply
  26. auc dot com says

    1st November 2012 at 10:14 pm

    memng boleh panggil Abu Hurairah ni 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 7:12 am

      Sekarang sudah tidak bela kucing.

      Reply
  27. Bro Zulkbo says

    1st November 2012 at 9:35 pm

    salam..
    eee..banyaknya kucing dia
    tak cukup tangan..alahai..
    kapai seluar “katok” muda-muda
    dulu ye..?he he..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 7:14 am

      Tersenyum sendirian apa bila melihat diri sendiri ketika kecil dahulu.

      Reply
  28. wazy says

    1st November 2012 at 9:09 pm

    Bila baca entri bro ni,rasa nak balik kampung sekali lagi je,kat sana banyak kucing,seronok layan kerenah kucing ni,hilang segala bosan dan tension

    Reply
  29. papa mifz says

    1st November 2012 at 8:47 pm

    dulu PM kecik2 pun ado bela kucing gak…sekarang nih teringin juga nak bela, tapi takut tak terjaga lak…huhu

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 7:21 am

      Mana tak bimbang kalau bercuti panjang tiada siapa hendak beri makan.

      Reply
  30. syaifuddin alias says

    1st November 2012 at 8:40 pm

    boboi saya comel .hahaha..

    Reply
  31. hafizrahim says

    1st November 2012 at 8:20 pm

    seronok bela kucing..bila stress..boleh ajak main..sy dulu ada bela persian..semua skali 4 ekor..tapi last2 jual, sebab akak time tu pregnant..alahan dengan kucing..sedih jugak la..berair mata.

    Reply
    • syaifuddin alias says

      1st November 2012 at 8:42 pm

      ya3..itu sgt tepat sekali .. persian ? persian ni pemalas, duduk je tak buat apa ..hehe

      Reply
  32. sha says

    1st November 2012 at 6:19 pm

    baby Aslah ingat arnab tu kucing? hahahahhaha bijaknya dia connectkan kucing dengan arnab… first impression budak budak mmg begitu, lama kelamaan baru dia tahu bezakan

    Reply
  33. adele says

    1st November 2012 at 5:39 pm

    sama pulak entri kucing.hehe. comel kucing tu..

    muka dari kecik smpai besar sama je ye.. :p

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 7:15 am

      Eh kebetulan pula yer Adele. 🙂

      Reply
  34. maza says

    1st November 2012 at 5:28 pm

    maza juga suka kucing.
    sampai sekrang pun suakan kucing.
    dewasa ini maza tidak boleh bela. Kesnya, kawasan perumahan melarang dan ibu mertua pun tak gemar kucing.

    Dikala maza kecil, maza selalu mencium dan bermain dengan kucing. Apatah lagi si anak kucing, memang maza cukup menyayangi. Selalu maza membawa anak2 kucing tidur bersama.

    Paling syok bila si kucing menjilat2 manja di muka.. ahaks… hilang jerawat seh.. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 7:16 am

      Petua tuh boleh suruh kucing jilat jerawat. Ha..ha..

      Reply
  35. Amirez says

    1st November 2012 at 5:11 pm

    memang seronok bela kucing. hati rasa tenang bila tengok anak2 kucing bergurau sesama sendiri. …teringat anak2 kucing 4 ekor yg saya bela dulu…

    erk…cencorot tu apa??

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 7:17 am

      Cencorot mempunyai muncung tirus dan panjang. Ia boleh meleper badan untuk memasuki bawah pintu.

      Reply
  36. Mummy Akmar says

    1st November 2012 at 4:57 pm

    Comelnya kucing ni. Dulu ada bela gitu-gitu masa kecik..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 7:18 am

      Bela gitu-gitu macam mana ek?

      Reply
  37. Hazmin Hamudin says

    1st November 2012 at 2:38 pm

    Dulu saya pun suka bela kucing.. sampai berbelas ekor ada satu masa tu… Sampai tidur pun dengan kucing.. Memang seronok kalau ada kucing ni..

    Reply
  38. sabree hussin says

    1st November 2012 at 1:35 pm

    ni smua kucing dekat rumah parent ke?

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 7:19 am

      Ya. Sekarang sudah berkurangan kerana ada yang hilang dan matil

      Reply
  39. wanayu says

    1st November 2012 at 12:40 pm

    comelnye kucing ni.. rasa nak bela je kucing kat rumah.. wife plak xbg

    Reply
  40. wahida says

    1st November 2012 at 10:30 am

    comelnya….
    tapi tak boleh bela kucing sbb ada asma…

    Reply
  41. Melastik Bintang says

    1st November 2012 at 9:27 am

    dulu saya ada bela kucing…3 ekor… tapi sejak kucing mati saya tak membela dah..sebab ada asma..bulu kucing ni xelok kepada penghidap asma…..

    Reply
  42. Zarul Umbrella says

    1st November 2012 at 9:10 am

    saya dulu tak pandai bela kucing ..kini dah ok sikit

    Reply
  43. anif says

    1st November 2012 at 8:46 am

    Saya suka kucing tetapi isteri tidak… Tumpang lihat gambar kucing disini sahajalah nampaknya… 😀

    Reply
  44. kryna says

    1st November 2012 at 8:13 am

    suka tgk gmbar lama2…ada nilai sentimentalnya…

    Reply
  45. donnyien says

    1st November 2012 at 12:55 am

    memang klasik gambar tu bro, cuma tinggal kenangan. saya pula suka bela haiwan lain

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2012 at 7:20 am

      Bro Donny bela haiwan apa?

      Reply
      • donnyien says

        3rd November 2012 at 3:40 pm

        dulu ada belah burung serendit.. banyak. skrg susah sebab tak duduk kat kampung

        Reply
  46. titan says

    1st November 2012 at 12:34 am

    suka kacau. tapi kalau bela..susah sikitlah..

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2012 at 7:04 am

      Kalau kacau tak kena cakar dek kucing.

      Reply
      • Ladfe Amir says

        17th November 2012 at 9:29 am

        ladfe farris kalu dapat pegang kucing..memang teruk kucing tu dibulinya

        Reply
  47. hatiputera says

    1st November 2012 at 12:30 am

    HP memang suka bela dan bermain-main dengan kucing.

    Reply
    • KiD says

      2nd November 2012 at 5:03 am

      saya kat kuarters gomen tak boleh bela kucing.. 🙂

      Reply
  48. padin says

    1st November 2012 at 12:03 am

    hehee aku pun suka main dengan kucing dulu..
    sama karektornya dengan kucing bro tu… kucing buangan..
    dia suka tidur atas bantal khas, dan kadang2 landing atas perut aku 😀

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2012 at 1:18 am

      Masalah kalau jenis kucing bulunya tertanggal.

      Reply
    • KiD says

      2nd November 2012 at 5:01 am

      padin.. kucing tu sedap dan syok atas perut tu.. hehehehe

      Reply
  49. KiD says

    31st October 2012 at 11:57 pm

    anak aku suka dengan kucing.. mau digomol kucing tu.. hahahah.. adesssss

    Reply
    • hatiputera says

      1st November 2012 at 12:31 am

      Digomol sampai terberak-berak ke KID.

      Reply
      • akubiomed says

        1st November 2012 at 7:05 am

        Kalau kucing terberak lari lah.:-)

        Reply
      • KiD says

        2nd November 2012 at 4:59 am

        hahaahaha… kucing tak kencing ke?

        Reply
  50. KiD says

    31st October 2012 at 11:56 pm

    saya first!!! hehehee

    Reply
    • donnyien says

      3rd November 2012 at 3:40 pm

      tahniah bro hehe

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in