Tak Sangka Kipas Kecil Ni Jadi Penyelamat Masa Tengok Anak Main Bola! (Review JisuLife 5000mAh)
Bagi mak ayah yang ada anak aktif bersukan, hujung minggu kita bukannya di pusat beli-belah, tapi di tepi padang bola. Sebagai “videografer tak bertauliah” yang sibuk merakam aksi anak dengan Sony ZV-E10, musuh utama kita bukan pasukan lawan, tapi bahang matahari Malaysia.
Minggu lepas, saya bawa “senjata” baru ke padang—JisuLife Foldable Fan. Jujurnya, saya ingatkan ia sekadar kipas tangan biasa, tapi selepas guna sendiri masa perlawanan bawah 12 tahun tempoh hari, saya rasa wajib kongsi kenapa gajet ini sangat life-changing.
Kenapa JisuLife Foldable Fan Jadi Pilihan Utama?
Bateri Yang Tak Reti Habis
Satu perlawanan bola selalunya makan masa sejam lebih. Kalau ada karnival, dari pagi sampai petang kita di padang. Dengan kapasiti 5000mAh, kipas JisuLife ni memang juara. Spefikasi pada kotak tulis boleh tahan sampai 19.5 jam, dan sepanjang saya guna, memang tak perlu risau cari powerbank. Skrin digital di tengah tu sangat membantu—senang nak tahu baki bateri.
Reka Bentuk “Foldable” & Lanyard
Masa tengah rakam video, tangan saya memang penuh. Sebelah pegang kamera, sebelah lagi pegang tripod. Di sinilah Lanyard Percuma tu jadi hero. Saya gantung saja di leher, halakan ke muka, dan tangan bebas buat kerja. Kalau masa rehat, saya lipat dan letak atas meja.
Angin Kuat (5-Speeds Strong Wind)
Ada 5 tahap kelajuan yang boleh dilaraskan mengikut tahap kepanasan padang. Walaupun anginnya padu, motornya tak bising sangat sampai mengganggu rakaman audio video saya.
Kesimpulan: Berbaloi Ke Beli?
JisuLife Handheld Fan Life7 5000mAh Foldable, ini adalah pelaburan paling berbaloi untuk keselesaan kita di tepi padang. Jangan biarkan cuaca panas buat kita hilang fokus pada bakat anak di padang!
Klik butang pembelian dibawah jika berminat untuk dapatkannya.
Leave a ReplyCancel reply