Karnival Bola Sepak piala ADUN Hulu Kelang.
Pada 20hb dan 21hb Ogos 2022 yang telah berlangsung Karnival Boa Sepak Piala ADUN Hulu Kelang di AU5D Lembah Lembah Keramat.
Sejumlah 40 pasukan telah menyertai Karnival Sukan Bolasepak Piala Adun Hulu Kelang bawah 8 tahun dan 12 tahun. Terdiri 24 pasukan untuk kategori bawah 12 tahun manakala 16 pasukan untuk kategori bawah 8 tahun.
Karnival ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Saari Sungib Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, turut bersama Puan Anfaal Saari Ahli Majlis MPAJ Zon 3, Tuan Mohamed Radziff Bin Hassan Ahli Jkp MPAJ Zon 1, Tuan Zafarull Bin Ismail Ahli Majlis JKP MPAJ Zon 2, Tuan A Yazid Bin Alias Ahli Jkp Mpaj Zon 4, dan Encik Arie Yudistira Ishaq, Jawatankuasa Pebs Dun Hulu Kelang.
Karnival ini dianjurkan oleh Kelab Bolasepak AU5’D Lembah Keramat yang diketuai oleh Encik Khushairi Aizad Jamalludin selaku Presiden kelab.
Anak saya Aslah telah mewakili kelab Black Eagle U12 bertanding kategeori dibawah 12 tahun. 2 pasukan iaitu Black Eagle Night dan Black Eagle Warrior telah dihantar. Kedua-dua pasukan berjaya mara tetapi terkandas diperingkat kalah mati dengan sepakan penalti walaupun menguasai permainan.
Pasukan NGC FA telah dinobat sebagai juara untuk kategori CUP bawah 12 tahun setelah berjaya menewaskan MH FC menerusi tendangan penalti 5-4, manakala pasukan AU5D Tiger berjaya muncul juara untuk kategori selepas menewaskan AU5D Cougar dengan jaringan 2-1 dalam. Adik Arif Aiman dari pasukan NGC FA telah dinobat sebagai pemain terbaik..
Manakala kategori CUP bawah 8 tahun telah dimenangi oleh pasukan AU5D Tiger setelah menewaskan NGC FA dengan jaringan 1-0. Pasukan KBRSA menjadi juara setelah menewaskan AU5D Wolf dengan jaringan 1-0 bagi. Adik Uwaisy daripada pasukan AU5D Tiger telah dinobat sebagai pemain terbaik.
Leave a ReplyCancel reply