• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / resepi / Resepi Taufufah untuk juadah berbuka puasa

Resepi Taufufah untuk juadah berbuka puasa

28th June 2015 by akubiomed 39 Comments

Taufufah untuk pemanis mulut dimakan bersama keluarga.

resepi taufufah lembut

Setiap kali menjelang bulan puasa ramadhan sudah menjadi kemestian untuk saya menyediakan taufufah untuk famili.

Belajar membuat taufufah kira-kira 3 tahun lalu. Tidak susah belajar resepi membuat taufufah lembut sebenarnya.  Tidak sangka ilmu resepi taufufah yang diperolehi memberi nikmat rasa dikalangan ahli keluarga saya.

Nikmat merasa taufufah air tangan babah.

Tidak dapat bayangkan rasa teruja apabila anak-anak akan meminta saya menyediakan air soya dan taufufah. Anak-anak suka sangat minum air soya dan makan taufufah yang dihasilkan oleh air tangan babahnya. Sebagai seorang bapa, tipulah tak tersentuh melihat gelagat anak-anak yang suka resepi air tangan babahnya.

Dibawa ini saya senaraikan bahan-bahan yang diperlukan resepi membuat taufufah.

  1. kacang soya 140gm
  2. gypsum* / GDL** 1/2 sudu teh
  3. air 1.2L
  4. Tepung jagung 2 sudu
  5. gula melaka 2 ketul
  6. daun pandan

Cara membuat taufufah

  1. Basuh dan rendam kacang soya selama 4-6 dengan air melebih paras kacang soya. Semasa merendamkan pastikan air tidak kering dan kalau kurang tambah.
  2. Selepas rendam kacang soya akan kembang dan boleh buang kulit. Tuskan air.
  3. Kisar kacang soya dengan air. Perah kacang soya yang dikisar dengan kain untuk mendapat air soya
  4. Masak air soya sehingga mendidik pada api sederhana pastikan selalu dikacau selalu bagi mengelakkan berkerak.
  5. Gypsum/ GDL dan tepung jagung boleh dibancuh bersama dengan air suam 100ml.
  6. Apabila air soya sudah mendidih. Tuang air soya bersama campuran Gypsum/GDL pada jarak tinggi ke dalam bekas.
  7. Buang buih-buih dipermukaan air soya tadi dan tutup penutup berbalut dengan kain.
  8. Taufufah akan terjadi selepas 1 jam.

Penyediaan sirap

Masak gula melaka dan air seperti membuat air gula.

Boleh dapatkan panduan aneka rasa taufufah disini  dan PERCUMA resepi cara membuat tauhu lembut dan keras dan Coconut shake>>aneka rasa taufufah<<

 

 

Nota:

Gypsum* – Calcium Sulfate Dihydrate boleh diperolehi dari kedai ubat tradisional Cina.

GDL**Glucono Delta Lacto boleh diperolehi daripada kedai kek

  • Hasil air Soya sendiri untuk juadah berbuka puasa.
  • Mudahnya membuat Taufufah dari rumah
  • Siri resepi untuk jualan bagi mereka yang bermula zero

Filed Under: resepi Tagged With: cara membuat taufufah, resepi membuat taufufah, resepi tau fu fah gdl, resepi taufufah, resepi taufufah lembut, taufufah, taufufah lembut, taufufah sedap

Reader Interactions

Comments

  1. permatamama says

    11th July 2015 at 12:55 am

    nampak macam mudah, terasa nak buat sendiri.tq

    Reply
  2. Mus says

    9th July 2015 at 8:44 am

    tak pernah try lagi resipi ni..

    Reply
  3. fyna says

    7th July 2015 at 3:26 pm

    boleh lah cuba nanti. ^_^

    Reply
  4. Ladybird says

    5th July 2015 at 12:03 pm

    Xpernh buat taufufah.. beli jerk… klu air soya pernah buat..

    Reply
    • akubiomed says

      8th July 2015 at 7:06 pm

      Daripada air soya boleh buat taufufa dan pucuk tauhu.

      Reply
  5. Sue says

    5th July 2015 at 3:16 am

    Dah lebih 2 minggu puasa, tapi tak berkesempatan lagi nak makan taufufah. Padahal faveret ni. Huhuuu

    Btw tuan biomed, rendam kacang soya tu 4-6 jam ke?

    Reply
    • akubiomed says

      8th July 2015 at 7:06 pm

      Ya rendam diantara 4-6 jam sahaja sudah memadai.

      Reply
  6. suri says

    4th July 2015 at 12:44 pm

    tak reti nak makan..mudah kata tak pernah merasa menu ni alahai kalau minum soya laju jer hii..

    Reply
    • akubiomed says

      8th July 2015 at 7:07 pm

      Kalau buat air soya lagi senang. 🙂

      Reply
  7. Hafiz Rahim says

    4th July 2015 at 9:35 am

    hoho.. buat macam ni rupanya. Serius baru tahu.

    Reply
  8. myliferia says

    4th July 2015 at 6:58 am

    Takdelah teruk sangat nak buat taufufah ni yer.

    Dah lama teringin nak pekena taufufah dan air soya.

    Teringat plak kat arwah ayah yang selalu buat air soya masa kitaorang kecil-kecil dulu. Memang sedap sangat, pekat dan lemak berkrim.

    Reply
    • akubiomed says

      8th July 2015 at 7:08 pm

      Nak buat tidak susah tetapi kalau guna GDL ini perlu teliti. Kalau terlebih soya akan terasa masam. Kalau guna Gypsum memang tidak ada masalah mesti jadi.

      Reply
  9. akma says

    3rd July 2015 at 1:12 pm

    yang ni air gula dia warna putih ada yang warna hitam tu macam mane ?

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2015 at 7:01 pm

      Terpulang nak buat sirap mengunakan gula pasir atau gula Melaka. Penyediaan sirap ini sama seperti membuat air gula.

      Lebih sedap makan taufufah dengan sirap gula Melaka.

      Reply
  10. emalin mohd says

    2nd July 2015 at 10:43 pm

    Apa beza rasa kalau guna GDL dengan gypsum tu?

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2015 at 11:16 pm

      GDL ini diperbuat dari buah dan mana kala Gypsum dikatakan antara bahan plaster rumah.

      Adalah lebih selamat mengunakan GDL berbanding Gypsum akan memberikan kesan kesihatan jangka masa panjang kepada buah pinggang.

      Reply
  11. rika says

    2nd July 2015 at 10:41 pm

    Nice info. Boleh try lepas ni buat kt rumah. Tak berapa gemar kalau terlalu manis sangat.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2015 at 11:03 pm

      Boleh cuba buat taufufah ini dirumah. Mengenai gula boleh kurangkan.

      Reply
  12. nila anggraini says

    2nd July 2015 at 11:35 am

    taufufah ni memang kesukaan kanak-kanak di rumah, kalau dapat nak makan masa panas-panas tu memang supers….terima kasih bagi resepi admin. Lain kali sya boleh buat untuk anak-anak dirumah pasti mereka suka.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2015 at 5:28 pm

      Resepi Taufufah ini banyak dikongsikan di internet. Cubalah buat sebab lebih sedap, berkhasiat dan tidak mengandungi bahan larangan.

      Reply
  13. su says

    2nd July 2015 at 9:34 am

    alamak terkomen via fb plak tadi

    Reply
  14. akak vitamin says

    2nd July 2015 at 9:00 am

    masa berpantang, sehari sebekas taufufah.. bayangkan nak dekat 40 bekas terkumpul. hehe. aduh kalaulah tahu lebih awal buat taufufah kan best.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2015 at 5:28 pm

      Boleh buat untuk makan famili. Tentu mereka suka.

      Reply
  15. Atie Hilmi says

    2nd July 2015 at 1:34 am

    baru tadi dapat merasa.. tapi sedikit hampa.. huu~ kurang lembut tauhunya.. plan nak buat sendiri nanti.. mujur jumpa resepi.. hee~

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2015 at 5:29 pm

      Yang ini lembut. Nak beri keras sedikit boleh ditambah tepung jagung.

      Reply
  16. Suriya says

    1st July 2015 at 11:31 pm

    oh tak susah mana rupanya. tunggu free nanti bolehlah nak cuba. mana tahu boleh lawan yang param punya.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2015 at 5:30 pm

      Boleh cuba di buat untuk famili rasa.

      Reply
  17. maza says

    1st July 2015 at 12:25 pm

    Aduh.. duh.. duh.. terasa pula melekat di tekak ini.

    nak kena cari kat PARAM ni.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2015 at 5:30 pm

      Harap Maza dapat bertahan sehingga berbuka.

      Reply
  18. farzli says

    30th June 2015 at 6:38 pm

    adik2 aku minat giler ngan makanan ni..

    aku je x, manis sangaattt.. kena try buat kot

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2015 at 5:31 pm

      Ya, manis air gula atau gula Melaka. Nak sedap didalam air gula letak halia sebesar ibu jari.

      Reply
  19. Raihanah Ahmad says

    29th June 2015 at 1:21 pm

    alamak sedapnya.. nak buat malas pulak. hahah

    Reply
    • akubiomed says

      29th June 2015 at 11:08 pm

      Cubalah buat. Baru tahu jadi atau tak jadi. 🙂

      Reply
  20. Ani Haryani says

    29th June 2015 at 9:00 am

    Tau fu fah memang sedap makan, terbayang lembut dan sedapnya 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      29th June 2015 at 11:09 pm

      Serius sedap. Lagilah kalau buat sendiri tidak ada campur bahan-bahan asing.

      Reply
  21. raz says

    28th June 2015 at 11:18 pm

    hmmmm rase mcm x susah sgt.. sy pernah beli kat bazaar.. x sedap, knape ntah

    Reply
    • akubiomed says

      29th June 2015 at 11:09 pm

      Cubalah buat sendiri tentu puas hati.

      Reply
  22. titan says

    28th June 2015 at 3:47 pm

    lama gak tak merasa taufufah nih.

    kena cari bahan dulu la.

    Reply
    • akubiomed says

      29th June 2015 at 11:10 pm

      Bahannya pun mudah untuk dicari.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in