• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Project di hari Valentine Day

Project di hari Valentine Day

14th February 2011 by akubiomed 69 Comments

Project di hari Valentine day ditunggu.

14hb Febuari 2011 hari yang dikatakan  Hari Sambutan Kekasih memang sesuai untuk buat project di hari Valentine Day. Mengapa hari lain tidak boleh projek? dan bersebab aku memilih 14hb Feb yang jatuh pada hari Isnin dan hari berikutnya adalah sambutan Maulidur Rasul sempena hari keputeraan Nabi  Muhmmad SAW. Aku mengambil cuti pada 14hb Feb memang sesuai untuk membuat projek di hari Valentine.

Projek ini sudah dirancang sejak tahun lepas tetapi tertangguh kerana kekangan masa dan baby Aslah pun masih kecil lagi. Sekarang ini baby Aslah sudah masuk 3 bulan adalah masa yang sesuai untuk aku buat projek. Orang tua pun menyokong projek yang  bakal aku hendak laksanakan.

Project di hari Valentine yang aku maksudkan adalah projek bertukang kayu untuk membuat rak kasut bagi menganti rak kasut yang sudah uzur. Bahan-bahan kayu terpakai aku ambil dirumah orang tuaku di Bangi. Aku memang suka kerja tukangan kayu jika mempunyai kelapangan pasti aku akan bertukang.

Ini adalah projek pertama tukangan kayu untuk tahun 2011 bagi menganti rak kasut yang usang. Dahulu aku beli rak kasut tapi papannya jenis serbuk kayu dan bila terkena air akan kembang dan meremput. Ada beberapa bahan dari rak kasut yang usang masih boleh digunakan seperti lubang angin untuk daun pintu masih didalam keadaan baik cuma perlu dibuat semula bingkai tersebut.

valentine day dengan buat rak kasut

Proses kerja membuat rak kasut

  • Memotong kayu mengikut ukuran yang ditetapkan
  • Membuat rangka rak kasut
  • Memasang dinding rak
  • Membuat bingkai daun pintu
  • Memasang bingkai daun pintu
  • Memasang para
  • Sambutan Hari Lahir abang Ngah dan Baby Aslah
  • Sambutan Hari Bapa dengan projek Hari Minggu
  • Aeon Rawang tempat famili berjimba-jimba

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Zurainny Ismail says

    15th August 2017 at 4:41 pm

    Klik sana sini, tjumpa post ni. Laa….rupanya akubiomed ni suka bertukang. Patut la blh terfikir buat rak kasut pvc. Baru ku tau… Bagus tu, teruskan ya. 😀

    Reply
  2. Ladfe Amir says

    27th February 2011 at 1:31 am

    bab2 tukang menukang ni memang aku fail. kadang2..keje2 pertukangan n repair2 ni ,wife aku yg sibuk2 buat bila aku tak berkesempatan utk buat.

    satu lg, aku kurang sabar bila part menukang ni.

    Reply
  3. ejoncb says

    18th February 2011 at 10:54 pm

    Amboih Bro…hehehe…best tu dapat bertukang sendiri…puas ati kan..hehe..jimat wang jugak!

    Reply
    • akubiomed says

      19th February 2011 at 12:19 am

      Rak kasut lama pun dah uzur dan kayu terpakai pula mudah cari apa lagi buat rak kasut barulah 🙂

      Reply
  4. Zezebel says

    18th February 2011 at 9:08 pm

    hehe..ok la tu, lebih puas hati dengan hasil tangan sendiri kan?

    Reply
    • akubiomed says

      19th February 2011 at 12:02 am

      Walaupun penat sehari suntuk mengerjakan tapi puas hati dengan hasil tangan sendiri

      Reply
  5. madlut says

    18th February 2011 at 4:26 pm

    hahaha, keyword panas “projek di hari valentine” nie…

    Reply
    • akubiomed says

      19th February 2011 at 12:02 am

      Jangan marah yer bro, harap enjoy baca entri di blog ini

      Reply
  6. hafizmd says

    17th February 2011 at 3:02 pm

    Cantiklah bro…menjimatkan dan lebih besar ruang yang baru…pasti lebih puas hati..

    Bab anak2 kacau tu..mmg biasa sangatlah…hiiii

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2011 at 12:04 am

      Memang puas hati dengan hasil tangan sendiri dan perancangan masa akan datang ingin perkemaskan hasil tukangan

      Reply
  7. Amirez says

    16th February 2011 at 11:36 pm

    seronok bila dapat buat sesuatu dengan usaha sendiri.
    kat rumah pun ada rak kasut lama…ingat nak repair jugalah.
    ambik semangat dari sini hehe

    Reply
    • akubiomed says

      19th February 2011 at 12:01 am

      Barang kayu lama jangan dibuang kerana ia boleh dibaiki dan nampak antik

      Reply
  8. suri says

    16th February 2011 at 1:38 pm

    rak kasut suri d beli d kedai huu…

    rajin bertukang pasni blh bukak kedai tukang hee..

    jimat cam ni bro 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th February 2011 at 12:01 am

      Ikutkan isteri suruh beli tapi fikir-fikir balik apa salah bina sendiri rak kasut sendiri

      Reply
  9. samdaddycool says

    16th February 2011 at 9:29 am

    bagus tu bertukang. Aku memang dah berzaman tak bertukang.. asyik sibuk menda lain je. Mana tau, akubiomed jadi cam ikea plak nanti

    Reply
    • akubiomed says

      19th February 2011 at 12:00 am

      Wow, kalau ada modal memang menjadi bro 🙂

      Reply
  10. luthfi says

    15th February 2011 at 11:42 pm

    rajen ah. kalu tak baca sampai abes mesti pk benda lain dah hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2011 at 11:59 pm

      Tuh lar pasal, terima kasih sudi membaca entri ini

      Reply
  11. cikgufaezah says

    15th February 2011 at 10:49 pm

    hehe. bagus nih..bagus..dah lama tak bertukang. last bila betulkan almari dulu.

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 11:13 pm

      Baiki almari! apa yang rosak?

      Reply
  12. tehr says

    15th February 2011 at 10:42 pm

    aku pun dah lama tak bertukang ni
    last hari tu baiki paip kat sinki

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 11:13 pm

      Sudah kira jimat dengan membaiki sendiri

      Reply
  13. Anip says

    15th February 2011 at 9:06 pm

    ingatkan buat projek ape la,, huhu. rak kasut upenyer…

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 9:45 pm

      Ya lah bro dah lama rak kasut saya nak roboh tunggu masa

      Reply
  14. notdas says

    15th February 2011 at 6:40 pm

    tajuknye tah hape2 la kan…tp cool buat rack kasut ^v^

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 9:45 pm

      Dari melayan isu sumbang mahram yang menyebabkan sakit hati lebih baik bertukang dapat menghasilkan sesuatu yang berguna

      Reply
  15. Bawang Goreng says

    15th February 2011 at 2:36 pm

    Ha ha… again, entry with catchy subject! Good one!

    Boleh buka kedai repair perabot nih, cari duit lebih bro!

    New entry : Tips menjadi ayah yang hebat

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 9:43 pm

      Hmm..hobi bertukang kayu sekadar memenuhi masa lapang dan banyak lagi yang perlu di mahir terutama kekemasan

      Reply
  16. Mus says

    15th February 2011 at 1:09 pm

    projek yang cukup mendatangkan faedah..

    Reply
  17. decrewz says

    15th February 2011 at 12:18 pm

    Yang ni beli p[asang ke beli kayu je..?

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 12:40 pm

      Saya buat dari kayu terbuang kalau berli harga kayu memang mahal terutama jenis yang kualiti baik

      Reply
  18. MDHAFiZ.NET says

    15th February 2011 at 12:14 pm

    terjah selepas habis perarakan maulid nabi…
    letih bro.. tp best…
    🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 12:38 pm

      Terima kasih, didalam kepenatan selepas berarak sempena Maulidur Rasul sudi kujung disini.

      Hadiri Maulidur Rasul diperingkat mana?

      Reply
  19. pipoq says

    15th February 2011 at 11:59 am

    boleh bukak kedai pertukangan ni..heheh..aku pun suka gak pertukangan ni..kalo bab nak repair merepair rumah memang cuba buat sendiri je..tu sebab wifey aku jatuh cinta ngan aku..memasak boleh, bertukang boleh, serba boleh la..hehehe..

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 12:21 pm

      Menarik-menarik tidak boleh cari makan kalau macam ni 🙂

      Reply
  20. megat says

    15th February 2011 at 10:28 am

    cubaan katakunci menarik! projek di hati valentine. haha.

    bagus! aku juga suka bertukang tapi dah lama tidak buat projek macam tu. yang terakhir, bikin tandas, ruang dapur dan tambah satu bilik tidur kat rumah mertua.

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 12:20 pm

      Lagi hebat kemahiran bro. Saya ada cuba tapi tidak menjadi kerana senget jadinya kalau tentang plaster dinding asyik tak lekat sahaja 🙂

      Reply
  21. Nadri says

    15th February 2011 at 9:19 am

    amalan ini patut jadi contoh pada yang lain..jgn terus buang…

    Reply
  22. ciksembang says

    15th February 2011 at 7:35 am

    bro ni spt suami sy..selagi benda boleh pakai mesti nak repair atau buat sendiri walaupun kdg2 tak ada masa. anak2 semua dah cop, bila benda rosak je, takpe2 papa boleh repair. Mmg bagus dan jimat. Ajak anak join sekali let them be part of the job.
    Tutorial membuat backup database wordpress

    Reply
  23. Zik says

    15th February 2011 at 7:22 am

    gunakan apa yang ada… jimat2…. selagi boleh..

    Reply
  24. adele says

    15th February 2011 at 7:18 am

    wah, buat rak sendiri je..bagus bro. gunakan bahan di sekeliling semaksima mungkin 😉

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 12:12 pm

      Kutip kayu binaan terbuang jadi saya jadikan rak kasut

      Reply
  25. Fitrihadi says

    15th February 2011 at 3:14 am

    woo pandai bro bertukang.. kalau aku memang fail sket hehe

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 12:11 pm

      Bolehlah sikit-sikit cuma belum kemas dengan Tun Mahathir bekas mantan Perdana Menteri mempunyai minat mengukir kayu

      Reply
  26. yoy says

    15th February 2011 at 2:57 am

    haha..ngat proyek ape le..bole tempah ni..

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 12:09 pm

      Haa…haa..terima kasih bro

      Reply
  27. Ezany-Kun says

    15th February 2011 at 1:54 am

    bro sama la macam ayah sy.. selagi boleh guna mmg takkan buang.. baiki jer.. dapat jugak berjimat..

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 11:53 am

      Saya mungkin mewarisi minat sama dengan ayah saya memang suka bertukang 🙂

      Reply
  28. aimannajmy says

    15th February 2011 at 1:47 am

    hoho tajuk entri sungguh double meaning…dah lama tak bertukang..last masa sekolah menengh kot huhu! time KHB

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 11:48 am

      Beruntung bro ada Seni Perusahan ketika zaman sekolah menengah dahulu saya tidak berkesempatan kerana berpindah sekolah dan sekolah itu tidak ada subjek Seni Perusahan tetapi Sains Pertanian kalau tahu dahulu ambil Sains Rumah Tangga lagi baik silap haribulan boleh jadi Chef 🙂

      Reply
  29. Fahmi Raazali says

    15th February 2011 at 1:46 am

    dah lama tak buat projek DIY nie… hehe… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 11:34 am

      Bila hendak kembali buat projek DIY?

      Reply
  30. tengkorak emas says

    15th February 2011 at 1:26 am

    kalau disyelek semula lagi nampak bergaya bro 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 10:24 am

      Memang perancangan sapu Syelek

      Reply
  31. maza says

    15th February 2011 at 12:57 am

    selamat bercuti dan selamat bertukang gitew…

    psst; kalau cun melecun hasilnya itu, volleh jual kat pasar tani.. ahaks… lantun jangan tak lantun… hahahha

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 9:54 am

      Terima kasih, Maza. Nak jual dekat Pasar Tani tak laku kot 🙂

      Reply
  32. Ieda Al-Habsyi says

    15th February 2011 at 12:02 am

    ingatkan projek ape tadi,hehehhehe! bagus2 buat sendirian berhad 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2011 at 9:49 am

      Ini projek baik dari projek tut 🙂

      Reply
  33. zool says

    14th February 2011 at 11:51 pm

    boleh buat meniaga ni

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2011 at 11:53 pm

      Buat meniaga jauh sekali, sekadar projek suka-suka sahaja bagi mengisi masa lapang

      Reply
  34. suffer8zine says

    14th February 2011 at 11:42 pm

    wahhh aktiviti sihat ni 😛

    Terkini : Utusan Rasmi Dari Devilzc0de

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2011 at 11:54 pm

      Memang pun dapat keluar peluh dan dapat mengasah pemikiran kreatif

      Reply
  35. Sabahan Bloggers Club says

    14th February 2011 at 11:21 pm

    Hahahahahaha….
    Beli yang dah siap jer skrg semua. Tak habis dalam RM30 untuk rak kasut….. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2011 at 11:25 pm

      Memang betul murah tapi tidak bertutup dan dari jenis jenis kayu serbuk yang di compress. Rak kasut yang saya buat ini adalah customize mempunyai ruang kasut yang agak luas

      Reply
  36. anif says

    14th February 2011 at 11:04 pm

    Wahaha.. Projek DIY yang menarik! Terisi cuti tu dengan melakukan perkara yang bermakna 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2011 at 11:26 pm

      Dapat keluar peluh dengan bertukang cuma agak terganggu anak-anak mengacau semasa kerja-kerja tukangan

      Reply
  37. saiful says

    14th February 2011 at 11:01 pm

    Rajin bro bertukang.Mmg bagus buat sendiri,bleh jimatkan duit dari beli yg baru.

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2011 at 11:27 pm

      Kayu pun pakai kayu terpakai dan paku adalah lebihan projek sebelum ini

      Reply
      • PakarBuahPinggang says

        19th February 2011 at 4:21 pm

        Salam bro,

        Tak sangka pulak bro pandai bertukang ye.Cantik dan kemas juga rak kasut di atas.

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Servis karburator mesin rumput sandang

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in