Practyl cordless screwdriver yang praktikal dan ringan.
Gajet Pracyl cordless screwdriver telah terpilih untuk reviu kali ini.
Practyl cordless screwdriver yang ringan dan mudah digunakan. Masa dahulu saya gunakan mesin drill elektrik untuk pasang skru.
Akibat mengunakan mesin drill elektrik untuk pasang skru, susah nak kawal kelajuan pusing menyebabkan rosak kepala skru.
Satu lagi mesin drill elektrik ini berat dan perlu mengunakan extension wire kalau wayar tak cukup panjang. Kurang menyenangkan.
Kemudian saya membeli handrill mengunakan bateri tetapi berat tetap ada dan ketahanan bateri tidak lama.
Salah satu puncanya adalah bateri Nikel Cadmium sememangnya berat dan selalu ada masalah sindrom ‘dead memory’.
Dead memory ini bermaksud bateri cepat penuh caj tetapi sebenarnya tidak caj kapasati penuh.
Sekarang ini teknologi bateri berubah sangat pantas sepert Li Ion yang digunakan pada Smartphone lebih ringan dan mempunyai ketahanan pengunaan lebih lama.
Ciri-ciri Practyl cordless screw driver.
Practyl cordless screwdriver dengan 11 bit screw driver.
Suis dwi pusingan ikut arah jam dan lawan jam.
rubber grip yang lembut dan ergonomik dapat dipegang dengan kemas.
Magnet tip mudah untuk memasang bit skru.
suis lampu LED.
lampu LED.
Practyl cordless screw driver dikuasakan 3.6V.
Practyl cordless scredriver dengan 11 bit skru set.
Battery charger.
Battery Charger 5V, 250mA.
Dah guna Practyl cordless screwdriver untuk pasang skru para kayu.
Video Practyl cordless screwdriver.
Kesimpulan mengenai Practyl cordless screwdriver.
Pada mulanya saya agak pelik bateri Practyl cordless screwdriver ini terbina dalam dan tidak boleh ditanggalkan.
Apabila saya bandingkan jenama lain pun sama ada bateri terbina dalam.
Practyl ini tidak mempunyai set kelajuan tetapi 2.6 Nm Torque boleh dirasakan berkuasa.
Apa yang saya suka adalah saiznya yang kecil dan pasang bit skru pun mudah kerana mengunakan kuasa magnet.
Cara memanjangkan hayat bateri adalah dengan mengunakan cordlesss screwdriver ini sehingga habis bateri dan barulah caj penuh selama 5 jam.
Harganya yang mampu milik Practyl cordless screwdriver RM39.90.
Spefikasi Practyl model KS301A-1036CD cordless screwdriver keluaran Adeo Services dari Perancis.
- Voltan 3.6V
- Kelajuan pusingan 180/min
- Bateri Nikel Cadmium
- Kapasiti bateri 600mAh
pun dalam wishlist..nak bagi senang keje. takde dah nak kena ketuk-ketuk buat lubang dulu..just drill jer
okay boleh minta bro biomed belanja sebuah
hahaha
Ehem Ehem. 🙂
Waa murah saja RM40. Hari tu saya ada cuba guna kawan saya punya cordless screwdriver. Tak pasti lah nak habis bateri mungkin. Tapi rasa seperti putaran dia slow sangat.
Mungkin bateri dah lemah kot. Practyl Cordless Screwdriver pun tidak laju tetapi kuasa Torquenya kuat.
Memadai untuk pasang dan buka skru.
Saya suka peralatan sekarang yg lebih berkuasa, ringan dan berguna. Yang saya tak suka pula, baterinya mempunyai jangkahayat tertentu. Sampai suatu ketika, bila bateri rosak, seluruhnya terpaksa dibuang. Tak ada spare part. Kalau jarang guna pun boleh menyebabkan jangka hayat bateri menjadi pendek.
PRACTYL cordless screwdriver, saya tak bimbang mengenai bateri sebab saya boleh modi dengan upgrade bateri baru.
Saya boleh tukar sendiri bateri secara DIY.
Tiada masalah kalau bateri kemudian hari dah perlu tukar.
Kalau ringan macam ni, orang perempuan pun senang guna. Mana tau suri rumah nak tunggu suami balik kerja lambat, guna je la alat ni. Boleh buat iklan kat tv tak idea saya?
Tidak susah nak digunakan. Tinggal berani atau tidak sahaja lagi. 🙂