Diselamatkan oleh skuad Hijau.
Kisah malang ini berlaku pada aku dan sahabat pada 26hb Jan 2011 yang lalu. Sudah lama aku peram entri walaupun ada niat untuk menulisnya tapi ada sahaja entri lain yang mendahuluinya. Harap-harap aku masih ingat peristiwa di selamatkan oleh skuad Hijau. Jangan pula ingat aku dan kawan aku di jadikan tebusan atau terlibat kemalangan, minta dijauhkan.
Peristiwa diselamatkan oleh skuad Hijau berlaku ketika aku menemani kawan mengambil barang di Cheras. Pada mula kami tidak bercadang ke Cheras tapi perancangan berubah selepas kawan aku selesai urusan dipejabat POS lalu mengajak menemaninya ke Cheras.
Kami bertolak dari Kota Damansara melalui leburaya Sprint masing-masing tidak biasa destinasi bakal yang di tuju walaupun mempunyai peta lakaran lokasi. Aku janganlah harap kerana aku bergantung penuh kepada GPS yang ada pada telefon bimbit Nokia 5800 MusicXpress. Destinasi yang kami hendak dituju adalah terletak di jalan Lombong di Cheras.
Tika aku dan kawan aku sedang rancak bersembang didalam kereta dan ketika itu kami di melalui lebuhraya Sprint, tiba-tiba kereta Proton Waja yang dipandu oleh kawan aku hilang kuasa. Kereta kami betul-betul berhenti selepas selekoh iaitu sebelum pintu masuk terowong lebuhraya Sprint.
Puas kawan aku cuba hidupkan enjin kereta tapi malangnya enjin tidak juga berjaya dihidupkan. Lampu hazad dipasang dan aku mula keluar dari kereta cuba menarik perhatian kenderaan seperti kereta dan motorsikal supaya sedar akan kereta kami naiki rosak. Aku membuka jaket hitam sambil mengibas ala matador memberi amaran kerana kereta rosak betul-betul diselekoh dan sangat bahaya kepada kenderaan melalui selekoh kerana ada titik buta(blind spot).
Tidak lama kemudian kerosakan kereta yang kami naiki disedari oleh skuad Hijau atau skuad bermotorsikal lebuhraya Sprint mula menghampiri kami dengan bertanyakan masalah kami. Selepas itu tugas aku ala matador mengawal trafik telah di ambil alih oleh peronda lebuhraya Sprint.
Kami dapati jarum penada minyak di atas huruf E tetapi kami tidak pasti sama ia adalah bacaan betul dan beranggapan minyak masih berbaki. Sejurus tidak lama van penunda lebuhraya Sprint sampai dan menunda kenderaan kami ke tempat yang lebih selamat. Memendekkan cerita kereta yang dinaiki kami hilang kuasa berpunca kehabisan minyak dan meter penanda minyak rosak menunjukkan minyak masih berbaki.
p/s: aku ingin mengucapkan terima kasih kepada skuad Hijau atau peronda lebuhraya Sprint kerana menunda kereta ke tempat yang lebih selamat sementara menanti bantuan tiba
Syukur pada Allah, masih diperkenankan selamat sampai tujuan.
Syukur, kebimbang tetap ada kerana kereta rosak betul-betul di selekoh highway
Saya pun pernah kena tapi cuma dijalan biasa. Sejak tu tak de la nak percaya sangat pada meter minyak. Lebih banyak gunakan gerak hati. Pernah sekali, ingatkan minyak dah habis, saya isi la penuh-penuh sampai menyembur minyak kena kat baju, hehehe
habis minyak rupanya…..hahaha..
kesian kesian… 🙂
co ba aann… 🙂
Sudah ditakdir kereta tersebut kehabisan minyak
Kalau setakat B melambai tentu ramai berhenti ha..ha…
Ada time kite tak sangka benda ne tak kan berlaku kat kite ,namun kadang-kadang terkena juga ,naseb skued hijau ada
saya lagi nebes kalau kete rosak kt selekoh lepas tu sorang2. huhuhuuhuhuh.
huhu, sempat lagi tu amek gambar. Hehe..
He..hee..bukti kereta memang rosak
aku pernah kena macam ni tapi nasib baik masa tu Motor, boleh gak sorong sampai pam minyak
Saya dulu kena tolak motor besau Kawasaki ZZR 250cc menangkap pinggang 🙂
skuad hijau dan waja terbaik!
Errr nasib baik ada skuad hijau. aku pernah keta rosak kat jalan pi gunung malam-malam, berjam-jam tak sape mahu tolong beb. Mana le depa berani.. kawasan cam tu..
Ye lah macam-macam prasangka akan hadir walaupun sebenarnya kenderaan memang sebenarnya rosak
betul tu bro..
pukul 3 pagi.. time aku dah give-up nak tahan keta mintak tolong. Plan mahu tido dah dalam keta, tiba-tiba ada van berhenti depan keta aku. Keluar dari van ramai lak tu dan badan tegap2.. aku lak yang TAKUT!
Nasib baik depa baik dan tolong aku kasi baik keta. Tapi sampai skrg tak leh lupa bro.
ada yg sudi Alhamdulillh..tapi klu org jahat yg ada niat lagi sush juga kan bro..
skrg cam2 blh berlaku…huu
Kalau yang ada ikhlas hendak menolong tidak apa jangan jadi mangsa
Meter minyak rosak? Nasib baik kat highway.. Kalo tgh2 bandar ada sesetengah org suka bising kata x reti isi minyak.. Biasalah tu, manusia, spekulasi macam2.. 🙂
Kalau situasi kena maki memang memalukan
walaupun skuad hijau ada, Zida tetap tak berani lagi nak pegang stereng kete. Huhuhu
Perlu juga belajar memandu suatu hari. Isteri saya pun dahulu takut hendak berlajar memandu tetapi akhirnya sudah ada lesen motorsikal dan kereta
aduhaii….
maza pernah kena perkara yg hampir sama.. tapi di persimpangan lampu isyarat di jalan Gasing..
betul2 mati kat situ dan nasib baik maza sempat melorong kereta itu ketepi tatkala ia kehilangan tenaga… huhuhu
apa lagi, pergi ke shell yg berdekatan sejauh lebih kurang 500 meter dari tempat kejadian.. dengan selambanya menuang kembali minyak yg dibeli tadi dari botol 1.5L air gas. hahaha
Nasib baik ada stesen minyak berdekatan tapi kalau berjalan kaki waktu matahri tegak atas kepala memang menguji kesabaran.:-)
baguslah ada skuad hijau tu..kn menarik klau kita dikeliling org mcm skuad hijau tu..hehehe
Sebagai pengguna lebuhraya kita mengharapkan tindak balas pantas dari pasukan bantuan lebuhraya
Naseb tu,kadang-kadang problem macam ne boleh jadi kes accident ‘minta simpang’,namun alhamdullilah bro selamat ..
Syukur Alhamdulillah tidak ada perkara yang diingini yang berlaku ke atas kami
dah lama tak terjah sini…gara-gara blog ini kena block oleh opis..huhuhu
Terima kasih Ema kerana sudi terjah blog ini 🙂
agaknya cable meter minyak tu jem kot.. itu yg jadi mcm tu..hehe betul ke ni..org pompuan tak reti sgt
Idea Kreatif
Saya pun tidak pasti mungkin pelampung minyak ada masalah atau meter perlu dilaras semula dengak kedudukan pelampung minyak
huh~ penanda aras tak tepat, huhu. susah kn kalau nk bajet minyak kalau penanda aras bt hal, sbb fokus kt situ je..
Betul, memang susah hendak bajet perbelanjaan minyak kalau meter minyak ada masalah. Saya ada kawan nombor dail telefon bimbit sudah hilang tapi dia masih boleh mendail nombor telefon dan menaip sms 🙂
erm… waja tu meter dia analog ke… sekarang ni meter byk yg digital…
aku sendiri pun bila naik kereta yg meter analog xbape nak biasa sbb dah biasa dgn meter digital 😀
Model Proton Waja yang kami gunakan adalah jenis meter analog
skuad hijau?
macam warna kuning je. hehe.
ps: bahaya kalau meter minyak tu rosak. hehe
Hee…hee..kali ini tidak ada skuad koning tapi diselamatkan skuad hijau 🙂
setakat nie masih belum lagi terjadi macam tuh.. tapi memang takut juga , kalau minyak habis… sebab meter kadang-kadang tak betul… so kena check secara manual.. huhu..
Kalau motorsikal boleh lah periksa minyak kalau kereta macamana 🙂
mau kena amik kursus bljar baiki kete plk huu.. 😉
He..hee..tidak perlu kot
mlm jumaat di butanya kete rosak tgah jln takut gak..tau2 ada kubur kt stu..erk..
Fasal cerita Malam Jumaat ada seorang kawan India join kami sembang cerita hantu. Dia menjadi pendengar setia tak kala sahabat saya bercerita. Tiba-tiba dia bersuara ajak kawan balik bilik tidur dan kami semua terpingga-pingaa memandang antara satu sama lain. Rupanya dia sudah tidak tahan mengantuk tetapi takut untuk tidur sorang-sorang dibilik ajak kawan teman. Apa lagi kami bantai gelakkan dia 🙂
syabas pada petugas peronda lebuhraya yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab tu..
kekadang kita tak tau pun apa fungsi sebenar diorang tu..tapi bila jadi kejadian camni baru la kita dapat tau dan menghargai tugasan yang diorang lakukan tu..
Skuad bermotosikal peronda Sprint membantu memberi amaran trafik mengenai kerosakan kereta kami sehingga Van penunda lebuhraya Sprint hadir
ingat askar yg nolongnya tadi heee…
pengalaman tu mmg berberkas bro.. di bantu olh mereka..klu nak harap org lalu lalang tak tentu lagi..mungkin smpi mlm agaknya bru dpt bantu dari org awam…
klu ada sdara yang bantu ok gak huu..
p/s:skrg keadaan kerta tu dah ok ker?
Rasanya kalau ada kenderaan lain cuba tolong akan turut mendapat risiko kepada mereka kerana kenderaan kami rosak diselekoh
tabik pada skuad hijau!
tapi highway sprint jarang guna hehe
Syabas kepada kepada skuad peronda lebuhraya Sprint kerana bertindak pantas
aku pengguna Waja..
kena beringat jugak ni..
kat sini mana ada skuad hijau..
Ya lah bro Mus. Kawan saya yang guna Proton Waja sentiasa memastikan minyak petrol penuh
fuhhh kalau nak jadi tu mmg x boleh dijangka kan, mujur la ade penyelamat
Terkini : Pesta Kaut Beras Di Highway
Betul bro, kami bimbang kenderaan kami dilanggar kenderaan lain kerana kereta rosak di selekoh
hero datang tepat pada masanya..
Kebetulan skuad bermotosikal peronda lebuh raya pantas memberi bantuan
wah terbaek gak service skuad hijau tu hehe syukurlah takde apa-apa yang terjadi..
Alhamdulillah, kenderaan kami telah ditunda ke tempat selamat oleh Van peronda Sprint
kesilapan yang kecil tetapi kesusahan yang agak besar
hehe
Memang sudah nasib kami ia berlaku kepada kami
ingatkan skuad hijau tu power rangers ke hape ke hehe.. saya pun pakai waja..masalah standard waja ialah power window..salu sngat jam..dah 3 kali tukar
Saya bayangkan mereka anggota DASH Ultraman sebab pakai topi keledar
gaban tak der ker..yang berkepala nyamuk tu heee
Gaban sudah terlalu tua untuk bantu 🙂
hiii tora lah plk heee
herm nanti bro boleh tukar ke bmw pulak eh….
BMW teringin juga tapi lupakan sahaja hasrat tersebut 🙂
Memang masalah biasa untuk kereta proton waja….
Jangan lupa isi minyak selalu…. 😉
Memang tidak sangka berlaku kerana kereta Proton Waja baru sahaja diperbaiki ingatkan pam minyak ada masalah rupanya penanda aras minyak tidak tepat
Kalau saya mesti biasanya isi penuh minyak, terutama kalau baru lepas keluar bengkel. Sebab selalu masuk lebuhraya kan, manatau habis minyak kat tempat yang takde orang.., matilah…. 🙂
Itulah kesilapan yang kami tidak sedari memastikan minyak didalam keadaan penuh
Meter minyak rosak? Boleh terjadi pada sesiapa sahaja.. Mujur ada yang membantu.
Masalah teknikal sebegini boleh berlaku kepada siapa sahaja yang merisaukan keselematan kami dan pengguna lain kerana kereta rosak di selekoh iaitu penglihatan blindspot kepada kenderaan lain