• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Pembukaan sekolah dan sambutan tahun baru 2014

Pembukaan sekolah dan sambutan tahun baru 2014

2nd January 2014 by akubiomed 33 Comments

Sambutan tahun baru 2014 di i-city dan pembukaan sekolah

Bagaimana sambutan tahun baru 2014 rakan blogger? Bagi yang anak mula bersekolah tentu sibuk hari pertama pembukaan sekolah 2014. Agak lambat menulis entri pertama untuk tahun 2014 ini. Walaupun sudah ada perancangan untuk menulis sebagai manusia saya mampu merancang dan tuhan yang menentukan.

Cabaran peningkatan kos sara hidup sudah dijangka 2014

2hb Januari 2014 adik beradik sudah mula bersekolah dan saya percaya rakan blogger yang mempunyai anak bersekolah turut sibuk mengurus persekolahan anak masing-masing. Bagi yang anak mereka orientasi tahun 1 atau tingkatan 1 sudah pun bermula awal. Saya sempat melayari Instagram dan Facebook dapat melihat beberapa keping gambar rakan blogger upload gambar anak mereka bersekolah. Sudah diramalkan peningkatan perbelanjaan kos persekolahan pada tahun 2014. Kalau hendak suruh berjimat pun rasanya tidak boleh kerana beberapa keperluan anak sudah pun lusuh perlu diganti untuk pembukaan sekolah 2014.

Senarai kenaikan perbelanjaan persekolahan
1. Baju sekolah dan kasut sekolah
2. Tambang bas sekolah
3. Yuran persekolahan
4. Duit poket belanja sekolah

Melihat pertunjukkan diambang sambutan tahun baru 2014

Menunju ke i-City, Shah Alam bukanlah didalam perancangan untuk menyambut tahun baru 2014. Kami bertolak dari ruma agak lewat dan sampai di i-City kira-kira 15 minit sebelum pertunjukkan bunga api bermula tempat jam 12pagi. Memang sudah dijangka akan berlaku kesesakan menunju ke i-City. Sempat jugalah melihat pertunjukkan bunga api yang di bawa dari tanah besar negara China.

Video pertunjukkan bunga api di i-City sempena sambutan tahun baru 2014

[youtube=http://youtu.be/FKP6T0rpQtQ&rel=0]

Sudah mula merancang untuk menambah sumber pendapatan pada tahun 2014

Saya sudah mula mendaftar kelas untuk memperolehi ilmu(tidak dapat dinyatakan disini) dan merancang untuk memasuki kelas mentoring didalam masa terdekat ini. Syukur, duit pembayaran yuran Ini semua duit dari hasil blogging dan kerja-kerja sampingan menulis(bukan blogging). Biar pun agak lewat untuk merancang semua ini tetapi saya rasa adalah lebih baik daripada tidak buat apa-apa dan merungut sahaja.

Resolusi pencapaian blog AkuBiomed untuk tahun 2013

Syukur dengan progress dengan percapaian sepanjang tahun 2013. Apa yang dirancang dan yang dihajati sudah dicapai awal dari yang dijangkakan. Tidak sangka mula mendapat peluang dari Nuffnang menulis bebarapa advertorial berbayar dari mereka dan menang contest yang dianjurkan. Cuma agak terkilan tidak dapat menyertai contest dan GA rakan blogger kerana mempunyai masa yang agak terhad.

Jom layan video baby Aslah bawa kereta sports GT

[youtube=http://youtu.be/jld3iacIJxM&rel=0]

Sila tekan butang kongsi:

  • Melepasi fasa minggu pertama tahun 2016
  • Hari pertama tadika Aslah
  • Yang menanti di tahun 2012

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. boni kacak says

    25th January 2014 at 1:06 pm

    harap-harap tahun baru ni bakal memberi kejayaan pada kita semua.. amin..

    Reply
  2. cik tom says

    5th January 2014 at 12:07 pm

    meriah tgk budak2 semangat nak ke sekolah hari pertama..x terkecuali jgk yg liat..hehe..

    slmt thn 2014 semoga lagi ceria dan dimurahkan rezeki…

    Reply
  3. kimmie says

    3rd January 2014 at 9:15 pm

    selamat tahun baru, saya tengok bunga api dari rumah je.

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2014 at 10:36 am

      Dekat tempat saya tak ada pertunjukkan bunga api.

      Reply
  4. Syok Bola says

    3rd January 2014 at 3:55 pm

    Hari pertama persekolahan yang penuh dengan pelbagai ragam. 🙂

    Reply
  5. Ummi Hanie says

    3rd January 2014 at 2:44 pm

    selamat maju jaya lg bg tahun 2014

    semangat abg koning nk ke skolah. sebayalah dgn ank ketiga saya tu…

    Reply
  6. ema says

    3rd January 2014 at 12:44 pm

    maka bapak lagi lebih teruja bila anak mula sekolah ni..lebih-lebih lagi bg anak yg pertama kali.. betul tu, semuanya harga dah naik.. kami tak perlu bersesak tgk bunga api…lagi 10 minit tepat jam 12.00 t/mlm, kami pergi taman permainan tgk pertunjukkan bunga api di terminal bersepadu selatan…hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2014 at 10:37 am

      Debaran kepada mak bapanya melihat anak mula melangkah ke sekolah kebangsaan.

      Reply
  7. HipMom says

    3rd January 2014 at 12:11 pm

    Sebenarnya ramai yg sambut tahun baru ni masuk kepala celah lengan kerusi haha

    Reply
  8. sukma says

    3rd January 2014 at 11:07 am

    first day sekolah memang agak busy…..

    Reply
  9. suri says

    3rd January 2014 at 9:07 am

    nak sedut ilmu dari bro banyak dapat offer dari mr Nuff 🙂

    Reply
  10. Firdaus Azizi says

    3rd January 2014 at 2:35 am

    Selamat tahun baru bro 🙂 Semoga terus sukses untuk tahun 2014… Tahun semua barang nak naik harga :'(

    Reply
  11. Aku Penghibur says

    3rd January 2014 at 12:26 am

    selamat tahun baru ^_^ dan selamat kembali ke sekolah

    Reply
  12. Mus says

    3rd January 2014 at 12:03 am

    selamat tahun baru bro..

    Reply
    • suri says

      3rd January 2014 at 9:09 am

      apa yang di hajatkan untuk tahun baru ini?

      Reply
  13. blogger lelaki says

    2nd January 2014 at 10:09 pm

    yuran sekolah pun naik juga ke bro

    Reply
  14. AUC says

    2nd January 2014 at 10:02 pm

    selamat ke sekolah, minggu ni minggu lekat kepala kat kerusi hehehe

    Reply
  15. hazman aka species1980 says

    2nd January 2014 at 6:18 pm

    Orang yang berniaga malam tahun baru tu mesti dapat untung lebih dari hari biasa….. apapun semoga lebih sukses dalam dunia blogging yea

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2014 at 7:18 pm

      Banyak tapak gerai yang dibuka untuk peniaga kecil.

      Reply
  16. Melastik Bintang says

    2nd January 2014 at 5:40 pm

    Oleh kerana Me Ray belum cukup umur lagi maka tiada persiapan ke sekolah.hehehehe….

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2014 at 7:18 pm

      Belanja masuk pra sekolah juga tinggi. Siapkan duit nanti.

      Reply
  17. Aniq Bukhary says

    2nd January 2014 at 5:36 pm

    Keperluan anak pun kena tempias kenaikan harga barang ye.. Kesian kat ibubapa 🙂

    Bab2 bunga api tu saya x nak komen panjang.. Isu sensitif. Huhu 😀

    Reply
  18. Mohd Shubhi says

    2nd January 2014 at 5:15 pm

    Buka sekolah duit mak bapak pun parah. Memang betul semua barang naik. Perlu difikirkan cara naik naikkan pendapatan pula!. Selamat tahun baru

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2014 at 7:19 pm

      Setuju, perlu fikirkan cara untuk menambahkan sumber pendapatan.

      Reply
  19. Denaihati says

    2nd January 2014 at 5:06 pm

    selamat mualakan persekolah untuk anak-anak semua dan selamat tahun baru 2014. mudahan kita semua lebih sukses.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2014 at 7:19 pm

      Amin, semoga apa yang direncanakan membuahkan hasil.

      Reply
  20. TehR says

    2nd January 2014 at 3:54 pm

    seronok tengok budak2 yang baru masuk sekolah
    comel2 semuanya

    Reply
    • Aniq Bukhary says

      2nd January 2014 at 5:31 pm

      Memang seronok.. Tp yg x leh tahan tu tengok budak baru masuk sekolah kepala masuk celah bangku.. Macam2 ragam budak sekolah.. 🙂

      Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2014 at 7:20 pm

      Tahun 1 memang comel. 🙂

      Reply
  21. KiD says

    2nd January 2014 at 2:24 pm

    keep it up bro!! tahun baru 2014 ni, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memantapkan semua aspek diri kita..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2014 at 7:21 pm

      Betul, banyak lagi yang perlu diperbaiki

      Reply
  22. titan says

    2nd January 2014 at 2:21 pm

    selamat kembali ke sekolah.

    gua tak sambut. gua balik rumah nenek gua aje.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2014 at 7:23 pm

      Tak sambut pun tahun baru tetapi menunaikan hajat anak-anak hendak melihat pertunjukkan bunga api.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in