• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Pekena Bihun Sup Daging dan Teh Tarik

Pekena Bihun Sup Daging dan Teh Tarik

1st February 2014 by akubiomed 47 Comments

Memanaskan badan dengan pekena Bihun Sup Daging dan Teh Tarik

Pekena Bihun Sup Daging dan Teh Tarik, lagi beberapa kilometer untuk sampai ke kampung halaman. Pertama kali singgah gerai Bihun Sup Abang Din Power ini yang terletak tepi jalan kampung Tanjung Minyak, Melaka.

Perjalanan lancar dilebuh raya Utara Selatan

Pada malam Jumaat yang baru lepas saya dan famili telah balik kampung yang terletak di selatan tanah air. Kenderaan boleh dikatakan berduyun-duyun tetapi tidak berlaku kesesakkan sepanjang perjalanan. Biasanya kalau musim perayaan akan berlaku kesesakkan lebuh raya Utara Selatan yang saya guna dengan kesesakkan biasanya bermula di Nilai dan Seremban. Kali ini ia tidak berlaku memberikan kelegaan kerana tidak mahu terperangkap dan sampai lewat pagi ke destinasi. Saya kalau memandu waktu malam memang kurang digemari kerana mengalami masalah silau. Pada masa yang sama ada pengguna mengunakan lampu HID dan menyalakan lampu kabus tanpa sebab memberikan masalah berganda buat saya.

Panaskan badan dengan Bihun Sup Daging Abang Din Power

Berbalik ke Bihun Sup Abang Din Power adalah pertama kali dirasai yang terletak dijalan Tanjung Minyak, Melaka beberapa kilometer tidak jauh dari kampung. Tidak mengecewakan dan ramuan sup adalah dipercayai diadun sendiri memang terasa. Malam tersebut terasa dingin sehingga baby Aslah berselebung dengan selimut tebal. Boleh nampak tubuh kecil ini mengigil kesejukkan. Adik beradik koning memilih Bihun Sup Ayam untuk menjadi pilihan mereka. Kami siap tapau bihun sup bawa balik untuk adik-adik ipar.

Cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina bermula hari Jumaat diambil kesempatan untuk menghadiri majlis pertunangan sepupu sebelah isteri. 2 beradik serentak dijalankan majlis mengikat pertunangan. Pada masa saya dapat melihat anak buah lelaki yang baru 16 hari bersalin di kampung. Bertambah lagi cucu arwah mertua kepada 6 orang kesemuanya. Setakat ini kesemuanya ada 5 lelaki dan seorang perempuan.

Adik ipar lelaki saya mendapat upah membuat gubahan hantaran untuk sepupunya untuk sebelah perempuan dan lelaki.

Sila tekan butang kongsi:

  • Salam Hari Raya Aidilfitri
  • Berbuka puasa di kampung
  • Rasa Kampung Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Club

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Juan says

    5th February 2014 at 8:41 pm

    adoii, bihun sup memang kegemaran saya bro, rasa sup masa tgh panas perghh

    Reply
  2. onlajer says

    5th February 2014 at 6:52 pm

    wah dah lama juga tak kena bihun sup daging nih,

    Tapi nak daging yang ori ,katakan tidak pada bebola daging hehe

    Reply
  3. hazman aka species1980 says

    5th February 2014 at 4:17 pm

    Bihun nie layan time minum petang memang layan laaa

    Reply
  4. cik tom says

    5th February 2014 at 12:17 pm

    best pekena bihun usp ni.. tp dh lm xmakan…xde plk bihun sup yg best kt jengka ni..huhu

    Reply
  5. Faizal Fredley says

    5th February 2014 at 1:20 am

    macam sedap jer bihun sup tuh…tetiba rasa lapar pulak..

    Reply
  6. Mohd Shubhi says

    5th February 2014 at 12:14 am

    Bila balik Melaka nanti boleh cuba rasa bihun sup abang din power tu…Insyaallah!

    Reply
  7. Akuro San says

    4th February 2014 at 4:44 pm

    pekena bihun sup waktu petang memang best… boleh cari tempat dia kalau singgah Melaka.

    Reply
  8. suri says

    4th February 2014 at 4:31 pm

    tanjung minyak banyak pilihan..air kelapa shake sedap juga heee

    Reply
  9. suri says

    4th February 2014 at 4:30 pm

    tengok gubahan atas rasa gian pula nak menggubah.tapi sayang setakat ni anak sedara saya belum tiba masa nak menamatkan zaman tunang or kawin

    Reply
  10. Ummi Hanie says

    4th February 2014 at 3:39 pm

    aduh kegemaran saya tu bihun sup.. kueytiow sup… pehhh

    comelnya gambar aslah tu 😉

    Reply
  11. anif says

    4th February 2014 at 9:52 am

    Bila kesejukkan, bihun sup daging/ayam panas tentunya akan menyeimbangkan keadaan 🙂

    Reply
  12. khairul asrol says

    3rd February 2014 at 5:23 pm

    lama dah tak makan bihun ni. pandai ye buat gubahan bunga tu. nak order jugak la nanti. 🙂 theme wordpress 2014 yang ni aku suka. minimal, responsive.

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:03 am

      Boleh bincang dengan adik ipar saya kerana mereka buat kerja sepenuh masa pelamin, gubahan hantaran dan solekan pengantin.

      Reply
  13. Irwan Alessa says

    3rd February 2014 at 3:00 pm

    Paling tertarik dengan buih Teh Tarik tu.. pasti manis lemak2 rasanya.. Belum lagi singgah ke kedai tu, nanti la bila pergi ke Melaka boleh try..

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:04 am

      Sayang saya tidak tanda didalam peta Google Map.

      Reply
  14. Dkna Abza says

    3rd February 2014 at 2:42 pm

    bihun sup tu nampak sedap sangat!

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:04 am

      Memang sedap sangat sebab ramuan rempah sup memang kaw.

      Reply
  15. fyna says

    3rd February 2014 at 1:36 pm

    perrrgghhh.. memang sesuai klu makan time sejuk2 nih. ^_^

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:05 am

      Dapat memanaskan badan dengan suasana cuaca sejuk diluar.

      Reply
  16. hafiz says

    3rd February 2014 at 1:29 pm

    kena pulak dengan sambal kicap pedas perghhh meleleh peluh..

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:06 am

      Sudah semesti sudah diletak kicap cili.

      Reply
  17. nabila biela says

    3rd February 2014 at 12:47 pm

    sedapnya….febret everr tuh…hehe

    Reply
  18. Dulu Lain Sekarang Lain says

    3rd February 2014 at 8:45 am

    Bihun kawe kurang sikit teruja tetapi teh tarik hari-hari mesti pekena ehhh!

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:06 am

      Saya tidak ada masalah minum teh berbanding kopi.

      Reply
  19. TehR says

    2nd February 2014 at 11:33 pm

    kesian dengan baby aslah yang kesejukan tu
    hati2 memandu, bro
    moga selamat selamanya
    dunia dan akhirat

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:07 am

      Berselimut kesejukkan. 🙂

      Reply
  20. zik says

    2nd February 2014 at 6:18 pm

    sedap…. campur dengan sambal kicap… mengancam beb.. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:07 am

      Mesti, kalau tidak tak puas kalau makan tidak berair mata.

      Reply
  21. cikgu naman says

    2nd February 2014 at 5:18 pm

    tak pernah dapat buih setinggi tuuu

    wah theme baru ye…menarik!

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:07 am

      Tarik baik punya. 🙂

      Reply
  22. papa mifz says

    2nd February 2014 at 2:23 pm

    fuh terbaiklah buih teh tarik tuh…

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:08 am

      Baru syiok minum. 🙂

      Reply
  23. Sop says

    2nd February 2014 at 7:20 am

    Sedap nampak ye bihun sup tu
    Mkn panas2 mmg sedap 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:08 am

      Memang puas hati dengan ramuan rempah supnya.

      Reply
  24. guliroket says

    2nd February 2014 at 5:22 am

    fuhh..dah lama tak pekena bihun sup.

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:09 am

      Dekat Banting ada port boleh pekena bihun sup tak?

      Reply
  25. maza says

    2nd February 2014 at 2:43 am

    Pada yang bertunang itu tahniah… semoga doanya dimakbulkan.. heheheh

    cuti CNY kali ini maza tinggal di KL aje. Tak balik ke mana2.. cuma menghabiskan limau yang itu di kota metropolitan ini..ahaks.

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:10 am

      Banyak limau Mandarin yang dapat. Makan banyak sangat boleh tercirit. 🙂

      Reply
  26. Bro Zulkbo says

    2nd February 2014 at 2:10 am

    Wahhh..meriah sekali nampaknya dengan pelbagai aktiviti sempena cuti Raya Cina kali ini Bro..Bihun sup utara pilihan saya

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:10 am

      Hadir majlis pertunangan sepupu dikampung sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina.

      Reply
  27. Hafizul says

    2nd February 2014 at 1:47 am

    Wah-wah…sedap nya layan bihun ni..haha

    Reply
  28. Mohd Azrin Abu Bakat says

    2nd February 2014 at 12:16 am

    Assalamualaikum.
    Asalkan sup mmg sedap dimakan waktu panas-panas.Ia menyegarkan tubuh dek kerana rempahnya..

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:11 am

      Memang cari sup kalau cuaca sejuk. Dapat sup gear box lagi terangkat.

      Reply
  29. Aniq Bukhary says

    1st February 2014 at 11:43 pm

    Alahai bro.. Tgk bihun tu rasa macam nak makan plak. lama dowh x makan bihun.. Haha 😀

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:11 am

      Cari jangan tak cari. 🙂

      Reply
  30. mohd yazed says

    1st February 2014 at 10:45 pm

    Memang seronok berjalan malam..sejuk..kurang kenderaan kecil tetapi banyak kenderaan besar..perlu pemeriksaan rapi pada kenderaan..semoga bergembira di kampung halaman dan selamat pulang..

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2014 at 12:12 am

      Pemerhatian saya, kenderaan besar dipandu laju.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • DIY rak kasut dari paip PVC
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in