Bertunang selang beberapa jam
Janganlah terkejut mengenai tajuk petang tunang dan malam pun tunang. Tajuk ini tidak ada kaitan mengenai tambahan cawangan . Kalau isteri aku terbaca tentu mahu angin satu badan 🙂 .
Sudah beberapa hari aku tidak dapat pos entri terbaru kerana kebiasaannya aku menulis entri selepas waktu kerja iaitu sebelah malam. Hujan yang lebat bersama kilat membantutkan aku untuk online minggu ini. Aku jarang membuat draf, entri selalu apa yang terlintas di benak kepalaku akan ditulis untuk dijadikan entri. Jangan mencontohi aku kerana aku bukanlah sesuai untuk dijadikan contoh yang baik sebagai blogger.
Kalau Adele mendapat anak saudara manakala penghujung minggu ini, adik dan abang ipar sebelah isteriku bertunang. Majlis pertunangan berlangsung selang berapa jam sahaja. Abang ipar bertunang selepas solat Asar dan adik ipar pula bertunang selepas solat Isyak. Kalau tahun lepas aku dapat adik ipar lelaki yang berasal dari Sabah.
Sudah menjadi adat Melayu orang tua mengetuai majlis
Tak lengkap kalau budaya Melayu dengan tradisi merisik dan kemudian majlis bertunang yang mana bakal isteri akan disarungkan cincin belah rotan sebagai tanda yang si gadis sudah berpunya dan hatinya sudah dimiliki jejaka idaman hati. Jarang sekali melihat anak muda sekarang berkahwin atas pilihan orang tua dan rata-ratanya atas dasar suka sama suka. Suri pemilik blog Cahaya Cinta ada menyediakan ruang Zon Rahsia Bercinta.
Sirih junjung sebagai balasan
Majlis pertunangan adik ipar
Kalau hendak mengimbaukan majlis pertunangan isteri aku dahulu adalah berlaku jarak jauh hanya tatapan gambar tunang sahaja yang aku dapat dari orang tuaku kerana ketika majlis bertunang berlangsung aku bertugas di Miri Sarawak.
Segala urusan bertunang dan perbincangan tarikh langsung perkahwinan diserahkan bulat-bulat kepada orang tua. Terus terang aku tidak pernah kenal isteriku sekarang kerana urusan mencari jodoh diserahkan kepada orang tuaku. Sehingga kini isteri aku tidak percaya bahawa aku tidak mempunyai kekasih ketika bujang kerana aku mempunyai paras rupa(sekali sekala angkat bakul masuk sendiri :-)).
Kalau ada Macaron yang dijadikan hantaran
Antara hantaran yang diterima dan diberi
Bayangkan selama bertunang dengan isteriku cuma dapat keluar bedua hanya sekali. Beruntung anak muda zaman sekarang dapat berkepit boleh dikatakan setiap hari, aku pula hanya kenal isteri aku selepas bertunang, itu pun melalui tatapan gambar dan suara tunang untuk keizinan melalui telefon. Ramai kenalan dan kawan rapat menyangka bakal isteriku ini adalah orang Sarawak kerana sudah menjadi kelaziman kalau bertugas di Sarawak atau Sabah tentu pilihan hati orang sana.
p/s: Ketika bertunang banyak dugaan dan pancaroba 🙂
sibuk betul kalau macam tu, pagi dan petang…sapu bersih 🙂
haha.. boleh ada rezeki lg djchef nk brtunang
Macam-macam ada
bumi Allah itu luas..bermacam ragam manusia…
macam2 hal dlm dunia ni ek huhu
abang saya pun dapat calon isteri sebab nenek kami yang carikan utk dia seorang gadis kampung area kampung nenek saya. abg sy trlalu workhard smpai malas nk cri awek kata dia. akhirnya cinta berputik dengan bersms n menatap gambar saja. skrg alhamdulillah bhagia..
Wah jodoh tu
Betul tu.. zaman bertunang banyak cabarannya.
Ace letak gambo wedding akubiomed & wife kat sini…huhu…Mesti cun meletup 🙂
Bes tau time tunang x jumpee…ghinduu jee
betul2 sy sokong 200% heheheeeeee..jmput la dtg sy kawin nnti ye hehehe
“sekali sekala angkat bakul masuk sendiri ” statement tak bole blah 😀
Heheheh
Bila tgok mjlis pertunangan mcm ni tingin nak btunang..
tpi lum bersedia lagi.. calon pun tadak lagi
Kena usaha untuk mendapatkan jodoh
Usaha mcmana tu?
insyallah lepas tunang kawen lak..amin
Bagus nyer byk majlis
Agak penat sedikit kerana majlis dibuat 2 kali didalam sehari
Semoga lepas bertunang ni kekal hingga ke jingjang pelamin hendaknya,
Moga-moga apa yang didoakan oleh bro dimakbulkan tuhan
Amin
Musim cuti sekolah, pasti jadual perlu diatur sebaiknya. Maklumlah, banyak kenduri. Hehe. 😀
Ramai rakan-rakan saya yang sudah berkahwin, membuatkan hatiku membara-bara. Semoga ditabahkan hati untuk beberapa tahun lagi. Ameen. 😉
Memang banyak kenduri. sampah blog pun tak terurus disebabkan banyak sangat nak kena pergi kenduri kendara ni.
Perlu pergi kenduri kahwin kerana nanti ada yang terasa hati
Sampai masanya akan bertemu jodoh tentu dapat naik pelamin 🙂
Usaha lagi
Time bercinta and bertunang je jarak jauh and jarang sangat dapat jumpa, dah kahwin, berjauh sekejap untuk sebulan je…Tapi tempoh bertunang memang penuh dugaan, saya setuju dengan pendapat itu..hehehe
Zaman sekarang beruntung kerana ada video call dan webcam boleh lepas rindu kepada tunang berbanding zaman saya ketika bertunang hanya gambar sahaja tempat melepaskan rindu.
Huhu macam-macam ragam
Tahniah kpd adik 😀
Sama-sama sebenarnya selain ada 2 pasangan yang melangsung majlis pertunangan iaitu adik dan abang
bEe adalah PJJ (Pencinta Jarak Jauh) 😛
Kami kenal since sekolah menengah. Then, masuk U hubby kat selatan tanah air. bEe pulak tgh2 kota. 6thn kami berjauhan dan sebulan sekali (itupun kalau dpt jumpa) baru jumpa masa cuti sem.
Pas abes blaja hubby dpt keje kat selatan nun juga. bEe kat tgh bandaraya KL. Hampir 3thn keje baru dpt betunang (dpt kumpul duit) j/masa 4bln lbh aje pastu terus nikah & sanding.
Alhamdulilah…. selamat 🙂 (tak sangka pjg jodoh kami) huhuhu
Moga-moga ia kekal sehingga hujung hayat. Susah juga kalau seorang di kutub utara dan seorang lagi di kutub selatan
Anak dah berapa skrg?
sebab itu tidak digalakkan ikat lama-lama time bertunang nih. 😉
erk… tahniah2x kepada bro telah bertunang… eh silap..keh2.. apepun jangan lama2.. kalau benda baik nie… huhu
Hihihihi
Patutlah tersedak rupanya ada yang sebut nama 🙂
wah bagus la bro bercinta stail zaman dulu, ini yang sebetulnya! zaman sekarng berkepit bagai nak rak ke hulu ke hilir last2 tak kawin pun
dalam tahun ni sempat juga
pergi pertunangan abang sedara.
memang laku la cucu lelaki
nenek aku.cuma aku je tak tunang.
Kalau macam tuh bro suruh nenek tolong risikkan anak dara sekampung 🙂
Saya tunang jarak jauh juge. Sorang di Selatan dan sorang di Central. Kalau ikutkan ikat 2 tahun, tapi cukup bertunang setahun terus kawin. Taknak tunggu lelama. hehehe
He..hee..tidak cukup jauh. Bertunang ini ibarat magnet yang belainan kutub makin jauh makin kuat tarikan magnetnya 🙂
“jangan tunggu lama-lama, nanti lama2 dia di ambil orang”
berkepit dua2 anak muda dikelilingi iblis nak buat maksiat
tak elok gak tu, better orang dulu2 dengar cakap orang tua 🙂
Dugaan ketika bertunang semuanya bagaikan sensitif sahaja perasaan pun mudah tersinggung
Musim cuti sekolah = musim kenduri kahwin dan bertunang
Ps : dulu dulu orang ikut adat.. merisik, bertunang dan nikah…
orang sekarang ramai yang terbalik
Kahwin dulu, baru merisik, bertunag, dan nikah… tu bukan semua la 😀
Nikah tidak official bahaya bro
@dnoBiz : Errkkk????? tp mmg betul pun. Zaman sekarang tak sama mcm zaman dulu 🙂
Jangan kerana zaman berubah kita membelakangkan agama
hehe..yang masih bujang tu, marilah berkahwin.. 🙂
Pastikan ada calon, ada wang dan mendapat restu orang tua. Baru lengkap 🙂
amboi kalau tajuk begini mmg catchy ramai yg minat..
ada orang merasa tunang 2 kali.. cakap diri sendiri nih..sy juga ikut pilihan ibubapa tanpa kenal.. pun mcm abm gak..walaupun ada paras rupa (cewah tiru abm gak)tapi masih kuno(kata kawan sy)mengikut kata mak bapak..
Saya sebenarnya malas nak fikir pasal berteman selepas berlaku peristiwa hitam. Saya serahkan sahaja pilihan kepada orang tua
@akubiomed : Belajar dari pengalaman 🙂 InsyaAllah tidak mengecewakan bukan 😉
Saya mahukan restu orang tua baru rumahtangga harmoni
wahhh kalau bertunang pun jarang jumpa, mesti masa kawen tu nervous gilerrrr kan…???
Perasaan berdebar itu ada tidak kira kalau sudah kenal sebelum bertunang atau yang pernah bercinta
wah! sudah sampai musim ni.. hehehhehe
tahniah wei.. tak lama lagi dapat org baru gitew.
musim yang buat ramai orang sakit kepala… 😀
Saya tidak berapa suka majlis kahwin pasang lagu macam hendak buat konsert. Hendak bersembang pun terpaksa menjerit-jerit.
Salam,,,,
Teringat time tunang dulu… hampir2 putus beb…. hermmmm dugaan,,, jgn tunang lame2….patot la org tua klu dah tunang nak cepat2 nikahkan… time tunang la sikap pasangan kene jaga2… pompuan emosi sukar nak kawal….kang ade je terlepas ckp tanpa berfikir..yg laki ni kene la pandai kawal situasi… base on x perien….
anak muda kena mencampuri urusan nikah kahwin ni..
agar ada pewaris adat..
Ada barisan muda yang mengikut sebagai observer dan learn. 🙂
Betol bro..masa bertunang la beso cabarannya berbanding ketika bercintan cintun….hehehe
#Bru blk dr kampung…2 ari polo majlis kenduri…penat gak nih:)
bertunang tak bermakna sidia confirm milik kita..
Kalau boleh sudah bertunang biarlah hingga ke jinjang pelamin
doakan yang baik aje…
adik dan abang ipar sebelah isteri?nak dipanggil apa tu bro? Bukan beras kan? Anyway, congrats sebab tambah keluarga. 😀 Skrg ni musim kawin dan tunang ehhh… sbb cuti skul dah bermula. My cousin pon baru kawin last Friday…
Ha..ha.. saya pasal susur galur keluarga agak kelabu asap. Nak senang cakap adik dan abang kepada isteri saya yang baru sahaja melansungkan pertunangan 🙂
uik …
Bro tu dah kira langkah bendul tu heheh
Belah isteri saya tidak mengamalkan adat langkah bendul 🙂
he3.. Pasni tengok gambar kawin la plak..
Insyallah sampai masanya akan ada gambar kahwin abang ipar dan adik ipar nanti
ya.. betul tu.. ada kronologi sebuah hubungan
ni pengalaman 4 tahun lepas. 🙂
Tentu tidak senang duduk untuk mengetahui keputusan Merisik dan berasa gembira kerana majlis baru sahaja selesai
dalm hati melonjak girang heee…
pas dah tunang rasa lega sikit sb dah capai satu langkah..tinggal 1 je langkah lagi nak masuk gerbang perkahwinan..yg ni mmgtak blh main2 tapi serius..
teringat masa bertunang tahun 2009 dulu. kaku, tak tau nak buat apa. takde orang yg nak bagi tunjuk ajar. perkara paling penting boleh terlupa…tak bersalam dengan semua tetamu lelaki. malu betul huhu. ni kaget punya kes hehe
Biasalah bro itu baru bertunang belum lagi hari majlis akad nikah tentu rasa gugup, rasa terkucil dan macam-macam rasa ada. Peluh jantan menitik disaat to Kadi henjut tangan pengantin untuk melafaz akad nikah 🙂
Tak keluar selalu masa bercinta pun tak apa, baru rasa perbezaan lepas dah kawin 🙂
* Betul, tempoh pertunangan sangat menguji dan banyak dugaan. Mental fizikal kena kuat 🙂
Tidak ramai anak muda yang suka mengenal hati budi selepas berkahwin. Ramai yang memilih pasangan mengikut pilihan hati dan hari-hari jumpa pun belum tentu mengenal hati budi pasangan masing-masing.
Belang sebenar keluar apabila duduk serumah.
Hehehe…betul3x..
bila dh bersama baru la nampak segala2nya, time tu la kene guna toleransi yg lebih wooo….bila dh settle, insyaallah akan saling faham memahami….
Ape pun kepada semua yang dapat adik ipar,abang ipar, suami,isteri tahniahlah yo, almaklumlah Sekarang nie kalau musim cuti sekolah ajo…semua ambik kesempatan untuk bertunang dan melangsungkan perkahwinan.
Cuti sekolah 2 minggu ramai anak muda yang mengikat janji hidup semati ke jinjang pelamin.
semoga hubungan tu berkekalan.. amin
wahhh 😀 tak sabar nak kahwin ni . hehe ^^, tolong carikan calon .
recently posted : cANON vs nikon
Pahala solat lelaki yang sudah berkahwin berlipat ganda daripada lelaki yang masih bujang
kena pandai mendidik ahli keluarga..
kita jadi ketua..
berat tanggungjawabnya
Bukan setakat dosa diri kita kena tanggung untuk anak isteri pun jatuh dibahu ketua keluarga
adik saya baru selamat bertunanag semalam.alhamdulillah……
dari awal saya kenal bro melalui dunia blog ni saya rasa bro ni ada karakter yang unik..hmm…hanya [penilaian dari mata saya..jangan risau [penilaian saya adalah penilaian yang baik 🙂
Tanniah kepada bro kerana adik bro bertunang. Terima kasih bro ke atas penilaian bro terhadap saya 🙂
maaf byk2 sbb lambat jejak kesini
adeh.. citer pasal tunang2 ni teringin pulak nak bertunang
bila la nak bertunang n berkawen ni
umo dah mencecah 21.. hehee
awal lagi
congratz kpd mereka 🙂
Tidak perlu berasa bersalah. Umur 21 tidak lama tuh sebab saya bernikah ketika umur 24 tahun. Ingatkan hendak sahut sunnah Nabi menamatkan zamana bujang umur 25 tahun tidak kesampaian 🙂
sekarang ni musim kahwin kan..ramai btol org kawin ngan bertunang..
Betul tuh. Tidak menang tangan untuk bertandang jemputan majlis bertunang dan berkahwin 🙂
biasalah.. musim cuti sekolah..
senang hati para photographer… buat job
Betul tuh bro masa inilah peluang mencari duit sampingan. Abang ipar pernah mengusaha sewa khemah penganting tapi sekerat jalan kerana penat asyik pasang khemah dan buka khemah :-). Akhir sekali dijual set khemah kepada pemilik baru
wah…2 kali dalam satu hari….mmg musim betunang dan kahwin sungguh ni…hehe
pssst…moga mana2 yg baru bertunang tu, dipermudahkan utk ke perngkat seterusnya… 😀
Adik-beradik belah isteri saya ini anak yatim jadi tidak elok ditangguh majlis yang baik ini kerana mulut masyarakat sekeliling bukan boleh ditutup
memang betul tu bro..
nanti jadi perkara tak baik pula
senang buat kenduri sekali macam nih, tak banyak belanjanya. kahwin pilihan keluarga ok jugak, sebab diorang lebih tahu apa yang baik untuk anaknya. tapi sekarang dah kurang dah, ramai yang memberontak.
Bagi saya samada pilihan sendiri atau pilihan keluarga adalah restu kedua ibubapa itu penting bagi mendapat kebahagian ketika berumahtangga
Masa sya bertunag dulu, bakal suami tak dtg pun majlis tu yg d buat di kg sya. Dia dok kt rumah kl sambil berdoa semoga majlis itu selamat & bjln lancar. hehe
Ada buat sanding tak? Saya heran zaman sekarang belum ijab kabul pun sudah bersanding di majlis bertunang
mungkin trend sekarang begitu..
Salam Bro,
Zaman skrg jarang sekali dpt dengar org bertunang tp tak mgenali bakal tunang (hya tgk gambar). Kisah spt ini selalu sya dgr & baca pada zaman mak ayah dulu2. Tapi itu semua tak penting. Kalu dh lama kenalpun, lagi byk la buat dosa kering nye. huhu (sya mgata pada tukang tulis komen ini!). Kiranya konsep yg bro anjurkan ini dah cukup bagus la ni.
Ooh kahwin atas pilihan hati. Banyak dugaan ketika bertunang kerana ada yang salah anggap apabila bertunang sudah mendapat lesen besar
Keluar banyak kali lepas kahwin la best..hehe sebelum kawen kuar sekali je biar rindu2 😀
Keluar masa bertunang itulah waktu utk berkenalan. Tapi masih lagi… boleh pandang2, jangan pegang2, duduk renggang.
Baguslah kalau begitu dapat mengariskan sempadan tapi tidak ramai anak muda yang bertunang akan jalan tidak berpegang tangan
Masa bertunang rindu sangat dekat tunang sebab hanya dapat gambar wajah tunang untuk tatapan. Saya pula di Sarawak dan tunang pulang di Semenanjung.
Sampai sekarang pun saya tak pernah rasa macaron lagi ni….. 🙂
Saya bertunang mula-mula nak simple jer, sekali semua saudara-mara nak join. Dah jadi macam kenduri kahwin plak…. 😉
Impian majlis bertunang sya pun nak simple2 juga. Tapi apakan daya, dah menjadi spti kenduri kahwin. hehe (rezeki la tu. tak boleh merungut !)
Tentu bimbang kalau lauk pauk tidak cukup kerana baru sahaja majlis bertunang belum lagi majlis kahwin.
Urusan majlis nikah adik dan abang ipar diuruskan oleh adik-beradik kerana mertua saya sudah meninggal. Sanak saudara yang berdekatan membantu membuat gotong royong menyediakan lauk pauk dan kuih muih
Sambutan majlis Merisik dan bertunang di kampung saya penuh dengan adat. Macam bro tulis sedara-mara memang ramai yang hadir
emm…ishh…cerita bab kahwin nihh..susah sikit nak masuk..pengalaman baru level kosong nih..
kira dah baca kat sini…kasi up satu level 😀
dari kosong terus 25% dah masuk akaun dlm minda titan..harap2nyer ar..
Iyer betul itu 🙂
dah masuk harap jangan di klrkan baki ilmu (wang) tu
Habiskan zaman sekolah dan bila sudah masuk alam pekerjaan barulah cari pasangan hidup.
hehehe… abang dah kawen rupanya..
moga bahagia slalu…~
uihh.. abang ni dah ada anak ramai dah tau..heh
jangan tak tahu akan dtg cukupkan lgi team bola sepak
Selagi tidak dapat anak perempuan tidak akan berhenti berusaha 🙂
cayalah bro 🙂 Rzki2 harus ada usaha kan..kan…kan.. 🙂
Alamak sudah dipecahkan lubang 🙂
kawin jugak yang best.. haha
dan semalam saya dapat abang ipar yg kedua dari Kudat, Sabah..apabila mereka telah selamat di ijab kabulkan di kediaman kami semalam… 🙂
Tanniah bro dapat abang ipar orang jauh lagi 🙂
tahniahlah bro..
“Beruntung anak muda zaman sekarang dapat berkepit boleh dikatakan setiap hari” <– Ini bukan untung..tapi bala!
Ramai pasangan bertunang tersalah langkah kerana dengan bertunang sudah mengangap mendapat lesen besar
dulu aku cuma sempat tunang 6 bulan sahaja..mgkn pasal bakal mentua risau kami asyik keluar bersama..nasib baik 13 tahun lepas duit hantaran tak tinggi mcm zaman sekarang..
ha wet hantara suri kwin mueh jer masa tu skrg terus melambung tinggi menjulang hee..jual anak ker apa heeeee
Mungkin kenaikan hantaran kahwin seiring dengan kenaikan harga minyak kot 🙂
nampaknya anak2 muda pas habis sek, U kena cari duit lebih lagi..jika d bandingkan dgn org dulu2 heee…
nak enjoy sgt dah tak blh sikit blh ar…
aku dulu setahun bertunang hehe
Saya tidak sempat setahun orang tua suruh cepat-cepat langsung bernikah. Ha..ha…
Mana taknya bro tentulah orang tua risau dan tidak manis dipandang orang kalau asyik berkepit dengan tunang sahaja 🙂
mulut orang susah nak tutup..
sakit hati kita mendengar cerita yang tak elok..
mmg baik dikahwinkan cepat
musim cuti sekolah nie mmg banyak org bertunang..yang adakan majlis kahwin pun banyak jugak..
Musim cuti sekolah ramai yang mengambil peluang kerana anak-anak pun cuti.
macaron xde? Macaron jd hantaran pun idea yg bgus jgk 😀
suri nng hantu mengubah brh hantaran heeee
wow.. berjiwa kreatif.. boleh buat duit ni
Boleh sahaja hendak jadikan Macaron sebagai barangan hantaran.
ehehe..seronok dgr org btunang..moga2 ikatan tu sempat ke gerbang perkahwinan..
Alah bro,xapalah kuar skali je sblum kawin..asalkan bhagia lps kawin..kekal bahagia..kalau org bujang zaman skrg kuar byk kali tp lps kawin x bhgia pun xbgus juga.. 🙂
saya kenal dia tak lama dalm tahu tu gak..pastu tung 3 bulan tu terus kwin hee…
Hantaran adik ipar dan abang ipar adalah hasil tangan adik ipar lelaki. Adik ipar lelaki saya ini memang mempunyai bakat gubahan hantaran dan backdrop pelamin.
Musim kahwin adalah masa yang sibuk untuk adik ipar lelaki saya mendapat upah untuk membuat gubahan hantaran dan pelamin.
wah ada potensi tu bro hee..ada rzki blh bukak kedai jual2 brg2 peralatan bertunang..kwin hee…
Terfikir kalau adik ipar lelaki ada akaun Facebook dan blog boleh promosi bakatnya