• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Sayur Sawi Organik Dengan Modal Kurang RM10

Sayur Sawi Organik Dengan Modal Kurang RM10

10th February 2022 by akubiomed 4 Comments

Sayur Sawi organik bebas pengunaan bahan-bahan kimia.

sayur sawi organik

Tanam sayur Sawi untuk bekalan sayur keluarga.

Harga sayur Sawi sudah mula meningkat naik atas alasan kenaikan harga baja dan racun. Boleh cuba tanam sayur Sawi Organik untuk bekalan keluarga. Modal nak tanam sayur tidaklah sebesar mana.

Boleh dapatkan biji benih sayur, polibag, tanah dan baja organik dari kedai ECO yang berdekatan. Harga kos yang rendah dan mampu.

Contoh pengiraan modal tanaman sayur.
1. Benih sayur Sawi RM2.20
2. Polibag RM2.20
3. Tanah Organik RM2.20
4. Baja Organik RM2.20
Jumlah keseluruhan RM8.80

Hanya bermodal dengan kurang dari RM10 sudah boleh menanam sayur yang tidak memerlukan ruang besar sekadar untuk makan sendiri. Boleh berulang kali semai benih sayur dan kan dah jimat disitu. Lagi pun cara tanaman organik bebas dari unsur pengunaan bahan-bahan kimia yang memudaratkan kesihatan diri untuk jangka masa panjang.

sayur sawi organik
Sayur Sawi matang sedia untuk dipotong

Inilah hasil tanaman sayur Sawi yang saya tanam sendiri tanpa pengunaan bahan kimia. Lihat pada daun yang hijau pekat dan berkilat macam daun plastik. Saya tidak membuat sebarang semburan racun perosak. Setakat rosak-rosak sikit pada daun dimakan siput dan serangga boleh dimaafkan.

Taklah susah mana nak tanam sayur Sawi. Proses semaian, percambahan, tumbesaran dan tuai matang. Bila anak pokok sayur dah mengeluarkan empat daun. Bolehlah tabur baja Organik dan ulang dua minggu sekali untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Cukup bekalan baja untuk tumbesaran dan kesuburan pokok sayur.

Boleh cuba tanam sendiri sayur dirumah untuk makan sendiri pun jadilah. Sudah tentu kita lebih rasa yakin tahap kebersihan bila tanam sendiri. Selamat berkebun.

Filed Under: blog, tanaman Tagged With: kebun bandar, sawi organik, sayur sawi, tanaman organik

Reader Interactions

Comments

  1. Hairul Hissam says

    16th March 2022 at 8:45 am

    sihat badan makan sayuran organik.

    tapi kalau mkn sayuran guna racun serangga tu elok rendam dulu 30minit

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2022 at 8:55 am

      Tanam sendiri secara organik tak risau masalah racun serangga.

      Reply
  2. titan says

    6th March 2022 at 12:19 am

    takyah dah pi beli sawi pasni.

    tanam je kat rumah.

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2022 at 9:12 am

      Betul, ambil dari belakang rumah jer.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL