• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Menghadiri Seminar Empayar Perniagaan Internet Jootawan

Menghadiri Seminar Empayar Perniagaan Internet Jootawan

9th February 2014 by akubiomed 46 Comments

Seawal pagi terpacak untuk Seminar Empayar Perniagaan Internet Jootawan

Buka minda untuk menerima info dari Seminar Empayar Perniagaan Internet Jootawan. Entri sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai perancangan saya topup pengetahuan untuk tahun 2014. Sudah 2 seminar saya telah hadiri sebagai permulaan untuk set pemikiran mencari peluang dan mengenal pontensi untuk meningkatkan taraf hidup famili Koning.

Cukup cukup sudah merungut bingkas maju melangkah ke hadapan

Hari ini seawal jam 8.30pagi sudah terpacak Resort kelab Cahaya SPK yang terletak di Shah Alam. Memang ramai yang hadir seminar anjuran Jootawan ini seawal usia 18 tahun hingga ke warga emas. Masing-masing mempunyai matlamat masing-masing untuk membaiki kehidupan keluarga. Ketika beratur untuk mendaftar di hadapan saya ada 2 orang jejaka seawal 18 tahun sudah pun memulakan perniagaan. Saya curi-curi dengar perbualan anak muda ini mencari jalan untuk meningkat pendapatan perniagaan mereka ini. Saya pula berasa segan dengan anak muda yang sudah pun bermula berdikari dengan melibat diri dunia perniagaan.

Gembira dapat ilmu dan info membuka mata

Saya terasa sangat teruja dengan kemahiran yang saya ada sebenar sudah boleh menegahkan kebolehan saya ke tahap yang lebih tinggi. Menjadi persoalan kepada diri saya:

  • Kenapa tidak bertindak?
  • Kenapa tidak mula langkah pertama?
  • Kenapa takut gagal?
  • Kenapa tiada keyakinan?

Setelah menghadiri Seminar Empayar Perniagaan Internet Jootawan saya sudah mula mencari jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh penceramah. Untuk berjaya didalam perniagaan perlu jawab soalah dibawah:

  1. Mempunyai matlamat yang jelas.
  2. Tidak mudah putus asa/ Never giveup
  3. Percaya kepada diri sendiri
  4. Menyelesaikan masalah
  5. Bina jenama
  6. Networking
  7. Konsisten

Biar saya kupas setiap satu supaya kita sama mendapat manfaat dengan tindakan yang bakal dilaksanakan. Jangan bazirkan dengan tenaga untuk perkara yang tidak mendatangkan hasil.

Matlamat yang jelas: Kita perlu mempunyai target untuk dicapai. Contohnya: Peniaga menetapkan matlamat untuk mendapat keuntungan X keuntungan didalam masa  bulan. Barulah perlaksanaan dan tindakan berlandaskan matlamat yang ingin dicapai.

Tidak putus asa dan terus mencuba: Sekali gagal tidak bermakna akan gagal selama-lamanya. Rempah KFC yang menjadi kesukaan seluruh dunia dihasilkan setelah founder KFC Kolonel Sanders berjaya setelah gagal sebanyak 1000 kali untuk mendapat adunan rempah KFC yang sesuai.

Percaya diri sendiri: Kalau diri sendiri tidak percaya disendiri siapa lagi. ‘Inner power’ adalah kekuatan sebenar kita untuk pemancu kejayaan.

Menyelesaikan masalah: Produk yang kita ingin tawarkan dapat menyelesaikan masalah orang lain atau menambah nilai seseorang. Tiada siapa akan keluarkan duit untuk membeli produk jika tidak memberi manfaat atau suka-suka.

Bina jenama: Sama ambil contoh mudah Apple menjadi kegilaan penduduk dunia. Gajet keluaran mereka ada yang sanggup berkampung didepan Apple Store semata-mata untuk mendapat gajet Apple yang terawal.

Networking: Orang diluar sana tidak akan kenal kita jika tidak ada networking. Sebagai contoh kalau membina blog tetapi tidak berusaha untuk memperkenalkan blog maka ia ibarat syok sendiri.

Konsisten: Bahagian ini banyak yang gagal termasuk saya dengan buat sesuati hangat-hangat tahi ayam. Sahabat blogger yang saya hormati adalah penulis ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu iaitu bro Titan seseorang yang konsisten menulis blog. Kalau yang membeli ebook beliau tentu tahu ‘konsisten’ yang beliau maksudkan.

Ini adalah sebahagian ilmu yang tidak seberapa saya perolehi dapat dikongsi kepada rakan-rakan yang membaca blog ini. Harap perkongsian ini memberi manfaat dan dikongsikan.

>>Klik banner dibawah untuk buka kedai online <<

Sila tekan butang kongsi:

  • Kesan selepas menghadiri Seminar Emas Sebagai Perlindungan Kekayaan Anda
  • Seminar Masa Untuk Emas oleh Azizi Ali Mentor Wang
  • Baru sekarang AkuBiomed ada akaun Facebook

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Shah Othman says

    21st March 2014 at 1:11 am

    Terima kasih, tuan kerana join seminar SLF ni. Tuan dah sertai workshop? Kita jumpa di sana, ya…

    Salam perkenalan daripada saya, editor buku di Jootawan Group Sdn Bhd.

    Reply
  2. reezluv says

    17th February 2014 at 1:16 pm

    takde rasa nak pergi lagi seminar camni..cuma next aku nak pergi adalah Bengkel Adwords wanmus tu…murah plak tu..insyallah akan join..:D

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:54 am

      Sudah boleh dah tuh.

      Reply
  3. zaza zehra says

    13th February 2014 at 2:16 pm

    ammar zahar ni dah lama juga zaza folow… cuma belum bkesempatan nak join seminar dia..ada je mghalang.. harap 1 masa nti akan ada pluang 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:55 am

      Boleh daftar seminar beliau untuk membuka minda dan mendapat ilmu. Kalau daftar untuk 5 orang boleh dapat full refund.

      Reply
  4. kesoma.rai says

    12th February 2014 at 5:23 pm

    saya malu betul nak komen kat blog blogger otai.. tapi terpaksa beranikan diri untuk “kenalkan” diri pada orang lain.. mmg networking sangat penting.. bertahun berblogging.. tapi takde network pun tak ke mana juga…

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:55 am

      Ambil peluang untuk komen di blog mereka yang mempunyai nama besar. Peluang selepas itu kita tak akan tahu.

      Reply
  5. Ummi Hanie says

    12th February 2014 at 1:06 pm

    cemburunya… saya tak berpeluang lagi hadir ke seminar2/kelas perniagaan sebegini.

    encik AB sudah mulakan perniagaan? atau memang dah ada tapi rahsia2 dulu

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:56 am

      Insyallah akan merencana perancangan satu persatu.

      Reply
  6. cik tom says

    12th February 2014 at 3:32 am

    memang best tmbh ilmu pengetahuan dgn join seminar camni…
    thnks utk perkongsian ilmu..kena bookmark utk rujukan akan dtg…

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:57 am

      Apabila menghadiri seminar boleh kembangkan network dan bertukar-tukar informasi.

      Reply
  7. MissPuan Yati says

    11th February 2014 at 10:39 pm

    Suka kalau dapat pergi majlis ilmu, dan motivasi macam ni kan. Selalunya bila nak mula kan perniagaan, halangan utama orang kita adalah sikap “nanti dululah”, “boleh ke aku ni” macam takut takut. Tapi tak mulakan pun langkah pertama, iaitu cari ilmu dan tahu.

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:57 am

      Tidak percaya diri adalah masalah besar untuk berjaya.

      Reply
  8. Farid Laham says

    11th February 2014 at 9:02 pm

    tuntutlah ilmu selagi kita bernyawa ni…

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:58 am

      Ilmu tidak putus sehingga ke liang lahad.

      Reply
  9. hazman aka species1980 says

    11th February 2014 at 4:21 pm

    Jootawan adalah platform bro Ammar untuk pelbagaikan servis bisnes dan perniaagaan beliau…. skang nie dah main iklan full page je seminar diorang nie

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:58 am

      Beliau mengunakan media yang ada.

      Reply
  10. ema says

    11th February 2014 at 12:44 pm

    oh, ini yang iklan kat tv tu kan….jootawan.

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:59 am

      Beliau ada keluar di rancangan Nasi Lemak Kopi O.

      Reply
  11. Mohd Rasul Abu Hanipah says

    11th February 2014 at 10:44 am

    in shaa Allah akan datang akan sertai seminar2 camni. now nak fokus dl dgn apa yg ada 🙂

    Reply
    • Faizalpj says

      12th February 2014 at 11:15 pm

      Bila tu nak pi kalau kena masa leh sekali

      Reply
  12. zool says

    11th February 2014 at 9:29 am

    seminar yang berguna tu

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:59 am

      Ambil peluang untuk menambah ilmu.

      Reply
  13. Jamian Sarif says

    11th February 2014 at 7:26 am

    menuntut ilmu selagi hidup…terbaik bro…

    Reply
  14. TehR says

    11th February 2014 at 12:58 am

    selagi ada peluang
    usah dibiarkan berlalu sahaja

    tahniah, bro

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 1:00 am

      Saya kerap menghadiri Seminar, Forum dan sebagainya samada berkaitan dengan bidang kerja atau internet.

      Reply
  15. ahmadyani says

    10th February 2014 at 11:15 pm

    Tahun lepas hadir sekali. Tahun ini akan cari tarikh untuk hadir lagi. Untuk tambah pengetahuan boleh baca buku tulisannya.

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 1:00 am

      Pada usia muda beliau sudah berjaya.

      Reply
  16. Hafizul says

    10th February 2014 at 11:13 pm

    Wahhh memang bersemangat betul lah bro ni..hehe..syabas2…

    Reply
    • akubiomed says

      10th February 2014 at 11:23 pm

      Salah satu cara untuk mengetahui perkembangan semasa.

      Reply
  17. hafiz says

    10th February 2014 at 9:54 pm

    Baguslah seminar ni, kalau kat jb mesti tak lepaskan peluang

    Reply
    • akubiomed says

      10th February 2014 at 11:22 pm

      Akan sampai di JB. Bolehlah sertai.

      Reply
  18. Norasikin says

    10th February 2014 at 7:19 pm

    Berkenaan internet ni baru sekali je saya pergi. Itu pun dah lama. Kalau masak2 memang kerap. Minggu depan pun nak g putrajaya tambah ilmu. Apa nak buat.. Anak murid perlu diutamakan.

    Reply
  19. KiD says

    10th February 2014 at 10:59 am

    bagus ni.. peluang untuk melebarkan diri dalam perniagaan internet

    Reply
    • akubiomed says

      10th February 2014 at 11:22 pm

      Hendak ceburi didalam bidang perniagaanlah pula.

      Reply
      • KiD says

        10th February 2014 at 11:29 pm

        apa salahnya bro.. asalkan mendatangkan rezeki yang halal untuk keluarga, memang bagus.. =)

        Reply
  20. Fadhil says

    10th February 2014 at 8:42 am

    Bagus dapat pergi seminar ni. boleh menambah ilmu pengetahuan.

    Reply
    • akubiomed says

      10th February 2014 at 11:21 pm

      Dapat ilmu dengan menghadiri seminar.

      Reply
  21. myliferia says

    10th February 2014 at 12:49 am

    thanks for sharing. memang terkena gak sedas dua kat atas batang hidung terutama point last tu…

    Reply
    • akubiomed says

      10th February 2014 at 11:20 pm

      Mana yang sifat negatif perlu ditinggalkan.

      Reply
  22. titan says

    10th February 2014 at 12:33 am

    Ammar ke yang bagi talk dalam seminar tu?

    kalau dia, memang bagus. Dia aku kenal dari zero tak tahu apa-apa dan kini dah cukup berjaya. Seminar yang bagus untuk sesiapa yang memang nak berjaya.

    Reply
    • akubiomed says

      10th February 2014 at 11:19 pm

      Ammar tak ada untuk Seminar Empayar Perniagaan Internet yang saya hadiri.

      Reply
  23. Mus says

    10th February 2014 at 12:16 am

    saya belum berkesempatan mengikuti sebarang seminar tahun ni..

    Reply
    • akubiomed says

      10th February 2014 at 11:18 pm

      Ada masa dan duit serta peluang ambil kesempatan menambah ilmu.

      Reply
  24. AUC says

    10th February 2014 at 12:03 am

    baru pergi baru2 ni kat kuantan awal bulan 12 tahun lepas 🙂

    memang best…

    Reply
    • akubiomed says

      10th February 2014 at 11:15 pm

      Saya pula belajar dari sifu yang berlainan. Pertama kali dengan tim Jootawan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in