Topup ilmu pengetahuan pada awal bulan Januari 2014

Strategi menambah ilmu pengetahuan pada awal Januari 2014

Saya merasakan menambah ilmu itu sangat penting dan jika tidak seseorang itu akan ketinggalan jika masih berada didalam fikiran yang statik.

ilmu pengetahun
gambar hiasan

Untuk kekal berdaya saing didalam bidang yang saya ceburi perlu  sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan perlu sentiasa berasa dahaga dengan menambahkan ilmu pengetahuan seiring dengan suasana sekeliling yang sentiasa bergerak maju dihadapan.

 ” Pengetahuan Suluh Kemajuan”

Alhamdulillah dengan hasil pendapatan blogging sepanjang tahun 2013 yang lepas dilaburkan semula dengan membeli ebook, penyertaan seminar dan group e-marketing. Dari 2013 lagi saya sudah membiasakan diri dengan melaburkan duit untuk membeli ebook dan seminar.

Sebahagian aktiviti pelaburan semula untuk menambah llmu pengetahuan pada tahun 2013. Ada program dan seminar berbayar dan ada yang percuma:

  1. Introduction to Mobile Web Technologies oleh tim Amanz EDU
  2. Seminar Buat Duit Dengan Blog #SBDdb
  3. Tips blog Famous tak terkalah terbongkar dari Budiey
  4. AngelHack Party Malaysia dimana idea mula bercambah
  5. Malaysian Travel Bloggers Meetup di The School Jaya One
  6. Androids knowledge sharing bersama Mega Gath SamDroid x Amanz 
  7. EOS Essential Photography Workshop
  8. Smart EOS User Programme
  9. Understanding DPP Purchase – produk ebook dari UK
  10. Understanding Exposure – produk ebook dari UK

Secara jujurnya penyertaan saya didalam program dan pembelian diatas memberikan pulangan yang berbaloi. Ia mampu membuka bidang dengan informasi dan perkembangan terkini. Kemahiran juga meningkat. Saya tidak memfokuskan ilmu pengetahuan mengenai blog. wordpress dan seo semata-mata.

Tentu ada yang tertanya-tanya duit yang dilaburkan akan mendapat pulangan?

  • Berapa banyak Profit yang dihasilkan?
  • Berapa ROI yang diperolehi?
  • Apa yang saya dapat?

“Knowledge is power “- Francis Bacon

Saya tidak melihat pulangan didalam bentuk duit semata-mata. Ilmu dan kemahiran bertambah sudah dikira keuntungan kerana dengan ilmu dan kemahiran yang diterima dapat menghasilkan lebih itu.

Kalau tidak percaya boleh baca entri ini: Blogger perlu membaca ini semua poyo

Saya sudah merancang menyertai program-program menambahkan ilmu pengetahuan yang perlu disertai dan ada yang sudah didaftar seawal bulan Disember 2013. Kelebihan daftar awal boleh dapat harga diskaun early bird. Saya berkongsi ini bukan hendak tunjuk bagus dan kemampuan tetapi perkara yang baik apa salahnya berkongsi supaya kita sama-sama meningkat pengetahuan masing-masing. Tidak kisahlah ia berbayar atau percuma.

Berkongsi ilmu di blog

Ilmu pengetahuan yang diperolehi saya kongsi didalam blog AkuBiomed dengan harapan ilmu yang baik dimanfaatkan dan yang tidak baik dijadikan peringatan serta tauladan.

AkuBiomed: Apakah perancangan sahabat blogger pada tahun 2014 ini?

237 total views, 2 views today

36 thoughts on “Topup ilmu pengetahuan pada awal bulan Januari 2014”

  1. Aku setuju dengan prinsip kau yang anggap pelaburan wang bukan hanya semata-mata untuk mendapat wang sahaja .

    Ilmu yang kita dapat itulah yang menjadikan satu kepuasan dan pulangan di atas setiap pelaburan wang dan masa .
    Syazwan Youb recently posted…Wanyob Dot ComMy Profile

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge