Menikmati senja di pantai Puteri
Tidak rancang untuk lepak di pantai Puteri yang terletak di Melaka pada hari Sabtu baru ini. Bawa adik beradik koning bermain air laut di pantai Puteri.
Minggu ini balik kampung lagi menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu di Melaka yang melangsung perkahwinan pada hari Ahad.
Pengunjung ramai di pantai Puteri ini. Boleh nampak deretan kereta dan mereka yang lepak di benteng.
Adik-beradik koning tidak mandi laut sekadar bermain air laut kerana tidak bawa baju ekstra jika bermandi di pantai.
Aslah bukan seronok lagi main pasir pantai di pantai Puteri. Kalau dikawasan perumahan mana ada peluang untuk bermain pasir sebab keliling taman perumahan hanya ada jalan tar.
Ketika kami sampai air tengah pasang tetapi ombak tidaklah tinggi dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Saya macam biasa dengan tabiat mencari subjek untuk dirakamkan melalui lensa. Dapat jumpa buah terdampar dipantai. Ntah dari mana hanyut buah ini berasal sehingga sampai ke pantai Puteri.
Tunggul kayu buruk yang terdampar juga sempat menjadi subjek bagi lensa kamera.
Sempat bersembang brader dari Singapura ini datang bercuti dengan bermalam di pantai Puteri. Beliau menebar jala untuk habuan makan malam agaknya. Katanya ambil kesempatan untuk berehat di pantai Puteri ini sebelum bulan Ramadan menjelang.
Benteng penahan ombak kelihatan cantik seolah disulam sepanjang pantai.
Setakat ini belum berjaya mendapat hasil yang dimahukan setiap kali ke pantai Puteri. Matahari seolah-olah malu untuk muncul setiap kali kehadiran saya di pantai ini. Begitu juga suasana yang saya cari-cari juga tiada. Bukan tersurat rezeki untuk saya agaknya.
Nak cari hotel murah? Dapatkan: >>Deal hotel terbaik<<
AkuBiomed: Apa aktiviti sahabat blogger pada hujung minggu ini?
aduhai dah lama tak dapat bercuti gini… 😀
lama xdtg sini
dulu ada juga dok kat puteri beach resort tu 🙂
Dah lama tak pergi melepak kat pantai puteri ni!
melaka haa..salah satu tempat yang suka lepak dulu-dulu. tapi waktu itu singgahnya tak lama dalam dua ke tiga jam.
pst..asyik lepak kelebang dan kampung pantai belakang rumah saya jer boring gak 🙁
sesekala berampai tepian pantai ni memang seronok
tapi tensi bila banyak pasir ikut sekali masuk dalam kereta… hihi
belum pernah sampai sini lagi… kalau gi nanti pasti singgah sini pulak..
saya sudah pasti yang bro pasti ambil gambar dengan terbaik
Ohhh dah lama tak jalan-jalan main pasir ni..sekali sekala rasa macam seronok aje kalau bawa isteri berlari berkejaran ni..haha
Itu sudah dikira macam filem Hindustan. 🙂
wah berkejar-kejaran itu ahask..sah lepas ni doreh jer baby dalam peyut itu bakal keluar. hati-hati pk. agak-agaklah 😉
rasa nak balik kampung jer bawa anak2 main air laut..
petang2 memang penuh tepi pantai puteri tu org lepak.
kalau balik melaka ada masa memang bawa anak2 pergi main kat taman permainan sebelah pokok besar tu.
Bro orang Melaka ker?
yup orang melaka, rumah abah aku di taman tangga batu…dekat jer dengan pantai puteri tu 🙂
lama juga tak berkelah tepi pantai ni…lagipun sekarang musim hujan.
Di Melaka tidak ada hujan seperti di Lembah Klang.
Kat mana wehh Pantai Puteri ni? Tak ingat lak kawe. Nanti balik kampung, kena check lah. 😀
Apa-apa pun area ni, nampak aman dan tenang sekali. Mmg sesuai utk relax2 sama keluarga.
Boleh cari pantai Puteri ini bila balik bercuti di Semenanjung.
Saya dah pernah ke Melaka tapi tak pernah lagi singgah di Pantai Puteri ni..tak tahu lokasinya di mana..
Boleh datang ke pantai Puteri ini kalau ke Melaka. Ada hotel dan home stay disini.
lama dasanya tak p pantai huhu.
Tak apa bro jangan bersedih. Boleh pergi ke Pantai Dalam. Jangan mare yer. 🙂