Katil bergegar akibat main kuat sangat

Main di atas katil.

Detum-detum kedengaran bunyi katil dari dari tingkat atas. Siapalah kuat main sampai ke bawah boleh dengar bunyi tak tahu nak hormat jiran yang belum bangun tidur kata aku didalam hati. Cuti yang panjang sempena Tahun Baru Cina ini  memberi peluang untuk balik kampung dan berehat panjang tidak payah mohon cuti tahunan. Lagi-lagi lama didiamkan makin kuat bunyi katil di tingkat atas. Pagi-pagi buta sudah buah hal dan hilang sabar dibuatnya, aku sudah tidak tahan dengan kelakuan macam ini kalau didiamkan makin menjadi-jadi.

Aku langkah-langkah perlahan agar kehadiran aku tidak disedari. Tak kala aku membuka pintu bilik, Ya Allah apa nak jadi satu bilik bersepah dengan bantal bertabur dan cadar entah ke mana yang tinggal hanya tilam atas katil.

Invite friends to ChurpChurp today!

Babah: Ini kerja korang 3 beradik main lompat-lompat atas katil. Cuba hormat sikit pada jiran sebelah yang tidur(dengan nada marah)

Babah: Lepas ini babah hendak korang kemas bantal-bantal dengan letak di kepala katil dan pasang cadar semula (aku memberi amaran)

MAD – RM10 for RM30 Cash Vouchers at ACMAMALL.com

Macam-macam perangai anak-anak bujang aku kalau cuti sekolah yang panjang ini kuat main aktivitinya. Ingatkan kalau cuti sekolah mereka akan bangun lewat tetapi awal pula. Hari-hari perlu di peringatkan supaya kemas katil kalau tak jangan harap akan dibuat tanpa bercakap berkali-kali.

kuat main atas katil

Ketika aku semasa kecil memang sudah menjadi rutin akan kemas katil sendiri kemudiannya katil ayah dan adik beradik lain serta diikuti menyapu rumah. Belum lagi tugasan hari minggu ditambah dengan mencuci tingkap dan lap lantai.

p/s: anak-anak suka melompat atas tilam spring.

301 total views, 3 views today

71 thoughts on “Katil bergegar akibat main kuat sangat”

  1. Pingback: Mari bermain Light Painting
  2. walaupun ada katil..anak2 tidur kat tilam toto je. lagi selesa sebab kedua2nya buas masa tidur

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kesian pula melihat anak-anak tidur atas TOTO sebab nipis sebabkan itu belikan mereka katil

    [Reply]

  3. hehe.. ingt main ape la tadi.. :P
    budak2 mmg suka main atas katil, pantang tengok katil kemas geram je nak sepah2kan, pastu malas nk kemas..kena suruh baru nak wat..huhu.. tp best jadi budak2.. heee

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya rasa lemas kalau melihat bilik berselerak

    [Reply]

  4. tajuk agak panas disitu..hehe
    fendidahada recently posted…Ada apa dengan Paperbag PhotographyMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Jangan bro panas dengan saya sudah asal tersenyum membaca entri ini pun saya sudah berterima kasih sangat

    [Reply]

    suri Reply:

    saje je tu hii.. cam metro tajuk panas last2 kisha lain hiii..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ada peluang bekerja sebagai wartawan?

    [Reply]

  5. huhu tajuk entri bikin panas, boleh menguji orang yang berfikiran kuning ni

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Haa..haa.. betul dapat idea tulis selepas membaca tentang artis mendapat gangguan katil bergegar didalam produksi filem seram

    [Reply]

  6. haha aku “segera” masuk masuk ke sini bila terbaca entri macam ni.ingatkan apa wakaka..trafik bnyk masuk klu slalu bt tajuk mcm ni hehehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tajuk entri macam ini memang tarik perhatian seperti surat khabar Tabloid memang mempunyia topik hangat

    [Reply]

  7. aku memang dah agak
    ni mesti kisah budak2 selerakkan tempat tidur
    hehe

    [Reply]

    suri Reply:

    pas ni bro kena rancang dpt ank pompun plk ngheee.. tukang kemas kati abg2nya hiii

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Itu lah pasal tengah usaha. Suri boleh tak kita tukar suka sama suka dengan saya ambil anak perempuan Suri dan Suri pilihlah mana-mana anak lelaki saya :-)

    [Reply]

  8. kena tunggu anak masuk hostel lepas tu nanti dia pandai kemas katil sendiri..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Nak tunggu anak masuk asrama lama lagi tuh tentu dah liat ketika itu

    [Reply]

    Norasikin Reply:

    masa tu diaorg dah jadi buluh dah.

    [Reply]

  9. budak2 kalau dah berkumpul mmg macam2 benda diorang blh buat mainan… biasalah babah, kasi chance mereka bergurau senda cuti2 mcm niiii

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Memang betul kalau suruh naik tidur jam 10 malam disebabkan sekolah belum tentu tidur ntah apa yang disembangkan adik-beradik mengekek-gekek ketawa

    [Reply]

  10. assalamualaikum!

    alamak! terkena. ingat siapa yang main rupanya budak 3 orang tu. Hish!

    Wah! Rajin betul lah pakcik(boleh ke panggil pakcik ni?) masa kecik kecik dulu. kalau saya, jarang sekali kemas…entah mengapa. ada tips tak nak suruh rajin kemas blik sebelum mak meleter? hehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Aisey pakcik tua sangat tuh :-) Saya sebenarnya lemas kalau katil tidak berkemas kerana saya ini sensitif kepada habuk mungkin disebabkan itu sudah menjadi amalan kemas katil dan bilik :-)

    [Reply]

  11. Aishhh. Tajuk dia bikin suspen jer, bwahahha, seorang ayah yang baik dan garang, rajin juga ko mngemas eh..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tidaklah garang mana tapi tegas :-)

    [Reply]

  12. ceh,tajuk bkn main,ingatkan sapa yg main,hahaha!
    biasala tu bdk2,selagi katil tak patah selagi tu diorg melasak tak ingat dunia. apa yg kita risaukan,bukan katil atau tilam yg rosak tapi risau kalau anak2 yg cedera.
    saiful recently posted…Alternatif Ketika Petrol Naik HargaMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Abang-abang melompat tidak kisah sangat tapi yang bimbang si adik sebab badan kus semangat :-)

    [Reply]

  13. garanglah babah ni….hehe

    tapi mak ayah kita dulu2 lagi garangkan..hasilnya adlh diri kita yg skrg ni..

    mlompat atas katil spring cptlah rosak katil tu nnt.. :D

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Bukannya apa Adele, kalau diri kecil tidak di ajar kemas katil sampai besar akan berkelakuan begitu. Ini bukan kandang kuda :-)

    [Reply]

    Norasikin Reply:

    Kala ayah saya, dia terus rotan je. Pastu baru dia suruh kemas

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge