• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Main Sandboarding di pantai Klebang

Main Sandboarding di pantai Klebang

30th December 2015 by akubiomed 46 Comments

meluncur sandboarding di pantai klebang

Pernah dengar sandboarding atau meluncur diatas pasir?

Pernah dengar meluncur diatas pasir atau dalam bahasa Inggeris, Sandboarding? Ya memang benar saya bawa anak-anak main sandboarding di pantai Klebang. Masih lagi berkisar kunjungan ke Dune berpasir di pantai Klebang. Kali ini kami repeat balik dengan bermain sandboarding di Dune.

Mengunakan teori Newton untuk sandboarding.

Biasanya orang meluncur di salji, lain pula kami meluncur diatas bukit pasir. Halangan untuk kami bermain sandboarding adalah antara salji dan pasir. Tentulah pasir lebih banyak geseran berbanding dengan salji yang lebih licin. Jadi kami mengunakan teori Newton iaitu graviti dan dibantu dengan ketinggian bukit pasir.

Mencari papan luncur yang juga satu cabaran. Kami mengunakan swimming board dijadikan sebagai papan luncur untuk sandboading ini. Aktitviti sandboarding ini sesuai untuk peringkat umur dan kalau terjatuh dan tergolek sekali pun tidak sakit seperti jatuh diatas salji.

Aktiviti sandboarding bukan baru.

Aktiviti sandboarding ini sudah lama diluar sana kerana rakan nusantara kita, Indonesia siap mempunyai kominiti sandboarding kerana di disana banyak lokasi untuk bermain sandbording disekitar kawasan gunung berapi.

Antara negara yang mempunyai aktiviti sandboarding seperti Australia, Mesir, Namibia, Amerika dan Eropah. Kebanyakkan aktiviti sandboarding ini dilakukan dikawasan gurun, gunung dan pantai kerana pasirnya lebih halus yang mengurangkan geseran ketika meluncur.

Mereka mengunakan snowboarding yang sebenar ketika meluncur. Boleh baca disini >> Sandboarding Wikipedia

Tips sandboarding di pantai Klebang.

Bukit pasir dikawasan tambak pantai Klebang boleh juga untuk bermain sandboarding. Cuma pasirnya agak kasar kerana ia adalah pasir sungai. Kami mengharapkan ketinggian bukit pasir dan graviti untuk meluncur laju.

  • Sebaik-baiknya carilah bukit pasir yang mempunyia cerun rata atau tidak mempunyai kesan pendakian kerana kalau ada bump boleh menyebabkan terbalik dan tergolek ketika meluncur.
  • Kalau guna swimming board cari yang untuk saiz dewasa lagi besar lagi bagus supaya anggota lain tidak terkena pasir menyebabkan kelajuan meluncur berkurangan kerana geseran anggota terkena pada pasir. Pastikan ketika meluncur hanya board sahaja menyentuh pasir.

Mengharapkan suatu hari aktiviti sandboarding ini aktiviti popular dan sukan ekstrem.

Harapan saya aktiviti sandboarding ini menjadi aktiviti popular suatu hari nanti. Kalau kerajaan negeri Melaka atau YB Khairy Jamaluddin Menteri di Kementerian Belia dan Sukan terbaca blog post ini boleh dipertimbangkan lokasi tapak khas untuk aktiviti sandboarding di pantai Klebang.

Ia boleh dijadikan sukan sandboarding salah satu cabang aktiviti sukan ekstrem @ Extreme Sports dan juga tarikan pelancongan dari dalam negeri dan luar negara.

Lokasi dune di pantai Klebang

  • Berseronok main Sandboarding di Dune Pantai Klebang
  • Repeat main sandboarding di pantai Klebang
  • Mendaki Dune pasir di pantai Klebang

Filed Under: famili Tagged With: dune, pantai klebang, pantai klebang melaka, percutian di melaka, sandboarding, tempat menarik di melaka, tempat menarik melaka, tempat percutian di melaka

Reader Interactions

Comments

  1. Zurainny Ismail says

    20th February 2016 at 9:35 am

    Alang2 dah guna swimming board, blh pakai goggles skali, kan? Elak pasir masuk mata.

    Reply
  2. semak saman says

    5th February 2016 at 2:09 pm

    baru tahu boleh main sandboarding ni kat sini.hehe.. tapi kalau anak kecil, kena tengok-tengok. takut nanti pasir masuk mata.

    Reply
  3. ruggedmom says

    22nd January 2016 at 3:57 pm

    Teringin sangat nak sandboarding ni sampai beli tiket kapal terbang sekali lagi ke Ho Chi Minh tahun lepas (sebelum tahu yang di Klebang ni). Rugi rugi..

    Reply
  4. suri says

    15th January 2016 at 11:34 am

    cuti minggu masa sesuai bersama ahli keluarga

    Reply
  5. suri says

    15th January 2016 at 11:11 am

    boleh main belakang rumah ni belakang rumah saya pantai yey…tunggulah musim cuti sekolah akan datang huaaaa

    Reply
  6. emalin mohd says

    10th January 2016 at 5:21 pm

    Selalu tengok yang kat luar negara je buat sandboarding. Tak sangka rupanya di Malaysia pun boleh.

    Reply
  7. zik says

    9th January 2016 at 11:03 am

    kalau jadi sukan, boleh jual dia punya papan luncur area2 klebang …. menjana ekonomi negara.. kalau pertandingan ini melibatkan negara lain ke…

    Reply
  8. faris aiman says

    9th January 2016 at 10:59 am

    Nampak macam syok nanti ingat nak pergi jugak lah… http://www.gerobokbuku.com/

    Reply
  9. hasif says

    8th January 2016 at 3:09 am

    hoho..stylo la..ingat kat luar negara je org main macam ni..nice idea..pasir sana halus2..pijak pun tenggelam..

    Reply
  10. ema says

    6th January 2016 at 9:45 am

    satu aktiviti yang sihat…melelehlah peluh keluar..nak daki..pastu turun..

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2016 at 9:41 pm

      Kawasan sekitar berangin memang best. 🙂

      Reply
  11. Uncle Zuan says

    5th January 2016 at 10:00 pm

    rugi plak aku tak bawak natang ni time ke klebang haritu.

    ok macam nak pergi lagi je kalini

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2016 at 9:40 pm

      Action Camera sangat berbanding kamera DSLR. Paling kurang pun handphone pun boleh jadi. 🙂

      Reply
  12. Ani Haryani says

    4th January 2016 at 11:36 am

    Ini macam menarik, bukan budak-budak je suka, yang tak berapa budak macam Ani pun teruja hehe

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2016 at 9:39 pm

      Bukan setakat budak suka memanjat bukit pasir dan mengelongsor. Orang dewasa turut tumpang sekaki.

      Reply
  13. farisya says

    3rd January 2016 at 5:28 pm

    kat malaysia pun ada eh?menarik ni..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2016 at 9:09 pm

      Harap aktiviti sandboarding ini mula dikenali dan banyak kawasan untuk sandboarding ini di masa hadapan.

      Reply
  14. puteri says

    3rd January 2016 at 3:30 pm

    Tak sampai2 lagi kat Melaka walaupun dah setahun berjiran 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2016 at 9:08 pm

      Dah dekat tuh sebelah langkah jer lagi. 🙂

      Reply
  15. Hami Asraff says

    3rd January 2016 at 11:25 am

    Dah pernah sampai Pantai Klebang ni. Tapi frust cari gurun berpasir ni tak jumpa.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2016 at 9:06 pm

      Kawasan dune berpasir ini semakin jauh sedang kawasan tambak semakin luas.

      Reply
  16. abg jay says

    2nd January 2016 at 3:10 pm

    kenapa aku tak perasan benda ni…rugi x singgah nmpk mcm best jer tgk anak2 tuan main tu…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2016 at 9:04 pm

      Kami ada pelan untuk trip akan datang ke pantai Klebang. 🙂

      Reply
  17. kimmie says

    2nd January 2016 at 12:18 am

    Tak pernah tahu pun ada aktiviti ni. Seronok budak2 ni main, hehehe.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2016 at 8:59 pm

      Sandboarding tidaklah gembar-gembur tetapi kalau sudah berada disini mesti main sandboarding.

      Reply
  18. Jom Kenal Islam says

    1st January 2016 at 4:56 pm

    Dulu belajar kat Melaka..tapi x pernah jejak kaki kat Pantao Klebang..ruginya rasa ..huhu

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2016 at 8:57 pm

      Sudah biasa dengan negeri Melaka bolehlah turun ke pantai Klebang pada masa hadapan.

      Reply
  19. Noriza Rahman says

    1st January 2016 at 9:36 am

    Ingatkan main skateboard ja, andboarding pun ada ye

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2016 at 8:56 pm

      Selain sandboarding boleh juga main grassboarding dikawasan cerun berumput.

      Reply
  20. mamahusna says

    31st December 2015 at 8:52 pm

    menarik aktiviti ni

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2016 at 8:41 pm

      Kalau datang ke Melaka boleh main sandboarding tetapi perlu persediaan dengan membawa sandboard. 🙂

      Reply
  21. cik tom says

    31st December 2015 at 3:10 pm

    woo seram je tgk gmbr yg first tue…
    jatuh tergolek sakit tak tu?

    Reply
    • akubiomed says

      31st December 2015 at 5:16 pm

      Itu gambar aksi meluncur dari atas bukit pasir

      Reply
  22. Travelog Siti says

    31st December 2015 at 2:12 pm

    nampak macam best je ni. cuma kalau saya, saya tutup hidung sbb takut debu pasir yg halus tu masuk hidung.

    Reply
    • akubiomed says

      31st December 2015 at 5:17 pm

      Pasir terbang tidaklah sampai susah bernafas.

      Reply
  23. Bahrain says

    31st December 2015 at 1:59 pm

    Dah macam kawasan gutun plak tengok penuh dengan pasir

    Reply
    • akubiomed says

      31st December 2015 at 5:17 pm

      Lebih kurang merasai seperti dikawasan gurun. 🙂

      Reply
  24. theIzuddinw says

    30th December 2015 at 12:57 pm

    mungkin kalau guna snow sledge plastik boleh meluncur laju

    Reply
    • akubiomed says

      30th December 2015 at 6:46 pm

      Kalau ada bagus juga.

      Reply
  25. titan says

    30th December 2015 at 12:12 pm

    hoho..

    pasir kasar..sakit woo..kalau pasir halus sikit..

    memang cantek main benda ni.

    Reply
    • akubiomed says

      30th December 2015 at 6:47 pm

      Memang ada tergolek dan bergolek tetapi tidak calar sebab bukan pasir jenis kerikil.

      Reply
  26. Raihanah Ahmad says

    30th December 2015 at 11:43 am

    siap boleh buat snowboarding pulak.. best ni

    Reply
    • akubiomed says

      30th December 2015 at 6:48 pm

      Selain ambil gambar, ramai yang meluncur dari atas bukit pasir.

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        31st December 2015 at 10:23 am

        anak-anak happy la tu.. seronok juga tengok gambar ni

        Reply
  27. Mohd Zarin says

    30th December 2015 at 10:46 am

    Wow… dah byk kali datang klebang tapi tak perasan kat mana tempat ni..

    Reply
    • akubiomed says

      30th December 2015 at 6:49 pm

      Dahulu kawasan dune ini dekat tetapi apabila kawasan ditambak makin jauhlah.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in