Sudah lama merancang pergi mendaki Dune pasir di pantai Klebang tetapi disebabkan faktor cuaca tidak menentu dan sebab-sebab tidak dapat dielakkan akhirnya tertangguh. Akhirnya impian hendak ekplorasi kawasan Dune ini tertunai akhirnya.
Kenapa dipanggil Dune?
Perkataan Dune ini berasal dari filem terkenal Dune yang diadaptasi dari novel mengambarkan planet Arrakis yang berpasir. Mana kala kawasan tambak pesisiran sepanjang di pantai Klebang di panggil Dune berdasarkan terdapat banyak bukit-bukit pasir dan kawasan yang berpasir. Kalau dahulu hendak pergi pantai dekat sahaja tetapi kawasan tambak semakin luas dan makin jauh hendak sampai ke pantai.
Dune pasir ini telah mencipta fenomena kerana kawasan berpasir yang luas dan bukit-bukit pasir telah menarik penduduk setempat dan luar negeri Melaka menjadikan destinasi kunjungan untuk bergambar. Boleh dikatakan ada sahaja pengunjung yang akan masuk kawasan Dune pasir ini.
Mengecapi pemandangan panorama dari puncak bukit pasir Dune.
Seawal pagi saya membawa anak-anak untuk meninjau dan mendaki bukit-bukit Dune ini. Nak elak cuaca panas terik berada dikawasan pantai. Agak tinggi bukit Dune pasir ini tetapi seronok apabila sampai ke puncak boleh mengecapi pemandangan panorama pantai Klebang. Langit yang biru dan angin pantai yang dingin bertiup menerpa wajah.
Anak-anak berlari-lari bebas mendaki, menuruni dan meredah bukit-bukit pasir buatan di kiri kanan. Ia satu pengalaman yang mengujakan. Saya pula jadi tukang rakam gelagat anak yang buat ekplorasi kawasan sekitar Dune ini.
Apa yang perlu tahu sebelum memasuki kawasan Dune pantai Klebang?
- Kawasan Dune ini adalah kawasan larangan kerana ia adalah kawasan projek tambak pantai.
- Kenderaan yang memasuki kawasan berisiko untuk tayar terbenam ke dalam pasir yang lembut.
- Ambil perhatian semasa memandu masuk kerana banyak lopak jalan tidak rata.
- Kalau bawa kamera DSLR perlu berhati-hati sebab angin berpasir.
- Cadangan bawa Action Camera
AMARAN:
Memasuki kawasan tambak pasir di pantai Klebang ini diatas risiko sendiri.
Woww ini kalau macam lokasi penggambaran star wars huhu
ohh tengok geng ambil gambar kat padang pasir, rupanya kat sini, hebat hebat
Cantiknya gambar. Untung la..orang yang ada ilmu fotografi 🙂
Terima kasih. 🙂
cantiknya kawasan…cuma tulah panas terik jer….
Saya sudah buat survey sehari sebelum dan datang awal pagi untuk elak cuaca panas dan kesesakkan.
seronoknya budak2 main pasir pantai klebang…
slalu tgk wedding pun suka photoshoot view kat sini..
cantik..
Saya lepaskan mereka main pasir sepuas-puasnya. 🙂
Pemandangan kat sini dah macam kat gurun pulak ye
Kawasan tambak ini luas dan banyak timbunan pasir berbukit.
tak pernah ke sini.
last gi klebang ari tu pun da lama.
menarik ni… tgk la nanti ajak mr.asben 🙂
Kawasan pantai Klebang selalu sahaja sesak dengan pengunjung.
menarik macam padang pasir..ingt dekat luar negara tadi.
Dekat Malaysia sahaja. ☺️
serius, saya baru tahu pasal ni…saya baru je balik dari melaka..kalau tahu pasal ni dari awal..mmg nak jugak terjah…
anyway, nice sharing bro!
Lain kali turun Melaka boleh ke dune di pantai Klebang.
Boleh main sand boarding tak sana?
Ya, boleh. Memang kami main sandboarding.
Cantik utk photography tempat ni
Ramai yang ambil kesempatan bergambar termasuk foto perkahwinan.
Cantik, walaupun dibina dari pasir buatan 🙂
Bukit pasir ini adalah timbunan pasir untuk kerja-kerja tambakan laut di pesisiran pantai Klebang.
oo sebab tambak la berlaku dune tu ya. menarik jugak tapi ambil risiko sendirilah kan
Ramai yang ke dune di pantai Klebang. Tidak putus pengunjung.
macam syok je budak2 bermain kat sana.. mmg favourite lah tu haha
Ya, memang seronok kalau balik kampung akan ke sana lagi.