• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / public gold / Kenal emas di PG Gold Museum Penang

Kenal emas di PG Gold Museum Penang

24th April 2016 by akubiomed 14 Comments

PG Gold Museum Penang

PG Gold Museum Penang

Masih lagi berkisar kunjungan saya untuk menghadiri program Sales Incentive Program(SIP) Orientation di Pulau Penang. Public Gold merupakan syarikat tersohor dari Malaysia yang mengeluarkan jongkong emas dan dinar emas LBMA di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, PG Gold Museum ini adalah milik Public Gold. Muzium emas ini diwujudkan untuk memberi pendedahan kepada orang mengenai emas. Difahamkan reka bentuk muzium emas ini mendapat inspirasi daripada beberapa muzium emas antrabangsa diluar negara.

Ketika berada didalam PG Gold Museum;

  • Pengunjung akan merasai pengalaman seolah-olah berada didalam lombong emas yang sebenar.
  • Bergambar diruang 3D mural.
  • Pengalaman mendulang emas dan jika bernasib baik boleh dapat beberapa butiran emas.
  • Merasai dan memegang emas bullion seberat 50kg.
  • Pameran koleksi perak dan emas.
  • Demostrasi secara langsung penghasilan jongkong perak.
  • Ruang jualan dan cenderahati.

Suasana dalaman direka seolah-olah berada didalam gua melombong emas.

Spot untuk bergambar dan selfie di ruang 3D mural

Boleh merasai pengalaman mendulang emas. Bernasib baik akan dapat beberapa butir emas

butir emas yang berjaya diperolehi melalui mendulang emas

Tempat untuk membuat hajat ‘Gold Wish’

ambil aura emas dengan menyentuh jongkong emas bullion seberat 50kg.

Harga jongkong emas 12.5kg pada tahun 2004 adalah RM400,oo dan pada tahun 2016 harga melonjak kepada RM1,800,000 untuk berat yang sama. Rasa-rasa apa yang berlaku? Wang kertas atau wang fiat telah susut nilai akibat inflasi berbanding emas tidak berubah dah harga semakin melonjak setiap tahun. Jadi mulalah menabung emas supaya kekayaan kita tidak menyusut.

Antara koleksi perak yang dipamerkan untuk pengunjung di PG Gold Museum Penang.

United States Of America Pound FIne Silver 999

Koleksi jongkong perak

Jongkong perak Fine Silver Ten Troy Ounces

Koleksi perak dan emas untuk majlis keramaian pembesar

FAO Mother Teresa 999.9 Gold 10 Grams Coin

Koleksi Australian Gold Nugget

Koleksi duit perak

Koleksi zodiak perak

koleksi duit perak

 benang emas

serbuk emas

kepingan emas

Hadiah penghargaan didalam bentuk emas. Dahulu pekerja yang berkhidmat untuk tempoh tertentu akan diberi emas sebagai tanda penghargaan daripada majikan kepada pekerja.

Dinar Kelantan

Koleksi barang kemas emas

Koleksi emas berkaitan emas dan koleksi emas pelbagai bentuk

Koleksi barang kems emas peranakan

Bentuk cincin emas dan batu permata yang digunakan majlis pertunangan orang Melayu dulu-dulu

Koleksi cicin emas lelaki dan wanita

Acuan yang digunakan untuk mencair emas

Acuan yang digunakan untuk membentuk emas

Demonstrasi penghasilan jongkong perak.

Perak dicair pada suhu 961 darjah celsius. Blok acuan perak disapu minyak masak supaya jongkong tidak melekat dan blok tersebut dipanaskan.

Cairan perak dituangkan kedalam acuan jongkong

Jongkong perak dikeluarkan dari acuan dan direndam didalam air selama 10 minit

Jongkong perak yang terhasil belum digilap

Ruang jualan dimana pengunjung boleh membeli emas dan cenderahati untuk dibawa balik.

Penyampaian sijil kepada Dealer Public Gold yang menghadiri program Sales Incentive Program(SIP) anjuran Public Gold.

Menang cabutan bertuah berupa jongkong emas 0.5g Public Gold

Lokasi PG Gold Museum

Waktu lawatan PG Gold Museum Penang

Dibuka setiap hari: 9am – 6pm termasuk hari cuti umum

Kunjungilah PG Gold Museum yang pertama di Asia Tenggara sekarang!

Harga tiket:
RM28 untuk dewasa
RM15 untuk kanak-kanak (7thn dan ke atas) & Senior (60th dan ke atas)
*masuk percuma untuk kanak-kanak 7tahun ke bawah

Hubungi 012-4408916 untuk maklumat lanjut.

FB PG Gold Museum: https://www.facebook.com/PG-Gold-Museum

————————————————————————————————-

Saya nak beri 2 keping tiket complimentary kepada pengunjung blog AkuBiomed. Giveaway ini akan bermula 24 April dan tutup pada 30 April Jam 12 malam. Sila tinggal komen terbaik; “Saya ingin ke PG Gold Museum kerana….”

  • Pengalaman emas trip PG Golden Tour Day 2
  • Kutip pengalaman berharga di Public Gold Sales Incentive Program Orientation (SIP)
  • PG Mall Malaysia online shopping membeli belah guna emas

Filed Under: percutian, public gold Tagged With: gold museum, muzium emas penang, pg gold museum, pg gold museum penang

Reader Interactions

Comments

  1. Ida says

    5th June 2016 at 9:57 am

    Macam mana nak jadi dealer public gold ya?

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2016 at 4:40 pm

      Saya sudah maklum melalui email. 🙂

      Reply
  2. Hasrul Hassan says

    5th May 2016 at 2:42 am

    Hari tu wife dah ajak pergi sini, tapi sebb kesuntukan masa… maka perancangan nak pergi tak kesampaian.

    Mungkin lain kali kot .. in Sha Allah … leh la tambah ilmu ttg emas ni.

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2016 at 11:11 pm

      Ilmu emas ini tidak pernah diajar disekolah, kolej dan universiti. Kalau siapa tahu mengenai emas ini sudah tentu akan bertindak membeli emas untuk pelaburan dan simpanan jangka masa panjang.

      Reply
  3. Norasikin says

    28th April 2016 at 10:52 pm

    Sekarang pun masih ada lagi syarikat yg beri penghargaan pada pekerja dengan emas. Tapi dah semakin kecik, Kerja 10 tahun, dapat la emas sebesar syilling 20 sen. kira ok la tu

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2016 at 11:12 pm

      Berat emas tidak susut tetapi kemampuan untuk beli berat sama dengan nilai duit sekarang tidak mungkin. Kalau sekali beli emas, beratnya tetap akan kekal bila-bila pada hari pertama beli cuma nilainya akan berubah.

      Reply
  4. Nurolhuda says

    25th April 2016 at 10:55 am

    Tahniah tuan, menang cabutan bertuah. Demonstrasi penghasilan jongkong emas memang terbaik, bukan senang nak tengok live macam tu. FAO Mother Teresa 999.9 Gold 10 Grams Coin sangat ekslusif.

    Reply
    • akubiomed says

      26th April 2016 at 1:00 am

      Terima kasih. Demonstrasi itu sebenarnya untuk menghasilkan jonkong perak tetapi tidak jauh beza prosesnya untuk menghasilkan jongkong emas. Satu pengalaman baru untuk saya melihat secara langsung.

      Reply
  5. jida says

    24th April 2016 at 9:41 pm

    Untungnya sape2 yang suka beli emas masa emas masih murah..Kalau tengok harga emas sekarang, huhh..telan liur je la…Dapat yg kecik2 pun dah bersyukur sgt

    Reply
    • akubiomed says

      25th April 2016 at 1:30 am

      Kalau nak tunggu harga emas turun memang tidak akan berlaku. Kebanyakkan yang mengambil sikap tunggu dan lihat akhirnya membeli emas pada harga tinggi. Sebenarnya boleh menabung emas tulin 999.9 @ 24karat serendah RM100 atau 1g dengan Gold Accumulation Program(GAP).

      Reply
  6. Mus says

    24th April 2016 at 7:14 pm

    Memang teringin nak berkunjung ke muzium tu..

    Reply
    • akubiomed says

      25th April 2016 at 1:32 am

      Kalau ke Pulau Penang boleh kujungi PG Gold Museum.

      Reply
  7. anuar says

    24th April 2016 at 7:21 am

    Bestnya dapat peluang masuk ke muzeum emas… walaupun sekadar tengok dalam gambar.. tetapi dah rasa macam masuk ke lombong emas sebenar..

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2016 at 10:28 am

      Mula-mula masuk dah rasa macam berada didalam gua melombong. Mula-mula ingat lantai basah rupanya kesan efek nampak macam air. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in