• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Jemputan makan malam bersama Person Edge sempena tahun 2015

Jemputan makan malam bersama Person Edge sempena tahun 2015

15th January 2015 by akubiomed 10 Comments

Jemputan makan malam bersama tim Person Edge

person edge

kredit: Feeqsays

Hari Isnin yang baru ini saya telah menghadiri makan malam untuk blogger dan tim Person Edge sempena sambutan tahun 2015.

Ramai blogger yang hadir diantaranya Eyriqazz, Ruby datang bersama suaminya Saiful dan Adam, Feeq dan Kelly Chin. Sangat bertuah dapat makan malam bersama tim Person Edge antara agensi media influencer tempatan meningkat naik. Dapat jumpa Choo Mei Sze merupakan co-founder and Pengarah Urusan bagi PersonEdge Sdn Bhd,  Shirley Wong yang sebelum ini hanya berkomunikasi melalui email dan sembang rancak bersama Sharon Heow dari tim Person Edge yang baru dikenali.

Makan malam yang ekslusif bertempat di Monte’s Restaurants yang terletak di Bangsar Shopping Center. Makanan Western merupakan makan malam kami dengan appetizer Mushroom Aglio, Charboiled Sirloin with Shallot sauce sebagai main course dan desert Bread & Butter Pudding.

Sejarah penglibatan dengan Choo Mei Sze dan Person Edge.

Choo Mei Sze hos The Influencer

Saya pernah terlibat beberapa aktiviti yang melibatkan Person Edge. Kalau hendak diingat semula pertama kali berjumpa dengan Choo Mei Sze semasa beliau menjadi MC untuk pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat Givi di Bandar Sunway pada tahun 2012. Melalui blogger Broframestone saya telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran ini. Ia merupakan titik tolak kepada saya terlibat event yang melibatkan blogger sehinggalah ke hari ini. Saya yang mempunyai minat motorsikal tidak melepas peluang untuk mendekati jenama Kawasaki memamng terkenal dengan motosikal berkuasa tinggi yang popular di Malaysia. Saya sendiri pernah memiliki motorsikal berkuasa tinggi Kawasaki ZZR250 antara jentera dua roda kesayangan saya. Sekarang ini sudah dilepaskan walaupun berat hati. Maaf tulisan ini divert sedikit sekadar cuba mengingati kenangan tersebut pernah dikongsi didalam blog ini.

Bersembang rancak ketika makan

Saya duduk sebelah lelaki kacak Eyriqazz masa study dahulu pernah rambut paras baru macam Anuar Zain. Sempat juga saya peep sejarah silam brother ini pernah belajar di UK. Kami bersembang rancak mengenai isu-isu yang hangat diperkatakan diantaranya GST yang bakal bermula pada bulan April 2015 ini. Sangat seronok bersembang dengan gadis manis Sharon Heow yang duduk menghadap didepan saya ini, tidak pernah kekok ajak kami berborak bermacam-macam perkara. Saya kagum dan tabik hormat dengan Sharon yang matang pemikiran. Dapat jugalah buat ice breaking daripada diam seribu bahasa dengan menikmati makan sahaja. Beliau cuba memahami kami sebagai seorang blogger.

Makan malam yang ekslusif bertempat di Monte’s Restaurants yang terletak di Bangsar Shopping Center. Makanan Western merupakan makan malam pilihan saya dengan appetizer Mushroom Aglio, Charboiled Sirloin with Shallot sauce sebagai main course dan desert Bread & Butter Pudding.

Kejutan hari lahir Adam anak kepada pasangan Ruby dan Saiful.

kredit: Ruby

Setiap blogger yang hadir diberi set penjagaan kulit Sothys dari Sothys Malaysia.

Malam yang bertuah untuk saya kerana memenangi cabutan bertuah untuk set kotak barang kemas Sothys.

AkuBiomed: Saya ingin merakam setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Person Edge menjemput majlis makan malam dan hadiah daripada Sothys Malaysia. Tidak lupa Monte’s Restaurant BSC menyediakan makan malam yang sedap.

Person Edge

  • Kek Pavlova untuk dealova ternanti nanti
  • Makan Satay di Bangi bersama adik beradik Koning
  • Coconut Shake Klebang Aku datang

Filed Under: blog Tagged With: person edge

Reader Interactions

Comments

  1. Azeni Ahmad says

    25th January 2015 at 12:33 pm

    Siap dapat jemputan lagi tue.
    Sedapnya tengok.

    Marvelos.
    Semoga semakin melimpah rezeki.

    Reply
  2. nikkhazami says

    23rd January 2015 at 3:44 pm

    steak tu nampak mcm sedap je. hehe

    Reply
  3. Raihanah Ahmad says

    22nd January 2015 at 2:51 pm

    sedapnya stik tu.. nyum nyum

    Reply
  4. Hafiz Rahim says

    22nd January 2015 at 1:10 pm

    Nampak menarik pulak makan2 bro pergi ni.. hari tu dapat jemputan, tapi masa tak mengizinkan untuk datang. mungkin ada rezeki, lain kali sy join. itu pun kalau dijemput lagi. hehe

    Reply
  5. titan says

    18th January 2015 at 8:19 pm

    wahh..

    best la.

    gua tak penah dapat jemputan makan malam selain daripada bini tercinta.

    Reply
  6. emalinmohd says

    16th January 2015 at 6:23 pm

    Bertuahnya! Mungkinkah kami pula menyusul selepas ini? hihi

    Reply
  7. Ummi Hanie says

    16th January 2015 at 4:18 pm

    ini pertama kali dengar tntang Person Edge…

    dan AB antara yg bertuah terpilih kan?

    sedap nampak steak tu…

    Reply
  8. suri says

    16th January 2015 at 1:23 pm

    bila kita nak dapat makan macma ini ahai…dalam mimpi jelah ya tak uh…sedih..

    Reply
  9. suri says

    16th January 2015 at 1:22 pm

    alhamdulillah rezeki tahun ini mencurah sungguh ya ab syukurlah

    Reply
  10. Mak Jemah Jual Vitamin says

    16th January 2015 at 12:02 pm

    wah dah la dapat jemputan makan best, dapat pula hadiah yang menarik. untung!

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in